JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Monday, May 11, 2009

n3 tertangguh - tercipta sejarah

dah lama nak sambung n3 ni tapi tak asyik tertangguh je ... tak de mood lah nak menulis. pulak gambar yg nak dimasukkan tu tak dapat2 . bertambah lah malas nak update... tapi ku gagahkan jua sebab this is new experience n new memory pada aku...

balik dr kursus TOT, khamis kul 11 mlm aku sampai kat umah. aku terima tempahan daripada kakak long-kakak ipar tuk buat mufin 1000 pcs. mulanya memang excited nak buat tapi dek kerana ada kursus aku tolak tawaran tu. untuk tidak menghampakan kak long, aku SUB kan kontrak buat mufin pada adik dan mak tapi bukan 1000 pcs sebaliknya 100 pcs only. masa aku sampai tu dorang dah siap packing alhamdulillah. terus ja aku tido.

KENDURI KAWIN ANAK SEDARA KAKAK IPAR DI JENGKA 6

esoknya bangun awal siapkan baju sebab kami akan bermalam kat jengka. disebabkan ayah kurang sihat jadi aku telah mencatat sejarah tersendiri apabila aku berjaya drive dari putrajaya sampai ke jengka 6, pahang. alhamdulillah, tu lah perjalanan paling jauh pernah aku tempuhi dengan drive sendiri. sebelum ni, arwah tak bagi aku drive even balik kg kedah, dia drive sorang2 je. lepas arwah tak de, aku tak pernah lagi bawa keta balik kg. lagi senang aku naik bas elok je tido bangun tido lagi bangun dah sampai. heeeeee. baru aku sedar rupanya keta aku dah kurang menyengat. naik highway karak tu tak larat, tekan minyak sampai abis, macam si kura2 je jalannya. ya lah umur keta lagi 4 bulan abis bayar, camtu lah lagaknya. lagipun keta tu sejak kematian arwah, pusing2 dlm putrajaya je, gi keje balik keje. dah terlalu manja. so ayah cakap cuti sekolah hujung tahun nanti bawa balik keta dia bawa gi servis.

BERCUTI KE A FAMOSA WATER WORLD

Lepas kenduri hari sabtu, petang je 4 buah kereta ikut mengikut balik ke KL, ila n sani with kakak ipar (kak lin), acid n wife, me n ayah,mak, adik dan adik aku with their hubby dengan anak2 aku yg menyesakkan keta mak ngah dia. selamat sampai ke umah, penat sudah pastu semua pengsan.

esoknya, pagi2 plan ke A famosa, kul 11 pagi kuar dr umah, kali ni drive lagi, hu hu sampai ayah cakap tak sangka aku boleh drive tak ngantuk pulak tu. yg senornya aku pun tak percaya yg aku boleh drive jauh2. tak ngantuk tapi jemu ada lah. patut la dulu masa arwah ada, dia ajak aku sembang sepanjang perjalanan. masa sehari sblm arwah meninggal, sepanjang perjalanan dari kedah ke putrajaya, dia asyik sembang je siap pesan pada aku jaga anak2, pesan pada si kakak jaga mama, kakak kena puasa n macam2 lagi yg dibualkan. yg masih terpahat dalam memori, arwah selalu minta aku picit leher n bahu masa dia drive, lenguh katanya. bila aku yg drive teringat oooo semua tu. ni air mata aku dah bergenang ni, sayu lah pulak, so aku stop dulu kat sini... karang mood aku hari ni tak bagus........... to be continue

2 comments:

lupekanje said...

tk best eekkk..entry tk de gambar...hehhe
belilah kamera bawuuu...mesti bnyk gambo cecantik msa kat a famosa ww

lyn said...

nak gak beli baru tapi blum ada mood nak shoping2 lagi. nanti ajak akak lah gi beli