JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, November 12, 2014

kemarahan

assalamualaikum...

nak cerita mengenai TRAGEDI HURU HARA  11.11.14 kat opis semalam sehingga menimbulkan kemarahan kepada semua orang... x sempat lak nak cerita.. to be continue

Monday, November 10, 2014

bersyukur sentiasa :)

assalamualaikum...

Teringin sangat nak tulis n3 pagi2 ni.. kisah semalam.. lynn with lovely kids and my sister... hantar my sister blk shah alam.. sebab adik dr terengganu nak datang berkursus dan perlukan kereta.. kerana adik di shah alam naik motor je pegi keje.. umah dia ngan uitm tu dekat sangat kot.. tak berbaloi naik kereta...

sebab kedua gi shah alam, teringin bebenor nak makan ABC kat situ.. sedaaaaaaaaaaaap sangat.. ikut tekak lynn la kan.. ada satu stall tu ABC FREDO.. dah masuk JJCM kot.. tapi banyak stall ABC kat situ.. lynn ngan si montel fatin berbaris menunggu ABC.. mau dlm stgh jam jugak la berdiri.. kalau ikutkan hati takmo tunggu okeh.. tapi jauh2 datang nak makan ABC so, sabar menunggu laa kan. si kecik fatin yg beratur, hmm mama dia dok kat tepi jaa. tup2 kakak belakang fatin terus order.. fatin kat depan, abang gerai tu tak tanya pun. waaaaaaaaa ini tak boleh jadi ni, da cross line.. kbtlnnya dia order sama ngan yg kami nak.. lynn pun cakap, order kakak tadi buat 2 set ye. satu untuk kakak tu n satu lagi utk kami.. so cepat sket dapat.. ABC Special chocolate nuts, strawberi n durian.. sama rasa...

pastu kakak tu memulakan perbualan.. ni anak ke?.. memang everytime orang jumpa mesti macam tak caya. anak.. memang pun.. anak besor dari maknya.. pe nak buat.. montel si adik.. dalam hati, ni kalau dia tengok yg sulung mesti dia tak percaya ni.. maknya muka mcm budak2.. :) lynn pun sambung.. ni yg bongsu, yg kakak dah 12 thn tapi besar lg dr sy.. so, 2 orang je ke. aaa 2 orang je.. tak tambah lagi... hmmmmmmm dengan kelat2 muka lynn jawab... taaak... so, cukup ka 2 orang... hmmmmm dalam hati, layan je lah,.. kang nak cite panjang je.... aaa cukup la 2 orang.. so, dua2 perempuan ke?.. aaaa dua2 perempuan......... dalam hati, nak la jugak anak lelaki tp rezeki setakat tu je... so, kakak tu tanya lagi... keje ye.. tu yg cukup 2 orang tu.. hmmmmmmm lynn jawap aaa keje... so, camana plan?.... tang ni nak ketawa terguling2.. tp dalam hati yg plg dalam... sedih sangat k.... blum sempat lynn jawap, kakak tu cakap, ambil pil ke rancang sendiri... lynn angguk  pastu geleng... oooo rancang sendiri ya.. pandainya.. kakak tu cakap... hmmmm x baik kalau lynn cakap kan.. so body language je laaa, dosa pulak ye jadinya menipu pulak karang.. angguk geleng pun rasa mcm x baik je.. tp baik dr keluarkan perkataan.. betul tak?..

perbualan singkat sambil menunggu ABC... perbualan kami tamat kat situ.. sebab order dah siap. lynn ambik n bayar, cakap kat kakak tu jumpa lagi insyaallah.. singgah maghrib kat surau seksyen 3 shah alam... ada kuliah syarah hadis 40 ustaz Syeikh Feras Salou .. ada penterjemah ye.. kalo idak, tak pahe kawe arab.. cerita mengenai sedeqah dan persaudaraan dalam islam.. kata ustaz, kalau barang ke duit ke kita jumpa, pastu kita sedekahkan dengan niat pahala dapat kat kita.. tak boleh ye.. ...  nak cite panjang tp nota kat dalam beg lain.. next sambung ya... tp yg terusik kat jiwa adalah mengenai persaudaraan.. katanya sesama muslim kita adalah bersaudara.. teringat kakak tadi.. mungkin curious dia nak tahu sebab kami kan sesama islam.. takkan anak 2 orang je.. yg kecik pun dah besar panjang... mama dia muda lagi.. hikhikhik.. perasaan la sangat kan... islam.. anak itu rezeki dan Nabi sangat berbangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat kelak... mesti kakak tu confius sangat... mesti dia fikir lynn mcm org bndar kot, anak 2 orang je.. lain la orang korea.. 2 tu kira dah ramai laa. kan.. mcm tunang jennifer - family foster lynn kat korea.. dia yg bgtau mak dia, dia nak adik.. n he love so much adik dia... tapi tu lah dorang ni tak de agama.. kalau dia tahu islam tu.. mesti dia nak ramai saudara... kan... oooooooooo dah lalut cite lain.. setakat ini dulu... noktah kat sini cite tu..

hmmmmmmmmm sambil berjalan sambil berfikir... besar dah anak2.. teringat pulak perbualan kami anak beranak, minggu lepas kot.. masa tu tgk fb, bgtau dorang.. cer tengok anak che ta... comey kan... si adik fatin, terus cakap, ma, ma kawin la..pastu siap pegang perut lynn.. boleh kita dapat baby mcm ni.. terkejut mama dia ni... ingat benda2 ni mcm main silap mata.. kejap ada kejap takde... kakak terus cakap,, x boleh3... nada tegas dia sebagai seorang kakak. hmmmmm nak tergelak tengok perbualan dorang... tapi dalam hati masih berfikir............ to be considere or not ... Allahlah yang menggerakkan hati.....

Monday, November 3, 2014

Allah lebih mengetahui yang terbaik hambanya

assalamualaikum...

bila tengok balik n3, tahun ni lebih kurang 1 n3 satu bulan. ada jugak bulan yang tanpa n3. sibuklah wahai hati... macam2 yang berlaku.. mungkin kesedihan yang kurang memuncak untuk mendorong lynn utk datang sini. hmmmm... hari ni 2 berita sedih.. dalam keadaan kesihaatan yang kurang baik. namun hati menerima dengan penuh pasrah dan keyakinan yang sangat tinggi pada YANG MENGATUR bahawa semua yang terjadi adalah atas kehendakNYA YANG ESA.

pertama membuat semakan keputusan temuduga... DUKACITA.. interview kastam yang lynn pegi pada hari lynn nak fly ke KOREA. banyak cabaran masa nak interview tu. mulanya lynn kena pd 8hb tapi masa tu lynn kat sabah buat auditan pej.negeri dan syarikat kat sana. so, mohon tukar. then dpt tarikh tu 14hb tmpt di SPA. masa tu dah tanya betul ke tempat kat situ. budak SPA tu cakap ye. pagi2 lg dah smpi SPA. sebab harap dapat jadi org pertama, sebab lepas tu nak gi opis uruskan keje sebelum gerak ke KLIA. sampi SPA budak tu suh duduk, tak lama pngl nama, dia suh g MOF. masa tu tanya lagi betul ke MOF bukan kastam? dia kata ya MOF. Sampai kat situ, parking kat kastam, jln kaki ke MOF. kalau sapa pernah pegi tahu la kannn punyalah jauh nak jln. smpi ja kaunter kat tengah tu, pakcik guard cakap kena gi kastam. berpeluh lynn jalan gi pulak kastam. last2 kene panggil dalam kul 12.30 tgh gitu.. soalan sket sgt, sama gak mcm interview akauntan hari tu. masa keluar dr bilik dah rasa, conform  tak memberansangkan ni..betullah gerak hati tu..

tengok wsapp dah bertalu2 yg tanya apa result exam PTD.. hmmmmm. masa sangat mencemburui.. sebelum nak gi korea, dpt msj exam ptd 1 nov.lega sebab dah blk dari korea.. kalau time kat sana susah sket sebab banyak program kat sana. blk jumaat petang dr korea. sampai rumah dalam hujan lebat dalam kul 6.30 ptg. tolak beg masuk rumah, ambik wuduk trus g surau sebab petang tu bc yasin dan doa akhir dan awal tahun 1436H. alhamdulillah sempat menyertai mereka di surau. lepas maghrib blk mandi, gi surau solat isyak, blk n terus gi central. alhamdulillah Allah permudahkan. kak maya n anaknya tlg hntr gi ERL. kalau tak basah kuyup la cheq nak tgu bas g central. smpi kg pg sabtu. pagi ahad gerak blk ke putrajaya dengan kereta. tukar drive dengan adik.. sampai ptg. isnin keje smpi khamis uruskan bengkel kat sabah. khamis 5 pg dah smpi central nak gi klia... smpilah sabtu. lynn sorang je blk awal dorang semua gi product update water rafting kat kiulu ngan rumah terbalik. sedih tak dapat joint. kena blk awal sebab mlm tu exam PTD... sooooooo,, cite pnjg2 sebab semuanya menyebabkan lynn tak sempat nak study.. n this shows in my result... DUKACITA... hehehe. masa nak jwp exam tu adik shah alam datang. tlg apa yg patut tapi nak tergelak sangat bila time daya menyelesaikan masalah, si kakak farhana yang baru lepas upsr tlg bg jawapan. hihihi nak tergelak.... dia suka numbers macam mamanya.. :)

dah 2 hari terlantar demam, since ahad semalam, hari ni masih tak larat nak bangun, so pagi2 dah wsapp bos tlg lulus cuti dlm hrmis. ambik masa ni untuk rest sepenuh nya. harap body dapat recover.. sangat banyak penggunaan tenaga bulan 10 ni... bertambah nak demam bila dapat result tu. hihihih...

sesuatu yg kupelajari pada semua keadaan yang aku lalui pada saat ini... terlalu banyak nikmat yang telah ALLAH berika untukku.. tahun 2014 yang banyak perkara menarik... pertama kali lynn lulus exam akauntan (manual exam) dan kastam (online exam).. berjaya harungi AGAC untuk akauntan dan berjaya smpi ke temuduga untuk kedua2nya..berjaya menempatkan diri menjadi antara 15 org peserta pertukaran belia ke korea daripada 399+ yg terpilih interview... ramai yang mendoakan kejayaan utk lynn tahun ini...so, dengan sedikit rasa kecewa kerana TIDAK berjaya pada interview akauntan & kastam dan exam PTD...tp nikmat lain yang diterima lebih banyak. alhmdulillah syukur jugak, sebab tahun ni jugak lynn dapat isi borang untuk n36.. tak kisah bila dipanggil tetapi mengisi borang tu pun dah cukup membahagiakan hati lynn.

Lynn nak sangat lulus exam PTD sebab lynn rasa antara semua kerjaya yg berkaitan dengan lynn PTD lebih rapat dengan tugas lynn skrg dan dengan jiwa lynn.. memang lynn ambik course accounting, tp akauntan tu agak jauh berbeza dengan minat dan prospek keje yg lynn nak.. tapi satu yg membuatkan lynn sangat bahagia sebab lynn sangat yakin, ALLAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA BUKAN YANG KITA RASAKAN IANYA TERBAIK.. baik pada pandangan kita berbeza dengan baik pada pandangan Allah.. so, lynn terima semuanya dengan hati yang mekar mensyukuri atas semua yang terjadi. TERIMA KASIH ALLAH :)

sedikit picture untuk kenangan disini..   lynn tgk traffik kat sini, kadang lynn tak tahu dari mana datangnya kawan2 yang menjelajah blog lynn ni. boleh add lynn kat facebook zalina morad ya. thanks

kami delegasi belia dari malaysia - 15 org semuanya dari pelbagai jabatan

makanan2 korea. mula excited nak gi bljar buat kimchi.. tapi nampaknya.. tak berapa minat rasa nya.. sekadar merasai makanan mereka..

inilah famiy foster lynn.. jennifer

ini pulak adik2 yg rapat ngan lynn masa kat sana zu dari uitm dan paan dari ipk kedah

try hanbook kat umah jennifer.. i like.. muslimah kan :)

sangat suka dengan pic ni.. kat gyeongbok kot kalau tak silap

kat nesosa temple.. menarik view kat situ

orang kuat MOGEF (ministry of gender equality and family) yang menguruskan kami kat sana, Mr Park Wong, Elene translator korea to english and so ra kim..

inilah best friend lynn sepanjang kat sana. kami berbeza umur setahun je, lynn plg tua, yus bertudung hijau muda setahun, and zu muda setahun yus.. semoga ukhuwah kami hingga ke syurga. ameen

setakat itu sahaja utk kali ini... pic2 lain tgk kat fb ye. assalamualaikum

Tuesday, September 23, 2014

lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak update :)

assalamualaikumm...

alhamdulillah ada kesempatan walaupun 5 minit untuk jengah rumah ini :). bahagianyaaaaaaaaa...

tapi nak cite yg plg ringkas, kesinambungan dari n3 yg dulu...

annyeonghaseyo = hi

ni cheq cari kat google translate ok...

yang sebenarnya happynews nyer nak habaq yg cik lynn adalah antara 15 orang yang terpilih untuk Program Pertukaran Belia Malaysia-Korea di Republik Korea.. masa nak check result tu memang tak nak check lah kan. sebab rasa macam tak dapat. ya lah antara beratus orang tu dia hanya nak 15 orang je. takkan lah cik lynn yg dalam 15 tu kan kan.. tapi bila jer jemari2 ini menyentuh dan menaip no ic maka keluarkan keputusan............ BERJAYA.. terjerit seketika sehingga menyebabkan mereka tertanya2.. apa kes ngan puan lynn tu kan........

Allah telah tentukan rezeki.. alhamdulillahhhhhhh syukur.. bila muhasabah balik. mungkin juga KSU komen yg baik kat borang cik lynn.. maklumlah banyak hal berurusan dengan KSU.. dari hal puspanita sehinggalah hal kerja.. ooooooo maybe jugak sebab masa interview to agak perform la.. apa pun percaya yang rezeki itu telah pun ditentukan oleh ALLAH SWT.. kannnnn

insyaallah 15/10 - 24/10 ni cik lynn akan berangkat ke korea......... kawan2 kat korea, sila tunggu ya :) macam la ada kawan kat korea kannnnnnn :)

yang kedua nya pasal interview akauntan.. baru je keluar result DUKACITA.. tapi takpe.. sedih tak lah sangat sebab post ni cik lynn tak la teruja minat sangat. masa exam tu penuh manusia kat Dewan MAEPS tu.. selama ni pun tak pernah lulus EXAM tu.. namun, Allah dah takdirkan kali ini LULUS.. go to other step PAC.. pun cik lynn tak sangka boleh lepas.. namun masa interview, memang sangat tak perform sebab panel memang macam tak nak tanya soalan.. cik lynn punyalah study malam siang tapi sebabkan dia tak tanya.. keluar je dr bilik interview, dah rasa macam tak dapat..

namun begitu, dikejutkan dengan panggilan telefon dari sahabat Nomi, lynn aku tengok ka website JPA dan ada pemangkuan 36... oooooooo alangkah gembiranya perasaan sedih bertukar jadi happy sangat.. at least dapat isi borang tu pun sangat membahagiakan okeh.. dapatnya tak tahu bila.. tapi sangat rasa betapa Allah sayangkan cik lynn..

percaya pada qada & qadarnya, insyallah bahagia dunia dan akhirat kita ya kawan2. macam statement yang cik lynn post kat fb :

assalamualaikum... copy paste untuk perkongsian hari ini.. ms 430 Al-Quran Tajwid & Terjemahan Karya Bistari.. "YANG MAHA MENJAGA" 

Seorang muslim yang mengESAkan Allah dengan nama ini, hendaklah yakin bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menjaganya dengan dua perkara, iaitu KAUNY takdir yang tidak ada kuasa bagi manusia untuk masuk campur dan yang kedua iaitu DINY; Syari' di situ manusia ada kemampuan untuk berusaha.

Manusia sentiasa diuji dengan kedua-dua perkara ini. Sikap manusia selalu ada di antara dua perkara ini. Ertinya dalam hal yang pertama, dia harus percaya dengan takdir Allah dan kekuasaan-Nya yang meliputi segalanya. Tidak ada kehendak seorang hamba yang dijaga oleh syariat dan pengurusan Allah, dengan satu keyakinan bahawa hal itu adalah satu-satunya jalan untuk menggapai kebahagian dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, sesiapa yang menjaga syariat-Nya maka Allah akan menjaganya dalam hal KAUNY, dalam keadaan bergerak mahupun diam. Orang yang mengESAkan Allah akan sentiasa tegak, berterusan dalam ketaatan, menjaga hukum-hukum ibadah, tidak akan mensia-siakan kewajipan tidak pula amalan sunat, tidak pernah akan mendekati kejahatan tidak pula akan melampaui batasan-batasan-NYa (Dr. Mahmud Abdurrazak Ar-Ridwani, Ad-Du'au bi'l Asmai'l Husna, 2005:73)

Saturday, June 14, 2014

PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA-KOREA 2014

assalamualaikum...

lama jugak tak jenguk sini. but today... nak jugak tulis kat sini. sebabnyer 2 perkara penting dalam bulan ni yg dilalui.

yang pertama TEMUDUGA PERTUKARAN BELIA KOREA MALAYSIA
first time cik lynn mohon, alhamdulillah dapat gi interview. kalau dulu masa kat kem.pelajaran, borang pun tak lepas ke JPA. syukur kat kem.pelancongan nih, semua dapat gi interview. from my department 6 orang oke dapat gi interview, buat 2 orang tak gi, tak tau lah nape dorang tak nak gi intw. nak sedapkan hati kurang dah 2 orang saingan.. heeee..

so, pepagi cik lynn bawa kete, yus n laila tumpang. dekat je. JPA cyberjaya. kami sampai dah dekat 8.30 pg. tak lama duduk, ada taklimat. sebaik mula je taklimat, dan diperkenalkan diri saya Redhaudin akan menyampaikan sedikit taklimat... terus je cik lynn teringat kak liza, kakak sama tempat masa kat MOF.. terus je mesej kak liza. kak liza orang lama mana nak jawab mesej, terus ja dia call.. nak tau nape??? en.redhaudin tu anak buah dia .hiiiiiiii.. kak liza tanya, nak suh kak liza bgtau apa2 ka kat redhaudin?.. hikhik.. takmo lah, cik lynn tak suka sangat kabel2 ni.. lebih suka free n easy. kalau dapat atas usaha sendiri kan lebih bermakna bagitu.. tak desperate okeh nak dapatkan sesuatu...alhamdulillah.. Allah bagi nikmat rasa macam tu kan...

so, diceritakan pada tahun  2014 ini seramai 600 orang memohon, 399 layak dipanggil temuduga.. dan paling tak mo dengar, dia hanya nak 15 ke 20 orang je? so, what do you expect ? :) cari pengalaman lah kan.. interview 3 hari start 13-15 Mei 2014... rupanya kami kena di hari pertama.. jeng2 panel masih bersemangat taw !

tak lama lepas tu, nama di panggil.. interview by group.. 1 kumpulan 4 orang dengan 2 orang panel.

first introduce dalam BI.. panel cakap, if speak in malay kenalkan diri, soalan lain akan dalam BI. better lah kan, introduce.. soalan just recape kat sini lah ye..

1- panel kata introduce, why you want to go to korea? what you expect from this programme.. cite la sket2 apa yg patut..

 2 - panel kata mesti dah baca pasal korea kan? so, ceritakan apa yg anda tahu pasal korea. adik kat hujung sekali dia start dulu.. cerita pasal korea dia tahu makanan korea macam kimchi dan bulgogi.. mamatsebelah cik lynn pun sambung cite pasal makanan jugak.siap bgtau cara2 nak masak makanan tuh. wah!!! tertanya2 cik lynn pandai pulak mamat sebelah nih.. pastu dia sambung pasal tempat2 cantik kat korea macam pulau jeju siap keluar  cerita winter sonata.. panel siap tanya, you all dah penah makan makanan korea? adik hujung cakap dah.. panel pandang cik lynn.. cik lynn geleng tak pernah.. tapi masa cari maklumat pasal korea tu teruja nak rasa makanan korea. siap survey dengan si kakak nak gi kat restoran korea and paling dekat kat bangi ada.. cuma blum ada masa sblm intw. hmmmm cik lynn pulak sambung. dalam hati terfikir, takmo lah cite pasal makanan, tempat menarik sebab kalau cik lynn lah jadi panel.. dah tentu cik lynn tak bg markah tinggi sebab macam nak gi jalan2 je.. kan.. so, ligat memikirkan, cik lynn cite... lepas dapat tahu dapat intw, cik lynn cari la info pasal korea.. terjumpa satu artikel pasal korea utara, pasal korea selatan.. nape pulak ada 2 korea? so, insist nak tahu, cik lynn study la sket kan.. rupanya dulu tahun 1950, korea berperang-  glemer tau cite psl perang saudara ni, so semua orang patut tahu kot. then 1953 ada genjatan senjata, korea utara (jepun dan china) manakala korea selatan amerika syarikat. korea utara masih lagi komunis taw.. tapi yg paling penting.. dalam tempoh 50 tahun tu, korea selatan membangun jadi negara maju, kita malaysia merdeka tahun 1957 and now menjadi negara membangun ke arah negara maju.. so, bagaimana tempoh yg singkat korea selatan boleh maju.. hihihi rasa ilmiah sangat time ni.

3- panel teruskan dengan bg situasi. nanti kat korea ada g homestay.. Mr Kim ni sediakan macam2 makanan tuk sambut kamu.. sampai je, makanan dah terhidang. Mr Kim kata makanan tak de pork. so, panel kata kamu nak makan ke tak? ... hihihi macam2 jawapan keluar.. akak sebelah cik lynn jawap, dia akan bgtau dia vegetarian. panel tanya nak makan tak? cik lynn lak jawap, walaupun dia kata no pork, tapi kita tak tahu daging lain tu sembelih ke tak, pastu bekas yg digunakan utk masak. panel provoke okeh.. dia siap sebut nama ZALINA abis tu you nak tanya dia ke? macam tak sopan pulak kan?.. cik lynn sengeh je.cik lynn sambung, maybe boleh minta dia ajar cara nak masak.. sebab dari situ, br dapat tahu boleh ka makan.. panel tu x puas hati lagi. mamat sebelah cik lynn lak jawap, saya akan ambik yg boleh makan je, macam nasi, sayur..so panel provoke lagi, nak tolak hidangan lain macam mana?. hiiiiiiii semua sengeh okeh.. tak terpikir jawapan plg tepat.. bestnyer panel bg jawapan.. tapi jawapan dia cik lynn masih x berapa puas hati sebenarnya.. jawapan dia , you ambik semua makanan letak dalam pinggan, then you main2 je dengan makanan sambil sembang2.. main2 ngan chopstik lah.. yg you boleh makan you makan laa.. he tak lalu la pulak kan dok dalam pinggan. nak main2 makanan pun mcm tak sopan jugak, dia kata kita tak hormat dia pulak nanti... ntah la sampai skrg tak tau la jwpn plg baik dan berhemah nak jawab.

4 - panel tanya pasal transformasi penjawat awam.. time ni nak tergelak sangat.. semua ke empat2 kami tak boleh jawap. panel siap suh kami baca balik nanti..

5 - panel suh bincang dlm kumpulan nak buat persembahan apa masa malam kebudayaan. kbtln mamat tu ore kelate, dia suggest dikir barat. nanyilah kami berdikir barat dengan lenggok2 tangan dengan lagu eh wau bulan.. masa kat luar lepas abis, haz dari KPM jumpa cik lynn... bila cik lynn cite dia cakap, kalau dia, buat fashion show je.. tunjuk baju kebudayaan kita.. idea bernas gak gini, sebab orang korea kan paham pun dikir barat ke lagu kita ke sebab di tak paham bahasa kita, kita lak tak paham bahasa dia..

6 - panel tanya apa kemahiran yang kamu ada. adik hjg jwp dia pandai nyanyi.. hahaha siap nyanyi lagu india okeh.. kakak sebelah cakap dia takde kemahiran apa2.. panel tanya ye ke. dia jwp bersunguh2 takde.. panel siap cakap, tadi masa introduce cakap ajk umno dan ada buat byk xtvt, tu tak da kemahiran jugak ke.. baru kakak tu cakap, tu dia suke je.. nasihat cik lynn pada yg nak gi intw thn depan, create la apa2 kemahiran.. cik lynn bagi jawapan cenggini sebab mamat sebelah tu cakap pun dia boleh lah nyayi.. cik lynn jawap.. saya kalau kemahiran menyanyi dan menari macam dua sahabat tadi memang tak pandai. tak berkemahiran.. sebagai perempuan, kemahiran memasak dan menjahit memang ada. cik lynn suke masak membaking kan.. panel tanya, oooooooo ni baju buat sendiri ka? kih2.. pakai bj kurung moden, manyak batu2 bersinar okeh.. cik lynn cakap.. tak.. sebab masa tidak mengizinkan. cik lynn sambung lagi.. selain dari itu, selalu jiran2 dan kakak2 kat rumah cakap, kalau takde cik lynn ni keje tak jadi.. maksudnya, kemahiran cik lynn adalah penggerak komunita/xtvtv lah, saya akan melaksanakan sesuatu sehingga berjaya dilaksanakan, sy juga adalah agen perubahan. wahhhhhhhh masuk bakul angkat sendiri ka.. gi lah jual.. tak tau la laku ke idok :)...

keluar dari bilik intw jumpa kawan2.. macam2 soalan dorang kena. ada satu bilik tu 1 jam 30 minit k. yg sepatutnya sesi intw 30-45 minit je.. ada satu bilik tu semuanya cakap omputeh.. macam2 daaa..

soalan dari bilik lain
1- bunga kebangsaan korea apa - jangan pulak korang jawab sakura mcm cik lynn.. sakura tu kan kat jepun.. confius sudah..

2- apa yg anda nak bawa balik ke perkhidmatan awam kita?

macam2 lagi lah.. nanti jumpa buku tu cik lynn edit kat sini no.. boleh la digunakan utk masa akan datang..

papepun program belia ni umur sampai 40 tahun sebab akta belia sehingga 40 tahun masih dikira belia.. so, cik lynn masih ada 5 tahun tuk g intw. hehehe

nak cite lagi satu perkara penting tapi ngantuk sudah penat.. insyaallah cik lynn sambung esok.. pasal ASSESMENT CENTRE AKAUNTAN W41 YANG cik lynn gi pagi tadi 14.06.14.. no cantik kan.. moga result pun cantik jugak/.

tamat sudah AWESOME !!!

Thursday, May 15, 2014

sibukkah kita dengan dunia semata?

assalamulaikum..

alhamdulillah... segal kudrat yang ada pada kita adalah ihsan milik yang menciptakan kita. Allahuakbar.. dua minggu yang sangat hectic.. 

6 mei 2014  - exam akauntan.. satu hari dengan 4 paper.. 
difahamkan 3000 orang exam kat maeps.salah seorangnya cik lynn yg tak tahu kali keberapa attend exam ke gred 41 dan sehingga kini.. satu pun tak pernah lulus.. study jugak, tapi memang rasa2 lah.. mesti failed kat paper esei english...

7-8 mei 2014 - bengkel iso
esoknya masuk opis terus g bengkel iso 9001:2008. ni satu2 kursus yang agak memenatkan. semakin difahami semakin macam tak faham. bukan senang nak cari salah.. oooo.. tujuan audit bukan cari salah noo.. nak improve prosedur.. tujuannya untuk kepuasan pelanggan dan sebagai penjawat awam, memenuhi kepuasan rakyat...begituuuuuu :) petang 8 mei sibuk tak dapat masuk class...

9 mei 2014 - entah.. tak ingat apa dah buat hari jumaat. masa berlalu dengan begitu pantas.
komitmen selama 3 bulan untuk class " Oh My English" every thursday & friday petang.. first time class english yang kalau tak datang sangat sedih sebab very interesting..i'm very interested the way ms naomi teach us.. waaaaaaaaaahhhh ala broken gitu je pandai.. masuk kelas english ni tanpa paksaan okeh.. rela diri.. walaupun rasa malu sangat pada mulanya.. tapi sekarang.. hentam sajalah...malu untuk sesuatu yang baik.. lebih bagus kot.. dari tak malu sebab buat perkara yang bertentangan dengan kehendak islam..?

9-11 Mei 2014- sepatutnya dah ikut rombongan rukun tetangga ke terengganu
sebulan sebelum tu, uruskan program cuti2 rukun tetangga ke terengganu, deal ngan homestay teluk ketapang, mlm 8hb si kecik siap tido lewat kemas baju msk beg.. last2 cik lynn bgtau kita tak dapat joint sebab tok ngan tok wan nak datang umah.. sedih tgk si kecik tu.. akhirnya mlm tu dia yg g mengantar rombongan naik bas.. bas pulak berenti betul2 belakang rumah. hiiii.. kalau dah ditakdirkan..

akhirnya, sabtu dan ahad juga penuh xtvt.. tengok bola games adik bongsu di Stadium Mini Seri Permaisuri KL, bawa mak ayah adik2 ke Muzium Istana Lama KL, makan2.

12 Mei 2014 - meting im4u sampai ke Port Dickson
tahun 2014 ni cik lynn nyer tahap keaktifan bersosial/ berpesatuan yang paling tinggi dalam sejarah kehidupan. puspanita dengan pen.setiausahanya, rukun tetangga dengan setiasahanya, perwani dengan pengerusinya, marhaban nurul syuhada, kelas talaqi bersanad yang perlukan 2 tahun komitmen.. dan yg terbaru tadi baru dimaklumkan.." puan jadi ajk ksks je.. bwh en.khairul"... minat sungguh dorang dengan cik lynn..

13 mei 2014 - cuti2 sehari ke cameron highlands
terfikir nak bawa semua orang ke situ. 7.30 pagi keluar jam 10.00 mlm baru sampai semula ke rumah. jln2 yang mengeratkan erti kekeluargaan. alhamdulillah 

14-15 mei 2014 - auditan iso dan bengkel memasak
minggu lepas sibuk aturkan prrogram masakan. time2 sibuk mcm ni, program tu pun nak buat time ni juga. arrrangekan apa yang patut. pagi dengar taklimat auditan, kul 9.45 cikgu masak call, turun setting apa yg patut, sambung lagi auditan. akhirnya.. tak sempat tengok mee kuning, roti ke pizza dorang buat.. alhamdulillah.. ingat jugak dorang simpan sket roti kat cik lynn.. petang tadi masuk kelas bhs inggeris takgi meting laporan iso. hahaha.. tak terkejar dah ni. pagi2 tadi tak ikut team iso sebab siapkan minit mesyuarat. itu pun ada sket lagi tak siap.. syarikat dah call bising2.. sampaikan satu hari dapat call.. sampai sekarang kalau ingat gelihati lagi. cik, saya dah g buat laporan polis. cik lynn tanya nama En? lesen hilang ka? cik lynn ingat lesen travel agent yang kita bg syarikat hilangkan.. taklah.. lesen ada, sy buat report polis sebab dah banyak kali sy call cik zalina tapi tak dapat2. huhuhuhu.......cer bayangkan betapa busynyer cik lynnnnn minggu ni.. dengar pun dah pening.. tengok cik lynn lagi pening..

TAPIIIIIIIIIIIIIIIII

satu perkara yang cik lynn belajar dari semua ke busy an sampai exhausted sangat rasanya setiap hari ni adalah........

Betapa sibuk kita dengan urusan dunia, kita kena balance kan dengan kehidupan akhirat. sebab yang pasti kita tahu dunia ini sementara. bahkan akhirat adalah tempat kehidupan kita yang kekal. sibuk dengan keje, tapi mari kita pastikan :

a) solat kita sentiasa dapat berjemaah, solat kita di awal waktu.. akhir2 ni zuhur dan asar sempat berimam di akhir rokaat je. esok niat mesti datang awal... tapi tak tertunai2 lagi. mari kita tanamkan azam dan mohon taufik Allah bantu kita kuatkan dan teguhan hati kita. 

b) kita masih ada masa untuk membaca ayat2 cinta dari Allah yang dititipkan untuk kita hambanya ini. sebelum buka pc makesure bukak dulu quran. cik lynn nyer practice setiap pagi 2 helai ms bacaan dengan terjemahan.. tapi lately ni hanya mampu bacaan satu ms tanpa sempat nak baca terjemahan.... kalau ikutkan sibuk.. memang tak dapat.. tapi kan janji Allah.. 

"Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepada-Ku satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghapd kepada-Ku dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari”. (Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim).

Rasulullah SAW bersabda "Allah SWT berfirman: Wahai anak Adam, bangunlah kepada Ku niscaya Aku akan berjalan kepadamu, dan berjalanlah kepada Ku niscaya Aku datang kepadamu dengan berlari". (Hadits diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanadnya yang shahih) 

c) kita singgah dan seharusnya kita plan untuk hadir di taman syurga. cik lynn usahakan diri untuk hadiri setiap majlis ilmu yang telah ditampal jadual sebulan di surau opis.. kalau ikutkan hati, nak je duk depan pc selesaikan kerja dunia... selesaikan keje opis...yang sememangnya tak habis2... tapiiiii kerana kita tidak tahu WAKTU KEMATIAN kita yang tepat.. oleh itu, kita kena usahakan untuk seimbangkan duniawi dan ukhrawi..ooooooo susah kan... tapi bukankah syurga itu mahal harganya?...

d) kita bersilaturrahim.. kita masih mampu tersenyum dan mengeluarkan kata2 yang baik walaupun tengah sibuk, penuh dengan stress dengan kerja yang tidak habis2.. mari kita ucapkan perkataan2 yang baik... sedekah tanpa modal.. insyaallah..

e) semua kerja yang kita lakukan baik urusan kita di pejabat, urusan kita dengan manusia malah lebih baik urusan kita dengan ALLAH.. Rabb yang menciptakan kita ini.. semuanya dilakukan dengan HATI dan sesempurnya yang mungkin.. insyaallahh..

insyaallah.. cik lynn nak muhasabah diri sebab bila cik lynn fikirkan balik.. banyaknyer cik lynn nak buat namun terhad dengan masa yang sama Allah bagi pada semua orang.. tanpa bantuan Yang Berkuasa, cik lynn takkan mampu nak buat semua tu.. cik lynn bahagia lakukan semua tu.. sebab Allah beri masa yang cukup walaupun banyak yang perlu dilakukan. yang paling membahagiakan adalah apabila Allah beri akal untuk cik lynn terfikir untuk muhasabah diri. Mohon Allah Yang Maha Penguasa, Allah Yang Maha Agung pemilik seluruh alam ini memberi taufik dan hidayahNYA untuk kita semua.. ameeeeeeeen

with mak 

with darling si kakak yg berumur 11 tahun ++ :)

with ayah

mak & ayah

mak, ayah, adik2 dan anak2 mama

my darling with mak lang & mak tih

with my darling si adik.. montel tul.. ntah mana la tudung dia 

Friday, April 4, 2014

mh370, sir chief & minggu kasih sayang :)

assalamualaikum...

alhamdulillah.. setelah kian lama tak kembali ke rumah ini... terasa nak citekan sesuatu yg membahagiakan sepanjang dua minggu ini..

terkesan dengan tragedi MH370 begitu juga dengan cite philipinebe careful with my heart membuatkan sampai masuk dalam mimpi semalam...kisah mimpi mainan tidur... heeee... tiba2 terpandang wajah arwah balik rumah.. dalam hati... Ya Allah betul ke ni.. terbayang perasaan ahli keluarga MH370, bayangkan betapa rasa gembira dan syukur yg tak terhingga kan sebab mereka pulang dalam keadaan selamat. begitu juga bayangan lynn.. tapi tidak kan sama la ngan kes lynn.. arwah tiada depan mata, bagaimana mungkin dapat pulang semula ke rumah.. tapi itu lah cite dalam mimpi semalam. gembira tak terkira nampak arwah di rumah... masuk lak cite philipine..teringat scene maya kata dia sentuh pipi sebab ingatkan dalam mimpi rupanya tidak... lynn pun sentuh pipi arwah.. harap2 semuanya benar.. tiba2 terjaga dari mimpi.. Ya Allah... rupanya dalam mimpi sahaja...

namun... ini lah kali pertama lynn tak nangis dan tak sangat rasa sedih bila terjaga dari mimpi.. mungkin sebab mengenangkan lagi perit penderitaan ahli keluar MH370.. entah lah dalam hati sehingga kini yakin sangat penumpang2 MH370 akan pulang dengan selamat... Yang pasti mari kita redho dengan ketentuan Allah..

best sangat dengan cite philipine tu, banyak sangat pengajaran dan pelajaran yang boleh diambil..dari aspek hubungan kekeluargaan dan cara mendidik anak2... kalaulah lynn dapat praktikkan.. insyaallah... :) yang penting sepanjang tengok cite tu hati berbunga2. hehehe... senyum sepanjang hari... :) sir chief and maya dela rossa... positive sangat dengan kehidupan...

cite minggu kasih sayang...

1 April - ada sms masuk . suh lynn tengok tv al hijrah... bila tengok je tajuk.. lynn tanya balik penghantar sms apakah maksudnya itu?... boleh dia kata ustazah yang lebih arif... apa kene mengena ustazah lynn dengan tajuk tu. hiiiiii.. nak tahu tak tajuk perbincangan tu apa? ......... tajuk tu: menyulusuri kehidupan: mencari pasangan..... wahhhhhhh... sampai sekarang ustazah lynn ni cari jawapan.. tak patut tul last sms dia camtu.. sampai skrg tertanya2..

2 April - cik lynn ikut rombongan jaulah ke aceh bersama group dr bangi.. bila semak alaaaaaaa sykt ni tak berlesen la pulak ngan kita. maklumkan kita yg proses.. cik lynn msg kat fb ustazah.... ustazah nak jumpa sebab nak tanya pasal lesen tu.. tapi ayat2 ustazah tu membuatkan cik lynn ni rasa..... seperti seorang yg sangat disayangi... ustazah ni suara berzikir pun sedap sangat, bila dia cakap, kita rasa sangat..hati dia lembut sangat.. perjalanan dari bangi ke airport subang dengan zikir, selawat dan mathurat sepanjang perjalanan dalam bas... dalam flight ustaz siap boleh baca doa.. ustaz jd steward la sekejap sebab flight tu kami charter utk peserta jaulah je. ada Qari antarabangsa Malaysia lagi....... kali pertama cik lynn melancong dalam program ibadah.. slalunya shoping ngan lawatan biasa ja... Ya Allah, engkau berikan ikatan persaudaraan semuslim kami sangat indah. letak sket gambar kenangan kat aceh kat sini...
tadarus al-quran di airport sebab kat aceh akan majlis khatam, sorang baca dan sorang semak.. al-quran itu dimana2  pun boleh baca tau..

kuburan massal yg menempatkan 46,000 orang mangsa tsunami ditanam secara 3 lapis tanpa nisan

kapal kecil yg tersangkut di atas rumah penduduk dan menyelamat seramai 59 orang 

khatam kali pertama di Masjid Oman.. peserta dari Malaysia, Brunei, student Pattani Thailand dan penduduk aceh..

khusyuk tengah dengar kisah dari saksi hidup (penduduk yg masih hidup selepas tsunami)

bersama kak pah di depan Masjid Baiturrahman

majlis khatam kedua di Masjid Baiturrahman

bersama nenek di Masjid Baiturrahim.. masjid yg tidak rosak kerana tsunami walaupun kawasan sekitarnya telah pun menjadi padang jarak padang terkukur.. Allah itu maha kuasa.. ada orang kafir yang menyelamatkan diri semasa tsunami dengan memasuki masjid ini dan akhirnya memeluk islam selepas kejadian tersebut

kami geng putrajaya-miftah, kak wan, kak timah, kak pah & me di Muzium Tsunami.. sangat disarakan kepada sesiapa yg ni melawat sebab kat sini boleh memahami bagaimana dan perasaan mangsa tsunami. ada satu jalan kat dalam ni yg bila kita pijak macam terumbang ambik dalam laut.. rupanya memang dibina sebegitu supaa orang lain merasai juga bagaimana tsunami itu terjadi.

mangsa tsunami yg menceritakan pengalaman semasa kejadian - ni saksi hidup

kami di atas kapal terapung, kapal yg sangat besar  yg membantu aceh menikmati tenaga elektrik, namun kapal yg besar ini hanya ditakdirkan menyelamatkan hanay 2 orang sahaja berbanding kapal kecik tadi 59 orang. Allah maha kuasa atas segalanya

kata penduduk sini, ayam penyet dah menjadi kebiasaan.. macam 2 nasi dengan jenis2 ayamnya.. ada juga menu ayam lemas tau.. ni kami kat nasi ayam tangkap aka ayam kampung.. mabeles :)

kat Bandara aka airport aceh. buk nak pulang ke malaysia dah masa ni..

3 April - asal dia jumpa je mesti panggil sayang. asal di call je itu la panggilan dia kat lynn. tak pernah dia panggil zalina ke lynn ke.. tapi.. tak pernah lah pulak cik lynn ni perasan. sebab ala pakcik2 kan.. sehinggalah semalam.... ntah camana cite tak ingat, yang pasti lynn, pakcik tu n  sahabat. kami bertiga.. n tak ingat sangat cite awalnya, tapi yang kat tengah tu sahabat suh dia teka umur lynn... rasanya dah masuk thn ketiga ni kenal.. ni la first time orang teka umur lynn 40 thn. sampai hati tul.. selalu mesti orang cakap lagi muda dari umur sebenar..pastu kami berdua tanya pakcik tu... agaknya umur lynn sampai ke 40 thn.. jawapan dia yg buatkan gelak besar kami berdua.. boleh dia tolak umur dia ngan lynn  yang 40 thn beza sket je. kalau tolak umur sebenar, jauh sangat beza. apa niat tuh ??? memang terkejut cik lynn dengar ye.. katanya kalau isteri dia benarkan, dia ambik lynn ni.. aku suka dia dari mula tengok lagi.. ni terus terang ni.. cakap depan2.. sahabat ku gelak ketawa.. aku pun terkejut sangat ngan keterangan ikhlas berdepan tuh.. x tau la camana terlepas cakap.. kalau pun en. x nak, tapi sy tak nak... ooooi kecut perutku dengan perkataan yang x dirancang keluar ikhlas la jugak dari lynn... ingatkan selama ala main2 je pakcik ni dengan ayat manis2 gitu..

4 April - ada pulak customer ni kat depan2 kaunter kot. ok lah nak jumpa.. tapi yg tak ok tu sebab ayat2 dia tu sampaikan anak buah pangil cik lynn Datin.. tergelak besar di hari jumaat ini.. dia nak tanya pasal aplication.. jawab la sekadarnya minggu depan result keluar En. dia tanya lagi cik ni orang mana? Cik lynn cakap orang Kedah.oooooooo sama la kita ye. sy orang Alor Setar.. yg tak tahan lagi tu..ooo lupa nak  cakap, dia kenalkan diri sebagai Datuk X.. pemilik sykt bas express XX.. slalu gak cik lynn ni nampak kat changlun tapi x pernah naik sebab bas cap tu takde dari putrajaya. siap bgtau, sy ni bachelor..rasa ada la 5x kot dia ulang dia ni bachelor... siap tanya weekend ada program tak? cik lynn dengan ringkasnya menjawab.. banyak program hari minggu dari hari kerja.. program masjid plus kelas talaqi bersanad yg cik lynn kena commit selama 2 thn.. dia cakap lagi sy sunyi... ada kena mengena ke ngan cik lynn ni.. cik lynn hari ni berjubah dan bertudung hitam tau. sekali tengok tak nampak lah. fenin.. last sebelum dia bergerak.. kalau ada apa2 call sy tau. pasal aplication atau, nak transport blk kg atau apa2 ja sebab cik lynn ni orang kampung dia.. mendalam sangat makna dia tu...

bila lynn pandang dengan mata hati... Allah tunjukkan / berikan kasih sayang kepada lynn melalui hambanya... terima kasih Allah.... nikmatMu yang tidak aku mampu didustakan... alhamdulillah syukur......

Wednesday, February 5, 2014

assalamualaikum..

hmmmmmmm lamanya tak update kat sini. rindu sangat kat rumah nih.. :) i love this blog very2 much n hope dapat kembali aktifkan diri kat sini.. tempat yg paling aman merencanakan apa yg ada difikiran..

entry pertama di tahun baru 2014... nak tulis pendek je... hope after this boleh cite2 panjang.. insyaallah..

" sedih bila kita tinggalkan orang or sesuatu tempat...namun kesedihan berganda bila kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayang atau orang yg kita kenal" ....

kisah dua orang pakcik yg datang dan berlalu dengan cepat.. sikit laa rasa...... anyway akhirat itu yg kekal abadi.. dan doakan moga kita kekal untuk tinggal di Syurga ciptaan Allah yang maha indah.. menerima salam dari ALLAH yang maha pengasih dan penyayang...mohon rahmat ALLAH untuk masukkan kita ke syurganya... ameeen..

alhamdulillah.. rezeki Allah untuk Kakak.. dan doa ibu juga mengiringi kakak.. semoga kejayaan ini dapat menggapai  cita2 mama nak tengok kakak jadi Hafizah.. semoga kakak dapat berusaha dengan gigih lagi utk UPSR & UPSRA tahun 2014 ini.

Terima kasih kepada Akademi Infitah Pusat Tuisyen Akademi Infitah  home tuisyen daripada ustazah norashikin abd halim dr kajang. sangat bermanfaat kepada kakak. 