JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, December 31, 2008

siri 9 : isteri,ibu,pekerja n pelajar

sambung lagi siri kali ni....

rutin hidup aku berubah bila abang ke langkawi. abang dok kat rumah dalam padang menembak (LISRAM). kat dalam hutan. satu2 highway yang ada di langkawi tu lah ke tempat nyer jalan nak ke situ. itu sebab abang gi single without family. bagi yang bawa family dorang sewa kat luar. actually training ni hanya melibatkan tentera n polis je. dapat elaun dari msn dan gaji dari opis masing2. kehidupan abang pun berubah. abang tinggal bersama kawan2 baru yang tak bawa family.

aku pulak, dari umah mak drive ke putrajaya. alhamdulillah mak jaga anak. so aku tak risau pasal tu. tapi kadang2 kalau kena balik lambat, kesian aku tengok mak seharian kat umah jaga cucu. so aku ambik keputusan hntr anak ke nursery kat opis. tapi experience sungguh. pagi2 kendong anak masih tido msk keta. petang drive balik ke umah mak. ya allah cabaran sungguh. si kakak ni pula jenis yang kejenyer nangis je. nak drive pun jadi kelam kabut. ulang-alik ke putrajaya dengan anak amatlah tercabar. dah ler tak nak dok diam kat dalam keta. aku pernah berhenti di tengah jalan . opsss tepi jalan tuk diamkan dulu si kakak, baru teruskan perjalanan balik.

bila fikir balik, penat dan agak merisaukan abang dengan perjalanan aku setiap hari, aku bagitau abang nak mohon kuarters kat putrajaya. so aply but then tak dapat, buat rayuan so dapat dok apartment. bermulalah episod aku tinggal dengan anak. sunyi lah rasanya. tapi alhamdulillah dapat jiran yang baik. kakak dan abang sebelah umah amat prihatin ngan aku dan anak. lagipun abang jenis yang peramah. kalau balik dari langkawi ada je buah tangan yang dibelikan utk jiran. so kami agak rapat. kalau abang tak de, apa2 hal mesti aku minta tolong ngan kakak dan abang tu. baiknya hati dorang, kalau bulan puasa bubur lambuk kg baru mesti bagi kat anak aku sebab dia tau si kakak tu suke makan. kereta tak leh start, abang tu jugaklah aku phone. anak nangis tengah malam, kakak tu datang jenguk. susah nak dapat jiran macam tu. aku doakan mereka sekeluarga sihat dan bahagia hendaknya. dah lama tak jumpa since aku pindah dok umah bawah.

lepas pindah putrajaya aku teruskan study kat upm dlm accounting course. kelam kabut jugaklah. mana nak keje, nak gi kelas nak hntar anak. alhamdulillah orang2 sekeliling aku amat membantu. sebenarnya aku juga yang merancang apa yang bakal aku lakukan setahun sebelum itu. dan aku juga bersyukur dapat seorang kakak yang sudi membantu menjaga anak ketika aku ke kelas. lebih mesra aku panggil cik cah. dok kat berek polis putrajaya. cik cah ni jaga baby kat nursery tempat aku hntr si kakak siang hari ketika waktu keje. so petangnya, abis keje aku ambik anak, balik umah rehat 1/2 jam pastu terus hantar anak ke rumah cik cah, then drive ke upm. kul 6.30 ptg class mula n tamat dlm kul 10.00 mlm, balik ambik anak. kadang2 sian gak kul 12 baru sampai umah, esok siang nak keje pulak. tu lah rutin selama 4 tahun lebih. abang ajak aku tinggal ngan dia kat langkawi, tapi sebab impian nak sambung study tu, aku terpaksa hadapi semua tu. susah masa tu jadi isteri, jadi ibu, jadi pekerja n jadi pelajar pada satu masa tanpa suami disisi. letih nak uruskan masa sendiri....

alhamdulillah masa yang ada, memang dimanfaatkan sepenuhnya. bila nak exam cuti seminggu masa tu baru study. kadang ok, kadang tersungkur gak result. aku ingat lagi soklan exam ekonomi pensyarah en. azman. soklan tu berbunyi " apakah kos melepas kalau study bagi diri anda". soklan memang senang, tapi jawapan yang aku tulis ikhlas dari lubuk hati sanubariku. jawapannya kos melepas yang terpaksa saya tanggung ialah masa yang kurang untuk anak dan berjauhan dari keluarga (dari suami). memang tul, tak de masa tuk anak, tak de masa pun kadang2 tuk diri sendiri. tapi aku tetap teruskan plan nak dapatkan baby sorang lagi. sebab apa????? sebab aku kesiankan si kakak. dah ler sorang2, abah jauh di langkawi, mama sibuk study, sib baik cik cah bagi kasih sayang sepenuhnya.

tahun kedua pengajian, aku mengandung. cabaran seterusnya, amatlah memenatkan. apatah lagi wanita mengandung yang galas banyak yang perlu aku lakukan setiap hari. kadang rasa nak quit dari pengajian, but oleh kerana semua yang aku lakukan dengan hati yang ikhlas dan aku redha dengan apa yang aku lakukan, so aku berjaya harungi semua tu. ingat lagi pengalaman. nak test 2 paper apa dah lupa. pagi sabtu exam tu, tiba2 aku sakit perut. aku ingat dah nak bersalin wlpun due lmbat lagi. aku gi check kat klinik rupanya keracunan. call pensyarah bagitau tak dapat nak gi exam sebab sakit. tak lama lepas tu, 27.05.2005 mlm balik dari class abang datang ambik. kbtln waktu tu abang cuti seminggu.... n mlm tu jugak abang ajak aku main chest. kebetulan dia baru belikan aku hadiah set catur masa games kat london. so aku, abang dan sorang adik aku main chest. penat gak dorang ajar aku main tapi aku mang tak reti. lepas abis main chest tu aku masuk bilik air nak ambik air smbhyg. dah pakai telekong nak solat, tiba2 air ketuban pecah. kelam kabut abang bawa aku gi hosp.putrajaya. mlm tu jugak. esok paginya 28.05.2005 aku selamat melahirkan seorang lagi puteri yang kuberi nama NUR FATIN SAHIRA BINTI SHAHFAME. masa lahirkan fatin abang temankan aku sampai saat baby kuar. tapi sian kat abang sebab dia harapkan yang kuar tu baby boy. so ada dua puteri dlm hidup kami....

apa yang berlaku pada aku, lepas bersalin kaki aku kejang. berbulan aku kepenatan uruskan semua perkara tiba2 dok terdiam jadi kaki aku terkejut ngan perubahan mendadak tu. puas gak mak urut tuk betulkan. ingat lagi abang letak minyak panas smpi rasa nak terbakar kaki aku. dah tu hari aku bersalinkan fatin, hari tu lah janji aku pada pensyarah tuk buat test yang aku tak hadir. kelakar bila pagi tu aku call bagitau tak dapt seat lagi exam tu sebab dah bersalin. pensyarah upm ni baik2 tau. ok je.

seminggu lepas bersalin, aku gi upm tuk seat for test 2 yang aku belum ambik n seat 4 final exam. thanks pada kawan2 yang byk bantu bagi nota n ajar aku masa dlm pantang. pada abang luke, man, cheng, abang jo, lat, kak ma, kak ju u all memang baik. semoga kebaikan itu dibalas oleh ALLAH. amiiin. dah ler nak jalan pun slow2 je, aku pakai baju t shirt ngan suar panjang kat dlm n luarnya aku pakai jubah siap berstoking lagi hadir ke dewan peperiksaan. dan mmg tak sangka that sem aku dapat dean list lagi.... itu sebab mata aku dah jadi rabun, masa pantang baca buku. ni kata orang2 tua. nak caye tak tau lah tapi kalau ikut pengalaman aku cam betul je. dari saat itu, aku tak pernah tanggalkan spek ni lagi. nak tido je kot tanggal... kadang kalau tetido lupa nak tanggal, peh tu bangun spek bengkok. ha ha

namun ujian dan cabaran allah datang lagi. kali ni dalam pantang aku di kampung, fatin kena demam panas, berpantang pulak aku kat dalam wad hosp kangar, perlis. cuti bersalin pulak 60 hari. apa lagi 2 bulan tak gi class. lepas pantang aku naik keje, gi kelas. tapi kali ni cabaran sebab nak hantar kakak dan adik. syukur jugak cik cah tak jemu2 membantu aku menjaga kedua orang puteriku. 2 minggu lepas tu aku pulak kena denggi, masuk pulak wad kat hospital putrajaya, sampai kurus keringlah. tinggal lagi class n that sem yang menjatuhkan pointer aku tuk dapat first class. cpa 2 lbh. waaaaaa cam nak nangis tapi tu lah ujian buat hambanya yang sabar. but then next sem aku berusaha keras tuk naikkan cgpa.....

semangat nak masuk siri 10 tapi mata dah ngantuk tak dapat nak abiskan n3 ini. sambung kat n3 terakhir...

Tuesday, December 30, 2008

siri 8 : zuriat penyambung warisan

this n3 adalah 3rd last for this siri......

dalam masa aku mengandungkan anak sulung, memang selalu aku ditinggal-tinggalkan. tapi aku tetap bersyukur sebab wlpun abang navy tapi tak naik kapal. masa bujang dah jenuh dia dok kat kapal. so aku tak de lah kena tinggal sampai berbulan2. tingat arwah mak mertua cite, dulu arwah bapa mertua navy jugak, mak selalu kena tinggal berbulan2 lamanya. masa mak mengandung dan lahirkan abang, bapa mertua kat mekah, hantar surat je bagitau nak letak nama anak SHAHFAME. bila bapa mertua balik abang dah berbulan2. agaknya semangat mak yang ada kat dalam diri aku sekrg ni.

tanggal 07.08.2002 aku melahirkan seorang puteri yang comey kat HKL dan diberi nama NUR SYAMIELA FARHANA BINTI SHAHFAME........ ingat lagi pagi tu aku gi opis macam biasa, kebetulan opis akan berpindah ke putrajaya, so kami kena packing barang tuk dibawa. pagi tu rasa macam sakit perut je. asyik ulang ke toilet. kakak2 kat opis soh aku gi hosp. sebab kata dorang dah nak sampai masa tu. tapi aku berkeras jugak nak siapkan packing barang2 aku. lagipun due lagi 2 minggu. lepas siap semua keje aku call abang bagitau. abang terus datang. kalau ikut fikiran aku balik umah je dulu rehat2 tapi kakak2 kat opis berkeras soh abang bawa terus gi HKL.................

so pegilah kami berdua. he he naik motor lagi masa tu. sampai je kat spital, doktor cakap dah bukak 3cm n kena masuk wad. aik camner tu tak sakit pun. barang2 pun kat umah lagi. aku pun dimasukkan ke wad, abang balik umah ambik barang2. tak lama lepas tu doktor check lagi, n doktor cakap dah bukak n tak lama lagi bersalin, so doktor pecahkan air ketuban n sorong ke bilik bersalin. alhamdulillah petangnyer aku selamat melahirkan. experience bersalin sulong tu tak de lah sangat sebab sakit sikit je. alhamdulillah allah mudahkan urusan. sepanjang mengandung aku tak de alami alahan, morning sickness tu biasa lah, tapi tak de lah pulak mengidam2 dan lemah2. n aku berpantang n cuti bersalin dihabiskan kat kampung.

balik je dari cuti bersalin opis dah pindah putrajaya. ooo jauh gak dari keramat nak gi opis. so nak uruskan anak lagi. alhamdulillah ada sorang kakak kat tingkat 5 jaga si kakak. training and games menembak abang masih seperti biasa. aku pulak nak teruskan niat nak sambung study. mula2 kawin aku dah cakap ngan abang aku nak teruskan study, abang kata ok tapi kalau boleh biar ada baby dulu. so lepas bersalin aku intai2 tawaran u. lepas bersalin gak aku blajar memandu. biarpun keta kami hanya dapat dikeluarkan sebelum raya puasa tahun 2002.

beberapa bulan selepas kehadiran si kakak, abang bagitau dia terpilih untuk full time training under msn (majlis sukan negara). he still navy people tapi skop keje dah lain. aku tumpang gembira. tapi sedih jugak sebab kata abang tempat training tu hanya di langkawi. bercampur aduk gembira dan sedih. kalau abang pergi maknanya aku kena tinggal ngan anak kat KL. camner aku nak handle. kena tinggal seminggu pun aku tak mampu nak tahan, ini kan sebulan sekali je abang balik.

tapi demi menunaikan impian abang nak jadi shooters aku terpaksa merelakan. sebab aku juga ada impian sendiri nak further study. so kami sama2 ambik kata sepakat. dari kuarters navy aku pindah ke rumah mak mertua. abang risau kalau tinggal aku dan anak je kat umah tu. tingat lagi sblm abang gi langkawi, siap training aku hari2 bawa keta dari keramat ke putrajaya. nak tengok sejauh mana isteri tersayang ni drive. yang sebenornya dia risau. aku baru je dapat lesen, abis je bersalin terus berlajar memandu. pulak tu nak bawa keta baru, pulak tu bawa keta dlm KL yang penuh dgn sesaknya. heee gabra tau, masa lalu kat tol sungai besi, bukak tingkat nak ambik resit aku bagi duit, terlupa pulak tutup tingkat pastu dr kanan masuk ke kiri pakai redah je. abang kat sebelah pun risau tgk cara aku drive. tapi sekrg ni dah jemu lah drive. kalau bole nak dok sebelah je, tapi tak de orang nak drive. cepatlah anak2 besar. tapi bila dorang dah besar, aku pun dah makin tue kan.

bila tahun baru je, mesti ingat umur makin tambah kan. kata si kakak masa tok wan dia cakap mama kakak dah tua. kakak balas, eeeee mama muda lagi lah, mama tak sampai 30 lagi, mama baru 29. hee tahun 2009 aku pun dah ada angka 3. apa ada pada usia kalau amalan sedikit je.

SALAM MAAL HIJRAH 1430. semoga keimanan kita bertambah.

Sunday, December 28, 2008

siri 7 : cabaran perkahwinan

salam maal hijrah. alhamdulillah, hari ni aku masih lagi bernafas untuk meneruskan tahun baru islam 1430. beberapa hari lagi new year 2009. azam dan tekadku untuk mencapai impian bermula pada hari ini mengikut tahun baru islam dan ku kira ini adalah sesuatu yang lebih sempurna dan lebih baik buat diriku. insyaallah apa yang telah ku rancang, mohon ALLAH makbulkan doa dan impianku ini. moga lembaran baru akan lebih membawa makna mengikut jalan yang diberkati ALLAH. amiiiiiiiin.

berbalik pada siri kisah hidupku ini yang akan sampai ke penghujungnya beberapa hari lagi....

dua minggu selepas itu, majlis kenduri di sebelah abang di buat untuk sambut menantu. alhamdulillah selesai majlis di rumah abang, esoknya aku terpaksa melapor diri untuk bertugas sebagai penjawat awam aka keje gomen. sebenarnya aku bersyukur dua minggu sebelum aku menghntr surat utk sambung degree ke UPSI aku menerima surat dari SPA yang mengatakan aku perlu melapor diri di MOF. dapat gak keje. so terpaksa lupakan hasrat nak further study. aku tahu Allah itu merancang sesuatu yang lebih baik untukku.

honeymoon

hari pertama keje, abanglah gi hntr. kat jalan duta tu. naik motor. besssssst. so, apa jadi ngan honeymoon. waaaaaaah bab ni memang tak byk cite sebabnya hari ni kenduri kat umah abang, esoknya dah keje. so tak de honeymoon. apa nak buat !!!!. abang mcm rasa bersalah tak bawa. nak wat camana kan. satu hari lepas balik keje, abang bawa aku gi The Mall. naik kat tingkat atas sekali. aku ikut je. kata abang ni lah tmpt honeymooh kita. waaaaa, rupanya tempat main2. apa namanye. ntah aku dah lupa. dah lama gak aku tak gi. bayangkan aku ngan baju kurung, tudung ustazah diajaknya naik roller coaster, pastu benda pusing2 tu cam kat genting tu, pening lalat gak lah aku tunaikan niat abang bawa aku gi honeymoon. balik umah je mak marahkan abang, sebab bawa aku gi situ. mak takut mana lah tau kot2 dah ada cucu dia kat dlm tu. heeeee

umah

lepas kawin, aku tinggal ngan mak mertua. kat umah tu hanya ada mak, adik ipar lelaki n adik ipar perempuan yang masih bujang masa tu. tapi tak lama lepas tu abang dapat kuarters askar kat area setiawangsa. dekat je ngan mindef. yang best nyer kat kuarters tu semua perabut ada, cuma kena beli barang2 elektrik je. alhamdulillah. masa ni baru rasa camner hidup berumahtangga. pagi abang hntr aku ke jln dato onn (opis mof ada gak kat jpm lama near to bank negara) petang aku tunggu abang ambik. kalau abang keje shift mlm, apa lagi naik bas ler balik umah. best kalau balik ngan bas, sebab dapat singgah sogo.

masak-memasak

dah dok sendiri, so kena msk sendiri. bab ni memang aku suka tapi tak pandai. sib gak abang jenis makan je. kalau sedap byk lah abang makan kalau tak, cikiiiiiiiiit je. aku tau dah tak sedap. tapi yang bestnyer kalau malas beli je lauk, balik umah masak nasi. aku rasa orang2 muda yang bekerja suami isteri kat kl ni mcm aku gak lah. masa dok ngan mak mertua, bukan main rajin aku sumbangkan kudrat bile time masak sebabnya mak mertua bila masak mesti dia minta kita tolong, pastu dia ajarkan sekali. best. byk gak resepi yg aku dapat n amalkan sampai sekarang. aku msh ingat lagi mula2 msk begedil. hiiii orang kedah mana ada makan begedil. mak mertua bagitau cara nak buat begedil, tup2 dorang kuar, tinggal aku terkontang-kanting sorang2. nak tipon mak kat kg, mesti mak tak tau. cuba gak lah, bila dorang balik begedil aku dah siap. tak ingat dah rupa n rasa tapi masa tu confius kentang tu nak goreng ke nak rebus??? skang aku dah terror lah bab2 begedil ni biarpun aku ni orang kedah.

ditinggal-tinggalkan.
abang keje kat mindef. sib baik kat opis bukan kat laut. tapiiiinya keje shift. kejap siang, kejap malam. yang tak best bila keje malam. hu hu kena dok umah sorang2. dah ler umah tingkat atas sekali (ingat2 rasanya tgkt 14 kot). kalau tido sorang2 sah aku tak lelap mata. pastu dengar bunyi guli lah, perabut berubah tempat lah, eeeee mcm2. ok lagi lah sebab tak lama. lepas tu selalu pulak aku ditinggal-tinggalkan, tapi kali ni bukan sebab ikut shift tapi sebab training or games menembak under navy. tak tahu tiba2 abang jadi minat menembak. so kadang2 2/3 hari kena dok sorang2. kalau aku takut, aku balik umah mak kat cheras. ha kan senang. nak gi keje pun senang. masih ku ingat, satu hari abang bagitau dia ada games kat luar, tapi pagi tu sempat abang hntr aku gi keje. petang nyer aku balik umah dah ler basah kena hujan sampai je kat umah, kunci pulak tak de. abang terlupa nak bagi kunci umah kat aku. sib baik jiran sblh tolong. sapa erk nama jiran tu. aku dah lupaaaaaaaaaaaa.

3 bulan berumahtangga, aku disahkan hamil. eeee bestnyer waktu tu. tingat mak mertua siap ajarkan aku cara2 nak dapatkan baby. he moden tau fikiran ibu mertua ku ini.

rasanya n3 dah panjang. yang senornya mata dah ngantuk laaa. aku ni tak leh makan malam, means mkn nasi lepas kul 8, mata otomatik nak pejam. sambung next n3...

Friday, December 26, 2008

siri 6 : menempuh alam perkahwinan

senornya dah lama nak buat n3 ni tapi tak de mood nak writeup. kenape tiba2 hari ni ada mood ? sebabnya rasa malas2 nak siapkan keje, hati pun rasa cam sedih sebab semalam aku mimpikan lagi arwah datang, tengok pulak cuaca kat luar tu mendung je, so lemah2 je jari aku menaip n3 ni.

31 Ogos 2001, aku selamat diijabkabulkan dengan SHAHFAME BIN RAMLY pada jam 9.00 mlm di masjid kat kampung. alhamdulillah majlis secara sederhana dihadiri keluarga dan kawan2. masa tu umur aku baru 22 tahun. muda kan?.... aku antara yang kawin awal dikalangan kawan2. ramai yang terkejut bila terima kad kawin aku. sudah tersurat jodoh aku begitu, betul tak?

lepas akad nikah, upacara batal air sembahyang, arwah pakaikan aku gelang tangan. tingat lagi bergetar2 tangan dia nak cangkukkan gelang tu. gabraaaa tu. ha ha, sama gak ler ngan aku. lepas dah salam semua, kami solat sunat kat masjid. kat rumah pulak, diadakan kenduri tuk tetamu yang hadir.

sampai je kat umah, aku sempat melayan tetamu. pastu adik bagitau ada kawan tipon. so aku pun angkat tipon. tersirap darah aku, sebab suara dihujung talian adalah S.. pakwe yang sorang lagi tuh. S tahu pasal perkahwinan aku dari imah, sahabat baikku yang memperkenalkan aku dengan S. S memang tengah marah masa call tu sebab aku sendiri tak bagitau cite sebenar, dia dapat tahu cerita dari orang lain. kata S kalau aku bagitau awal2, dia akan suruh mak dia pinangkan aku sebelum suami aku masuk meminang. dan dia tanya kenapa aku buat dia macam tu. apa aku nak jawab memang sah salah aku, tapi aku bagitau, takdir yang menemukan jodoh aku ngan suami so aku terima suratan takdir dari ILAHI untuk aku dan dah tersurat jugak kita berdua tak de jodoh.

tak lama lepas S letak phone, ada lagi panggilan, kali ni pulak dari mak S. nada lembut seorang ibu membuatkan aku rasa sangat bersalah. mak S cakap, S bagitau dia aku dah kawin. mak dia pun tanya napa tak cakap awal2, kalau makcik tahu awal makcik masuk meminang sebab S dah citekan semua pada mak dia hajat nak peristerikan aku. cumanya S belum kenalkan aku dengan mak dia. mak dia bagitau S hampir2 xcident lepas cakap ngan aku. ya ALLAH apa aku dah buat ni. aku minta maaf pada mak S dan harap mak S dapat pujuk S sebab semua yang terjadi tu ketentuan ALLAH untukku. so tamat sudah kisah aku dan S. aku dengar cite dari imah, S telah pun mengajar di sebuah sekolah di cheras dan telah mendirikan rumahtangga dengan best student budak class aku kat utm dan sedang berbahagia dengan seorang cahaya mata. itu lah kehidupan. aku doakan S terus bahagia mengecapi kehidupan ini.

berbalik pada aku, mlm tu suami ikut keluarga dia tido kat umah makcik aku. sebabnya esok majlis kenduri diadadakan kat umah aku. seawal pagi lagi, rumah aku dah meriah ngan sedara mara. kalau diikutkan tu, seminggu sebelum tu sedara mara dah datang dan seminggu tu jugaklah kenduri kat umah aku sebelum kenduri besar. ayah pulak masuk pakat ( kumpulan orang2 kampung buat keje kawin sama2). kat kedah dorang panggil pakat. so tak de lah penat sangat sedara mara. ahli2 pakat ni lah uruskan semuanya.

aku ingat lagi masa hari kenduri tu, paginya awan mendung je macam hujan nak turun. pastu ada pakcik soh mak aku ambikkan t shirt yang aku pakai.. tahu dorang buat apa ngan t shirt tu?? dorang baling ke atas bumbung, kata dorang supaya hujan tak turun supaya kenduri dapat berjalan dengan sempurna. kalau hujan nak masak2 susah ler sket. korang percaya ke benda2 ni? aku ntah la susah nak percaya bab2 ni tapi kalau dorang buat dengan baca ayat2 alquran tu boleh gak nak percaya. hujan jugak hari tu tapi hujan turun selebat2nya pastu tak de. sekejap tu je hujan. alhamdulillah.

aku pakai songket rona biru, tapi kalau aku tengok balik muka rasa cam kelakar je. masa tu aku tak minat makeup2 ni, tak pandai langsung, alat mekap pun tak de. mak andam pun tak ambik, jadi yang tolong mekapkan aku hari tu adalah makcik sebelah ayah. orang lama tapi makeup pandai. cumanya tudung aku tak berape sesuai lah ngan usia aku. ha ha. mang tak cantik sungguh. tapi dek kerana nak ambik hati makcik terpaksalah jugak aku pakai tudung tu. he kelakar tau.

cite kelakar satu lagi, pengapit aku ida... kawan baik aku n pengapit suami jugak kawan baik dia. tapi masa rombongan datang, tok su aku yang ia2 pimpin tangan aku, ha pengapit aku dah tukar orang. tak sempat ida nak pegang, toksu aku awal2 lagi dah pegang tangan aku. kelakar tau pengapit sebelah lelaki bukan main hensem, yang sebelah pompuan pulak toksu aku. kalau aku nengok balik gambar, memang tersenyum leret sampai telinga tau. n paling best masa tu kami kenenkan pengapit lelaki n pompuan ni yang akhirnya selamat mendirikan rumahtangga dengan dua orang cahaya mata.

ok selesai je majlis, suami pimpin tangan aku. aku tak tau arah tujuan dia, rupa2 nya dia ajak bersalam2 dengan tetamu2 n orang2 yang tolong kenduri. sampai ke tempat masak, tempat basuh pinggan semua orang dia salam, aku pun ikut je, benda baik kan. padahal kenduri kat kampung aku. kat situ aku nampak kelebihan suami walaupun umur muda tapi fikiran dia cam orang2 tua. ada budi bahasa. abis je kenduri dia tukar baju tolong orang kampung basuh piuk. rajin kan dia???

malam tu acara bukak hadiah, byk gak hadiah yang aku dapat. ada yang aku bawa ke KL tapi byk gak yang aku bagi pada mak. lepas tu bukak hadiah hantaran n acara makan kek. kalau nengok balik gambar suami suapkan kek malam tu terasa kurusss sangat aku. memang kurus pun rasanya berat 40kg lebih sket je. sedar tak sedar dah kul 11 mlm. asben ajak solat sunat, permulaan yang baik untuk melayari alam berumahtangga.

lepas solat sunat tu asben cakap, n aku ingat kata2 tu sampai sekarang. asben harap sepanjang hidup kelak kami tak akan keluar perkataan menyesal dengan apa yang kami lakukan. means dia takkan menyesal kawin ngan aku dan sebaliknya. mcm2 perkara dia amanatkan untuk kami berdua mlm tu. mlm tu jugak baru aku ubah panggilan. sebelum ni aku panggil dia fahmi untill that night baru ubah panggil "abang". susah tau nak ubah tapi slow2. susahnya sebab malu je yang lebih. ha ha. lepas dah salam2 asben cakap dia ada hadiah istimewa untuk aku. waaaaaaah ada hadiah lagi ????? aku ingat hantaran bagai2 yang dia bagi tu memang hadiah untuk aku, tapi katanya ini hadiah istimewa untuk isteri.....

so asben hulurkan satu kotak. dia cakap nanti dia masuk balik bilik dia nak aku dah gunakan hadiah tu. waah suspen tau masa ni. apa lah agaknya hadiah dalam kotak tu. aku pun bukak kotak tu then nampak kertas2 shredder warna-warni. laaaaa ape ke bende ni, selak2 balik kertas2 tu ada baju tido kain jenis satin. weeei seksinyer baju ni. aku rasa geli lah nak pakai seksi2 ni. tapi itukan permintaan sang suami, so malu2 pakai jugaklah baju tu. ingat balik kelakar tul. tapi itulah asben aku, sekecik2 perkara sehingga sebesar2 benda dia titik beratkan.

aku sayangkan dia sepenuh jiwa raga. camner nak cakap erk. memang dia suami yang baik. baiiiiiiiiiik sesangat.... ni tak leh teruskan dah ni, hati jadi makin sayu pulak........ next n3 k

Sunday, December 21, 2008

konvokesyen kakak 6 tahun

hari ni ahad 21 Disember 2008. pagi ni bangun, siap terus gi kubur, baca yasin pastu gi seri kembangan servis keta. mulanya servis biasa tukar minyak hitam n oil filter. pastu gi buat balancing ngan alingment. last service ulan 6 tahun ni ni bln 12 baru servis pulak. jimat tul setahun 2 kali je. sebabnya ..................... keta hanya pusing2 dlm putrajaya je. lama gak buang masa kat kedai tayar tu setengah hari kat situ.

ni masa tengah buat balancing

..
ni pulak masa buat alingment

balik dari seri kembangan, basuh baju, kemas apa yang patut. ingat nak rehat, tapi ntah tangan gatal pulak nak test mufin......... naik ok tapi rasa out.... memang aku dah agak sebab tgk sukatan gula sket sgt aku pulak tak tambah gula betul2 ikut sukat, last2 masak, rupa bukan main tapi rasa........... kata si kakak tak sedaplah ma........ kata pun test resepi........ camtu lah kadang resepi tenet ni jadi kadang tak .........

malamnya, kakak ingatkan lagi hari ni konvokesyen Darul Quran Al-Faqihin. kena pergi. mingu ni asik2 kuar lagu di pondok kecil. training hari2. sudahnya aku ngan adik aku pun pergi memeriahkan majlis si kakak. masa sampai kat dewan tu, hati aku terusik bila aku tengok orang lain lengkap ada suami, isteri dan anak2. terbayang kalaulah arwah masih ada, mesti dia yang semangat2 nak datang, sampai je mesti ringan mulut sembang ngan cikgu2 kakak. ni lah masa2 yang aku rasa sangat kehilangan.

bersyukur sangat sebab si kakak farhana ni dapat nombor satu. tak sangka pulak, sebabnya pertengahan tahun hari tu exam dpt no.6. tup2 final exam dapat no. 1. sudahlah minggu exam tu dia kena chicken pox. dia ambik exam sorang2. lepas baik dari chicken pox. orang ambik exam 10 hari dia exam 2 hari je. tadi jumpa cikgu marina aka guru kelas kakak. cikgu marina cakap dia buat sendiri exam tu. cikgu pun rasa bangga orang lain berhempas pulas, dia pulak cam senang je. alhamdulillah. siap demand nak kasut roda........ terpaksalah belikan.... tuk semangat.

ni poss yang sempat di snap. ( jubah ada 2 kaler ni kaler dark brown tudung pun cikgu bagi pakai- jubah ni tuk yang dapat no. 1 sampai no.3 je)

ni pulak jubah kaler purple ngan tudung oren tuk yang dapat no.4 dan seterusnya. ni pinjam jap kat cikgu nak posing sebab hari orang posing gambar dia tak de.

ni mama nak tumpang hepi....

sekalung tahniah utk kakak. kasut roda nanti senang kita gi shoping.
dan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengetua dan guru2 Darul Quran Al-Faqihin putrajaya. pengetua ustazah2 banyak membantu terutamanya pengetua yang prihatin terhadap anak yatim. aku hanya perlu bayar separuh daripada yuran sebabnya ustazah kata kakak anak yatim. alhamdulillah sekolah swasta yang prihatin.
dan tiada apa yang mampu aku balas hanya yang dapat aku panjatkan doa semoga kebaikan yang dihulurkan kepada aku dan kakak dibalas oleh ALLAH kepada pengetua dan semua warga darul quran. semoga allah memberikan yang terbaik kepada mereka . amiiiiiiiin. tahun depan sekolah agama kat situ lagiii.

Saturday, December 20, 2008

siri 5 : dugaan pertunangan

Assalamualaikum...........

Rasa macam dah lama tak hapdet blog. minggu ni memang ada bizi sket. hari2 balik keje lewat, sampaikan si kakak soh maklang dia ambik sebab kalau mama yang ambik nampaknya kul 6.30 lebihlah pastu dia orang yang last balik. ha ha , mama byk keje nak disiapkan. akhir tahun ni semua nak cepat, data itu lah, ini lah, macam2 lah . hari ni sabtu sampai kul 4 ptg kat opis sebab nak siapkan keje tuk digunakan hari senin nanti. keje memang tak habis, tapi aku hepi sb bila byk keje aku tak sempat nak dok menung2.

nak sambung cite pasal beraya dah jadi majlis pertunanangan......

masa kat dapur bincang ngan ayah, aku nampak ayah macam kelam kabut sket, maybe sebab aku ni anak sulung, ayah tak de pengalaman lagi hal2 ni. tapi ayah tak bantah, steady je. aku tanya ayah, ayah suka tak ngan lelaki tu? ayah cakap tengok macam budak baik, kalau aku setuju ayah setuju je. tak sangka jugak sebab first time ayah tengok fahmi, ayah belum kenal pun. aku pun takut gak sebab apa2 terjadi lepas ni memang aku sendiri kena tanggung. ayah terima tapi depend pada aku. ha ha. ni aku kena fikir panjang, aku kenal pun tak sampai 2 bulan, tup2 nak tunang. takut jugak pilihan aku ni salah, sapa nak disalahkan nanti, aku sendiri lah sebab ayah kata kalau aku setuju dia pun setuju. berat.......... berat..........

masa ni kepala kusuuuuuuuuuuutt sangat. aku kena bagi jawapan waktu tu jugak sebab dia dah bawa cincin. ni tak bagitau aku awal2. saja nak suprisekan aku. kata nak datang beraya, pastu dah datang tu nak merisik, at last nak tunang terus.... nak solat isthikharah pun tak sempat dah...

akhirnya aku tarik nafas then angguk. ayah kata ok kalau camtu so berapa hantaran nak letak. orang selalu cakap kalau orang kedah hantaran tinggi ikut berapa relong sawah padi (bendang) yang ada. betul ke?????? ni aku tak tau lah betul ke idak sebabnya ayah tak de bendang. ulu ada pokok getah dekat2 umah aku pun bukan ayah punya. akhirnya makcik aku yang cakap letak je lah RM......... aku setuju je kalau ayah setuju.

akhirnya pada hari raya tu aku selamat ditunangkan....... si dia tersenyum, aku senyum kelat je sebab masih tak percaya aku dah pun jadi tunangan orang........ dan paling aku gerun, betul ke pilihan aku niiiiiiiii....... dan satu lagi buat senyum aku bertambah kelat sebab apa aku nak bagitau pakwe yang sorang lagi tu.........

lepas raya arwah balik semula ke sandakan. aku masih meneruskan keje kat kedah. arwah bagitau nanti family dia akan datang bawa cincin tunang. yang hari tu cincin tuk merisik je. so majlis pertunangan aku akan dibuat sekali lagi ikut adat2 melayu lah. majlis pertunangan tu secara sederhana pihak lelaki bawa duit hantaran sekali. aku dah lupa berapa dulang tapi yang pasti semua hantaran hasil keras tangan ku sndiri. biarpun tak secantik kalau tempah kat kedai tapi aku rasa puas buat sendiri. memang keje2 pompuan ni memang aku minat.

dalam masa bertunang, memang kami jarang jumpa. sorang kat sabah, sorang kat kedah, camner nak jumpa?. yang masih aku ingat, masa tunang kami tak de lah gaduh ke apa sebab tak jumpa2. tipon n chatting je.dia cakap tak nak tunang lama2. ayah aku pun cakap camtu gak. kalau boleh 6 bulan je pastu kawin. aku bagitau arwah, kalau dia tak pindah balik ke semenanjung aku tak nak kawin lagi sebab pengalaman kawan aku yang jugak teman sekolah aku, jiran sebelah umah aku. lepas kawin asben dia balik keje kat sabah lepas tu tak balik2. tup2 dengar dah berenti keje. dengar pulak dah kawin ngan orang sana. asben dia askar darat. aku jadi ngeri. sib baik dia tak bunting pelamin. dah satu hal pulak kena minta fasakh. 4 tahun gak dia sendiri. alhamdulillah dapat jodoh baik akhirnya, sekarang ni dah pun kawin lain dah pun dapat anak. cute tul anak dia.

arwah pun berusaha keras minta tukar ke KL. alhamdulillah dapat tukar 2 bulan sebelum kami diijabkabulkan. kali ke 6 kami jumpa masa aku ikut rombongan umno perlis melawat putrajaya. masa tu tido kat klih hotel. dia datang jumpa aku lepas balik keje. hensemnyerrrrrrrr pakai uniform putih. tu first time aku tengok. dengan tinggi, kurus, memang sesuai sangat dia jadi tentera. penuh gaya.

lepas tu kami sepakat nak buat majlis akad nikah pada 31 ogos 2001. sebab kata dia masa tu cuti senang sedara mara dia nak gi kedah. so hari yang ditunggu2 pun tibaaaaaaaaaa..............apa kesudahnnya pakwe yang sorang lagiii...... dan bila fikir ni, aku kena fikir lagi ke. eee malaslah sebab aku dah tak leh fikir lagi dah ni badan letih rasanyer. sampai setakat ni, nanti akan bersambung di alam perkahwinan........

Friday, December 19, 2008

yang terhangat pagi ni di ym

alhamdulillah sekali lagi berpeluang kita bertemu dengan hari jumaat, penghulu segala hari. as usual masuk opis aku mesti ambik air sebotol, bacakan yasin tuk sedekahkan pada arwah. tapi pagi ni tak baca yasin sebab semalam dah baca. semalamkan malam jumaat. so pepagi ni aku ngan cik ida gi cafe jauh sket.

sambil sarapan nasi kerabu (sedap gak) sambil aku bukak yahoo. tiba2 opismate lama bagi salam kat ym. sambil makan sambil bersembang walaupun dengan hanya sebelah tangan mampu gak naip tuuuuuuuh. ni lah orang kata kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih. ha ha

dari cite awal memang nampak excited dia nak cite, aku ni memang suke kalau jumpa kawan2 wlpun tak nampak muka.

so pagi ni aku dikejutkan dengan crita member tu. semalam dia ada terima tetamu kat umah dia. sepupu suami. (suami dia orang kampung aku- kedah lah). meaning sepupunya pun orang kedah jugaklah kan. kata member tu mula2 dia nengok sepupu asben tu dia memang terkejut sangat sebab rupanya sejibik sama ngan arwah asben aku. (fahmi). kulit, tinggi, kurus sama je. nama pun sipi2 je. yang aku paling terkejut ni sebab keje pun sama gak tentera. cumanya arwah navy and sepupu dia tu airforce.

ni aku tak sabar nak tengok picture. aku nak sembang panjang tapi opis member buat tahlil pagi ni so tak sempat nak cite panjang....... so kena tunggu dia abis tahlil.....

BETUL KE ADA PELANDUK DUA SERUPA DALAM DUNIA NIIIII. rindunya aku pada arwah. al-fatihah

Wednesday, December 17, 2008

siri 4 : cabaran pertunangan

mingu ni asyik balik lambat, penat rasa nak restkan badan je, tapi kerinduan aku nak siapkan jugak n3 siri ke4 ni..........

cite bersambung

dalam pukul 11.30 arwah ngan family sampai kat umah. dua biji kereta jugaklah. datang beraya beramai2. dalam semua tetamu yang hadir yang aku kenal hanya dia, adik pompuan ngan mak. yang lain tu sedara mara sebelah abang ipar. meriah raya aku tahun tu.

ayah aku sambut tetamu masuk umah. bila dorang dah duduk, apalagi aku angkatlah air ngan hidangan2 yang mak sediakan. so tetamu2 pun sambil makan sambil bersembang dengan tuan rumah. masa tu ada mak ayah ngan makcik. lepas tu aku perasan dah ramai lah pulak orang kampung kat umah aku. pelikkan. macam tahu2 je ada something nak berlaku.

rancak ayah sembang ngan mak arwah (Allahyarhamah Fatimah Kassim). memang mak arwah peramah orangnya macam anaknya jugak. tiba2 mak dia cakap dia datang tujuannya adalah untuk merisik.......masa ni aku senyum simpul je. sembang2 lagi, pastu mak dia cakap pulak, apa kata kalau kita terus je ikat tali pertunangan budak2 ni. sebab bukan senang nak datang kedah, jauuuuuuuuh. masa ni aku terkejut tak tau nak cakap.

ayah cakap nanti jap bincang ngan aku. pastu ayah panggil aku sembang kat dapur, aku ingat masa kat dapur tu aku, mak, ayah, makcik ngan kak idah (sedara aka tailor aku). ayah tanya soklan sampai aku pun angguk, geleng, angguk, geleng, lidah kelu seribu bahasa- masa ni masih shock lagi

ayah tanya, ingat2 lupa lah soklah tu 7 tahun lepas. antaranya:-
a) betul ke aku kenal ngan dia?
b) aku setuju tak kalau dorang nak tunangkan aku hari tu jugak?,
c) pastu dorang tanya hantaran berapa nak letak??????

ya Allah mana lah aku tau datang beraya sampai nak jadi majlis pertunangan pulak........ nak cite ngantuklah pulak, kena sambung lain kali.... tak tahan dah mata ni, penat sungguh wlpun dah tetido kat masjid putrajaya tadi. sib baik terjaga kalau tak kena qiamullail kat masjidlah malam ni.

cite lepas keje

hari ni aku sorang2 kat umah, boringnyeeeeeeeeeer. adik aku ngan si kakak gi tengok wayang kat alamanda, aku tertinggal ni gara2 aku balik lambat dr opis. balik keje kul 6.30 ptg singgah kat taman warisan ngan cik ida tapau makanan.

ingat nak terus balik rumah tapi teringat ada program kat dataran putra,bulatan kat depan masjid putrajaya - SEMARAK HADHARI-

maklumat lanjut bole click kat http://www.islam.gov.my/portal/hadhari08.php

dari taman warisan, aku drive ikut jalan masjid. banyak booth , tiba2 hati tertarik pulak nak singgah solat maghrib kat masjid putrajaya. dah lama aku tak pi masjid sejak raya hari tu. sampai ustazah call bagitau kelas dah start macam biasa. tapi skrg ni kelas dah abis, tahun 2009 start balik.

lepas maghrib, aku teruskan niat dok kat dlm masjid baca quran sket, muhasabah diri, dah lama aku tak nangis kenangkan dosa2 yang aku lakukan sampai tetido lah kat masjid. ni kes penat keje pun ada gak. sib baiklah tersedar bila azan isyak.

lepas solat isyak, tinjau2 gak booth yang ada, tapi sebab sorang2 malu lah nak jalan2, terus balik umah, makan nasi yang tapau tadi tu, ni nak tengok tv pun boring dorang tu tak balik lagi. ni gambar yang sempat aku snap masa jalan nak gi kat parking keta....

Monday, December 15, 2008

siri 3 : saat bercinta

sambungan siri ke 2 perkenalan.................

lepas arwah call bagitau abang dia terlibat xcident lepas hntr dia ke tempat transit nak balik ke sabah, aku realize tentang suatu perkara ... iaitu dia sukakan aku...... perasan tak ??? ha ha
ya lah kalau kita suka kat seseorang tu kita mesti selalu tingatkan orang tu kan, bak kata orang 'tak nampak orang tengok bumbung umah pun jadi lah". kalau dia nak main2 je ngan aku takkan lah aku orang pertama dia ingat waktu tu....

walaupun aku sedar yang dia memang ikhlas nak kawan, tapi aku serba salah. mesti member kata tak baiklah main2kan perasaan orang. apa lagi imah, mesti dia marah kat aku, mesti imah cakap kak lyn mana kau nak letak si S tu...

HARI KEEMPAT PERSAHABATAN
tak tau kenapa esoknya setelah dia berangkat balik ke sabah, hati aku rasa kosong, rasa sunyi dan aku mula tingatkan dia. aku sedar yang aku dah ada boyfriend. takkan aku nak jalinkan hubungan cinta ngan 2 orang lelaki pada satu masa. ni bunyi macam pompuan naughty lah pulak ye. selalunya lelaki yang pasang 2, aku yang ala2 ustazah pun takkan nak buat camtu. tapi tak sangka kan, memang aku buat camtu. jahat ke aku????????????? aku rasa tak!!!!!!!!!! sebabnya mungkin takdir yang menemukan aku dengan dia..... wah!!! ye ke?????? kalau diikutkan cite ni camtu lah nampaknya.

seminggu selepas tu aku balik kampung, cari keje kat KL bukan main semangat, last2 aku rasa kat kampung lagi baik. lagipun masa tu aku fikir nak duduk ngan keluarga sebabnya :
1) dari tingkatan 1 sampai form 5 aku dok asrama - coconut island school (bunyi omputeh kemain speaking omputeh hancussss)
2) lepas spm terus study kat utm semarak
3) mana tau nanti kalau aku dapat keje tetap jauh dari kg
4) then aku kawin mesti aku dah tak leh duduk lama kat kampung. makanya aku pun cari keje kat kampung. aku ingat lagi betul2 aku mula keje kat TAE Engineering - kat pekan jitra as account clerk pada 1.1.2001.

dua minggu lepas aku balik kampung arwah ada hantar surat ke kampung. siap bagi gambar dia kat atas kapal. mak pandang semacam je bila posmen aka schoolmate aku hntr surat tu kat sampul kan chop sandakan. mak cakap hang ni nak yang mana satu, yang cikgu tu ke yang popeye ni? masa tu aku takde hphone lagi, belum keje. ngan arwah aku hantar surat (sekali sekala chatting), tapi ngan pakwe S tu aku tipon....tu pun pakai public phone . he he tingat balik sejarah silam ni boleh sengih sorang2.

dua bulan berutus2 surat dan sekali sekala dia tipon umah, aku ngan dia macam dah bercinta.....(part ni aku rasa aku macam pompuan jahat lah - mudahnya aku berubah hati). aku sukakan arwah ni sebab sikap dia yang macam orang tua, umur lebih 2 tahun je lebih dari aku tapi cara dia layan aku macam abang2, tambahan lagi ayat2 dia lagi power kot dari S. S ni sama baya ngan aku jadi bila berkawan dengan arwah yang lebih tua aku rasa lain. aku jugak tak bagitau pun ngan imah dan S pasal arwah. (jahat ke aku????)

tak lama lepas tu, arwah ada balik semenanjung. dia balik kedah, kampung abang ipar dia. dia cakap nak gi umah aku nak kenal ngan mak ayah. tapi aku tak bagi. sebabnya seumur hidup aku tak pernah bawa kawan lelaki datang rumah. jadi aku takut nanti apa orang cakap. so kami dating kat menara alor setar. ni lah sekali aku naik menara tu. aku balik umah hari tu, mak tanya pi mana hari ni? masa ni bohong mak cakap gi jalan ngan kawan2 walhal dating ngan lelaki... issssssssh anak2 jangan tiru perangai mama ni ya, kalau nak pi dating cakap terus terang boleh mama tolong hantarkan.

minggu depannya aku turun ke KL. (masa ni bohong ngan mak lagi cakap nak gi umah kawan).
arwah ajak aku gi umah dia nak tunjukkan kat mak dia calon isteri. mulanya aku tak berani jugak tapi tak tau kenapa aku bole setuju je. aku ingat lagi kami naik lrt star turun kat bandar tasik selatan, berjalan berdua2an ke rumah dia. (indahnya waktu tu)......
aku lunch kat umah dia. punya lah teruk pi umah bakal mak mertua tak bawa apa2. kalau aku jadi mak mertua memang cancel nak buat menantu. tapi oleh kerana keayuan budi bahasa aku ngan dressup aku yang ala2 gadis melayu, nampak macam setuju lah nak jadikan menantu. mak dia tanya dah bagitau keluarga ke kawan ngan anaknya. aku iyekan je tapi sungguh tak pernah aku cakap pun ngan mak pasal hal ni.

masa tengah hangat bercinta ngan arwah, aku masih lagi berkawan dengan S. S memang cakap lepas dia keje n cukup duit dia nak sunting aku jadi isteri. memang aku percaya cakap S sebab dia memang lelaki yang baik dan anak yang soleh. masa tu dia dah pun critakan hubungan kami kat mak dia. memang anak mak ni sebab dia dua beradik sahaja n beza S ngan adik dia lebih kurang 15 tahun gitu.

kalau orang kata lelaki tu playboy sebab pasang 2 /3 pompuan, aku pun apa kurangnya (ni bukan rasa diri hebat tapi rasa bersalah ya amat). hubungan aku dengan S masih baik dan pada yang sama menyulam kasih ngan arwah. ( ni kalau S terbaca posting ni aku minta maaf bebanyak, bukan niat aku tapi mungkin tersurat kehidupanku begini)

aku masih ingat raya tahun 2001 tu arwah cakap kebetulan keluarga dia beraya di kedah rumah abang ipar, so dia nak datang umah aku beraya. kali ni aku aku bagi arwah datang sebab katanya nak datang beraya, so apa salahnya kan. dah aku fikir lagipun bukan dia datang sorang ngan mak, kakak dan adik, aku pun setuju. aku cakap ngan mak ada kawan nak datang, mak aku macam boleh agak, siap masak special lagi.....

so, pada hari yang dijanjikan arwah dan keluarga datang ke rumah.......... nak tahu apa terjadi pada hari tu........... next siri lah,

target malam ni nak potong kain buatkan baju sekolah si kakak farhana tu sebab ahad gi shoping baju dah siap sehelai rege sampai RM25 kain pun rege RM25, sepasang dah jadi RM50 pastu tangan panjang, kain tak cantik, dah tu aku nak belikan 5 pasang senang tak yah iron hari2, mahal sangat last2 beli kain, so this week terpaksa lah jadi tailor ......... semangat anak nak masuk sekolah darjah satu.

Sunday, December 14, 2008

siri 2 : samb. perkenalan

semalam tak de mood nak sambung....... sebab tiba2 rasa kosong yang aku pasti bukan rasa kesunyian tapi rasa malas nak buat apa2, rasa tak de mood, just rehatkan badan tengok tv n chatting sampai ngantuk. ...... but hari ni, i feel better from last night........ thanks to friend accompany me chatting last night n thanks for the words yang buatkan aku terfikir aku yang buatkan diri aku jadi macam tu so aku realize aku yang akan menentukan kehidupan aku kelak. so do what ever you want to be...

hari ni aku nak sambung cite bersiri perkenalan aku dengan arwah. lepas aku dah bagi no tipon umah ida pada arwah aku terus berjalan ke CM. jumpa imah, kami terus naik bas tuk gi tempat inteview. aku dah lupa kat mana kami pergi, yang pasti dari satu tempat ke satu tempat kami walk in. ada satu cite kelakar yang aku masih tak boleh lupakan apabila kami dah penat jalan sampai tersesat then terjumpa dengan sorang kakak yang tolong kami nak tunjukkan jalan balik ke KL. kelakarnya tu sebab bila dia tengok kami dah kepenatan, diajaknya kami ke rumahnya yang berdekatan, siap lunch kat umah kakak tu pastu dia hntr kami ke bas stop. baiknya kakak tu walaupun perkenalan tu singkat sangat. waktu ni aku dah lupa nama kakak tu dan kat mana. aku berdoa kebaikan kakak tu pada kami akan diberikan Allah rezeki dan kebahagian di dunia dan akhirat.

petangnya aku ajak imah stay kat umah ida, so bertambahlah ramainya ahli rumah tu. aku cite kat ida pasal arwah. tup2 malam tu arwah call, terkejut jugak aku. bersungguh2 dia nak kawan ngan aku. malam tu jugak dia cakap dia nak jumpa aku esok kat CM tapi aku tak janji nak pergi. penat kepala aku fikir nak pergi ke tak jumpa ngan arwah, apa sebab aku nak pergi, tapi kenapa hati aku mendesak aku pergi, why ?????? .

HA
RI KEDUA PERKENALAN
keesokan harinya, tak tau kenapa aku ikut kata hati aku, aku bangun, bersiap dan terus ke CM. masa ni budak2 umah tu tak percaya aku akan pergi jumpa ngan arwah. aku yang dressup ala2 ustazah (masa tu lah) nak cakap ngan lelaki pun susah, ada hati nak pergi !!!. aku ingat lagi imah cakap dia hilang respect kat aku. macam aku curang la gitu. sebabnya masa tu kan aku dah ada steady pakwe S****l aka kawan baik kepada imah.
sampai ja kat CM aku tak tunggu arwah kat tempat yang dijanjikan. aku pandang je dari jauh, masa tu aku fikir lagi, betul ke apa yang aku buat ni?. tiba2 arwah datang sapa aku, dah lama ke sampai ?, aku geleng je, terkejut sampai terkelu lidah. arwah ajak aku makan kat CM. (dah lama aku tak pergi CM, mesti lagi cantik dari 5 tahun dulu). cantiknya CM. ni gambar aku dapat kat tenet.

masa makan tu
arwah cakap dia sukakan aku first time dia tengok semalam.... memang jatuh cinta pada pandangan pertama nih.. aku memang ler terkejut tapi masa tu kontrol ayu. diam je tak cakap sepatah pun. pastu arwah sambung lagi, kalau boleh saya nak kawin dengan awak. waaaaaah masa ni, sudu yang aku pegang terjatuh, terkejut sangat. aku tak pandang muka dia sebab ya Allah hati aku berdegup kencang, nak luruh jantung dibuatnya. lama jugak aku diam, nak ambik kekuatan. aku cakap kat arwah, mana boleh macam tu, aku kenal ngan dia belum pun sampai 24 jam, macam mana dia boleh terfikir nak jadikan aku isteri. lepas tu sepatah dia tanya sepatahlah aku jawab. lepas makan dia ajak aku jalan2 dalam CM pastu sembahyang zohor kat CM. (masa thn 2000 ada surau kat tingkat atas ... skrg ni aku tak tau lah). lepas solat aku minta izin balik. tiba2 aku tingat, masa arwah hntr aku sampai bus stop kat tepi maybank ke apa kat situ... dah lupa lah tempat tu area kat CM gak. arwah tanya lagi..... boleh tak dia nak jadikan aku isteri... aku masih tak berikan jawapan... aku nampak mata arwah dah bergenang macam nak nangis, bila aku tanya dia nak nangis ke sebab aku tak jawab, dia cakap tak de lah habuk masuk mata........... hisy kelakar sungguh sebab lepas kawin arwah terus terang memang masa tu dia nak nangis kalau aku tak terima dia.

malamnya arwah call aku tanya jawapan pada persoalannya siang hari tadi. katanya esok dia akan balik ke sabah. (arwah keje navy kat sandakan). memang aku tak dapat nak berikan jawapan sebab semua yang berlaku terlalu singkat. dah tu macam mana pulak si S. seluruh hati aku dah aku berikan kat si S. mana nak selit. lagi pulak takkan aku nak tangkap muat je sapa2 yang nak kat aku.......... memanglah aku yang berdoa, orang yang first time jumpa aku pastu kata suka n nak kawin ngan aku , aku akan terima... tapi kena gak tengok sapa orangnya nak aku jadikan suami.... ayah kepada anak2 aku .....
dah......... satu malam aku asyik teringatkan kata2 arwah. tak leh tido sepanjang malam.

HARI KETIGA PERKENALAN
arwah call lagi keesokan harinya. dia bagitau dia akan balik malam ni. hati aku rasa resah gelisah. nape pulak jadi macam tu ya? maybe aku suka kat dia kot.... tapi memang tak adil tuk S. lagi pulak betul ke ada orang jatuh cinta pada pandangan pertama ?????. malamnya arwah call lagi bagitau dia akan stay kat ampang tu..... apa nama kem tu. lupa lah, tempat dia akan tinggal sementara tunggu flight ke sabah. tiba2 pukul 12 tgh mlm tu dia call lagi. suara arwah macam sedih. dia bagitau abang dia (along) ngan anak sedara dia (ashraf) xcident lepas hantar dia. terkejut jugak sebab tengah2 malam bunyi telefon rumah dah tu mengejutkan kawan2. then aku tanya apa yang boleh aku bantu. dia cakap bila dengar berita xcident tu tak tahu kenapa orang pertama yang dia ingat nak cite adalah AKU........ apa makanya tu...............???????????????

maknanya............. dia dah letakkan aku dalam hati dia........... nak cite lagi ni............ tapi dah kul 2.30 pg, memang tak ngantuk lagi ni........ tapi kepala dah sarat ........ so next siri.....

Friday, December 12, 2008

siri 1 : detik perkenalan

N3 kali ini adalah n3 bersiri sehingga 31 disember 2008 tarikh keramat untuk aku terus mengingati dan menyayangi insan yang teristimewa dalam hidupku. Jugak untuk tatapan supermummy yang tak jemu bertanyakan hal ini dan dedicated special to my beloved daughters’ farhana dan fatin untuk kenangan anak2 mama kelak.

Setiap saat pabila mengimbas kembali perkenalan aku dengan arwah aku pasti tersenyum sendiri. Semuanya berkat doaku. Tu tandanya Allah makbulkan doa aku didunia. Alhamdulillah. Aku yang agak pemalu ala2 gadis melayu boleh jatuh cinta. itu masa muda2 remaja dulu. skrg ni lain. Sebab itu aku penuh keyakinan bahawa semuanya adalah kehendak qada dan qadar yang Allah telah tetapkan untuk kehidupan aku didunia ini.

Alkisahnya masa study diploma dulu aku ada teman istimewa. Perkenalan diatur teman baikku imah. Tu lah cinta pertama aku. Seikhlas hati kami berkawan. Janji dipateri tak sangka pulak aku yang mungkir janji. Or maybe ini semua sebab doa aku yang telah …. mempertemukan aku dengan suami. Nak tahu apa yang aku doakan ? ? ? ? ?

“suatu hari aku berdoa agar dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik dan pada pertemuan pertama dia terus jatuh cinta ngan aku” bak kata omputeh falling in love in first sight – kata orang melayu jatuh cinta pada pandangan pertama. Korang percaya ke ???? macam cite drama tv tu. Itu lah yang aku harapkan. Ni kes tengok tv banyak sangat. He he.

Inilah kisahnya…..

Setelah tamat pengajian pada September 2000, aku menumpang kat umah ida dan kawan2 yang masih study kat PTPL ampang. Satu hari dengan semangat yang berkobar2 nak walk in cari keje, aku janji jumpa imah kat central market (CM). imah dari pahang. So pagi tu aku naik bas tuk ke CM. biasalah bas kat KL sentiasa penuh sesak dan dah tentunya aku kena bergayut kat dalam bas tu.

Sampai satu bus stop, budak yang dok kat depan aku tu turun so dapatlah aku duduk setelah lenguh kaki bergayut. Tanpa menghiraukan orang sekeliling kat dalam bas tu aku buat hal sendiri. Kepala sarat sebab fikir apalah soklan interview nanti. Masa tu kan fresh graduate. Tak pernah keje. Tiba2 terdengar suara dari sebelah tanya. Bermulah conversation aku :

fah : awak nak turun mana ?
lyn : saya nak gi CM
(masa ni memang aku tak pandang pun orang sebelah ni dan memang sampai sudah aku tak
pandang pun muka orang sebelah)
fah : awak tahu tak macam mana nak pergi Bandar tasik selatan ?
lyn : tak tahu lah. Kalau sampai cm saya tahu lah.
fah : awak nak pergi mana ni?
(masa tu dia nampak aku bawa folder (sijil) ngan payung (takut panas nak walk in nanti)
lyn : saya nak pergi interview keje
fah : Sebenarnya saya dari sabah. Dah lama tak balik semenanjung so tak tahu nak naik
apa nak balik rumah.
lyn : saya tak dapat nak tolonglah sebab saya tak pandai jalan kat KL.
Kalau area utm jalan semarak tu pandailah aku. dalam hati aku macam mana pulak mamat ni tak
pandai balik umah sendiri. Biar betul.!!!!!! tapi tu lah reality kehidupan kat KL ni. Kalau masuk KL
selepas 2 or 3 tahun memang sesatlah. Banyak jalan n transportation yang berubah.

So sedar tak sedar, bas pun sampai kat CM. aku turun je dari bas terus bukak payung jalan gi CM. sedang aku mengatur langkah tiba2 arwah ikut belakang. Dia panggil bila aku berpaling ternampak arwah, masa ni baru aku perasan yang arwah ni tinggi orangya. Dari gaya rambut macam askar je. Malas aku nak layan. Yang sebenarnya takut jugak aku, baru aku kenal terus ikut so aku pun apa lagi laju je aku jalan. arwah panggil lagi, kali ni dia cakap dia nak no tipon aku. Buat apa pulak aku nak bagi kan?????.tak de pekdahnya. Tapi bila dia beria2 sekat aku kat jalan semata2 nak ambik no tipon, sian jugak aku tengok. Aku bagi no tipon umah ida. Dalam fikiran aku masa tu boleh aku kenenkan dengan ida, sama tinggi sama padan.

Aku masih ingat lagi arwah tulis no tipon tu kat belakang tiket bas. Lepas arwah tak de aku bukak wallet, tiket tu masih tersimpan elok kat dalam wallet. tiap kali aku tengok tiket tu mesti aku rasa sebak, betapa arwah mencintai aku dan terngiang2 kata2 arwah, nanti kalau anak cucu tanya bolehlah tunjuk tiket pertemuan aku ngan arwah. Masa ni aku dah mula sedih……… camner n3 ni nak siap………….. arghhhhhhh susahnya nak kawal perasaan sendiri kan…………

Bersambung siri ke-2…………….

Thursday, December 4, 2008

aidiladha 2009

malam ni balik kampung ngan adik n kawan dia. esok aku terpaksa cuti sebab tiket tak de. nak tak nak kena balik awal. pulak tu keje semula 11hb tapi terus gi team building kat mersing. macam bizi je kan.

tahun ni 2009 mama dah buatkan korban satu bahagian untuk abah dan dan satu bahagian untuk mama. ni tuk makluman anak2 mama ya. korban tu akan dijalankan pada 10hb di Sek Alam Shah Putrajaya. tapi mama tak dapat hadir.

mama nak bagitau anak2 mama tahun ni jugak mama dah upah haji untuk abah. mama minta paksu sani tolong bayar kat tabung haji. so tabung haji dah uruskan semuanya.

semua urusan abah dah mama selesaikan kecuali fidyah puasa. mama masih belum bayarkan fidyah tu. masa bulan puasa tu dah tanya pejabat zakat tapi tak sempat bayar masa tu.
semoga allah menerima semua amalan yang kita buat untuk abah. amiiiiiiiiiiin

blog pun akan cuti sampai rabu 10/12/2008

Wednesday, December 3, 2008

tensiooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnns

semalam aku tensionnnnnnnnn sangat. sib blum sampai tahap tension gilerrrrrrrrr je.

kisah nya bermula apabila jumaat lepas aku isi borang nak guna kenderaan opis tuk pegi bagi taklimat kat melaka. so bincang punya bincang cc cakap bawa keta sendiri lah sebab hari tu ada orang lain nak guna keta opis. so aku pun ok je lah sebab ada orang nak guna keta better aku bawa keta sendiri. bole pegi n balik ikut time aku je.

hari ahad aku ngan adik gi low yat baiki pc. otw masih dalam putrajaya lagi keta dah bergegar2 bila aku tekan minyak laju. gerun jugak aku ngan adik. yang sebenarnya keta aku tahun 2008 ni tak pernah long distance. paling jauh kat keramat tu gi rumah mummy. tahun2 sblmnya arwah suami drive balik kg. doa aku dlm hati jgnlah keta ni buat hal. so aku bawa slow2 je lah. (aku mana pernah bawa keta 60 dlm putrajaya pun 100 sb kejar masa nak hntr ngan ambik anak2).

isnin aku masuk opis tuk siapkan LNPT aku ngan bagi markah tuk LNPT anak buah. (bos minta hntr hari isnin jugak sb lepas tu bos cuti). hntr je LNPT tu atas meja bos, aku bagitau bos nak cuti hari isnin tu sebab nak gi konvo adik kat uitm shah alam. isi borang cuti pastu aku kelam kabut call admint nak mohon keta selepas aku dah bincang dgn orang yang nak guna keta. dorang guna sampai kul 10 lebih je so lepas tu boleh lah hntr aku gi melaka. sblm aku kuar ambik adik aku minta lagi KC tolong confirmkan keta opis.

otw ke uitm KC call bagitau keta opis dapat. so lega lah hati. seharian aku kat uitm balik umah dah dekat kul 7 mlm. belum pun aku tutup keta, penyelaras program kat melaka call. pn zalina dah sampai tol ke ( dia ingat aku akan pegi 1hb - program start 1hb - 4hb). aku bagitau esok aku akan pergi tuk bagi taklimat je pastu trus balik tak stay ngan dorang macam tahun lepas.

sampai ja kat opis semalam, aku bergegas siapkan slide taklimat selepas breakfast ngan kawan2 kat cafe. (dah lama tau tak makan kat cafe asyik beli makan kat opis ja). tup2 tipon opis berbunyi, admint call bagitau keta tak dapat sebab pemandu sakit belakang nak gi klinik. terkejut beruk aku dibuatnya. call pukul 9 pg keta tu aku nak guna kul 11 pg. dah tu pulak pagi tu aku gi opis tumpang keta cik ida. waaaaaaaaaaah ni semua membuatkan darah aku bergerak terlalu pantas dan badan aku jadi panas dan aku pun
naik MARAHHHHHHHHHHHH.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sampai tak leh nak fikir camner nak buat. tapi aku cuba gak concentrate siapkan slide taklimt then minta dorang photostat dokumen2 yg aku nak bawa. habis je aku prepare semua benda tu baru aku mula fikir. masa ni lah semua perasaan marah aku, sedih aku, terkilan aku ngan cara dorang ni buat keje dah blend jadi satu. geraaaaaaaaaaaaaaaaaaaam sangaaaaaaaaaaaaaat.

aku buat penentuan sama ada aku tak yah pegi (tapi dah janji ngan penyelaras aku akan pergi - janji mesti ditepati). atau aku redah je ngan keta aku yang aku tak tau ok ke tak sampai ke tak. atau macam2 lah aku fikir.

geram ngan dorang punya cara kerja aku gi jumpa big bos. tanya pendapat sama ada perlu ke tidak aku pergi melaka tu. bos cakap kenalah pegi sebab maklumat aku akan digunakan untuk semakan bagi program tu. so aku pun mulalah meluahkan perasaan pasal kes tadi (sambil cakap mata dah merah2 nak nangis ler tu ..... he he pn lin nangis kah kah kah ............. big bos dah nak panggil orang admint tapi aku bagitau tak per lah hajah saya gi ngan keta saya tapi saya cuma nak komplen pasal cara dorang buat keje. jangan bagitau last minute. hajah pun cool kan aku dia cakap nanti dia maskn dlm meting. siap korang !!!!!!!!!!!!!!!!! . ni lah first time aku tak puas hati aku trus bagitau direct kat big bos. (p/s: masa nak gi jumpa big bos tu seram sejuk jugak tapi sebab aku fikir aku pun ada hak tuk jlnkan tugas aku).

naik je atas aku cite ngan KC pastu budak2 opis yg trdgr cite dah kerumun aku penuh meja. nak tak nak terpaksalah jugak cite ngan dorang. sambil cite sambil air mata kuar. ni lah aku....... tak mampu nak tahan air mata sendiri. aku yang sebenarnya terkilan ngan admint tu. ikutkan hati memang aku kalau boleh tak nak pegi taklimat tu lebih baik aku dok opis baca buku tuk exam ptk hari ni. tapi memandangkan aku akan terpaksa bertanggungjawab sendiri lepas ni program tu dah ler aku handle sorang2. dalam diam pn jaja call admint soh usahakan jugak keta tu. pastu admint call, aku cakap aku TAK NAK guna keta opis aku gi ngan keta sendiri (cakap je tapi dalam hati berdoa moga keta kesayangan aku tu tak buat hal). ni kes aku masih marah malas aku nak tengok dah keta opis. bukannya aku tak nak drive, aku boleh drive tapi masalahnya bukan aku !!!! masalahnya keta aku. tu yg aku terangkan kat admint.

dalam keadaan yang genting tu, datanglah SUPER HEROINNNNNNNNN menyelamatkan keadaan. siapa lagi kalau bukan sahabat baik, orang kampung aku, teman seopisku, teman se toto kalau tidur kat umah KC lah orangnya tak lain tak bukan CIK IDA (sebaya ngan aku tapi dia panggil aku kak lyn - aku suka tul orang panggil aku kak lyn tak mcm budak2 opis pangil puan lyn - tak suke! ! ! tak suke!!! tau formal sangat)......... ni cite lain la pulak (iklan k).

cik ida hntrkan aku ke melaka ngan keta dia. so dia drive aku dok sebelah. bunyi macam pegi dekat je. kul 12 tgh kita orang bertolak dari opis, sampai melaka kul 2.10 ptg ( sib baik aku print peta) sampai je penyelaras soh makan pastu masuk bilik taklimat. kul 2.40 gitu aku trus bagi taklimat. masa tu aku cakap pakai hentam je lah, kalau diingat balik tak tau lah apa aku taklimat kan yang penting dorang faham pastu aku dpt jwb soklah dorang tu. habis je taklimat minum petang pastu terus balik. sampai umah kul 7 ptg lebh. macam gi KL je rasanya.

ni lah kes tensioooooooooooon semalam, tingat balik bole tersenyum sendiri. hari ni en.lan perli aku, lyn kalau nangis come. siap soh aku nangis lagi. hisy tak nak lah aku, buat rosak je mata aku karang power spek bertambh2 lagi.

aku nak simpulkan bahawa :
i) aku ni berkhidmat tuk negara ............ konon2 nak jadi pekerja contoh lah ni ha ha ha tak de lah sampai gitu kan.

ii) kita kalau nak buat apa2 kptsn kena fikir dulu baik buruknya . cam admint tu, ada pulak soh aku fikir jalan penyelesaiannya. patutnya dia tolong aku settle kan hal tu ni aku pulak.

iii) teman yang menolong kita semasa kita susah adalah teman yang sejati - tima kasih pada CIK IDA SUPER HEROIN n KC yang tak jemu dengar luahan hati bos kecik ni

iv) keje kena SMART (ni admint kena tukar cara keje dorang ni) WORK HARD ( aku akan terus berusaha untuk selesaikan keje aku).

v) kena pandai kawal perasaan sendiri .............. ku tujukan khas untuk diriku ini ha ha ha

jangan cari masalah masa hormon wanita tak ok . kah kah kah.

ptg tadi kak noor bagitau ada pegawai kat tingkat bawah tanya apa hal pegawai nangis semalam - waaaaaaaaaaaah cite ku sudah di publisitikan - kalau lah aku tau sapa yang sebarkan cite aku ni kat tingkat bawah tu mahu jugak aku kerjakan orang tuuuuuuuuuuuuuu..... aikkkkkkk marah lagi ......... tapi aku suka ayat kak noor ...........lyn marah masih bole senyum...... ye ke tuuuuuuuuu.

Friday, November 28, 2008

hari jumaat - hari makan2

hari ni kat opis ada buat makan2. macam biasa lah tukang rancang cik ida, kak nor termsklah aku. hari selasa aku ngan cik ida pi romantika kat kajang, belikan hadiah untuk bos yang akan meninggalkan kami tuk sambung master. udah lah kami kuar awal kul 11.30 balik semula kat opis kul 2.30. (aci ngelat minta permision bos kecik). bergambar ngan puan azian bertudung hijau tu.....

aku ajak cik ida pi romantika sebab bole buat pilihan hadiah tuk bos. pastu cik ida pun nak belikan hadiah tuk kawan dia yg akan mendirikan rumahtangga. masuk je romantika, rambang mata. semua barang nak beli. kedai tu konsep english sytle. mulanya kami dah ambik bakul pilih punya pilih letak semula sampailah penat tak leh fikir nak beli barang. kalau boleh satu kedai tu nak beli.
sempat jugak aku rembat pinggan dan tempat letak kek. so sempena pinggan baru yang dibeli tu aku buat mufin tuk jamuan. ni lah pinggan baru yang berisi mufin........ (penat kukus ni sebab pengukus kecik. sekali kukus bole 6 biji je lama gak nak siapkan 50 biji tu... dan paling penting pinggan yang cantik tu hanya RM7.00 je.

ni puding cocktail yang aku buat. semalam tgk resepi so hari ni try but taste tak sedap. maybe air nata de coco tu telah merosakkan rasa pudingku ini. lenkali tak nak buat lagi ni. lagipun tak baik tuk kesihatan sebab susu campur buah............. (lenkali nak try resepi kena ambi kira pemakanan islam barulah makan utk kesihatan...... he he)
antara pemanis mulut tuk jamuan hari ni.

walaupun dah makan nasi beriani ayam tapi tak tau nape aku rasa macam nak makan lagi sekarang ni..................... tapi tak tau nak makan ape, nape jadi camni erk. ntah laaaaaaaaa.

Wednesday, November 26, 2008

cuti hujung minggu

Kisah kali ni adalah kisah menghabiskan masa dihujung minggu. Seharian hari sabtu last 2 week aku bermalas2 di rumah. Sian kat kakak ngan adik, beserta adik aku ngan kawan2 dia. So ahadnya tu pagi2 lagi aku bagitau. penghuni2 rumah yang aku nak bawa dorang pi mandi kolam. So kul 9.00 kami semua bertolak ke kolam. Perjalanan memakan masa 10 minit je.

Adik aku ngan kawan2 dia aku soh pi breakfast dulu dekat food court yang berdekatan dgn kolam tu sementara aku nengokkan kakak ngan adik mandi. Sampai je terus terjun masuk kolam. Memang biasanya cuti hujung minggu ramai ibu bapa yang akan bawa anak2 datang kolam ni. Bayaran tak dikenakan. Tapi tuk budak2 je. Orang dewasa ada tempat khas dan dikenakan bayaran rasanya RM2 per entry.

Ni lah kemeriahan kat tempat tu……………… sapa bole teka kat mana ni ????????. jawapannya ………. Kolam presint 9 putrajaya…. Kat putrajaya ni nak riadah dekat2 je. Macam2 ada………….

Nampak tak kakak ngan adik. Tak hengat langsung bila dapat jumpa air

Adik yang dah biru2 mulut kesejukan……

Lepas main air, punyalah lapar…….. breakfast roti canai tak cukup tu sorang sekeping…….. siap request nak makan nasi pulak lepas mandi…

Adik fatin tak berani nak masuk kwsn ni…….. tengok dr jauh je kakak farhana

Kul 12 tgh ajak dorang balik umah. Posing sebelum balik umah…..

Balik je umah, masing2 kepenatan termasuklah mama. Yang penting anak2 gembira.

Tuesday, November 25, 2008

samb. chicken pox

N3 kali ni adalah kesinambungan cite si kakak farhana kena chicken pox. Hari khamis last week aku hantar kakak ngan adik balik kampong selepas aku dapatkan maklumat daripada ibu2 kat opis yang berpengalaman menjaga anak chicken pox. Apa nak buat aku tanya doctor mama boleh dapat mc tak nak jaga anak sebab doctor cakap tak leh hantar nursery. Doctor cakap tak de mc puan. Kena cuti 2 minggu kurang2 nak jaga dia kat umah. So apa lagi kepala pun ligat fikir punya fikir dan memandangkan kerja yang menimbun kat pejabat aku ambik keputusan hantar dorang kat kampong. Yang sebenarnya budak2 tu sonok gile dapat balik kg. aku yang tak sonok sebab sunyi kat umah tak de dorang.

Aku pun tumpang sekaki cuti khamis dan jumaat dah alang2 balik kg. masa hari jumaat tu dah banyak gelembung2 tu naik kat muka ngan dan seluruh badan kakak. Malam tu pulak dia tak leh tido, bangun tengah malam cakap “ mama kakak tak leh tido lah”. Aku Tanya nape dia cakap tak tau lah. Aku siap soh dia baca al fatihah dan surah apa-apa yang dia tahu. Pehtu dia bangun pulak cakap “ak leh tido jugaklah ma”. Apa aku nak buat lagi lama jugak layan dia sampai lah dia tetido semula. Esoknya cite kat ayah then ayah cakap memang orang kena campak ni dia tak leh tido malam maybe sebab gatal2 tu kot.

Untuk kenangan kakak, mama ada ambik gambar kakak dengan chicken tu. Nanti kakak boleh ingat sampai bila2 tarikh kakak dah kena chicken pox ni. Mulai 18 november 2008 pada umur kakak 6 tahun…

Ini lah gambar cun kakak dengan jerawat chicken pox tu….. tak leh senyum sebab pagar dah roboh (2 gigi depan patah untuk kali kedua.. orang salin gigi susu sekali je tapi dia sampai 2 kali… alhamdulillah tumbuh jugak kali kedua kalau tak kecik2 dah kena tempah gigi palsu)

Close up chicken pox

Kata orang2 tua masa kita kena chicken pox tak leh kena hujan nanti bekas2 tu akan setia dengan kita sampai mati tak kuar. Pehtu tak leh makan toyu (kicap) takut nanti bekas2 tu jadi hitam, tak lawa. Tak leh makan benda yang gatal2. aku pun sampaikan pesan tu kat kakak. Alhamdulillah si kakak ni anak yang dengar kata, sampai tak keluar rumah. Nak makan pun siap Tanya yang ni boleh makan tak tok???????????????????. Macam mama dia jugak masa pantang bersalin. Kalau orang tua kata tak leh makan memang tak makan….

Yang aku risaukan sekarang ni si adik pulak. Nampak gaya belum berjangkit lagi chicken pox tu. Kata orang pulak biasanya dekat2 si kakak dah nak abis tu selalunya akan jangkit kat orang lain. Risau terjangkit kat si adik. Nampak gaya lepas raya la baru boleh bawa dorang balik umah. Sunyiiiiiiii la mama…………………………

Wednesday, November 19, 2008

kakak kena chicken pox

semalam ambik kakak dari nursery kul 6.15 ptg. sampai je kat sekolah tu, ustazah cakap satu hari ni dia diam je tak macam selalu. biasanya aktip sesangat. ustazah pegang dahi rasa macam demam. si kakak siap cakap ngan ustazah dia tak demam. bila aku pegang badan dia rasa macam ada panas sket lah.

so pegi kedai dekat ngan nursery belikan air cap badak. (ni first time aku beli air cap badak ni) pehtu beli cortal 4 biji. balik umah. sampai umah si kakak terus baring. biasanya siap tukar pakai seluar terus la gi taman jumpa geng. si adik balik je dari sekolah kat taman tu lah tempatnya. sib baik taman depan rumah senang nak awasi.

kebetulan pulak semalam adik tak masak sebab katanya tak sempat pegi pasar hujan. kat umah stok dlm peti pun dah abis. so lepas maghrib aku gi pasar tani kat presint 2 tu belikan makanan. si kakak nak makan koteow, mama siap belikan ayam goreng. apa jenis mak tak tau lah aku ni. tak prihatin sungguh. udah anak demam bagi pulak makanan berminyak. si kakak dalam demam2 tu boleh gak dia abiskan sebungkus koteow ngan seketul ayam goreng.

lepas makan terus dia tertidur. tengah malam kejutkan aku sebab nak minum air masak. memang setiap malam mesti dia kejutkan nak minum. aku yang malas nak turun ke bawah so tiap2 hari sebelum tido mesti bawa air masuk bilik. lepas mandi sebelum solat kakak tunjuk kat badan dia ada gelembung2. aku saspen bila tengok kat kepala, leher, tangan pinggang dah penuh ngan gelembung2 tu. so pagi ni aku terus gi klinik dan doktor cakap kakak kena chicken pox. so aku call kawan2 kat opis bagitau masuk opis lambat sket then tanya berapa lama biasanya kalau kena ada yang cakap seminggu ada yang kata dua minggu. ni tak leh jadi ni, doktor tak lak pulak nak kasih mc kat aku nak jaga si kakak ni.

so call pulak ayah kat kampung. ayah soh bagi minum air kepala. puas jugak tadi cari air kepala kat food court presint 9 tak de, food court presint 8 pun tak de, syukur allah dorong soh pi pasar basah kat presint 8 alhamdulillah ada, bole tahan lah RM2.00 tuk sebiji. kalau kat kampung boleh minum banyak2 sebab free kan. so malam ni nak balik kampung hantr budak2 tu. senang sket tok ngan tok wan tengok. mama dia ni mana tau sangat pasal campak ni. orang soh cari daun mambu untuk hilangkan gatal tu pun tak tau rupa bentuk.

time ni lah saat2 yang aku rasa, kalaulah arwah masih ada pasti aku akan call arwah then mesti arwah nasihatkan aku macam2. selalunya arwah dia akan direction satu persatu, kat mana nak cari air kelapa, apa patut aku buat sekarang, nak tinggalkan kakak kat mana, tak pun mesti dia soh aku cuti. dalam hati kecik aku ni mudah menangis n kelemahan aku ni aku tak pandai nak kontrol emosi tatkala sesuatu berlaku pada aku atau anak2........... tadi lepas beli air kelapa aku hntr kakak tumpang dok kat umah kak maya jiran sebelah supaya aku dapat habiskan kursus then malam ni terus balik kampung.... ( ni mesti dia sedih sebab tak dapat gi tengoj wayang cite madagascar..... dah janji ngan maklang nak pi alamanda malam ni tengok wayang)...

semalam aku termimpi arwah datang dengan arwah mak mertua jumpa aku. masa arwah datang, aku pegang tangan arwah pastu aku rasa satu perasan yang sangat indah sampaikan aku terfikir kalau aku bukak mata biarlah perkara tu betul2 berlaku. biarlah arwah masih ada disisi aku.... ya ALLAH inikah dugaan kau untukku. sedih dah ni tak tahan lagi........ aku hanya mampu doakan agar arwah bahagia di sana.................. al -fatihah

Tuesday, November 18, 2008

penghargaan dari TLDM

this 2 week agak sibuk. last week ada bengkel kat KL this week ada kursus. pc kat umah pulak rosak. hari tu dah bawa gi low yat nak baiki, sampai je kat kedai tu ok pulak. balik kat umah rosak pulak. ni kena bawa cepat2. mencegah lebih baik dari mengubatiii. susah nak buat keje kat umah.

nak hapdet cite. lama jugak cari photo kat dalam website mindef tak jumpa2 kat mana diorang letak. niat pertama nak cite kat sini untuk pengetahuan anak2 mama. mana tahu satu masa nanti anak2 mama nak tahu kisah2 abah.

pada 5hb November 2008, mama pergi ke mindef atas jemputan daripada TLDM untuk satu majlis penyerahan cek. (cek untuk insurans LTAT). mama ajak pak long (abang abah) temankan mama. sebabnya mama nak pak long tahu semua perkara supaya kelak semuanya jelas bagi pihak keluarga abah. mama tak nak nanti adik beradik abah cakap2 belakang. so far tak de lah tapi mana lah tahu hal duit ni bole bawa kepada pergaduhan dan sebagainya. itu niat suci mama ajak pak long pergi ke majlis tersebut.

actually tarikh dan masa pun mindef minta mama yang tentukan sebabnya bila kawan2 abah call mama oustation tak de kat opis. ni kebetulannya hujung tahun yang agak sibuk. so mindef set date then mama pergi. dari opis mama keluar pukul 11.30 tgh dan dapat sampai kat mindef di jalan padang tembak tu pukul 12.30 seperti yang diminta oleh en.husin (navy yang selalu call mama berhubung hal2 abah). so elok2 je sampai kat depan gate mindef kul 12.30. pak long dah tunggu kat situ then mama call en.husin minta dia datang bawa mama ngan pak long masuk ke mindef. susah tau nak masuk kat mindef. kena isi borang n all dokumen2. dulu masa mama ngan abah tinggal kat kuarters kat setiawangsa selalu abah shortcut dalam mindef nak hntr mama keje kat area bank negara tu. so bila langkah masuk je mindef hari tu tingat masa abah ngan mama masuk mindef.

dari gate mindef, en husin bawa masuk ke aras tak ingat ke aras berapa kat tempat pengarah kat unit sukan. so duduk kat bilik pengarah tu sementara nak tunggu kul 2.30 ptg majlis akan bermula. dah sembang2 sket ngan pengarah keluar ngan pak long n tuan nik (yang banyk tolong uruskan hal2 abah. gi solat. mama ditemani dengan pegawai awam dan pa kat situ. dari sembang2 ngan kakak tu bagitau arwah memang baik budi bahasanya. kalau sesekali naik ke mindef mesti tegur kakak tu. and kakak tu pun tak sangka dia meninggal. pesan kakak tu pada mama akan mama simpan dan jadikan ingatan... katanya duit yang dapat tu simpan tuk anak2 mama and kalau ada jodoh lain cari yang elok2. mama anguk je.

kul 2.00 ptg mama dibawa ke aras yang lebih tinggi di mana bilik Timbalan Panglima Tentera laut. kat situ mama kena tunggu timbalan panglima datang baru majlis akan bermula. lama jugak kat situ dalam kul 2.15 mama diajak masuk ke bilik tetamu. bilik tetamu yang agak comel saiznya dan menempatkan set sofa dengan dikelilingi piala2. nice !!!!!

mama ingatkan majlis tu untuk ramai balu2 yang senasib dengan mama. rupanya majlis tu memang diadakan khusus untuk mama. memang mama terkejut sangat sama ngan pak long. tak sangka.....................

sampai je Datuk .... majlis bermula. ni lah datuk nordin timbalan paglima tentera laut pada masa tu.

LAKSAMANA MADYA DATO' MOHAMMED NOORDIN BIN ALI PSAT DIMP PAT JSM SDK KAT KMN BCK PPS PPA PPT mpat psc

Datuk bagitau ini sahaja yang mampu TLDM buat untuk mengenang jasa arwah dan banyak bagi nasihat pada mama. datuk maklumkan beliau baru dapat tahu dan sepatutnya majlis tu dah lama pun dibuat. Datuk siap cakap ngan pak long, kalau adik beradik nak tolong anak saudara buatkanlah tabung or sedekahkan bahagian yang dapat tuk anak2 mama. masa ni mama takut pak long salah faham pulak apa yang datuk cakap. sebabnya tuk wang pampasan tu memang adik beradik abah seramai 4 orang akan dapat bahagian masing2. LTAT minta buat secara faraid yang mana mama pergi ke mahkamah putrajaya untuk dapatkan pembahagian secara faraid memandangkan anak2 mama kedua2nya perempuan. dalam sijil faraid yang diterima tu farhana, fatin, mama, pak long, mak ngah, pak tih dan maksu dapat duit ikut kadar yang pihak mahkamah tentukan. mama tak kisah pun hal duit ni janji semua orang gembira.

selesai nasihat dan maklumat majlis dimulakan dengan ucapan dari pengacara majlis (tuan firdaus kalau tak silap namanya) memaklumkan tujuan majlis diadakan adalah untuk penyerahan cek pampasan LTAT. pastu mc bacakan biodata dan maklumat abah... mama memang tersentuh dengan cara tentera jalankan majlis tu. memang penuh dengan istiadat... dan yang paling mama syukur apabila dibacakan tentang pencapaian abah yang pernah mewakili malaysia dalam sukan menembak di luar negara dan memenangi pingat. mama ingat lagi abah siap simpan cutting paper pasal cite tu. then last arwah meninggalkan seorang balu dan dua orang puteri..... lepas tu acara serah cek. siap ada photographer sebab dorang nak masukkan dalam majalah navy. then bacaan doa daripada ustaz yang handle pengebumian abah kat presint 20 putrajaya. so majlis selesai................

apa yang mama buat lepas tu, tuan nik minta mama call ngan datuk musa maklumkan mama dah terima semua yang sepatutnya mama terima. datuk musa selalu minta navy cepatkan bayaran tu anak buah siap kena marah lah pasal perkara ni. datuk musa orang yang amat mengambil berat anak2 buah (mama kenal datuk masa mama ikut abah pergi menembak-memang baik)..

Datuk Musa orang pertama yang mama call selepas abah disahkan menghembuskan nafas kat hospital putrajaya sebagaimana pesan abah pada mama " kalau apa2 terjadi pada abang, lyn pergi balai polis pastu call navy maklumkan sebab masa tu abah masih kursus" betapa abah sayangkan kerjanya. ni lah orangnya...Datuk Musa

REAR ADMIRAL DATO' MUSA BIN OMARDSAP PAT DNS KAT KMN AMN PPS PPA Dip Mgt Sc ncc psc
COMMANDER OF NAVAL EDUCATION & TRAINING RMN

esoknya mama call Datuk Musa ucapkan terima kasih dan maklumkan mama telah terima semua yang patut mindef beri. datuk cakap kalau ada masalah lepas ni jangan malu nak call dia. mama tak tahu nak cakap betapa mama rasa bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan yang telah mama terima bagi pihak abah. mama tahu abah mesti bangga sebagaimana mama bangga apa yang mindef buat untuk abah...

so jumaat malam mama call semua adik beradik abah ajak dinner kat D'tasek kat uniten. lepas makan mama serahkan cek yang sepatutnya mereka terima. pak long nak bagi balik cek pada mama tapi mama menolak sebab mama tak nak duit tu. mama dah bagitau paklong, makngah, pak tih ngan maksu anggaplah cek tersebut sedekah abah pada anak2 saudaranya. sebelum ni mama dah terima duit ganjaran dan all duit yang sepatutnya then mama tak buat faraid sebab mama tak tahu. lepas dapat tahu mama rasa bersalah dan sepatutnya semua harta abah mama faraidkan seperti kehendak islam. then malam tu jugak mama minta kalau adik beradik abah nak duit tu maklumkan pada mama supaya mama boleh buat pengiraan tuk faraidkan harta tu. dan kalau tak nak mama minta halalkan. but then pak long, mak ngah dan maksu halalkan dan minta mama simpan tu anak2 mama. so semua duit tu mama dah pun bahagikan dan simpan ke akaun kakak dan adik.

cuma satu pesan mama, pak long ngan paktih adalah waris dekat kakak ngan adik. apa2 pun kelak kakak ngan adik kena rujuk pada pak long ngan paktih... okeyyyyyyyyy. harap soal ini selesai dan mama tak dipersoalkan di akhirat kelak. aminnnnnnnnnnnnnn.