JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Saturday, April 28, 2012

peta hidup

alhamdulillah, kembalinya daku disini dengan niat yang satu adalah kerana Allah.. dan demi sedikit ilmu yang dapat kupelajari pada hari ini ingin disampaikan walau sedikit. harap dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada kita semua hamba ALLAH..

syukur dalam pergelutan pagi tadi.. daku berjaya menewaskan musuh yang tidak terlihat dengan mata kasar kita... musuh yang ingin menyesatkan ... syukur...jam 4.15 pg, daku, si kakak dan si adik berjaya tiba di masjid besi. niat di hati untuk duduk dalam majlis ilmu... bukan satu kebetulan.. memang dalam perancangan kerana ada program qiamullail.. terima kasih ALLAH kerana dengan kekuasaanmu dapat kami meredah keheningan pagi untuk singgah sebentar di rumahMU. daku ceritakan di sini bukan niat lain tapi semata-mata hanya kerana ALLAH.. untuk memberi motivasi pada diriku dan keluargaku dan semoga sahabat2 juga bermotivasi untuk melakukannya. alhamdulillah selesai qiamullail, solat subuh dan kuliah subuh.. hmmmm breakfast juga turut disediakan.. sangat bahagia menikmati sarapan di dalam masjid. jom kawan2... setiap pagi sabtu ada kuliah subuh di masjid besi dan sekali setiap bulan akan diadakan qiamullail pada minggu terakhir setiap bulan. insyaallah pagi esok (ahad-29 april) mari kita beramai2 ke masjid putra. sama jugak qiamullail dan kuliah subuh selain kuliah pengajian umum pada jam 10.00 pagi.

tajuk sebenar adalah di sini... balik dari masjid besi, dah siap planing dalam kereta... arahan sticker penyayang ditujukan khas untuk mereka... Wahai anak kesayangan ibu... (tengah praktik dr petikan kata2 lukmanul hakim pada anaknya)... sampai kat umah, kemas katil, turun bawah basuh kasut sekolah, kakak tolong sidai baju, mama iron baju... pastu kakak & adik buat keje sekolah... mama nak gi kelas. pastu kring2... telefon berbunyi.. jiran sebelah.. kak maya nak tumpang lyn gi masjid besi... 8.45 pg kereta wiraku sekali lagi menuju ke masjid besi... kuliah Dhuha...

tajuk asal kuliah dhuha hari ini sepatutnya adalah dari Lubuk Hati Ibu... walau bagaimanapun, ustazah mohon tukar kepada tajuk Peta Hidup... kita nak dapat ilmu tak kisah lah ye tajuk apa.. yang penting ianya memberi keinsafan dan menyuruh kita melakukan perkara yang diredhai ALLAH.. terima kasih juga kepada NISA PUTRAJAYA yang sentiasa menyediakan penceramah2 yang hebat dan aktiviti2 yang bermanfaat. untuk sebarang pertanyaan sila hubungi http://nisaputrajaya.blogspot.com atau FB nisa putrajaya, emel di nisaputrajaya@gmail.com atau talian 019-5170074...

kali pertama daku duduk dalam majlis ilmu yang disampaikan ustazah norhafizah musa di surau presint 9.. sangat admirer padanya.. kupasan yang menyentuh hati dan jiwa. ini kali kedua daku bertemu sekali lagi.. bergelar pensyarah UTM jalan semarak (tempat daku menuntut ilmu suatu ketika dulu) dan mempunyai 7 orang cahaya mata. aku kagum sangat dengan bahasa dan suaranya yang lembut mengajak kita ke jalan yang LURUS... inilah ustazah norhafizah
Ustazah Norhafizah Musa..credit to pemilik gambar

ok... panjang lah intro kali ni... nak cite PETA HIDUP... apa yang aku taip kat blog ni adalah apa yang aku simpan dalam memori sepanjang 2 jam tadi. ustazah edarkan nota tapi daku tak dapat... cari2 dapat jugak kat pakcik google ni.. inilah peta hidup tersebut.. thanks pada yang membuat kajian dan menyediakan peta ini untuk dikongsi bersama. semoga allah memberikan pahala yang sewajarnya. ameen.

peta hidup.. credit to pemilik gambar

kata ustazah.. hidup kita ada 6 alam...sebahagian kata ada 5... sama lah jugak... inilah peta hidup kita :
1. Alam Ruh
2. Alam Rahim
3. Alam Dunia
4. Alam Barzakh
5. Alam Masyar
6. Alam Syurga / Neraka

1. Alam Ruh
wujudnya manusia tanpa jasad hanya yang ada addalah ruh. kata ustazah kita pernah bertemu dengan ALLAH di alam ruh suatu masa dahulu. kita bertemu dengan ALLAH dalam keadaan tawaduk.. tunduk dan merendah diri di hadapan Allah untukbenar2 mengakui Allah sebagai tuhan yang akan disembah sepertimana surah Al-A'raf ayat 172 dibawah...

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu hendak mengembangbiakkan keturunan Adam dari tulang sulbi mereka, lalu diminta-Nya pengakuan mereka atas jiwanya masing-masing: ‘Bukankah Aku ini Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘Benar, kami mengakui Engkau Tuhan kami’. Hal ini kami lakukan agar nanti di hari kiamat kalian tidak mengatakan: ‘Kami dahulu lupa tentang perjanjian ini’. (QS 7:172)

2. Alam Rahim
Alam kasih sayang.. rahim kan maknanya kasih sayang... syukur kita diciptakan sebagai wanita yang punya rahim... yang punya kasih sayang... sebab tu wanita kan lebih penyayang dari lelaki... betul kah?.. bukan itu soalnya disini... yang masih segar dalam ingatanku bila ustazah sebut, kita ni sebenarnya tiada... Allah adakan kita dari setitis air mani... setitis tu banyak ke? 

setitis... ni kira besar lah jugak kan.. nampak dengan pandangan zahir...

cuba kita bayangkan, kita ini daripada takda kepada ada... ada mula dengan setitis sahaja.. lepas tu Allah besar2kan kita.. menjadi janin di dalam Alam Rahim... setitis tu sangat kecil okeh... allah besar2 kan... jadi janin... tapi ustazah kata kita tak sebut janin sebaliknya sebut embrio.. sebabnya... tak rupa manusia.. macam alien... so letak nama embrio.. masa embrio ni cantikkah kita?... huduh kan... pastu allah besar2kan kita

Allah ukir tangan, kaki, mata hidung, allah bagi pernafasan.. jadi kita manusia yang sempurna.... SEBAB ITU KITA JANGAN TAKABBUR...BESAR DIRI... rasa hebat... bagaimanakah jadi hebatnya kita hamba yang diciptakan oleh KUASA YANG AGUNG... daripada takde kepada ada hanya dengan setitis menjadi manusia... dan menjadilah kita manusia yang selalu lupa... lupa untuk bersyukur dengan nikmat pemberiaanNYA... ya ALLAH mohon engkau teguhkan hati2 kami, mohon engkau lembutkan hati2 kami untuk patuh dan taat pada perintahMU...

3. Alam Dunia
yang paling daku tersentuh dan paling daku ingat dan akan sentiasa tanam dalam hati,minda dan perasaan.. kata ustazah, kehidupan kita di DUNIA ini adalah sangat singkat.. anggaplah seperti kita TRANSIT.. ustazah cerita, dia baru balik dari umrah.. perjalanan pergi transit di Abu Dhabi.. masa transit 5 jam.. so turun dari flight duduk kat lapangan terbang.. masa transit... apa yang kita bawa... beg kecil yang ada sedikit kelengkapan seperti berus gigi, kain sembahyang dan peralatan peribadi yang sedikit untuk masa transit. ada sorang makcik ni, dia nak bawa semua beg2. kata ustaz, beg lain dalam flight... tapi makcik ni nak bawa juga. ustaz g ambik dan makcik ni bawa lah untuk sementara tunggu transit tu.. semua beg, kiri, kanan beg tarik siap minta tlg orang lain bawakan...

kata ustazah... buat apa kita nak terbeban dalam masa transit tu. nak bawa berbagai2.. terbeban kita dengan semua itu... sebab tu masa kita transit.. ada benda yang boleh kita buat, ada perkara yang tidak boleh kita buat...masa transit, kita duduk kat kerusi, kita tido kat kerusi , kita makan kat kerusi... dalam lapangan terbang tu... cer bayangkan..masa kita transit flight... daku pernah sekali merasa transit ni... otw nak gi umrah juga.. cuma transit kami tak dapat turun dari flight... duduk la dalam tu... bila je ada pengumuman kata flight nak gerak semula... terdengar sana sini ... jom cepat2 dengan wajah2 yang riang... sebab mereka nak teruskan perjalanan ke mekah... betapa rasa gembira kan... kan... macam tu jugaklah kita... 

transit kat dunia... rasa gembira untuk teruskan perjalanan ke alam berikutnya... alam barzakh...
so anggaplah alam dunia ini sebagai tempat transit sahaja.. ingat di hati sebut di mulut... mudah2 han ianya dapat membantu kita untuk kita structure balik hidup kita ini..

nak sambung... tapi dah time nak tido.. sebab niat bangun awal pagi esok.. doakan semoga pergelutan daku sekali lagi pagi ini akan membawa daku sampai ke masjid putra insyaallah... marilah kawan2 kita bersama2...
ameen...

Wednesday, April 25, 2012

sticker penyayang

assalamualaikum...

hmmmmmm... ndak tahu nak cite apa... ada mcm2 cite... menarik ke untuk dikongsi di sini.. khusus untuk anak2 mama.. here picture untuk tatapan anak2 mama yang dah makin montel....

;
Ustazah Nur Fatin Sahira yang sangat manja...comey je kalau berbaju kurung... sangat bersopan santun nampaknya anak mama ni... bila dress up camni.. kalau idak... hu3.. takpe2. doa mama sampai dewasa ye camni. k. 

Nur Syamiela Farhana bt Shahfame Al-Hafizah... doa mama ni..mama nak sangat kakak jadi hafizah...harap2 la kakak dapat tunaikan hasrat mama ni.. kata orang boleh selamatkan 7 orang ahli keluarga... dah makin montel. cer tengok sapa yg lebih montel. sebab tu kakak stress bila orang cakap kakak ni adik mama.. wink3

jalan2 @ alamanda putrajaya
tajuk sticker penyayang... cite dari si kakak petang semalam.. mama, cikgu kata kalau sapa dapat paling banyak sticker penyayang nanti cikgu bagi hadiah.. mama pun tanya... camana nak dapat sticker tu? kakak cakap, kalau cikgu tengok orang tu penyayang, baik hati, sopan dll... cikgu bagi a sticker tu. mama tanya lagi... kakak dah dapat ke sticker tu... dengan muncungnya... beeeluuummmm... harap sangat tu nak dapat sticker tu... daku fikir2... bagus erk cikgu buat camtu... dapat asuh budak2 sekolah... tu tanggungjawab cikgu, tapi camner tanggungjawab daku sebagai ibu dan ayah...sangat nak ajarkan anak2 adab sopan santun.. budi bahasa budaya kita lah kan... tapi mama pun tak pandai sangat, adab sopan mama pun tak lah ada sangat... hu3... mengaku nih...camner tu?... so kena jadi orang beradap sopan tu baru boleh ajar anak2 mama kan?...kan?.. camner nak buat tu... kena la mama study n praktik kan...

so, sambil mama cari ilmu adab2 ni, mama pun buatlah benda2 as a support tu sticker penyayang Sekolah Presint 8 (2) Putrajaya ini... apa langkah pertama... sket2 bila nak bagi arahan pada anak2 mama... ok, ini arahan sticker penyayang... sila naik ke atas dan mandi... pastu kita gi solat ye... mlm sket ... mama cakap lagi... ini arahan kasih sayang ye... jom buat keje sekolah, susun buku pastu tido kat atas ye. jap g mama ikut... sebab mama nak tengok TV... sampai hati ye mama.. patut mama teman anak2 mama g tido kan.. ini dikatakan bapa borek anak rintik... tapi ni bukan bapa okeh.. ini mama... so anak2 mama tak rintik lah kannnnnn... mama nak relaxkan diri..... ha3... ambik yang baik je kat blog ni tuk follow... yang buruk2 tu buang je kat sini.. ok :)

ada gak kaitan dengan sticker penyayang ni... tiba2... daku rasa sesuatu yg sangat menyentuh hati... itu lah yang aku post kat wall fb mlm ni...

untuk rasai makna bahagia, marilah kita berlapang dada dengan apa yang berlaku sebab mungkin dengan cara itu kita boleh mendidik hati dengan kesabaran walau ianya satu perkara yang tidak kita senangi. Taati ibu bapa dan hormati orang yang lebih tua. insyaallah bahagia itu menjadi milik kita...

ni pada pendapat dan pandangan daku lah... maybe bila berlapang dada...terdelete semua rasa yang tak enak.. rasa marah, rasa kecewa, rasa sedih... semua lah... so bila rasa tu terdelete insyaallah kita doa rasa BAHAGIA itu akan muncul... 

kita mulakan minggu ini dengan minggu sticker penyayang tuk cari kebahagiaan dunia dan akhirat... semoga Allah merahmati kita dan mencampakkan kasih sayang semasa kita.. insyaallah

Sunday, April 15, 2012

TRUST IN ALLAH

assalamualaikum wbt

akhirnya hari ini, daku kembali ke rumah ini. setelah semuanya dirasakan keadaan yang sangat tenang. sangat bahagiaaa.. resepinya adalah kepergantungan yang tinggi pada YANG ESA.. trust in ALLAH..

terima kasih dan mohon kemaafan kepada sahabat2 yang sentiasa bertanyakan khabar. alhamdulillah lyn dan anak2 sihat. menjalani kehidupan seadanya sebagai hamba allah dimuka bumi ini. kenapa menyepi?... sekadar mengambil masa untuk mencari suatu ketenangan hati... setelah bermuhasabah akhirnya jawapan yang menyuburkan hati adalah SANDARKAN SEMUA URUSAN HIDUP INI PADA ALLAH... INSYAALLAH KETENANGANG ITU PASTI AKAN DATANG... so, lepas ni apa pun yang berlaku, insyaallah dengan kita mengingati Allah hati pasti akan menjadi tenang.

sabtu pagi (14 April) awal-awal lagi daku dah keluar.. arahnya ke PICC.. tujuannya hadir peperiksaan.. Juruaudit... satu jawatan yang dalam senarai keutamaan pilihan permohonan SPA yang daku isi awal tahun ini. daku keluar dalam 7.45pg sampai kat PICC banyak la pulak kereta. tengok ada orang jual bunga.. sah ada majlis konvokesyen. hmmmm exam start 8.30.. 8 lebih daku masih dalam kereta. punyalah ramai orang.. agak jem nak cari parking... sepanjang jalan doa je mudah2 sempat masuk dewan exam sebelum mula.. akhirnya kul 8.45 baru mula paper pertama. alhamdulillah, apa yang dibaca ada jugak yang ditanya.. tapi yg tak dibaca pun sama banyak juga ada dalam soalan. hu3.. pasrah... paper ke2 sebenarnya paper favorate la sebab daku suke angka.. but then, tak tau la urusetia pun kelam kabut je, pastu suara urusetia la pulak yang kedengaran sepanjang exam. boleh pulak jawab telefon sampai dengar kami yang tengah exam ni.. peperiksaan,cuma kadang2 kita terlupa apa adab dan peraturannya. daku siap bagi cadangan kat pakcik yang kutip jawapan tu, kalau bolehlah, saya nak minta tlg urusetia.. perlahankan suara sedikit, sebab ianya agak mengganggu kami yang sedang menjawab... bila difikirkan agak berani daku bersuara begitu.. tapi tak tau dari mana kekuatan yang datang.. mungkin sebab daku dah lama kot dalam service or sebab daku pernah jugak jadi ketua pengawas peperiksaan suatu ketika dahulu. bila pengawas sebut je 5 minit lagi, tengok ada lagi soalan yang tak dijawab.. tengok soklan, tengok jawapan, terus je tanda. takde kira2 lagi dah... start dari paper tu sampai la paper ke 5 daku jawab seadanya. tak tau la mood dah abis kot bila paper ke2 tak smooth seperti yang diharapkan.

lupa lak... anak2 kul 8 cik nurul dah datang ambik kat rumah. nak bawa g family day opis. thanks to cik nurul jadi mak angkat sekejap. sampai kul 3 lebih baru balik. alhamdulillah, kakak dapat 2 hadiah, games yang dia masuk, adik tak dapat, pastu sedih bgtau adik tak menang.. tapi yang penting dorang happy masa g situ walau tanpa mama yang sedang berjuang kat dewan exam. cabutan bertuah.. adik sebut, alhamdulillah ma, kita dapat blender. daku sambut, alhamdulillah sebab blender mama performance dah tak lancar.. satu yang daku boleh belajar dari si adik ni, apa yang daku selalu ucap, dia akan ikut. hatta, bila naik kereta, kita baca doa naik kenderaan, sampai bismillahi allahuakbar pun dia ikut.. agak panjang la, bukan doa naik kereta je, siap dengan sikit2 ayat mathurat daku sambil2 baca, dia boleh ikut. daku cakap, setiap kali kita dapat sesuatu yang baik ucap alhamdulillah.. kalau dapat masuk parking pun, dia lah orang pertama yang akan cakap alhamdulillah. kadang2 kita yang dewasa ni pun lupa.. alhamdulillah, Ya Allah izinkanlah perkataan yang keluar dari bibirku ini perkataan2 yang baik, supaya ianya menjadi doa yang mustajab untukku dan untuk anakku dan supaya dengannya mereka mengikuti apa yang baik itu.

ahad (15 April), seperti biasa, alhamdulillah pagi ni ke surau solat subuh disertai dengan si adik. agak susah nak bangunkan si adik pada waktu pagi.. tak kira pagi ke sekolah atau weekend. pastu kemas rumah apa yang patut dengan bantuan mereka berdua..terasa nak makan roti canai..drop dorang g pesan roti canai kat presint 9..balik rumah, bersiap terus daku g kelas. alhamdulillah kelas hari ni. ustaz meeftah.. second time dengar kuliah ustaz. first time kat surau rumah.. masa tu ustaz bertugas di masjid besi, second time ni ustaz kat KDN kot.. daku terlewat 15 minit tadi, so tak sempat dengar pengenalan diri ustaz...ilmu menarik untuk dikongsi pada hari ini. banyak yang ustaz sampaikan...sangat terkesan dihati... dapat buku dari program ini.. ayat2 ini daku salinkan semula disini untuk tatapan hatiku dan sahabat2 sekalian...

Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi,
sekuat mana pun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,
sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui,

JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan ilahi,

kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang beriman..

semoga kita semua dilindungi dan dirahmati oleh ILAHI

insyaallah daku akan kembali lagi ke sini...