JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Sunday, August 26, 2012

ramadhan & aidilftri 2012

assalamualaikum...

alhamdulillah.. syukur kerana kita masih lagi diberi peluang menikmati kehidupan dunia ini. syukur kerana diberi kesihatan yang baik. alhamdulillah.. kesakitan yang dirasai adalah sebagai kifarah dosa2 yang lalu.. kan...berdoalah moga Allah memberi kita rahmah n kasih sayangnya yang berterusan kepada kita..

alhamdulillah... ada masanya untuk ku kembali ke rumah ini. rindu nak bercerita disini. kadang2 masuk jenguk2 ada yang datang singgah sini. maaf ya kawan2.. kesibukan menghadapi ramadhan dan kesibukan menyelesaikan tugas2 akhir. lynn akan bertukar ke kementerian pelancongan. sedih dan sayu hati nak tinggalkan kementerian pelajaran setelah 5 tahun di situ. sebagaimana sedih dan sayu nak tinggalkan kementerian kewangan selepas 6 tahun disitu. namun kali ini pengembaraan yang berbeza.. kali pertama pertukaran kerana kenaikan pangkat. kali kedua pertukaran kerana hasrat hati yang mahu sesuatu yang baru.. doakan lynn dapat lulus exam dan diberi peluang untuk ke jawatan yang lebih tinggi.. tahun ni dah 2 kali fail exam 41.. hu3.. Takdir Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya kan.. syukur dengan segala pemberianNYA..

nak cite.. ramadhan kali ini... awal lagi persediaan memasuki ramadhan telah dirancang. alhamdulillah.. semua perancangan dimakbulkan ILAHI.. 25 hari ramadhan lynn dan anak2 berbuka puasa di masjid. hari terakhir di putrajaya adalah hari pertama kami berbuka di rumah... itu pun kerana lynn terpaksa balik lewat.. setlekan keje sebelum esoknya kami berlepas pulang ke kampung.. 10 mlm terakhir bersahur juga di masjid. kalau lah boleh.. biarlah ramadhan itu lebih dari 30 hari... kerana keinginan untuk kembali berada dalam suasana dan persekitaran ramadhan itu sangat2 dirindui.. indahnya ramadhan. kali pertama 2 tahun lalu lynn menikmati 10 akhir ramadhan dan berhari raya di tanah suci Mekah.. sangat berbeza kerana kemeriahan ramadhan di sana lebih terasa berbanding hari raya.. berbeza dengan suasana di sini. yang lebih meriahnya adalah pada hari raya. ok... stop jap cite tu.. ni pic2 sepanjang ramadhan.. berbuka puasa.. bertadarus.. dan majlis khatam.

suasana berbuka di Masjid Hasanah Bangi

tadarus di Surau Al-Ittifaqiyah Presint 8E Putrajaya

dah besar anak dara mama ni.. sambil menunggu untuk berbuka

@ masjid hasanah.. sekali je berbuka kat sini.. biasa kat masjid putra n masjid besi.. tapi pic kat situ tak de .hi3

program masa nuzul quran. ambik kesempatan selangor cuti.. so lynn, kak wan, kak sarah dan kak  ila ke masjid hasanah bangi sebab penceramah best... Prof hasnan kasan, ustaz shauqi upm dan.. lupa lak yang baca quran pemenang AQ tu.. maaf ye ustaz

mama ngan adik @ Surau Mizan Presint 8 Putrajaya. yang dekar foodcourt presint 8. first time gak berbuka dan berterawih kat sini. .. sebabnya... dengar kata ustaz yang imamkan terawih best... memang best pun..

ikut kuliah dhuha @ masjid besi anjuran nisa putrajaya... ustaz feberet.. Syed Ab Kadir Al-Jofree

majlis tadarus kat surau presint 8E..

fatin & her friend... tengok je kecik tu... pandai  baca quran.. anak ustaz..

ini hadiah tadarus untuk wanita tahun ini.. last minute cari hadiah.. banyak sejarah hadiah ni.. siap datang dari terengganu. pos ngan bas. harap kawan2 .. makcik2 suke ye. bajet sket je tahun ni..
itulah sket cite ramadan tahun ini. moga kita semua keluar dari ramadhan ini diampuni segala dosa dan diberi rahmat dari ILAHI. dan semoga madrasah ramadahan ini dapat menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa.. rutin yang kita buat di bulan ramadhan, moga menjadi rutin kehidupan kita selepas ini.. semoga solat dhuha dan witir yang kita amalkan dibulan ramadhan dapat kita laksanakan di bulan syawal dan seterusnya.. ameen..

AIDILFITRI 2012

aidilfitri tahun ni.. lynn sorang je yang tak dapat bersolat hari raya.. duduk kat umah.. menyediakan juadah dan sambil menjaga si dania comel itu yang ditinggalkan ibunya untuk ke masjid.... sejak 5 tahun lalu, raya sama je.. bagi diriku hari raya.. hari yang sangat sedih buatku.. sebab lynn masih teringatkan abang... walaupun dah 5 tahun abang pergi meninggalkan kami. lynn tak beria memasak or menyediakan keperluan raya sepertimana sewaktu abang ada. tahun ni.. sekali je lynn keluar ke pkns bangi cari baju raya untuk anak2.. sepanjang ramadhan tak g pun shoping raya.. sekali pun tak ke pasar ramadhan.. sebab rasa macam banyak buang masa kat situ..sebenarnya sedih erk... sebab sorang2 g beli baju anak2.. namun syukur.. kakak ipar awal2 lagi datang umah hantarkan baju raya untuk anak2 mama.. thanks angah.. maklong n paklong pun terima kasih sangat sebab...datang umah bagi duit untuk beli baju raya kakak dan adik..lepas ziarah kubur abang... dan syukur juga.. kain yang lynn beli kat bandung berbulan2 dulu.. kakak tukang jahit siapkan di pagi raya... hu3.. kalau idak..hu3...

oklah... sebenarnya tak berapa sihat.. semalam gi nak berurut. last2 sampai kota warisan g berubat...dengan t-shirt n tracksuit je.. rupanya dugaan allah... so lynn harus terima.. moga kesakitan ini dapat mengkirafarah dosa2 yang lalu..harap2 takde pape yang serius.. takut gakkk. patutlah sakit tu berulang2 je kat tempat yang sama.. nak percaya tak nak percaya sama banyak je...harap esok dah ok nak g keje.. opis baru...

ni pic dari adik2 lynn...

lynn.. farhana, adik no dua zurina & her daughter si comel dania

@ umah tok... lynn ... farhana ... fatin... hanya ber3... rindukan abang..

orang terengganu sekeluarga ... adik ipar, adik tisya n dania

suke tengok pic ni.. adik ke empat.. badrul hisyam dan ketujuh amir izwan ngan anak2 sedara

adik ke enam nadiah bersama dania

keluarga pak morad ngan mak siah.. kakak ngan paksu takde time ni.. g beraya...

kawan2 adik...

setakat tu lah cite dulu... nak cite g tengok kebun yang dah pun menghasilkan $$$... to be continue

Monday, August 13, 2012

masjid & muhasabah diri

assalamualaikum...

MASJID
alhamdulillah, hari ini hari ke 24 ramadhan.. sedihnyer sebab tinggal beberapa hari je lagi suasana indah yang sedang dinikmati ini akan berakhir...back to older n3 berbuka di masjid... orang tanya masak apa hari ni. jawapan... saya berbuka kat masjid. insyaallah bagi sepanjang ramadhan ini.. sama gak soalan dari adik ipar.. uda berbuka kat mana?. kat masjid. tapi tukar2 masjid.. kadang2 kat masjid putra, kadang2 masjid besi...ikut hati.. tapi selalunya lebih kerap ke masjid besi lebih menarik hati. tapi untuk tahun ini, ala2 cinta masjid gitu.. daku bawa anak2 sampai ke masjid hasanah bangi.... asal ada kakak2 cite masjid ni bestnyer gini.. bacaan imamnya gini... nak merasa suasana...surau Al-Mizan yang berdekatan dengan foodcourt presint 8 tu pun daku jelajah jugak. walhal, sepanjang bermastautin di putrajaya ni tak pernah sekali pun jejak kaki masuk solat kat situ. lalu selalulah sebab gi pasar...

berbalik kepada soalan tadi. ada yang berpandangan kenapa orang berbuka di masjid adalah kerana.. nak safe bajet.. malas nak masak...orang yang berbuka kat masjid tu kan biasanya orang2 yang kurang mampu... ayat lembut tu.. yg paling tak tahan, kan ke masjid sediakan untuk orang miskin jee... itu yang daku nak cuba lontarkan kat sini.. pandangan2 yang tidak berapa tepat kerana anda tidak mengalaminya...sebenarnya kebanyakkan daripada orang yang hadir berbuka di masjid2 adalah kerana tuntutan kemudahan ibadah.. dalam erti kata untuk beribadah dengan semaksima yang mampu...kalau tengok masjid2 sekitar putrajaya, kl dan selangor ni memang penuh dan meriah..

kalau kat masjid besi aka Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.. sahn A tempat muslimin berbuka. sahn B tempat muslimat berbuka.. pastu yang family siap bawa saprah suasana berkelah... indahnya.. makan bersama, dapat mengeratkan silaturrahim disamping dapat berSEGERA menunaikan ibadah.. cepat je solat mahgrib.. 20 minit sebelum azan, ada tahlil ringkas.. pastu azan, makan kurma dan sebiji kuih je.. solat mahgrib berjemaah dan lepas tu baru makan nasi... kalau kat umah... faham2 je lah kan camana.. berbuka tentu makan terus makanan berat.. nak solat maghrib.. solat sendiri2.. tak dapat nak berjemaah.. daku pulak jenis yang kalau makan, perut rasa kenyang sket je, mata otomatik jadi layu.. sebabnya penat kerja badan letih plus kenyang.. so, tahun ni daku buat keputusan untuk teruskan berbuka di masjid seperti tahun sebelumnya.. dan nikmat perasaan berbuka di masjid ni yang membuatkan daku sedih nak tinggalkan ramadhan ini dan tak sabar2 nak berada di ramdahan berikutnya. tu je lah serba sedikit cite berbuka di masjid.

masjid jugak sediakan makanan untuk bersahur bagi 10 mlm terakhir.. kadang berbuka di masjid besi, solat terawih di masjid besi.. 8 rakaat je daku balik.. singgah surau kat umah.. sebab joint group tadarus ngan makcik2 dan kakak2.. kul 12 kadang baru balik rumah.. siap2 terus gerak ke masjid besi.. kanak2 riang tu siap bawa bantal dan toto.. sampai je dorang terus jadi tempat parking.. masa sahur baru kejutkan dorang. qiamullail start jam 3.30 pagi dan berakhir jam 5.00 pagi.. terus sahur dan solat subuh berjemaah.. kan senang nak buat ibadat?... balik mandi , hantar budak2 g sekolah n terus g keje...

MUHASABAH DIRI

alhamdulillah semalam Allah telah pilih daku dan sabahat2 lain untuk berada bersama2 dalam majlis ilmu anjuran nisa' putrajaya bertempat di Masjid peberetku Masjid Besi dengan penceramah yang sangat menarik Ustaz Syed Ab.Kadir Al Jofree.. kata ustaz fan fb dia dah 5000 orang.. nak tau tak??? daku antara orang yang termasuk dalam 5000 tersebut. hik3... best kan.. sebab wall fb ustaz penuh dengan kata2 motivasi meningkatkan iman. satu perkara yang ustaz sampaikan... yang nak dikongsi kat sini. kata2 ni ustaz ambik dari ustazah norhafizah musa. kita buat TAGLINE... "YA ALLAH, PANDANGLAH AKU"... daku suke ngan tagline ni.. kita kena sebut selalu...sebagai satu tanda yang kita akan sentiasa bermuhasabah... kita sebut YA ALLAH PANDANGLAH AKU... masa kita solat, masa kita berbuat kebaikan.. dll...mampu ke kita sebut YA ALLAH PANDANGLAH AKU.. masa kita buat kejahatan, masa kita bergaduh dengan orang, masa kita mengumpat orang... mesti kita tak nak ALLAH pandang kita masa tu kan...betul tak.. banyak yang daku pelajari semalam, kalau ada kesempatan insyaallah daku buat n3 kuliah dhuha tu,, so, untuk muhasabah diri kita... selalu2 lah kita sebut tagline ini YA ALLAH PANDANGLAH AKU... moga2 ianya dapat membentuk kita menjadi insan yang bertaqwa dan berjaya dunia dan akhirat..

Al-Fatihah kepada Kak Kiah makcik yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi ini  jam 2.00 pagi 24 ramadhan 1433H. Daku terkejut sangat pagi tadi dapat berita ni.. yang mampu hanya doa sahaja kerana tak sempat nak balik kampung pada waktu ini. semoga Allah menempatkannya dikalangan orang2 beriman. Kak Kiah sangat baik dengan aku....rasa sangat kehilangan. dekat syawal ni lagi terasa sebab setiap kali raya, kami pasti ke rumah kak kiah.. kuih raya yang sangat sedap.. dan takziah untuk adikku kerana kehilangan ibu yang menjaga dia sejak kecil.... daku bincang dengan adik kat shah alam, dengan adik kat terengganu, bagitau ayah tak dapat balik. kalau balik pun tak sempat nak tatap wajah akhir kak kiah..daku bgtau adik2.. daku pun tak berapa sihat kalau nak drive hari ni. smlm gi emergency hospital kul 11.30 lepas solat terawih.. tu pun sebab dipaksa oleh kak yati aka nurse tu, g lah lyn.. sebab tempat sakit tu sebelah kiri dekat dengan jantung.. buatkan aku tanpa berlegah terus g. kul 1 pagi baru dapat balik rumah dengan bekalan ubat.. Allah menduga hambanya untuk meningkatkan taqwa mereka... tak gitu... balik rumah ambik barang terus gerak ke masjid besi... semoga ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA PADA FASA TERAKHIR INI. MOHON DIAMPUNKAN DAN DIJAUHKAN DARI API NERAKA.

to be continue...

note : sedang sibuk siapkan tugasan akhir kerana daku akan bertugas di Kementerian Pelancongan selepas cuti hari raya. MOTOUR here i come... sedihnya nak tinggalkan Kementerian Pelajaran ni. banyak sangat kenangan... hu3... yang bertemu pastikan berpisahhhhhhhh.. semoga pertemuan dan perpisahan kita dirahmati ILAHI.

Thursday, August 2, 2012

berbuka di masjid???

assalamualaikum..

alhamdulillah.hari ni hari ke-13 kita berada di bulan ramadhan tahun ini. rasa macam sekejap sangat 13 hari tu berlalu. kat pejabat ni lagu2 raya dah mula kedengaran. tapi tak tahu nape.. hati rasa tak teruja sangat nak raya.. kalau boleh nak berada dalam bulan ramadhan sepanjang tahun.. sebabnya... rasa sangat bahagia bila duduk dalam suasana semua orang pulun nak beribadah.. banyak yang nak diceritakan hari ni..

Birthday Abang
lyn set kat phone tarikh lahir abang. kul 3.30 petang tadi phone bunyi.. tiba2 hati rasa sangat sayu.. sedih.. nak nangis pun ada.. nape lyn set kat phone? sebab lyn nak abang sentiasa ada kat hati lyn. lyn nak sentiasa ingat dan doakan abang.. walaupun tahun ni tahun ke-5 abang pergi.. tapi setiap kali tarikh2 penting lyn akan teringat kat abang. 30 julai birthday lyn.. lyn tingat abang juga.. 2 ogos birthday abang.. lyn tingat abang juga..31 ogos.. tarikh perkahwinan kita... lyn tingatkan abang juga.. 31 disember.. hari yang sangat sayu buat lyn...hari terakhir lyn dapat tatap wajah abang... setiap hari masuk kereta.. lyn dan  anak2 akan baca doa naik kenderaan. lyn ajarkan anak2 abang, doa naik kenderaan, doa keluar rumah dan yg penting.. doa ibu bapa dan al-fatihah untuk sedekahkan pada abang.. setiap hari.. setiap ketika terutamanya dalam kereta.. kami pasti rindukan abang.... lyn selalu doakan semoga abang diampuni, diberi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman. insyaallah.. moga dengan doa anak2 abang. kita semua akan bertemu di syurga firdaus. kelak. ameen. moga KAU perkenankan doa kami YA ALLAH.. bila daku cite airmata turun laju.. nak cite lagi dah tak boleh.. sedih sangat hati.

so, sambung esok je.. kubiarkan n3 ini dengan tajuk itu..