JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Friday, April 30, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Assalamualaikum. 
pagi tadi terima email. tak sempat nak baca. maybe tajuk tak menarik minat tuk luangkan masa pagi tadi yang kebetulannya ada meting kul 9 pg. masa rehat pun tgk jugak emel ni tapi still tak baca. ntah tiba2 beberapa saat tadi tergerak hati nak baca emel nih. sangat menyedarkan diri yang sedang alpa. credit to the writer of this story. mohon disebarkan disini untuk tatapan umum. semoga kita mengambil pengajarannya.

Assalamualaikum WMH dan Salam Sejahtera,

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,kata seorang kakak berterus-terang.

Mengapa?

balas saya.

Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.

Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, kakak punya berapa orang anak?

Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

Oh ramai encik

Bagaimana dengan anak-anak kakak?

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.

Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

Kakak, boleh saya bertanya?

Tanyalah encik

ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?

Dengan cepat kakak itu menjawab, hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran kata saya perlahan. Hampir berbisik.

Maksud encik?

Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.

Tidak pernah saya terfikir begitu encik

Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.

Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?

Maksud kakak?

Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?

Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?

Kakak itu tersenyum dan berkata,tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.

Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita? Pasti ada! Insya-Allah.

Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.

Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita

Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.

Subhanallah!

Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.

Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.

Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?tanya kakak itu lagi.

Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!

Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.

Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.

Maksud encik?

Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.

Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.

Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji?

Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!

Giliran saya pula tersenyum.

Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.

Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!terang saya panjang lebar.

Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?

Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our ceo, kata orang sekarang.

Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan

Maksud encik?

Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.

Kenapa?

Kita akan sakit jiwa!

Kenapa?

Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

Tetapi Allah tidak berhenti memberi

kata kakak itu perlahan.

Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?

Ah, kita terlalu ego

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa diperingatkan semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan

orang ikhlas tertindas?

From:  Ermanormimi Binti Ahmad Roosli

Thursday, April 29, 2010

picture sport day

salam.

nak masukkan jugak gmbr ni tuk tatapan anak2 kesayangan mama.

Tuesday, April 27, 2010

weekend - minggu kecergasan

assalamualaikum.

actually n3 fatin dah lama tulis tapi tak leh posting. nak cite weekend yg meletihkan. tapi malas nak karang. so baca je lah kat sini ye  http://lupekanje.blogspot.com/ . tu kisah hari ahad. jumaat tgh dapat call dari ntah.. sampai skrg aku tak tau namanya. ajak main bowling jumaat mlm menggantikan orang. tournament by wanita umno cawangan. dah lama nak main bowling tapi kengkawan busy, bila ada org ajak, laju je setuju.. mlm tu first time aku jumpa team ixora. takut gak sebab dorang semua ada kasut n bola sendiri. mesti terror kan. perasaan bercampur aduk. tapi alhamdulillah dapat gak strike 3 kali. aku balik sebelum pemenang diumumkan. kul 11.30 kakak tu msj bgtau team kami menang. dapat gak rm60 seorang.

n3 yg dah lama tulis tuk tatapan adik fatin--

salam hari jumaat,

mama nak coretkan kat sini apa yg adik cakap kat mama semlm. mungkin akan jadi kenangan kita pada masa depan.

smlm adik tolong mama basuh pinggan, tolong mama kecahkan barang2 kek mama, tolong mama buat tart.. dengan skill adik ... hm tapi yg mama ingat tolong berbual ngan mama kat dapur.

adik cite hal kat sekolah adik. kata adik, mama ingat tak adik cite kawan adik tak de mama? oooooh yg tu mama ingat.. tadi kat sekolah mama baru dia ambik dia. ooooh dia ada mama baru ke? mama dia dah meninggal, pastu dia dapat mama baru.

........ adik boring lah tak de abah.. adik cakap kat cik maya, adik tak de abah, adik boring.. masa tu adik tido kat umah cik maya, temankan cik maya sebab pakcik tak de gi outstation..... macam lah cik maya kat sebelah tu tak tahu. .. cik maya lah yg banyak tolong, semoga Allah memberikan yg terbaik untuk cik maya.... kawan adik dapat mama baru, adik nak abah baru.....

lain anak lain peribadinya... masa abah meninggal adik baru 2 tahun. sekarang dah 5 tahun, kakak masa tu 5 tahun. tapi kakak tak de lah pulak macam adik...mama perasan, adik kalau ngan orang lelaki, tak kira lah abah sapa, tak kira lah tokwan ke, kawan2 mama ke, mesti adik nak dekatkan diri ngan dorang....

pause jap ... mama pening kepala. next time mama cite.......... kepala berdenyut2 je nih.......

Tuesday, April 20, 2010

pisang itu........terkilannyaa

assalamualaikum..

weekend yg teramat busy ngan xtvt anak2. tak dpt nak cite panjang lagi pasal hari potensi kanak2 tu sebab pic lum kuarkan dr phone.

nak cite pasal pokok pisang yang ditanam arwah ... buat kali kedua pisang telah berbuah... bukan berbuah dua kali erk.. dah tentu pisang tak leh berbuah dua kali pada pokok yg sama kan... arwah ambik anak pokok pisang tu kat jengka umah kak long. lepas arwah tak de thn 2008 kalau tak silap, buat pertama kalinya pisang tu berbuah. masih segar ingatan, camner ramai2 tlg tebang pokok tu bila tgk buah pisang dah dekat masak. suami kak aida - jiran yg tlg tebangkan, kak maya, along dan sedara mara kbtln ramai kat umah masa tuh. kata kak long pisang kerepek, memang besar mcm pisang tanduk.. sempat buat pengat pisang dari hasil yg pertama dan dapat  agih2kan pada kawan2.

ni tahun 2010 kan, anak2 pokok pisang dah makin banyak.. hasil kedua.. ada 2 tandan. tiap2 hari lalu je aku mesti jenguk buah pisang tu. dah boleh ambik ke belum. last week baru je tanya kak maya, dah boleh ke kita tebang pisang tu? kak maya kata, tunggu lagi seminggu dua biar dia dekat2 masak nanti kita tebang... semalam macam  biasa dari dalam kereta bila lalu je kat pokok pisang tuh aku jenguk.. aik cam tak de je.. betul ke? sampai je kat umah, bergegas kuar tgk kat belakang, siap gi kat bawah pokok pisang tuh...... sediihhhhhnya mana pulak buah pisang nih. jenguk yg satu tandan yang tersembunyi kat pokok jambu pun tak de. memang jelas nampak bekas tandan pisang tu dipotong. tak puas hati nih, masuk dlm msj kak maya tanya. kak maya pun tak perasan buah pisang tuh dah takde. petangnya kak maya kuar menge"CHECK" pisang2 ku yang hilang....

apa lagi sesi luahan perasan lak petang tuh... sampainya hati orang yg ambik pisang tuh. kalau ya pun nak ambik, ambik lah setandan je. ni dua2 tandan dikebasnya... kata kak maya tak logik kalau orang2 kat kawasan umah tuh, sebabnya memang dorang tahu. ni mesti kes pekerja2 yg sapu sampah kat kawasan umah nih... dah jadi sesi mengumpat pulak... masa tengah marah, tak nak halalkan orang yg ambik, tapi bila dah sejuk sket, tak pe lah rezeki lah pada orang yg ambik tuh... dapat gak pahala kat abang yang tanam pokok tuh. aku tak leh pentingkan diri...

tapiiiiiiiiiiiiiii terkilannya sebab hampir sebulan nih memang aku jenguk pisang2 tuh. terasa2 nak buat pengat pisang. sedapnyaaaaaaaaa masam2 manis..... aku halalkan pada orang yg ambik pisang tuh tapi kalau dia g jual memang sampai hati tul lah orang tu. malamnya kak maya bagitau dia ngan bibik kak aida g lagi kat pokok pisang tuh. dari siasatan awal kemnungkinan besar mat2 B****A tu ambik sebab dorang selalu tunggu bas pekerja kat bawah pokok pisang tuh.... sediiiiiiiiihnya.

siap minta tlg bibik sound kat dorang esok jgn ambik pisang yg kat pokok satu lagi tuh. pisang tu hasil dari pokok yg sama tapi ditanam oleh jiranku yg telah berpindah ke rumah barunya. harap2 kak maya msj kakak tu bgtau kita orang nak pisang tuh.. buruk siku erk...

sapa nak buat pengat pisang?????????? sedapnyaaaaaaaa

moral of the story, memang semua yg kita miliki adalah milik yg ESA tapi kalau nak ambik hak orang minta la dulu. sure aku bagi tapi bagi ler kat aku sesikat. ni dua2 tandan sekali. huhuhu

Thursday, April 15, 2010

d'lema

assalamualaikum...

semlm masa ambik si adik fatin dari nursery, cikgu bagi surat... ada program potensi kanak2... program hari sabtu nih. wajib hadir sebab adik fatin terlibat dlm persembahan. bila dah baca surat terfikir gak... kena tanya maktih dorang sabtu nih keje tak? kalau maktih keje kena tanya maklang dorang, bole datang tak?

sebabnyaaaaaaa....

mama ada class sabtu nih jugak. last week tak g class sebab g exam kat picc. dah msj kat lecturer bagitau sebab tak hadir first class. pastu petang ni msj adik kat uitm (maklang dorang) tanya bole ke datang. adik reply dia ada meting sabtu ni kat concord hotel sampai petang. huwaaaaaaaaa.... mama dah byr semester nih. class pulak kat uia nilai... dua minggu berturut2 tak dpt g, minggu2 berikutnya camne lah agaknya...

dah janji last week ngan kak farah (sepupu dorang) nak hntr dorang kat umah kakak farah sabtu nih sebab mama g class. mesti kakak farah sedey dorang tak dapat dtg. tapi mama lagi sedeyyyyyyyyy sebab tak leh g class.

TAPIIIIIII.... takkan lah aku nak pentingkan DIRI erk. patutnya aku pentingkan masa depan anak2 kan.. so i've decided go to program adik fatin. apa nak jadi ngan class mama???

ketentuan perjalanan hidupku dariMU ya Allah. ENGKAU telah merancang segalanya supaya semuanya menjadi sempurna kan? aku redha dengan perancanganMU ya Allah...... nak sedapkan hati.hu2

Wednesday, April 14, 2010

2 tahun nak beli syurga Allah????

Assalamualaikum...

nak pahatkan disini... sebab takut terdelete dr memory.

sejak awal minggu ni, aku perasan program kat ikim dah berubah2. pagi2 tak dengar lagi celotah deejay peberetku ustaz zamri dengan gandingan mantapnya zarita. so, sket sbyk bagi kesan pada hari2 yg aku lalui. hari isnin dan selasa kul 7.30 kat ikim tak dapat lagi dengar ilmu2 yg disampaikan oleh ustaz2 peberetku.memang rasa macam nak complaint kat ikim... n macam tahu2 je or maybe sebab ada pndgn dr orang lain kot.. program kul 7.30 tu diadakan semula dengan tajuk motivasi.

syukur hari ni aku tak beralih ke frekuensi 91.10 sebab salam.fm pun ok gak.. syukur juga sepanjang perjalanan ke opis pagi nih aku bukak 91.50 sebab byk ilmu yg dapat n semoga ilmu itu akan terus bersemi di ingatan dan semoga aku dapat beramal dengannya.

hari ini ustaz zamri ( penceramah yang ajar ngaji budak2 tu.. yg selalu cakap MANTOP...). tajuk motivasi aku dah lupa..yg tu simpan kat temporary files... dah terdelete.. hi3. tapi isi kandungannya sgt menyentuh hati pada yg mengambilnya sebagai pengajaran untuk kehidupan yg lebih baik.

kata ustaz zamri... kita hidup kat dunia ni dalam lingkungan 60-70 tahun.

so kita ambik average 65 tahun hidup di dunia

tolak 15 tahun (umur baligh.. kalau lelaki lah). lepas baligh kan dosa pahala kena tanggung sendiri

tolak lagi 15 tahun ( kalaulah kita tido 8 jam sehari nescaya kita ambik masa 15 tahun untuk tido shj)

tolak lagi 17 tahun (kalaulah kita bekerja 12 jam sehari nescaya kita ambik masa 17 thn utk bekerja)

tolak lagi 2 tahun ( kata ustaz zamri, solat 5 waktu paling lama ambik masa 10 minit, tapi kalau profesional maybe dlm 5 minit je, amatur pulak 1 minit... masa nih aku tergelak kecil.. ya lah kadang2 kita nak cepat2 je abiskan solat.. tapi dlm ketawa kecil tu tersentuh gak hati sanubari.. 10 minit 1 waktu kalau 5 waktu 50 minit.. nak mudah bundarkan kepada 60 minit mean 1 jam sehari kita solat n kalau dihitung kita solat hanya 2 tahun sahaja)

2 tahun sahaja yang betul-betul dikira ibadah. tu kalau solat tu betul2 diterima ALLAH. 2 tahun mampukah kita nak beli syurga Allah? ya Allah... bila dengar camtu rasa seram sejuk pulak. nak dibandingkan dengan kita kerja n tido yg lebih lama dari ibadah sebenar... takutnya.......

tapi kata ustaz lagi... camner kita nak buat?????

so kita jadikan bekerja kita tu sebagai ibadah juga. jadikan tido kita sebagai ibadah juga selain solat yg memang ibadah. so nak buat camner????

mulakan kerja dengan doa dan niat kerja kita hari ini sebagai ibadah. kalau waktu rehat kul 1-2 ptg tu kita dibyr gaji, so rehatlah pada waktunya... dan macam2 lagilah...

kesimpulannya... semua ini menyedarkan aku yg selalu alpa dgn kehidupan ini. matlamat di dunia dgn kehidupan yang kekal di akhirat... Ku mohon padaMU ya Rabb, kurniakanlah kepadaku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMU serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU... amin

Monday, April 12, 2010

weekend yg memenatkan

assalamualaikum

tak sangka sampai awal kat opis hari nih. mulanya tak sedar jugak, tapi bila kak ti tanya, baru perasan. rasanya kuar umah pagi nih macam biasa 7.15 gak tp jalan tak jem macam selalu so kul 7.45 dah punch card. he3 awal 15 minit je. so bersyukur perjalanan pagi ini dimudahkan.. mood pun ok.

weekend yg memenatkan minggu nih.. seawal pagi sabtu lepas je solat subuh terus masak nasi sambil bersiap2 nak g picc. budak2 lum bangun. syukur gak sebab maktih dorang cuti so bole jaga dorang sementara aku bersilat kat picc ngan kertas2 soklan exam. masak sambal sotong. pastu terus je bfast ngan nasi + sambal sotong + serunding. cukuplah nak alas perut. terus gerak ke picc.

exam start kul 9.00, soklan pengetahuan am. soklan pertama waaaaaa senang tuh, slogan 1 malaysia, soklan kedua dah mula nak conpius jawapan, soklan seterusnya membuatkan aku berpinar2 tgk... n kesimpulannya cam tak lulus je. aku memang suka nombor, so paper kedua rasa macam boleh jawab tapi masa tak mengizinkan, bila dgr ketua pengawas cakap ada 10 minit lagi.. n lastly aku tembak je.. tanda je mana yg blum jawab tanpa tgk soklan... hu2 dah tentu fail lagi... semua paper kali nih aku rasa susah bebenar... tu tanda2 awal tak yah tunggu result bulan 5 nih. yg plg confident soklan minat n sahsiah sebab tak de jawapan betul ke salah. kul 4.30 habis aku terus balik umah... laparrrrr sebab tghr tak makan pastu mental penat, jadi fizikal pun penat... sampai je umah makan lagi nasi ngan sambal sotong... duduk kat sofa tertidur sampai kul 6. bangun solat pastu tido lagi..tersedar bila kakak ipar tipon. budak2 kat umah kak long tido sana..maksu dorang kidnap masa aku g exam. aku bgn solat maghrib pastu tetido lagi sampailah nak abis berita... tgk bola smpi abis, baru gerak dari sofa, mandi solat n tido lagi.

pagi ahad bangun awal lagi. solat then terus masuk bilik air, basuh baju sekolah kakak n baju2 lain.. kul 8.30 siap terus gi kedai.. masa otw ke kedai baru berkira2  nak buat desert apa tuk majlis baca yasin adik ipar yg masuk umah baru. bfast ngan roti je sambil masak-memasak, sambil sidai baju.. yg akhirnya semunya selesai kul 11 lbh. terus gerak ke umah adik ipar dengan kak maya. semua org dah menunggu, sebabkan yg bawa yasin tu aku yg terlewat...sian dorang. kul 2.30 balik umah... lepas solat tido lagih. nih memang kes mental yg kepenatan semalam. kul 4.30 tersedar azan asar, bangun solat.. ingat nak tido lagih ... tapi baju2 sekolah n baju2 keje kalau tak iron kelam kabut lah esok pagi.. iron berpsg2 baju kul 7 baru abis. solat n masak pulak tuk mkn malam. niat nak bawa budak2 kuar makan tapi dek keran hujan yg turun, masak je apa yg ada kat umah. pas makan, ajak kanak2 riang tu tolong lipat baju.. selesai semuaanya terus masuk tido..

pagi yg indah hari ini , moga keindahan itu akan terus bersinar selamanya...... amin

Friday, April 9, 2010

keciknya hatiiiii

hmmmmmmmmmmm............... keciknya hati akuuuuuuuuuuu? tapi ada ke orang kisah? hu... hu .... hu

sekadar memeriahkan umah ini

Assalamualaikum... Salam Hari Jumaat.......

Bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Jumaat penghulu segala hari. semoga perjalanan hari ini melalui laluan yg sempurna. Belum ada kesempatan waktu yang panjang untuk update apa yg berlaku 2 bulan yang lalu... insyaallah bila sampai masanya.

balik dari surau semalam dah kul 10.00 mlm as usual bacaan yasin, menariknya ada solat hajat selepas solat isyak untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan seorang penduduk yang akan mengikuti pengajian di UK dan akan berlepas pada hari ahad ini.

kak maya tanya, jadi ke buat kuih? ke buat kuih bantal?... masuk gak ke dapur, tingatkan request officemate nak makan egg tart n cream puff. lama jugak lah tak buat kuih nih... lately ni asyik kek je... sambil adun pastri tuk egg tart, cari resepi cream puff... tapi tengok telur lak tak cukup... hm.. msj2 kak maya tanyakan telur tu.. lastly ngan telur ngan kak maya sekali datang umah tolong. dan akhirnya kul 3 pagi baru tido...

inilah hasil malam tadi:

tart telur untuk officemate

cream puff untuk officemate

coklat cake tuk adik fatin dan kawan2 kat tadika

Wednesday, April 7, 2010

WHY CANNOT PUBLISH?

I hv been trying to post new entry since yesterday but it seems that no new post on my blog..why is that happen?  Somebody please help me.

rindu

pada saat, detik dan ketika ini aku sangaaaaaaaaaaat rindukan arwah... nak nangiiiiiiiiiiiiiiiis