JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Thursday, December 5, 2013

full xtvt

assalamualaikum... 

alhamdulillah... hari ni hari terakhir untuk tahun 1434 hijrah.. hmmmm memang ingat sangat tahun hijrah sebab sama ngan umur.. petang nanti 1 muharam 1435 hijrah... selangkah tahun hijrah.. selangkah lah meningkatnyer umur lynn.. tapi itu bukan matlamatnya kan... yang penting umur yang ada ini diberkati ALLAH... mohon Allah pandang kita dengan pandangan RAHMAT, mohon Allah lindungi kehidupan dunia kita.. mohon Allah tidak bolak balikkan hati kita setelah kita diberikan petunjuk dan hidayah... dan mohon Allah supaya tidak biarkan kita menentukan nasib diri kita sendiri, walaupun kadar sekelip mata, walau kadar yang lebih pendek dari itu.. kenapa ??? sebab perancangan Allah lebih sempurna daripada kita hamba yang diciptakan oleh-NYA..beberapa minggu ni berkisar cerita syiah... risaukan diri... risaukan anak2... sebab itu, pentingnya kita mohon pada Allah supaya menetapkan hati kita pada agama islam yang indah ini.. jauhkan kami dari kesesatan..

cuti minggu... sabtu dan ahad yang penuh dengan aktiviti... si adik demam..2 hari terbaring kat rumah... sejarah lah minggu ni sebab tak keluar rumah.. kalau tak... susah tul nak nampak muka dia dalam rumah..tapi jengah kat taman.. ada la dia ngan kawan2 kat situ. alhamdulillah.. pagi tadi dah ok.. dapat ke sekolah.si kakak pula 1-17 november ada pemilihan pemain bola jaring MSSWP kat sekolah.. hari2 training.. last week sampai ke USM Penang games bola jaring..... sabtu 2hb mama minta satu hari je untuk tidak terlibat training... sebab mama hantar ke kursus NLP.. mama pun kena attend juga kursus NLP tu pada ahad... this month banyak xtvt komuniti yang kami buat.. idea NLP.. from kak sarah yang baru balik dari kursus tu.. alhamdulillah kalau kat luar yuran agak mahal.. tapi komuniti kami minta consultant harga yang berpatutan.. RM30.00 seorang tuk bayaran konsultan sahaja. makan, minum dan peralatan sponsor by KRT.. banyak juga yang lynn belajar semalam pasal NLP ni Neuro-linguistic programming.. dan yang terus dapat diamalkan.. dan insyaallah akan kekal.. nak tahu ke apa NLP... kawan2 tanya je pakcik google.. insyaallah jumpa.. tapi kalau nak tau konsultan.. boleh lah tanya kat lynn.. pic masih kat kak ina.. smlm tak bawa phone.

sebelum tu, KRT ada buat lawatan ke Muzium Istana Lama kat KL.. berkelah kat taman dan lawatan ke Pusat Islam... yang bestnyer ukhuwah sesama penduduk semakin erat..

Friday, October 18, 2013

yang terkini :)

alhamdulillah..

salam jumaat semua... rindunya kat sini.. kak ti, rindu ye kat kita. kita pun rindu gak kat kawan2 including teman2 maya ni ... alhamdulillah.. kerana permintaan kawan2 yang nak tahu perkembangan hidup lynn & dua orang puteri itu.. dan yg sebenarnya.. rindunya nak luahkan segala2nya kat sini...rumah yang akan dikunjungi dikala hati menjadi sayu n pilu.. bila happy.. masuk sini pun tak sempat... sebenarnya, skop keje dulu dan kini yang membataskan tuan punya blog masuk kat sini..namun, lynn kadang2 jenguk.. trafik kat sini dari pelbagai tempat.. masih ada yang sayang.. wah gitu...

ni.. letak gambar dulu.. raya aidiladha tahun 1434h.. memang senang tuk ingat sebab 2 angka  tahun hijrah tu exactly sama date dengan umur yang dah makin tua.. :) bersyukur.. semoga Allah merahmati umur yang telah lalu dan yang akan datang. insyaallah... tahun ni raya kat sini je.. putrajaya.. dengan dua budak montel tu n adik.. sorang je.. nadia balik kg. muni tak nak blk... keje pun sebab utama jugak tp maybe sebab keduanya kesiankan kakak dia ni ngan anak2 sedara tu.. ayah ngan mak tak dapat datang sebab aiman tak cuti panjang n badrul nak tunang jumaat ni... hari ni la kan... bertuah tak kakak2 ni tak blk adik bertunang. :)... kakak2 dah tlg sediakan barang2 hantaran k.. orang sibuk buat persiapan raya kami sibuk buat persiapan tuk badrul. alhamdulillah semua barang tu bersama nadia pulang ke kampung. didoakan semoga majlis hari ni berjalan lancar.. tak lama lagi dapat adik ipar.. best2.. adik ipar pompuan pulak.. dah menyimpang pulak citenya...

ni pic raya aidiladha tahun ni..

muka macam sedey je dik fatin... tingat tok wan ke???

mama je yg suke, monyok si tudung kuning tu tak nak bergambar.. anak dara si tudung purple tu dah sama besar ngan mak.. timbang kilo lg berat dia dar mama.. rindu pulak saat2 dokong dorang kecik2 dulu..

adik muni ... my darling fatin n farhana

ni antara lembu yang dikorbankan kat padang korban presint 8E tahun ini. 1/7 bahagian yg lynn korbankan.. 
tunjukkan pada anak2.. lembu tu kita siat kulit lepas dia mati... macam mana rasanya kulit kita yang disiat2 dalam neraka kerana dosa yg kita lakukan.. sakit tak terperi kot sebab masa kena siat tu kita rasa, nampak semua tu.. pengajaran dr korban.. sila tutup aurat ye adik fatin. 

setakat ni je dulu.. insyallah will be back soon.. kawan2 dah baca surah kahfi hari ni?... lynn pun br 1 muka, ambik masa lunch nanti tuk kita selesaikan bacaaan surah kahfi yg byk manfaatnya kepada kita sebagai insuran masa hadapan.

Tuesday, September 10, 2013

rindunyaaaaaaaa kat sini

assalamualaikum...

lamanya tak masuk kat rumah ni. mesti ada yang rindu kat kite kan. masuk jap eh. nak cite banyak tapi tak tercerita. hiiiiiii... masukkan pic raya.. mama2 gojes kat pelesenan nih... pasni ada masa kita masuk kejap2 ye.. harap kawan2 sihat dan dilindungi serta dirahmati kehidupan ini.. ameen..

mama yus, mama su & me :)

Monday, June 10, 2013

me...better

assalamualaikum...

setelah sekian lama, lynn kembali ke sini.. hopefully dapat ambik masa dalam 15 minit to setle this n3 yang dah berhabuk dan bersawang... sebabnya lynn nampak ada tetamu2 yg setia mengunjungi rumah ini. terlalu banyak yang nak diceritakan... terlalu sangat busy. kehidupan sekarang jika hendak dibandingkan dengan 5 tahun yang lalu... hmmmm sedar tak sedar ini adalah tahun ke-6 lynn mengharungi kehidupan ini tanpa arwah suami terchenta..hmmmm semua suratan takdir yang telah pun ditentukan untuk kehidupan ini.. anak2 pun dah besar... terasa kehidupan berlalu dengan sangat pantas.. sangat perlahan bila time sedey je.. hiiiiiii.. insyaallah semua lynn terus kuat mendepani kehidupan dunia ini. doakan lynn ye sahabat..

me... better... tajuk n3.. better yang camana tuh???? ntah laa... terasa kehidupan ini sangat tenang untuk dilalui walau pelbagai ujian dan cabaran yang sentiasa datang.. lynn sangat sibuk di semua tempat yang lynn tempohi.. baik di pejabat, rumah atau kehidupan sosial.... almost everyday balik lambat... jarang sangat balik on d dot.. banyak tul keje yg tak pernah abis2.. anyway lynn enjoy dengan apa yang lynn buat sekarang.. sometimes tak terlayan dengan karenah customer.... begitu dan begini.. ada yang menjadi sahabat setelah seusai urusan selesai.... namun tak kurang yang cuba merasuah demi untuk memiliki sekeping lesen.... tepuk dada tanya iman...moga Allah tidak membolak-balikkan hati ini setelah diberikan petunjuk menuju jalan yang lurus..banyak pulak outstation yang terpaksa diuruskan... me plan for audit all d state..dah bulan 6 ni, baru 4 je yg dpt buat.. hope dapat setle 6 state before ramadhan..last 2 week di selangor, pastu ke sabah keje luar sebagai panel temuduga.. hmmmmm suatu hari nanti lynn akan tuliskan n3 about this wonderful experience and tips teumuduga insyaallah.. and this week.. baru je masuk opis tadi.. meting bahagian and meting lesen.. all d meting. ends up balik rumah sampai kul 7.30 mlm. masuk dalam rumah, ambik wuduk terus ajak anak2 ke surau.. after maghrib.. balik mandi dan pegi semula ke surau untuk tadarus bersama sahabat yang lain. isyak ada meting surau, but kami jemaah wanita plan untuk tidak masuk meting tersebut... penat sudaaaa...

maybe this week, keluar lagi ke penang insyaallah,, next week ke terengganu and johor. oooooooohhhhh so tired ok....

banyak pulak ujian dalam pada kesibukan itu... meting Rukun Tetangga.. lynn dicalonkan untuk jwtn secretary.. last year lynn pegang ketua jiranita.. bila kakak2 calon.. huuuuuu tak nak!!! apakan daya, pilihanraya rukun tetangga... lyn jd secretary... this week dah ada plan untuk program jiranita... sangat tak dapat memberi fokus yang tinggi untuk aktiviti ini.. lynn kena g jpnin, kena buat surat pgln mesyuarat, paling tak gemar buat minit mesyuarat.... kat opis minit mesyuarat 2 kali seminggu... hahaha  tambah lg minit mesyuarat rukun tetangga.. plus dah nak dekat ramadhan ni. lynn jadi pengerusi biro agama puspanita.. tak tau la cammana tercalon dan menang pulak pada mesyuarat puspanita tu.. ni semua anak buah punya hal nih. perlu jugak aturkan program untuk bulan puasa..di opis and also for community........

dalam pada kesibukan itu... muncul pulak ujian dan dugaan... last 2 week.. kereta xcident..... dengan abang polis yang keluar dr parking tanpa memberi signal.. sian kat preve itu... telah terluka teruk akibat xcident itu.. mula dengar bunyi ingatkan lynn yang laju sebab baru lepas bonggol.. ingatkan lowered sampai terlanggar bonggol... bila paling belakang, tengok bumper depan kereta waja dan terburai jatuh... lynn slow and stop betul2 depan post pengawal dan parcel c.. turun dari kereta bergegas ke kereta waja.. memang teruk depan dia.. masa tu tak pandang lagi kereta kesayanganku yg baru je 5 bulan menjadi milikku... bila pandang je preve itu.. innailillahiwainnailaihiroojiguun.. perkataan pertama yang keluar.. setelah melihat kereta sendiri.. namun, hati tidak lah terlalu sedih.. rasa suatu ketenangan menghadapi masalah itu.. mungkin sebab masa itu.. apa yg lynn fikir adalah... semuanya terjadi adalah ketentuan dan takdir allah untuk lynn pada hari itu. asalnya nak pergi pagi but pinda kul 3 tapi kul 4 baru dapat keluar dari opis.. sama jugak dengan abang mata2 yang drive kete waja.. rasanya kete risik sebab tak de macam kete polis pun.. masa drive dtg member dia yg bawak.. time nak  balik, member dia minta dia yg bawa.. so, semua telah ditentukan.. lynn bersyukur..

apa yg lynn dapat daripada peristiwa itu,... betapa sayangnya kita pada manusia.. mahupun harta.. bukanlah selamanya ianya akan kekal menjadi hak kita... so bersedia untuk kehilangan kerana ianya bukan milik kita.. betul apa yg Allahyarham Ustaz Asri Rabbani ukirkan dalam lagu ini...

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Wednesday, May 29, 2013

kesibukan dunia yg sementara

assalamualaikum...

alhamdulillah... setelah cuti sekolah mac yg lalu tuan rumah ini kembali semula pada cuti sekolah bulan mei.. penuh habuk dan sawang rumah ini..tanpa sempat memanggil cleaner untuk membersihkannya. :) bila kesunyian, kesepian, keseorangan hati teringat untuk kembali ke sini. rinduuuuuu sangat untuk kembali aktif menceriakan rumah sendiri... kenapa lama menghilang???

dek kerana kesibukan dunia yang sementara...selepas pagi td lynn hantar si kakak ke stesen sentral putrajaya untuk ke terengganu, baru sedar, sunyiiiiiii sangat takde orang kat rumah... rindunyer pada anak2... tak tertanggung kerinduan pada arwah... allah lebih sayangkan abang... Allah pinjamkan abang pada dunia yang sementara ini.. sedihnya mengenangkan perjalanan kehidupan dunia ini. tabahlah wahai hati kesusahan dunia ini demi kesenangan dan kebahagian alam yang abadi... oooo dah kelaut dah ni..

ramai yang tahu, lynn dah pun bertukar ke kementerian pelancongan.. so new workplace, new environment, new friends and new job..selama 12 tahun bertugas, tahun ke 13 ini lynn berdepan dengan cabaran kerja yang sebenar.. merasai betapa lynn ko buat keje yang agak serius lah...berhadapan dengan customer yg pelbagai ragam, berdepan dengan pelbagai kerja yang tunggu turn untuk diinovasi dan dikreatifkan oleh daku.he3.. i love my job :). every week 2 meeting to be handle, 8 kali sebulan, 96 mesyuarat setahun.. tapi tahun ni, lynn dah bincang ngan bos letak 85 je.. nanti tak tercapai SKT, kalau dapat buat lebih so, SKT lebih 100%.. best tak idea lynn..pastu dengan semangatnya lynn buat jadual 2 bulan sekali auditan di dua buah negeri.. tapi bulan ini sangat sedey sebab dapat g satu je.. team ada 2 tapi tak sempat jugak.. dengan kuasa veto yg ada.. cik lynn yg handle audit ni kan, bulan ni kengkawan tulun la g 3 kali auditan ye.. sian kat lynn nanti tak tercapai SKT....pastu sibuk la bg idea kat bos nak buat bengkel SSM. syukur sebab dari feedback negeri ramai yang sangat suka bila cadangan ini akan dijalankan.. dari bulan 4 sampai ke 5 sampai nak masuk ke bulan jun ni tak dapat muktamad lagi date.. eeeeeee gerammnyer bila la nak setle cari hotel nih..kang buat je kat dewan baru tau...

dalam pada sibuk dengan keje sendiri, menyibuk juga nak buat keje orang... eeee sebenarnya nak cari pengalaman.. g jadi panel temeuduga PT (Kew) N17 kat sarawak, itu pun sebab partner en.wan last minute tak dapat g, jadi cik lynn yg free... lapangla sangat kan.. tolong.. hari pertama panel lagi nervous kot dr calon... tak tau nak tanya soklan apa.. he3.. pas calon kedua.. panel dah pandai sket.. dan akhirnya nextweek nak g lagi.. tapi kat tempat lain pulak.. kali ni patner kawan2 lama.. cuma bilik intvw je lain2.. harap dapat jenjalan dengan kawan2 lama sambil berkhidmat untuk negara. kih3..

dalam pada sibuk tu juga, lynn ambil sedikit masa membawa keluarga tercinta ke pulau langkawi.. kami bercuti dan pergi ke tempat2 yang tak pernah dilawati selama berkali2 ke langkawi... mak, ayah, adik2 dan anak2.. bezanya percutian itu tanpa arwah.. jejak je kaki kat langkawi, hati  sangat sayu teringatkan arwah..lebih2 lagi pada tempat2 yang kami pernah pergi bersama.. percutian pertama kali sekeluarga pada tahun ini sangat menarik.. naik kereta kable, tido di hotel yg cantik dengan kolam yang besar... sangat sesuai tuk adik fatin dan kakak farhana.. kegembiraan mereka kebahagian mama.. cuma mama je yg terasa kosong... yang penting semua orang gembira. mama turut bahagia.. dari langkawi ke vietnam bersama mak dan adik2 . adik pulak bersama2 dengan rakan sekerja utim.. kami seramai 12 orang yang kesemuanya perempuan ditemani seorang lelaki.. hehehe lelaki melayu terakhir adalah berumur 2 tahun. :0 anak kakak kepada kawan adik. walau rombongan sendiri gegirl belaka tapi kami tetap memborong di vietnam.... lynn sebelum pergi memang dah target nak borong tuk balik berniaga kecil2lan..sasaran trip kedua ini adalah untuk tukar barang2 dalam rumah...yang tetap tidak berubah barang dan kedudukan setelah 6 tahun kehilangan abang.. kalaulah abang mengetahui, lynn sayangkan setiap barang, susunatur dan setiap sudut dalam rumah kita.. lynn tak terdaya nak ubah even nak tukar langsir pun lynn ambil masa 4 tahun baru dapat cekalkan hati nak tukar.. tapi pada tahun ke-6 ini perasaan lynn dah boleh terima semua ini dan baru2 ni baru lynn terasa nak mengubah semua yg ada.. bukan untuk melupakan abang... tetapi untuk melenyapkan kesedihan yg datang bila teringatkan abang.... huhuhu... tak terdaya nak taip lagi.. rasa nak nangis pulak... tabahlah wahai hati :(

Monday, April 1, 2013

cuti sekolah

Assalamualaikum…

Alhamdulillah syukur. Hari ni anak2 dah g sekolah semula setelah seminggu berehat2 kat rumah.  Mama menggunakan kuasa veto merancang percutian kali ni dan nampaknya anak2 tak berapa happy dengan rancangan mama. Apa nak buat, itu je yg boleh dibuat pada masa ini. Kakak terpaksa mengikut kehendak mama untuk ke kelas tahfiz di Masjid Besi isnin hingga jumaat. Dan memendamkan perasaan untuk training bola jarring. Setiap pagi mama hantar gi masjid, setiap pagi kakak Nampak kawan2 team bola jarring kat depan pintu pagar sekolah, pastu dia panggil n lambai tangan dekat mas, esok panggil nama kawan yg lain pulak…sian jugak. Hati dia mesti nak g training tapi sebabkan sayangkan mama so akur je lah apa yg mama dah planning. Setiap apa yang mama buat semua untuk kebaikan kakak. Mama harap kakak dapat memahaminya suatu hari nanti. Yg akhirnya pada jumaat lepas kakak dah dapat hafaz surah2 yg panjang. N paling penting surah2 tu adalah surah2 tuk exam upkk nanti. Alhamdulillah..

Si adik pulak tak dapat joint program tu kali ni sebab syarat hanya untuk 10 tahun dan ke atas. So, adik ditinggalkan di rumah.. tapi dia jugak penuh dengan aktiviti mengikut cikgu sapiah setiap pagi jogging.. hmmmmm rajin sungguh anak mama tuk menguruskan badannya yang semakin montel itu…
Setakat ini dulu cerita cuti sekolah.. tak sempat daaaaaa nak cite panjang.. J

Wednesday, March 27, 2013

kini kembali

assalamualaikum warahmatullah...

tajuk n3 kali ini.. :) kini kembali ke sini.. ke rumah usang yang penuh dengan sawang.. so, kasi cuci sket je. lama tak masuk sini sebab tak sempat nak bukak tenet .... for personal purpose... tapi kalau pasai keje.. memang hari2 kena bukak tenet.. aplication online.. so, keje cheq semak n bawa ke mesyuarat. so, far sangat menyeronokkan. keje mana2 pun seronok jugak..

sekarang cuti sekolah.. seminggu je. mama tak bagi anak2 balik kg.. sebab nak suh g program.. si kakak program tahfiz kat masjid besi. si adik.. program ngan kawan2 dia kat umah....... main je keje dia. n lynn ada kursus kat opis. hari ni last day kursus. teruja.. walaupun rasanya dah berkali2 kursus excel. last dulu kat UPM. tapi dek kerana tak banyak sangat menggunakan excel pada masa itu, lynn g lagi kursus kat sini. kali ni beza sangat. sebab apa yg cikgu ajar tu semua dapat aply. insyaallah lepas ni, yus dah tak pening lagi nak buat statistik setiap bulan. 5 minit je guna pivot table buat benda tu. sian kat yus (pt) lynn kat opis nih. 7000++ data tu akan di massage kan tuk hasil yang menawan. hik3.. moga terlaksana impian ini. ni kalau shima tahu mesti dia gelak punya.. berjayakah lynn... doakan ye.

setakat itu je,nampak kawan2 datang umah ni, tapi lynn tak sempat nak buat n3 walaupun banyak yg nak diceritakan.

didoakan semua sahabat berada dalam RAHMAT ILAHI. Sesungguhnya hidup dan matiku LILLAHITAALA. alhamdulillah.

Monday, February 18, 2013

pada ketika ini..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh waridwanuh…

Salam panjang yang diterima daripada salah seorang ustazah pada program ustazah sayang anda di masjid tuanku mizan pada 16 februari 2013 yang lalu.. Alhamdulillah.. syukur dapat kembali ke sini..last entry 2 januari 2013 yang lalu. Dah sebulan lebih tak dapat nak manja2 kan diri kat sini.. hari ni masuk sekejap untuk memaklumkan kepada sahabat2 yang bertanya. Lynn ko ok ke? Maaf ya sahabat2, emel yahoo rosak.. nak reply tak dapat. Nak masuk sini hari2 memang tak banyak masa.. sangat busy pada waktu ini.. dan waktu yang ada hanyalah untuk perkara2 yang sangat penting…

Hujung mingu juga penuh dengan aktiviti. Pagi sabtu.. opis ada buat 5S.. dan semua diwajibkan hadir. Lynn dah ada program sendiri.. but kena juga g opis… so awal pagi setelah siap mendobi baju, kemas rumah.. lynn gerak ke opis jam 8.30 pg dengan si adik fatin.. si kakak ke sekolah ada training bola jarring… (kakak wakil sekolah.. so skrg dah kurus cikit).. sampai opis, lynn kemas kat tempat sendiri je.. sory bos, masa tak mengizinkan J .. kul 9.30 gerak ke masjid besi untuk program ustazah sayang anda anjurna nisa’ putrajaya. sampai kul 12.30 tgh. Kul 1 balik rumah. Kul 6 ptg gerak keYayasan Al Jenderami dengan jiran untuk program maulid akbar.. tahun lepas kali pertama pergi dan tahun ini kali kedua yang pasti setiap tahun akan ke situ jika diizinkan Allah. Suasana seolah2 seperti dalam waktu haji. Ramainya manusia yang cintakan Rasul.. tanpa ada tarikh cabutan bertuah pun.. yayasan jenderami dibanjiri manusia.. yg ada dr seluruh pelusuk dari Malaysia dan juga luar Negara..pengisiannya akan lynn ceritakan pada waktu lain jika diizinkanNYA.. balik dah jam 12.30 mlm terus tido. Awal pagi subuh di surau… tunggu punya tunggu ustaz tak dapat datang.. kami teruskan mentadabbur al-quran… kul 8 pg anak2 dibawa jiran ke program di presint 8.. mama ke kuliah pengajian umum di masjid putra jam 10 pg hingga 12.30 tgh.. alhamdulillah jamuan makan tengahari disediakan.. lynn terus ke kelab tasek presint 8 untuk ambik budak tu. Terus ke bangi.. solat di masjid hasanah.. (iklan ye, tengok ada program kuliah zuhur pada jam 2 ptg 23 hb sabtu ini di masjid tersebut dan penceramahnya.. ustaz haslin, jemput datang…) terus ke al-ikhsan cari kasut untuk bola jarring kerana kakak ada games sabtu depan.. balik rumah dan kul 5 petang… tamat sudah hujung minggu yg penuh dengan aktiviti… semoga semuanya diredhai Allah.

Sedikit perkongsian.. kata2 yg tegas dari seorang pendakwah muda.. mari kita lapangkan hati.. demi bekalan kita di kehidupan abadi kelak… kata Ustazah Syarifah Durrah (tak pasti ejaan namanya…) kita kata kita sayang rasul, tapi tak nak ikut apa yang rasul cakap.. buat separuh2 je.. kata cinta rasul.. aurat tak tutup dengan sempurna.. stoking tak pakai….. tapi marah benar kalau orang menghina rasul… dalam tak sedar… siapa sebenarnya menghina rasul… kita sendiri……… dengan tidak melaksanakan apa yang disyariatkan dan diperintahkan oleh Allah… mari sahabat semua… kita bukak hati kita… yang baik mari kita segerakan… insyaallah…

Hingga jumpa lagi insyaallah. .

Wednesday, January 2, 2013

31.12.2012 & 01.01.2013

assalamualaikum..

alhamdulillah.. syukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk menikmati kehidupan dunia ini pada hari ini 02.02.2013.. syukur.. syukur. Alhamdulillah anak-anak mama pun dah ke sekolah. tahun ini kakak farhana  darjah 5 dan adik fatin pulak darjah 2. adik fatin tanya, mama pagi ni keje tak?. mama jawab nape?.. adik kan dah darjah 2...dah jadi kakak.. eh.. macam mana pulak adik jadi kakak. abis tu kakak jadi apa?.. si adik confius sekejap sebab nama manje kat umah adik... maksud mama jadi kakak kepada adik2 darjah 1. . ooo.... ni sesi dialog masa nak balik dari surau pagi tadi. alhamdulillah jugak pagi ni kejut g solat kat surau.. takde radio buruk... mama pun puji... adik kan dah besar... dah jadi kakak...be a good muslimah ye anak2 mama...

31.12.2012 hari kesedihan.. hahaha.. tapi lynn tabahkan hati untuk laluinya dengan ceria. hmmmmm pagi isnin tu gi keje muka memang nampak ceria sangat. dengan pakaian baju baru beli dari vietnam. :) fauzi tegur, puan, cantik baju hari ni?.. first time anak buah tegur. obvious sgt ke?.. first time pakai warna tu... rasanya dah cukup muslimah menutup aurat. huhuhu.. dari sudut lain, nampak ceria jugak fauzi hari tu berbanding 2, 3 minggu sebelum ni. lynn doakan kesihatan fauzi bertambah baik dan dapat tabah menghadapi ujian dariNYA. pandanglah hikmat yang tersirat disebalik semua kejadian kerana  Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada hikmah disebaliknya.

" Sesungguhnya urusanNYA apabila DIA mengkhendaki sesuatu DIA hanya berkata padanya " Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu'" (Yassin:82)

isnin yang tak ramai orang ke pejabat. tapi schedule lynn dah penuh... setlekan minit mesyuarat dan surat2 yang masuk. tengahari bos call ajak g maybank. so, me with cik ana & cik firna g maybank presint 2. asalnya temankan cik ana but akhirnya urusan lynn yg dapat berjalan lancar but urusan cik ana half je setle. pastu bos ajak makan kat galeria. first time lynn makan kat situ. tempat cantik, sedap & boleh ler ajak kawan2 g time lunch hari jumaat... insyaallah.. balik opis kul 2 lbh. salesman proton call, K1 baru keluar, so lynn kena g JPJ untuk register... kelam kabut laa. balik trus solat.. ambik member ajak temankan. gi serdang, ambik documen, terus ke JPJ Tasik permaisuri. awal planning ke JPJ Wangsa Maju coz ada member staf situ senang sket nak uruskan but tengok time dah 3.45 baru sampai kat serdang.. sempat ke nak ke setapak.. sebab nama setapak tapi.. kena bertapak2 lagi nak gi.. kot2 sampai opis dah tutup...

so, decide yg paling dekat and first time nak gi situ. masa tu jugak bateri phone dah tenat sangat. dapat call adik ipar minta tunjuk jalan. alhamdulillah sampai kat JPJ Tasik permaisuri dekat 4.30 gitu. ambik nombor naik ke tingkat 2. sampai je kat situ.. tengok.. suasana macam pasar borong. ramainya manusia dan lebih terperanjat 98% kot lelaki..sib baik ajak member. kalau sorang2 dah tentu tak masuk nyer. so duduk tunggu panggil nombor.orang sebelah tanya, owner ke? lynn angguk.. pastu dia bgtau, nanti duduk kat kerusi tu bila orang baju hitam tu bangun.. oooo tak panggil nombor ke? takkkkk.. oooo sistemnyer gitu. ambik je nombor giliran ye.. terima kasih en.. runner.. dah kat kaunter pulak.. pakcik staf yg baik hati tu cakap, hari rabu br dpt ni sebab ramai orang. lastday hari ni..camtu ka. sebab tak boleh terima half wang pos half tunai.. nak semua kena tunai.. lynn pulak tadi baru je bg kat maybank 800 lbh.. cash kat tangan tak cukup.. pinjam ngan member tapi still x cukup... ada pulak abang sebelah.. takpe2 sy beli wang pos tu.. mula dia nak beli 2oo je pastu kira tak cukup lagi.. dengan baik hatinya dia pun tambah lagi 100. alhamdulillah cukup.. pakcik staf suh turun ambik borang.. pastu dia tlg setlekan. g pulak kaunter lain.. dan akhirnya kul 5 lynn dah dapat roadtax for both car...

Ya Allah, kagumnya dengan rahmat dan kasih sayang yg diberikan kepada hambamu ini pada hari ini. semuanya berjalan dengan lancar, semuanya dipermudahkan., dengan pertolongan Allah, orang sekeliling yg baru kenal pada waktu itu mneghulurkan bantuan.lynn sangat bersyukur kerana Allah makbulkan doa lynn awal pagi masa bangun tido hari tu.. semoga semua urusan hari itu dapat diselesaikan dengan mudah.. kagum jugak dengan staf JPJ Tasik Permaisuri yang sangat "cool" menguruskan karenah client.. especially pada 31.12.2012. balik dari situ, terus ke kedai aksesori kereta utk tukar nombor plate.. kang ada yg kena saman sebab geran dah no.lain. pastu ke serdang serahkan geran, then sampai umah kul 8 lbh. tak dapat nak g masjid besi kuliah mahgrib Prof Hasnan Kasan.. mlm tu berdentum2 putrajaya dengan kemeriahan menyambut tahun baru... masih segar kat ingatan lynn time bunga api berdentum2 tu lah mayat abang dibawa pulang ke rumah dari hospital.. sebab tu bila je tengok bunga api.. rasa sedih yg menusuk2. but semua yg berlaku ada hikmah yg tersembunyi.. lynn transform rasa sedih dengan doakan abang.. semoga Abang ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan juga kita dipertemukan dijannah.. insyaallah..

01.01.2013.. alhamdulillah.. pagi2 lagi lynn g pasar.. nak masak..sebabnya semalam lynn ajak adik beradik arwah untuk buat majlis tahlil, bacaan yasin dan doa selamat di rumah akak di sg besi. menu port luck. lynn masak sambal sotong dan kek karot walnut.. jam 11 selesai masak pastu gerak ke rumah akak. sampai je kat situ semua dah ada. mereka 5 bersaudara.. si abang sulong (along), kakak kedua (akak), arwah yg ketiga, keempat acid dan kelima ila. so, yg tinggal 2 lelaki dan 2 perempuan. alhamdulillah semua anak2 sedara juga ada sama. first time kami berkumpul dan membaca yasin dan tahlil khusus untuk arwah ibu dan bapa mertua dan juga arwah abang. selalu buat kat surau takpun kat umah lynn dengan jemputan ustaz. kali ni along sendiri yg lead majlis. sangat menusuk hati masing2 lynn rasa lah..doa dari anak2 untuk arwah ibu dan bapa dan doa adik-beradik untuk saudaranya apabila dibacakan sendiri oleh kaum keluarga. mudah2han dapat kami jadikan rutin. lynn sifatkan majlis berjalan dengan sangat harmoni dan sangat bahagia sampaikan masing2 dah chupp nak buat lagi kat umah dorang pulak.. insyaallah...

petang balik rumah dan uruskan pulak, iron bj, buku2 anak2 dan alhamdulillah.. pagi 02.02.2013 yang ceria.

tahun baru dengan doa ini. dipetik dari blog kawan2. lynn share kat sini ya. mudah2 han kita semua mendapat manfaatnya. ameen

Ya ALLAH aku mohon kepada MU, jiwa yang tenang, yang beriman ,dengan pertemuan dengan MU
redha dengan ketentuan MU dan merasa cukup dengan pemberian MU

(Tafsir Ibnu Kathir 4/659 Al Alusi 16/238)