JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Saturday, December 29, 2012

qada' & qadar ALLAH SWT

assalamualaikum...

ramai yang sedang menghitung hari kerana akan berpisah dengan tahun 2012.. lynn pulak sedang dalam mood sayu, sedih, sedikit rasa pilu... feel nak happy tak de dalam senarai kot. yg ada semua perasaan yg tend to menjadikan lynn sentimental.... dari minggu lepas hati rasa sediiiiiiiiiih sangat. sebab yang utama bila je nak tahun baru.. mesti lalu 31hb disember kan.. tingat sangat kat arwah.. hari terakhir abang dalam alam dunia. tahun ni tahun kelima lynn & anak2 hidup tanpa abang. sedih nak teruskan n3 ni....airmata nak turun.. tapi lynn sekarang ni kat kolam presint 9....budak2 montel tu dalam kolam mandi. mama temankan dengan laptop...nak taip ke tak?.. lama2 kang haruslah airmata turun mcm air terjun kat kolam nih.. huhuhu... :( :(

weekend minggu lepas, budak2 belum balik lagi. lynn sorang2 kat umah. tiba2 rajin lah pulak...rajin ni bukan slalu datang dan bukan tuk semua perkara.. hari tu rajinnya nak mengemas baju2 je. semua baju2 kat umah lynn kemas. kat master bedroom ada 2 almari. satu khas untuk lynn dan satu lagi semuanya baju2 arwah.. selama 5 tahun ni.... semua benda dalam rumah.. kedudukannya sama seperti 5 tahun yg lalu. sofa yg sama, gambar pemandangan yg sama, kedudukan meja, katil , fridge... semua sama.. kecuali langsir.. lynn baru sekali tukar.. itu pun sebab dah koyak.. sama jugak dengan susunan baju2 abang.. lynn biarkan je baju2 tu kat situ... sebab tiap kali lynn tengok baju tu.. tiap kali tu lynn akan nangis sepuasnya. perasaan tu sama seperti 5 tahun yang dulu. sehari selepas abang takde.. lynn bukak almari. lynn terduduk dan nangis kat situ... kak long angkat lynn... dan bg semangat kat lynn.. emosi sangat masa tuh... hari ni pun sama..bila lynn bukak je, lynn tengok baju2 tu.. sebak sangat.... apalagi nangis.. laa.. ambik baju, gantung, nangis lagi... tingat semua kenangan dengan abang... last2 tak tahan asyik nangis.. lynn layankan je perasaan sendiri..huhuhu. sedih sorang2... dah penat nangis2 tu. lynn ambik pic ni.. untuk ingatan anak2 mama... mama sayang sangat baju2 ni... banyak juga baju arwah yang lynn dah bagi pada along, adik2 arwah dan adik2 lynn.. tapi yg ada dalam almari ni masih banyak.. lynn sayang sangat baju2 tu.... biarlah kat situ... semuanya akan mama simpan untuk kenangan mama dan anak2 mama...

ini baju istiadat yg tak sempat abang dipakai. abang bawa balik bj ni utk pakai semasa terima pingat awal tahun 2008 di istana negara atas pencapaian sebagai seorang tentera laut yg memberi sumbangan kepada negara dalam sukan menembak msn. abang nak tahu, lynn tahan je airmata agar tak menitis semasa diumumkan nama Allahyarham Shahfame.. lynn ambil pingat abang dari Sultan Mizan YDP Agung masa tu, lynn sorang je yg berbaju dikelilingi tentera2 malaysia yang hebat2.. hanya Allah yg mengetahui saat itu.. dan bila je tengok baju ni.. lynn sayu sangat sebab bukan lynn yg temankan abang.. sebaliknya.. lynn yg ambil bg pihak abang..

ini baju keje abang. lynn dah lupa abang pakai baju ni hari apa. yg lynn ingat, seminggu sekali abang mesti pakai baju biru ni. lynn suka sangat tengok abang bila pakai bj nih. name tag tu... lynn tahu abang sorang je yg ada nama FAME tu. kannn...

baju putih..uniform yg abang basuh pada 31hb disember..hari terakhir abang pakai baju ni. selama kita hidup bersama, abang tak pernah suruh lynn basuh baju putih abang... abang tak nak lynn susah basuh bj tu kan. gosok pun sama gak.. lynn yg slalu nak buat..tapi tak pernah sempat..sebab balik je dari keje.. abang akan terus basuh bj ni...abang teliti dalam semua perkara.. lynn berusaha nak jadi macam abang...tapi lynn tak pandai menguruskan tanpa bantuan abang..

baju melayu biru.. lynn bagi masa kita tunang.. baju melayu kuning.. lynn pandang je bj ni, lynn terbayang abang ke surau. lynn suka sangat tengok abang pakai baju melayu dengan kain pelikat. tiap kali solat, abang mesti pakai baju ni. tak kira solat kat rumah atau kat luar. lynn puji sikap abang.. jarang sekali abang pakai t-shirt utk solat. macam mana pun keadaan, pakaian ke surau atau solat kat rumah.. mesti lengkap dengan bj melayu, kain dan kopiah.. rinduunya lynn nak cium tangan abang lepas solat..lynn nak perasaan bahagia tu datang bila abang cium dahi lynn...lynn tahu semua tu takkan mungkin kembali.. tapi lynn nak abang tahu, kehadiran abang dalam kehidupan lynn walaupun singkat adalah kurniaan nikmat Allah yg tak terhitung. lynn sangat bersyukur dengan jodoh ilahi ini..

ini baju sukan abang..baju majlis sukan negara .. gemilang 2006. walaupun lynn tak boleh pakai sebab sangatlah besar.. tapi lynn sayaaaaaaang sangat nak bagi kat along atau adik2.. lynn simpan untuk layan perasaan sendiri je nih. huhuhu.. dah tengok sedey..nak jugak simpan.. huhuhu

baju ni pun sama gak statusnya.. tiap kali lynn tengok bj ni, tingat gambar2 abang masa games kat luar negara..

uniform menembak abang. takde sapa pun boleh pakai, takde sapa pun yg berminat dengan baju nih.. tapi bj ni sangat mahal nilainya pada pandangan lynn..

abang sayang sangat sampin ni kan.. sampin masa kita kawin.. lynn dah simpan elok2.. kain pelikat abang, banyak dah lynn agihkan untuk kenangan orang yg abang sayang.. tapi yg ini lynn tetap simpan sebab yg ini yg paling kerap abang pakai.

sebelah kiri.. bj utk lynn yg abang beli kat london..lynn dah tak ingat bila.maybe dalam tahun 2005 kot. t-shirt england abang, lynn masih simpan sebab tshirt ni abang paling sayang.. walaupun ada orang yg meminta dengan sopan.maafkan lynn..sepertimana lynn sayangkan abang..begitu juga dengan semua barang kesayangan abang.. insyaallah lynn akan jaga dengan elok. 

baju sejuk kuning itulah... satu2nya bj abang yang akan lynn pakai setiap kali lynn demam, setiap kali lynn sakit.kenapa ??? sebab bj itu akan menyembuhkan lynn.. huhuhu.. sedihnya.. fatin tanya.. nape kalau mama tak sihat.mama mesti pakai baju abah yg kuning ni? sebab mama rasa abah ada dekat mama, bila mama pakai baju ni. abang pun dulu, kalau demam je, mesti pakai baju nih..

baju biru ni pulak.. memang dah lusuh.. tapi lynn tetap simpan.. sebab.. bila lynn tengok.. lynn teringatkan kenangan kita naik motor kat kl. ni kira uniform abang masa naik motor..hmmmm

akhirnya.. siap jugak lynn kemas almari abang.. semuanya tersusun rapi.. semuanya baju2 abang.walaupun space utk bj lynn tidak mencukupi.. lynn takkan ambik space almari abang.. biarlah semuanya bersemadi disitu..sepanjang n3 ni.. dah berbaldi2 airmata nak siapkan n3 ni. sedih pilu, sayu.. Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui apa yg ada dalam hati hambamu ini.. Ampunilah dosa suami, tempatkanlah dia di kalangan hambamu yg soleh dan temukanlah kami di syurgamu ya Allah.. ameennn

selalu gitu kan.. lynn nak cerita pasal qada dan qadar Allah.. 2 minggu lepas lynn g solat subuh kat masjid besi.. sorang2..same day dengan lynn kemas baju arwah.. kuliah subuh..ustaz cerita pasal beriman kepada qada dan qadar Allah SWT... terkadang lynn terlupa.. alpa dengan rukun iman yang keenam ini.. terbuai dik dunia yg singkat... lynn percaya qada dan qadar Allah. tapi bila tiba masanya.. lynn terlupa semua tu.. bila dengar ustaz cerita..Ya Allah.. aku terkhilaf ya Allah.. ampuni aku atas dosa yang hanya engkau yang mengetahuinya..

Beriman kepada Qada' dan Qadar beerti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah Qada dan Qadar Allah yang telah ditetapkan olehnya.

" Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku it dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (At-Taghabun :11)

pagi ni kuliah berkisar kepada Nabi Muhammad saw. tapi sedikit ustaz sentuh pasal qada dan qadar ini yg membuatkan lynn nak buat n3 ini. kata ustaz.. jangan kita sebut kalau selepas sesuatu terjadi. sebabnya.. ini adalah lafaz yg memberi impak kepada kepercayaan kita kepada qada dan qadar.. kita sebut, kalau lah saya tak ajak dia, dah tentu dia tak kemalangan.. kalau lah kita tak pergi, mungkin budak2 tu tak mati lemas.. kalau lah.. kalau lah... nampak tak... goyahnya keimanan kita kepada qada dan qadar dengan perkataan kalau lah itu jika kita ungkapkan selepas semuanya terjadi.. walhal kita percaya bahawa yg menjadikan, yang menjalankan adalah Allah yang Maha Berkuasa.. Iradat Allah menentukan segala2nya.. ada orang cakap dengan lynn... kalau lah arwah tak pergi course kat lumut hari tu.. tentu arwah masih ada lagi kan.. siapa kita yg nak tentukan kehidupan dan kematian.. ajal, maut, rezeki, jodoh semuanya telah ditentukan. Allah itu perancang yang Maha Hebat.. siapa kita makhluk yg diciptakan oleh Allah untuk menahan semua yg akan terjadi... semua itu, buatkan lynn sedar.. Allah sangat sayangkan abang.. Allah juga sayangkan lynn dan anak2.. so, lynn kena hadapi kehidupan dunia ini dengan kembali kepadaNYA.. buat semua yang disuruh dan tinggal semua yang dilarang.. kerana..goal.. matlamat itu adalah kesenangan di kehidupan akhirat yang abadi.. lynn nak jadi penghuni syurga.. lynn nak menatap wajah Allah.. lynn nak bertemu dengan kekasih Allah.. lynn nak abang, anak2 dan family kita bersama disyurga Allah...insyallah... semangat pulak jari jemari lynn.. azam tahun baru masihi nih...

tapi... ucapan kalau sebelum sesuatu perkara terjadi.. boleh dilafazkan... contohnya..kalau adik tak nak sakit, adik jangan panjat tinggi.. sebab kalau jatuh adik sakit.. ni boleh ka.. macam tu lah lebih kurang... dah tak boleh nak fikir... kat presint 9 hari ni ada makan durian sempena program ramah mesra dengan ahli parlimen. kat padang tu berdentum2 dengan lagu2.. kat kolam nih pulak berdentum2 dengan suara kanak2 riang. jumpa je air seronok.. tu lah budak2.. mama budak2 pun camtu jugak..tapi ni kolam budak2 je. so mama budak2 dok kat tepi je melayan perasaan. hi3. kata prof muhaya kat ikim, lynn dengar masa otw nak datang presint 9 tadi.. orang yang celik mata hati.. bila mana tengok sesuatu, semuanya dikaitkan dengan Allah.. Subhanallah.. cantiknya pokok2 tu.. Allah maha pencipta.. yang menjadikan pokok2 tu. bila tengok je... apa sahaja semuanya dikaitkan dengan Allah.. itulah orang yg celik mata hati...

so, lynn berazam untuk menjadi orang yang celik mata hati... lynn redha dengan semua yg berlaku.. kerana Allah yang mahukan semua itu terjadi..mungkin pada kita tidak baik tapi percayalah.. yang didatangkan Allah, yang dijadikan Allah semuaanya baik utk kita.. bila kita melihat ianya dengan mata hati..insyaallah...

macam2 nak taip.. but setakat ini.. n3 ditepi kolam yg indah ini.. sebab dah panas kat sini...mama yg malas nak msk hari ini.. jom anak2 mama blanje.. makan kat foodcourt presint 9 je ye.. pasni balik umah, solat. pastu kita g cari kasut kakak. pastu kita g umah angah.. jumpa kak farah n abang azeem.. congrat tu abang azeem yg akan further study form 4 at sek.abdullah munshi penang. pasni jarang2 la dapat jumpa..all d best k.

sehingga jumpa lagi di n3 akan datang. insyaallah... 

nak abiskan n3 ni tapi teringat pulak semalam... psu lynn akan tukar ke admint.. but same time tanggung keje unit tobtab sementara bos baru datang.. happy tau.... bukan happy bos g admint.. tapi happy sebab bos ajak lynn buat admint jugak.. hi3... sayang kat  cik ana..tak nyesal ke nak bawa cik lynn ni buat admint. hahaha... tersenyum2 balik keje petang smlm. tapi bila teringat pulak.. boleh ke sub luluskan.. dah ada 44, 27 dan 22.. haish.. nak pulak 32.. cam besar pulak kat admint tuh.. dalam hati... macam tak lulus je kot..buat lesen pun best jugak... tapi itu keje processing.. sama je 10 thn dulu.. kalau dapat buat admint pun ok jugak.. belajar benda baru.. apa pun lynn serahkan semuanya pada takdir Allah... qada dan qadar Allah.. hikmahnya yang tersembunyi.. insyaallah.. ameen

Thursday, December 20, 2012

mishary alafasi

assalamualaikum...

alhamdulillah.. malam ni cik lynn duk depan tv... tapi google2 laptop.. tv bukak je kasi bising sket sebab sorang2 kat umah. masuk kat umah nih tengok ramai kawan2 datang. entah dari mana.. lynn doakan semua sahabat berada dalam rahmat ILAHI.. malam ni malam jumaat. pada yang telah baca n3 sebelum ini pasal surah kahfi.. mlm ni dah boleh start amalkan. biasanya lepas balik dari surau malam jumaat, lynn akan mula baca surah kahfi.. tapi biasa laaa ... ubat tido paling mujarab.. bila kita baca quran... hu3.. mengantuk kemain lagi. dan selalunya lynn akan bukak laptop surah kahfi.. tak kira bacaan siapa then lynn baca skali.. dan biasanya memang tak sempat habis k. surah kahfi ada 110 ayat.. kalau yg biasa baca dlm 30 ke 40 minit baru dapat abiskan surah kahfi.. sebabkan malam memang tak sempat abis.. esok pagi lynn sambung kat opis sebelum mula keje.. then masa lnchtime jumaat sambung sket lagi.. kalau tak sempat abis jugak.. lyn baca lepas asar... make sure sebelum maghrib selesai 110 ayat surah kahfi. kadang2 tu n acapkali kot terlupa pastu balik dr opis tarik nafas baca sampai abis.. n pernah ending tup2 dengar azan mahgrib.. alhamdulillahhhhhhh syukur... dan lynn sealu pesan kat budak2 opis... tu lah insurans setiap mingggu sy tak perlu bayaran... baca jumaat ini... cover kehidupan kita sampai minggu depan berikutnya k... jadikan amalan.. mesti anda akan sayang kalau terlupa nak baca minggu tu. rasa nyesal sangat kalau tak dapat baca. n rasa macam minggu tu takde "cover" k. kita dengar.. mari kita amalkan..lepas baca n3 ni g terus capai quran pastu baca ye .. sket2 lama2 abis jugak kan...

dah terkeluar dr tajuk daaaaa. ingat masa jd penceramah taklimat terakhir cik lynn masa kat opis lama... cite pasal jawatan latihan. shu cakap.. kak lynn kalau dapat microfon..dia tak cukup masa... orang lain semua terlebih masa...2 jam ceramah... slot lynn mesti lebih dr tu.. nasib laa.. harap korang semua faham ye.. dan paling best bila baca komen peserta...rindu weh saat2 tu... yg paling rindu masa g taklimat kat sabah... cik su, en.lan. shu, akauntan n my x bos en.shah.. rinduuuuuunyaaaaa.... tengok tu.. masuk simpang lain pulak..

hari ni, lynn buat minit mesyuarat k. semiggu 2 kali meting.. tapi semalam meting 36 perrmohonan.. sangat banyak oooo.. minit pun sangat banyak ooooo.. surat nak sign pun sangat banyak ooooo.... tapi lain la suasana hari ini. dr pagi sampai petang lynn bukak bacaan ayat quran.. sebelum ni lynn sangat sukakan abdulrahman sudais tapi hari ni terjumpa ngan bacaan misyhary alafasi... ya allah.. tenaaaaaang sangat dengar.. so lynn letakkan dekat link blog ni..boleh klik kat sini jugak  http://www.tvquran.com/Alafasi.htm malam sebelum tido, lynn akan pasang laptop ayat2 quran sampai laptop abis bateri. pagi esok bangun mesti laptop tu tido jugak sebab bateri abis.. tapi lynn dah order my qalam quran digitl read pen.. so, lynn just open pen je instead kena bukak laptop setiap malam.. nak dapatkan gajet istimewa ini... order kat sini ye.. http://www.my-qalam.com/hop.php?ref=fahlyn

lynn nak pesan.. sahabat2 yg masuk blog ni.. tlg onn ayat quran tu. sahabat boleh pilih surah n onn. moga sambil membaca cite kat blog sambil itu kita boleh dapat pahala... ssenang nak cari pahala... tapi kita jarang nak fikir secara kreatif untuk dapatkan pahala itu... hari ni pun lynn dah dapat download semua 30 juzuk.. masuk dalam pendrive.. bila2 masa boleh ddengar.... n kalau nak bacaan dari qari2 lain.. sila klik kat situ untuk cari qari yg anda suka.. semoga kita mendapat manfaat dan semoga Allah lembutkan hati kita dengan AYAT-AYATNYA... kalau fb kita boleh berjam2 tengok.... harapnya ALLAH BOOK'S lebih dari itu... kalau sebaliknya.. mari kita muhasabah diri.. kat mana yang tidak kena...

doa dari lynn, semoga kita semua dilimpahi kasih sayang dan rahmat ilahi.. semoga kita tidak hanya bertemu disini, lynn berdoa semoga kita semua dapat berjumpa di syurga firdaus kelak..insyaallah

Wednesday, December 19, 2012

title yg sesuai...tolong menolong + my qalam digital quran

assalamuaikum warah matullah..

alhamdulillah.. lynn tak tido lagi... masih lagi dengan baju keje.. now kul 10.48 pm k.. letih benar hari ni... 2 weeks ni sangat terasa keletihan... anak2 mama masih kat kampung....hmmmmm... penatnya...

last week busy banyak sangat urusan kat opis... sampaikan terlewat renew roadtax.. roadta kete last 9 dis.. wahhh cik lynn naik juga kete k..tak de lah sangat perasaan takut sebab environment kat putrajaya. akhirnya curi2 masa.. lynn dapat gi bayar insurans takaful kat anjung... sampai trus bayar then rushing nak gi pej.pos alamanda tuk byr roadtax.. tiba2 pakcik kete sebelah tegur.. dik, tayar pancit tuh.. haaaaaa.. dengan selamba cik lynn cakap.. memang camtu pakcik... masa tuh tak tengok tayar pun. memang dah beberapa minggu tayar tu pagi2 je kena isi angin... memang kritikal sangat. n dlm plan esoknya nak g tukar tayar sebelum bawa kereta gi puspakom isninnya... bila tengok2........ hohoho... memang takde angin langsung... lynn kalau bab kereta... memang angkat tangan.. angkat kaki k.. cheq tak tau langsung... dan tak pernah nak ambik tau... naik je.. hohoho... nak buat camana tuh. dah la jumaat... sapa lak nak tolong cheq ni... Allah datangkan satu nama je bila pandang2 anjung tuh.. :)  x bos En. Azlan.... calling2.. alhamdulillah ada kat opis.. en.lan, tolong saya... kete pancit.. ha3... 5 minit lepas tu, my x bos pun datang ngan ketenya... tingat cite adam hawa... masa kete ain rosak kat universiti... dengan machonya.. am datang memberikan pertolongan. hahaha... sempat lagi tuh....pakcik sebelah tu tengok je... tak tolong pun... tlg bgtau je.. hmmm tapi lynn fikir camni. Allah tak datangkan perasaan pada pakcik tu untuk buat pahala kat lynn... kan2.. sedapkan hati sendiri...ada pulak sorang pakcik ni parking merc kat sebelah kitaorang.. agak peramah... tlg gak laa angkat tayar spare dr bonet... percaya tak tayar spare tu adalah tayar tahun 2002 masa mula2 lynn beli kereta. tayar elok lagi tapi angin memang tak berapa ada la. lynn tak pernah usik pun apa yg ada dalam kete tu. arwah dulu memang sayang sangat kat wira nih..semua arwah uruskan.. bila arwah takde...adik2 atau ayah yg tlg tengok2 kan kete..bila jadi camni... haaaa baru tersadai kat tepi jalan tuh.. baru tau cik lynn betapa pentingnya ilmu kete nih... sambil2 tukar tayar, seperti biasa ayat en.lan.... haaaaaa tu lah, kalau kahwin kan senang... wahhhh kesitu pulak... kalau tak kahwin pun, ada kan orang nak tlg.. hik3... pakcik merc cakap, ko tahu tak, kalau kete pancit tepi jalan, budak yg naik motor tlg baiki tu upah dia mahal tau... en.lan sambung... tu naik moto...nak cakap yg dia datang naik kete lah tuh... hi3... lynn sambut... upah persahabatan bayarannya lain.. pakcik tu angguk dan cakap... tengok bayaran kat SANA.. hmmm agak bersetuju lah ngan lynn... pastu nak bayarkan parking en.lan... biasalah mana nak dia.. teman dia g tapau makan.. wife tengah pregnant tak larat kot... dengan minuman lynn sekali dia yg bayarkan.. n last dengan tiket parking lynn sekali en.lan jugak yg bayarkan.hmmmmm sapa yg tolong sapa nih... 5 thn lynn kenal en.lan, orangnya sangat pemurah...kalau bab duit dan belanja sangat tidak lokek okeh.. kalau dia minta tlg setle keje.. makan tentu dah. buat keje pun smooth je ngan dia....alhamdulillah... dah takut nak g alamanda, terus je balik rumah.. takut papehal ngan tayar spare.. sapa pulaklah nak tolong...

esoknya.. pagi2 g servis kete adik with planning berikutnya gi tukar tayar kete lynn... masa nak gi dapat msj en.lan... lynn ada kat umah tak? busy ke hari ni?... nape pulak ye... lyn call balik.. en.lan nak minta tlg... mestilah lynn tolong kan... semalam kan, baru je en.lan tolong lynn...apakah yg boleh dihulurkan. hmmm nak tau tak?????       rupanya nak mintak tlg buat bajet... hik3... memang tergelak besarlah cik lynn nih... sejak lynn keluar, tak lama lepas tu en.lan ditukarkan... kerana rotation dah 5 thn kat situ.. dan job baru dia adalah jaga bajet.. yg pernah kami buat sama2 tuk bajet cawangan dulu.. bezanya kali ni, bajet tuk satu kementerian.. hahaha...dan akhirnya lepas mahgrib baru selesai semua urusan kete, lynn gi rumah en.lan...dah lama tak jumpa alisya... anak sulung en.lan yg petah bercakap... n his wife yg tengah sarat mengandung anak kedua.. lepas mkn2,  bermula lah cikgu tuisyen ni... :) banyak weiiiii. lynn tanya nape en.lan minta tlg sy... sebab lynn tahu excel n lyn pernah buat bajet ngan dia. huhuhu... beza wei pegawai gred 44 ngan eo gred 32.. buat i like... n yg paling penting... lynn sangat bahagia dapat membantu orang.. di kala dia tengah serabut sangat sebab hanya dia je yg belum hntr dan orang lain dah nak bukukan report tu.. sian sangat.. malam tu kul 12 tgh mlm lebih kot balik rumah...lynn buat setakat yg mampu n d rest minta en.lan setlekan... petang tu, en.lan msj lagi... dia tak dapat siapkan... so, cikgu tuisyen kena g lagi mlm kedua... kami setlekan bajet tu sama2 n send emel to d officer incharge... last2 kul 2 pagi baru sampai umah....... tersentuh tul ngan layanan en.lan suami isteri.. msj balik lynn pagi tu, dah sampai umah ke belum... dorang risau lynn drive balik pagi2.. dan ucapkan terima kasih. rasa bahagia sangat dapat selesaikan masalah orang. mungkin itu jugalah yang orang rasa bila dapat tolong orang lain....... kan......

tak rugi kita memberi pertolongan kepada orang... bukan kita minta orang tuk hulurkan balik pertolongan kepada kita... tapi itulah hakikatnya roda kehidupan dunia ini... sesekali kita di atas, namun kita akan juga berada di bawah seperti firman Allah: 

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya." (Al-Ma'idah: 2). 

iklan sikit ye: 
Zalina Morad shared Syed Abdul Kadir Aljoofre's status.

Dahulu saya gunakan Garmin, kemudian bertukar ke Papago, dan kemudiannya sekarang menggunakan Waze untuk membantu menunjuk arah jalan ke destinasi. Kadang-kadang ada juga tak tepat, dan mesti pandai gunakan baru boleh tiba ke destinasi. Apapun, kenderaan mestila dipandu dengan baik dan lengkap keperluannya, insyaAllah tiba dengan selamat.

Dalam kehidupan dunia, Allah berikan petunjuk, yang takkansalah walau sedikit pun, iaitu Al-Quran. Gunakan panduan Al-Quran, pandu hidup dengan baik, lengkapkan segala bekal sebelum kita sampai ke destinasi berikutnya.

Kalau dalam 'smartphone' ada pelbagai perisian boleh diisi, entah-entah Angry Birds pun sampai tiga jenis, tapi kalau Al-Quran langsung tiada, aduh malunya gunakan nikmat gadget yang Allah beri. Facebook dilihat setiap hari, Allah's Book tidak direnung alangkah malunya gunakan nikmat mata yang Allah beri. 

GAJET MASA KINI YG BERNILAI TINGGI UNTUK PELABURAN TEMAN PENYULUH MASA HADAPAN KITA DI TEMPAT YG KEKAL ABADI.... SILA KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.http://www.my-qalam.com/hop.php?ref=fahlyn kita tahu tentang itu... adakah kita kisahkannya... adakah kita akan lakukannya... yg baik marilah kita segera amalkannya... gajet yg lebih hebat daripada gajet yg ada di pasaran... SEMOGA ANDA DAN LYNN MENDAPAT MANFAATNYA...MANFAATKAN JUGA BONUS YG KITA TERIMA HARI INI... MELABURLAH UNTUK KEHIDUPAN AKHIRAT YANG SELESA DAN SEMPURNA. INSYAALLAH

sila klik dilink ini untuk tempahan ...   
http://www.my-qalam.com/hop.php?ref=fahlyn 
moga Allah memberikan kita hidayah dengan ayat2NYA. ameen

1.2.34 = jumaat = kahfi

assalamualaikum...

alhamdulillah syukur ya. indahnya hari jumaat yang berbahagia ini. 12.12.12 semua orang mengatakan ianya nombor yang indah yang harus dikenang dengan pelbagai cara dan kaedah. kalau tengok paper semalam, macam2 peristiwa ada, orang berkahwin beramai2, kenduri, dapat baby dan macam2 lagi... namun tak kurang hebatnya tarikh hari ini 1.2.34.. hari ini 1hb di bulan safar iaitu bulan kedua selepas muharam dan 34 adalah tahun ini tahun 1434 hijrah... mana yang harus dikenang, diingati dan mana yang lebih bermakna kepada kita???

macam2 peristiwa berlaku hari ini... awal2 pagi.. actually dari semalam, lyn dan anak2 buah plan buat suprise  birthday party untuk bos. plan awal nak buat dan deko bilik bos petang semalam. cari kunci bilik bos kat admint.. semua kunci di test.... ingat bila bos masuk pagi esok, bukak2 pintu.. suprise ...akhirnya kami yg suprise sebab takde kunci... so, tukar plan.. buat kat bilik lain. awal2 pagi tadi kami deco sket.. ni cite bergambar ye.. selamat hari lahir Puan Norfarhana ... semoga Allah memakbulkan impiannya untuk menjadi seorang ibu.. kami semua mendoakan yang terbaik untuk cik ana.. this n3 comes with pic..

cantik kan.. kek kegermaran bos.. rainbow

hadiah dari kami... last minute k cari hadiah.. lynn pesan kat adik nadia yang keje kat mph.. bgtau spec jenis buku yang disukai bos.. n interesting.. kami semua yg excited baca buku nih.. bos...... baca kat page yg tegging sign dulu ye. hik3

yg tengah2 itulah my bos.. sweet pink kan.. sebelahnya cik firna... suprise tak bos.. wwe all pakat kata ada customer nak jumpa.. pagi2 tuh.. 8.30 pg... bos, siap bawa buku.... suprise!!!

jemput mana yg sempat je... anyway thankssss

sedapppppppppp sangat kek nih.

nak cite pasal surah kahfi.. hmmmmmmmmm tak sempat dah nih... so lynn copy je dari blog nih. credit to owners blog.. kita share ye ilmu...   http://www.ahmadhumaizi.com/agama/kelebihan-membaca-surah-al-kahfi-di-hari-jumaat/

sory lah n3 tertunda... dah lama taip tapi tak terpost... semoga kita beramal dengan ilmu yg kita dapat. ameen.

Monday, December 10, 2012

kenapa menangis?

assalamualaikum...alhamdulillah... syukur...

lemahnya pagi tadi nak g keje setelah 9 hari bercuti. hohoho.. lama tak lyn cuti? cuti yg rasmi 5 hari je campur ngan sabtu ahad.. but cuti rehat tahun ini masih berbaki 30 hari... kalau lah boleh.. nak je cuti sebulan... macam bos.. welcome back my prety bos cik ana setelah berehat selama 2 bulan.. wah!!! bestnyer... 9 hari di terengganu.. whole family turun ke rumah adik.. first for vacation.. but more important sebagai penyokong kuat untuk adik lyn yg bongsu. for d program pembangunan sukan. kapten aiman.. kapten pasukan bola sepak wakil negeri kedah....namun harapan tinggal harapan kerana kedah hanya dapat mara sehingga suku akhir.. kalah pada terengganu masa penalti.. sesungguhnya hanya bola kapten sahaja yg menerobos jaring gol...dua lagi tersasar dan memberi kelebihan mata pada terengganu... dan akhirnya kami semua tak dapat tengok final.. hi3.. apa pu proud of u aiman..

sory erk. tersasar dari tajuk... mulanya nak balik hari sabtu.. tapi bermalas2 je.. akhirnya pagi2 ahad, lyn, muni dan nadia gerak blk ke terengganu. 8.30 bertolak dan akhirnya 2.30 petang sampai ke putrajaya. alhamdulillah.. lyn jadi mem kat belakang.. memang power si muni kali ni drive sorang2 dr terenganu smpi putrajaya. lyn yg sememangnya pemalas nak drive.. syukur.. masa drive g terengganu, lyn drive mula2.. pertengahan jalan yg lurus itu... nadia pulak drive.. adik yg baru dpt lesen tahun ni tetapi tak bawa2 kereta.. pejam je mata, biar dia rasa pengalaman itu.. sungguhpun begitu, kira ok lah jugak pemanduan berhemah lah jugak.. n last tukar muni pulak drive... yg senangnya si kakak inilah.. hi3.. alhamdulillah..

tersasar lagi... sory2... back to d title of this n3.. sampai je umah... hujan selebatnya turun.. kami semua kelaparan.. syukur mak dah bekalkan makanan.. lepas makan.. hujan lebat... apalagi semua memengsankan diri.. malamnya mahgrib d surau berjumpa kakak2 setelah 9 hari tak jumpa.... bola pulak malam tuh... thailand n malaysia.. tengah syok layan bola, si kakak telefon menangis2... dan teresak2.. meruntun hati mama la kakak malam2 pulak tuh. sunguh2 dia menangis.. bila ditanya ... mama, kakak nak balik putrajaya.. kenapa? kakak nak tido dengan mama... itu jee yg sampai nangis begitu sekali... siannya anak mama yg sorang ni. yg si adik kemain lagi happy duk kat terengganu... sayu la bila fikir.. camana agaknya nanti kalau duduk kat asrama.. mesti yg jenis homesick lah kot..ni malam kedua... baru jap tadi telefon lagi nangis2 jugak.dalam nangis tu dengar.. kakak nak tido dengan mama...kakak taknak balik kampung.... susah hati tul ngan si kakak sorang ni.... dah besar panjang.. tengok ke fizikal macam kuat... tapi sentimental mengalahkan si adik.. jap lagi, nampaknya si adik jadi kakak, si kakak jadi adik lah pulak kot..

dalam semua hal yg berlaku.. mama percaya... kasih sayang anak2 mama sangat mendalam kan untuk mama.. kerana kakak dah jadi anak dara.. mama rasa kakak takut mama takde ye.. mungkin kehilangan abah, buatkan kakak jadi macam tu.. itu yg mama fikir.. takut kehilangan... rasa sunyi walau ada orang lain di depan mata.. ada tok, adik, paksu, mak ngah, sepupunya... tapi kakak masih nak mama ada d sebelah kakak...

ingatlah kakak, semua yg kita miliki hari ini bukan milik kita... semuanya hanya pinjaman untuk kita menikmati kehidupan dunia.. suatu masa, pabila diminta oleh EMPUNYA.. kita mesti serahkan semula.. dengan hati yang redha.. macam lagu iwan syahman... tiada yg kita punya.. semua Allah yang punya...hayati liriknya dengan MATA HATI.. selamat menghayati..

gudnite semua.. doa ye sebelum tido.. moga kita masih diberi kenikamatan hidup esok hari..

Thursday, November 29, 2012

HARI PUTIH

assalamualaikum..

alhamdulillah.. syukur dapat kembali ke sini.. busy arrrrrr.. sangat2... setiap hari lambat.. dah tu lama betul tak masuk dapur.. asyik beli je..sian kakak kat umah..

hari ini masuk kat umah ni sebab nak tengok pelawat yang datang. kadang2 tengok trafic ramai.. tak sangka ada yang dr jakarta, brunei.. sapa ye? ada dari singapura.. ni mesti kak yati.. ada dari US sana?... sape tuuuu... apa pun terima kasih ya. kalau silent reader tu, salam persahabatan dihulurkan sebab kita tak pernah berkenalan di alam sebenar hanya kat alam siber ni je kan.. dan terima kasih kepada yang memberikan sokongan kepada lynn selama ini.. ni ape cite nih??? hi3..

sebenarnya nak cite pasal hari putih... cite lanjut boleh baca kat sini http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-sunat-hari-hari-putih.html atau tanya je la pakcik google kan... wahhhhh macam nak cite kat sume orang.. tak baik kan camtu... niat suci hati bukan nak cite... tapi nak kongsi kan apa yang dirasa.

biasa kita dengar orang cakap puasa sunat hari isnin khamis kan... dan ramai jugak yang mengamalkan puasa sunat isnin dan khamis.. lynn sekali sekala kot... tak jugak selalu.. sebab nafsu nak makan tu mcm orang lain jugak.tapi puasa sunat yang satu ini tak pernah lynn buat. kalau jumpa ngan prof hasnan mesti dia marahhhh ni... ceramah, tazkirah dah banyak dengar tapi buatnya takkk pun... ada satu ustaz tu bg doa, nak rajin buat ibadah, baca doa ni... Allahumma ........ paksa... hi3.. kena paksa diri sendiri kan. nak syurga yang mewangi indah.... disinilah pengorbanannya.. kesusahan dunia untuk menikmati kesenangan di hari yang kekal abadi... so, alhamdulillah kerana ENGKAU telah memberi daku kekuatan untuk pertama kali melaksanakan puasa hari putih ini.. tanggal 13,14 dan 15 muharam... semoga dikuatkan hati untuk terus melaksanakannya pada bulan2 islam yang akan datang... hari ni 15 muharam... selamat berbuka puasa ya sahabat...

minggu depan nak bercuti ke terengganu..., so kengkawan yang ada kat terengganu, sila on phone sebab cheq nak g jumpa korang k.

assalamualaikum...

Sunday, November 18, 2012

adam & hawa .... fahmy @ lynn... lynn & xxx :)

assalamualaikum...

terperanjat bila aku sendiri tertaip tajuk tu. hi3... gara2 si pembawa virus kak rizana... rabu lepas lynn g vietnam dengan kawan2.. g sendiri... bos cakap.. ada travel agent taja ke?... hohoho... lynn bukan orang macam tu ye... we all g sendiri.. bayar tiket sendiri.. naik airasia je. tu pun member tempah masa time tiket murah.. then klik agoda.com tuk cari hotel.. 3 bintang but so cheaper than malaysia... RM100 utk 3 hari.. kat mesia dah tentu RM100++ tuk sehari je kan.. hari rabu berangkat hari sabtu pulang ke malaysia.. banyak yg lynn shoping.. tempah 20kg luggage.. mlm terakhir tengok cam lebih je.. timbang2 lebih kg, so online tambah 10 kg lagi.. ape ye yg banyak tu??? lynn memang shoping je... tujuan dan niat yg baik nak niaga kot... sebab nak tukar kete. nak buat downpayment kete. Ya. Allah, moga engkau memudahkan dan memperkenankan niat suci ini... demi kakak dan adik...panjang lak cite vietnam.. so, sesapa nak order.. nanti lynn bgtau cara2nya sebab pic tengah disusun.. ada telekung vietnam yang lynn suka, ada english cotton, ada tudung dan baju bermanik2 yg sangat cantik.. tiap kali tengok mcm nak pakai sendiri.. tudung pun sayang nak jual... sampai kakak cakap, kalau dah camtu, camana mama nak jual.. semuanya sayang.. :) :) :)

lebih kurang camni lah tudung tu.. semua yg lynn tengok semua cam sayang je nak jual.. tapi demi kereta baru.. huhuhu3.. sory ye pakcik google.. pinjam jap pic ni.
sambung balik cite tadi...

kak rizana.. nama manje zana.. tapi lagi manje sebab lynn pangil akak je. walau first time kami berkenalan.. hmmm tapi boleh masuk la.. best.. sekepala.. so kak zana ni bawa netbook.. flight kami sampai kul 3 petang lebih kurang.. vietnam sejam awal dr malaysia k. sampai hotel, solat n rest. oleh kerana hari rabu 30 zulhijjah, so lynn ajak dorang keluar selepas mahgrib sebab nak doa awal tahun dan akhir tahun. walau dimana bumi yg dipijak.. agama tetap no.1 kan... permulaan tahun hijrah, moga diberkati ILAHI.. mahgrib kat vietnam kul 5 lbh. so sambil tunggu2 tu kak zana bukak dailymotion tengok adam dan hawa. ccite yg masih di astro. kat umah lynn tak pasang astro, so tak lah tgk cite ni. bila kak zana bukak, lynn pun layan je. masa tu episod 46. kak zana cakap kat dailymotion boleh tgk dr episod 1. macam best je kan cite ni..mlm tu, lynn ngan kakak sorang lagi.. yg juga tak pernah tengok siri adam hawa ni.. layan la cite tu.. dari satu episod ke satu episod... boleh jadi la pulak berdua mcm tengok wayang.. last2 sedar kul 4pg.. tu pun sebab wifi free kat hotel breakdown kot.. hari kedua sambung lagi mlm tu sampai kul 5 lbh.. tu pun sebab tenet pening.. lepas subuh baru tido.. mlm ketiga... tak tido terus sampai pagi sebab nak habiskan siri tu... si pembawa virus setiap malam tido awal je.. kami berdua yang kepeningan di siang hari sebab berjaga di malam hari. huhuhu...

lynn hayati setiap siri seolah2 lynn sendiri berada dalam suasana tu.. setiap kali tengok adam mukhriz...lakonan mantap aaron aziz.. setiap kali tu teringat sangat kat arwah.. shahfame ramly... i realy2 miss u soooooo  much.. rindu sangat kat abang.. tengok je rupa adam, rupa abang muncul.. bukan nak samakan.. tapi arwah tinggi cam adam, wajah arwah sangat handsome...camana handsome adam tu... macam tu lah arwah... pada mata lynn lah kan...gaya cakap, cara adam bercakap dengan ain.. sangat menyentuh hati sebab arwah pun macam tu. dia sangat sayangkan lynn.. sangat hormatkan orang tua.. macam mana adam bersama mak ain, semasa adam layan adik2 ain, macam tu jugak arwah dengan adik2 lynn, dengan ayah dan mak lynn... abang... satu dalam sejuta..lynn sangat bertuah kerana menerima jodoh dari Allah ini dan lynn sangat bahagia kerana pernah memiliki abang dalam kehidupan dunia ini, moga Allah temukan kita di syurgaNYA kelak.. ameen..

sebab itu jugak... everytime orang cakap... lynn masih muda.. nak tak kahwin lagi.. soalan??? semuanya soal hati... orang tanya, ada tak yg special?... entahlah... tapi si kakak dah cakap... kalau mama kawin, kakak nak sekolah kat kg.. tak nak duduk dgn mama ( ni ada kat n3 sebelum2 ni).. bagi lynn pulak, bukan takde yg cuba2 dekat dengan lynn.. tapi lynn tak terbuka hati nak terima sebab lynn takut dia tak sama dengan arwah..memang tak kan sama..tp yg sebetulnya.. ingatan kasih sayang lynn pada abang masih kuat.. sampaikan tengok adam dan hawa tu pun lyn masih ingatkan abang. lynn sebagai sorang wanita.. suka.. bila ada orang takecare lynn... tapi takecare je ok.. kalau lebih2.. rasa macam tak boleh terima.. but i'm woman too that needs someone....just to share masalah kot.. lynn ada kawan baik... itu dah cukup untuk redakan semua masalah... tapi itu dulu.. but now.. hmmm... Allah datangkan dan DIA ambil.. semua itu sebagai ujian... lynn terima... lynn ada bestfreind lelaki... sometime takecare as friend but sometime more than that.. bila more... tu lynn tak boleh terima... lynn takut hati sendiri.. jadi jiwa kaco.. payah pulak...  namun... lynn serahkan semuanya pada Allah untuk merancang kehidupan dunia lynn ini... but... insyaallah apa pun keputusan yang lynn akan buat semua demi kehidupan akhirat yang kekal...YA RAHIM, engkaulah yang mencampakkan rasa kasih dan sayang kepada kami makhluk yang ENGKAU ciptakan ini...  

terjumpa ayat ini..

"ALLAH mrnguji keikhlasan apabila bersendirian, ALLAH memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan. Dan ALLAH tidak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik. insyaallah

Saturday, October 13, 2012

debaran hati...

assalamualaikum....

lama dah tak masuk sini. ila cakap, uda selalu sibuk. uda lak jawab, skrg uda kat opis baru... dah tak sibuk sangat dah... betui ka??? hi3.. rupanya tak menang tangan...opis baru ada 4 unit.. sama la ngan opis lama.. 4 cawangan..lyn kat unit TOBTAB.. antara unit terpenting.. kalau takde unit ni... keje kat unit lain takde la kot.. camner nak buat enforcement kalau lesen tak lulus?.. camtu lah kata senior2.. kat unit lyn diketuai oleh  psu gred 44, pastu lyn, pastu gred 27- 2 orang pastu PT 17 - 4 orang. jaganya satu malaysia.... cer tutup mata jap.. pastu bayangkan... agak2 camner 8 org jg 1 malaya. hi3....di awal pagi isnin bos tipon, lyn.. sy nak g klinik.. badan sy gatal2... berdebar cheq dengaq. pape sy bgtau awak ye. tengahari cik psu TG kawan baik bos dtg.. lyn, bos awak kena campak.. cuti 2 hari... news hari rabu pulak.. bos sambung lg cuti 3 hari... last2 lyn yg menghitung hari....anak2 buah pun...  biasa kalau campak 2 minggu puan..aaaaaaa sudahhhh.. sebelum ni bos dah cakap 22hb okt sy operate.. akan cuti lebih kurang 1 or 2 month. hu3... cheq baru je masuk situ tak sampai lg 2 bulan... banyak lagi cheq blum study... KPSU pulak... lyn nanti awak tanggung keje bos awak ye. hu3... cik psu admint pulak... lyn.. KPSU dah suh sy buat surat.. awak tanggung keje bos awak ye.. waaaaaaaaa ........... apakah perkataan yang mampu daku lakukan pada saat ini.... so, busyyyyyyy... skrg ni kalau sampai opis je..g surau.. cr mkn.. buat keje non stop tgk2 dah kul 1.. meting 2 kali seminggu.. memang tak terrrrr... tipon tak stop ar dr kul 9 smpi 5... yg dtg kaunter.. nak jumpa cik lyn... wawawawa.... tapi satu perkara .... dalam stress keje yg menggunung tu... tak la serabut sangat... masih hepi bergelak ketawa ngan anak2 buah.. maybe sebab keje baru.. so semangat pun baru.. motivasi pun agak tinggi. terima kasih Allah atas perancanganMU yang maha teliti.. so, esok new task... lyn will joint enforcement team.. trainer... hi3... nak jugak g blajar unit lain nyer keje.. keje unit sendiri pun tak tertanggung... alhamdulillahhhh.

cite panjang yang depan tu.. tak kena mengena ngan tajuk k. sebenarnya... nak cite tentang debaran hatiku ini. hati rasa tak menenetu sejak lastweek. nape ye??? korang jangan fikir yg bukan2 ye... sebenarnya...sebabnya... lyn dah ada anak dara... ianya terjadi pada hari khamis 11 oktober 2012... akak, ni  mama bgtau tarikh kat sini... so.. for ur record ok.. mama siap berdoa... Ya Allah.. bukan kot.. biarlah 12 tahun baru terjadiiii.. boleh lyn doa camtu??? pastu keesokan pagi tanya.. kakak, camner? takde la ma.. wahhhh lega rasanya hati mama...so kakak kena mandi wajib la. camner nak mandi mama.. pagi2 lagi mama dah bukak kelas.. pastu blk keje tanya lagi. camner kakak? ada la ma... hu2... akhirnya daku kena terima hakikat yang kakak telah pun menjadi dewasa... mama dah ada anak dara..  pada umur 10 tahun.. nape lyn berdebar2... macam2 perasaan ada ni... risau, takut, gementar, hepi ada ke?... tanggungjawab lyn dah semakin meluas.. kalau dulu mama tak lah rasa macam begitu besar tanggungjawab mama ni. but this week, masa siap kena revise balik apa yg patut mama buat.. mampu ke mama tunaikan tanggungjawab mama ni tanpa abah... mama ceritakan pada kakak.. buku amalan kakak dah pun dibuka.. setiap saat dari sekarang.. semua nya akan dicatat kak.. kakak kena tlg mama... aurat kena jaga...jaga solat...solat pun tak boleh main2 lagi dah skrg ni k... n banyak lagi la pesanan mama yang kakak kena buat. kalau kakak buat semua yg diperintahkan.. tinggal yg dilarang...kita akan sama2 jumpa di syurga...rasa... tgjwb nak jaga kakak makin besar.. mama makin risau... Ya Allah, bimbing lah daku.. untuk ku bimbing anak2 ku.. pimpinlah daku ke jalan yg ENGKAU redhai...

Tuesday, September 25, 2012

cite2

assalamualaikumwarahmatullah..

teringatkan kata2 sorang kakak yang sekarang ni kadang2 jumpa... dulu selalu, pastu jarang2 jumpa... now dah kadang2 jumpa.. so tiba2 nama dah lupa. maaf ye kak. kata kakak.. ustaz pesan kalau nak masuk rumah bagi salam tu macam ni ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAH... kenapa ??? sebabnya kita bagi salam padda makhluk yang DIRAHMATI Allah sahaja.. dalam rumah kita macam2 makhluk yang ada kan... so, semoga hanya yang dirahmati menjadi teman kita... just to share ye.

kadang2 malas nak masuk sini, walaupun banyak yang nak diupdate.. tapi bila tengok, ada kawan2 yang datang ziarah kat sini, tuan umah asyik takde kat umah je. jemput datang ye. sebenarnya blog ni, lyn tak hebahkan..sedara yg terdekat yang pernah tahu kewujudan blog ni hanyalah makcik fadilah.. makcik lyn seorang guru bahasa inggeris kat sekolah menengah tunku bendahara... adik2, adik ipar, kakak, abang tak pernah tahu..rasanya anak2 mama pun tak tahu akan adanya blog ini..insyaallah, mama akan tuliskan tentang blog ni dan masukkan dalam peti besi untuk kenangan anak2 mama k. insyaallah... he3.. ada ke peti besi..

n3 ni ditaip tanpa tujuan k. so mcm2 cite.. tingat pulak last 3 week rasanya kuliah pengajian umum kat masjid putra tentang wasiat.. pengisian yang boleh dikongsi bersama sahabat2.. ustaz suruh kita semua tuliskan senarai harta dan yang paling penting senarai hutang... suami jarang bagitahu isteri... or sebaliknya... harta adda banyak mana... hutang ada banyak mana... ni sangat penting ok.. harta pabila kita telah tiada, harta yang ada itu akan menjadi milik orang yg masih hidup... so apa yg tinggal untuk kita??? sedekahkan sebahagian harta itu untuk menjadi bekalan kat SANA... bukanlah nak nasihat jangan cari harta dunia... tapi sebaliknya menggunakan harta dunia untuk menjadi harta kat akhirat kelak.. tu tentang harta... yg penting tentang hutang... sama gak la dengan orang yang menaip n3 ni. sampai sekarang blum list senarai hutang...ada banyak ke??? kenapa nak listkan hutang... supaya ornag yang menguruskan harta selepas ketiadaan kita didunia ini dapat menyelesaikan segala hutang2 tersebut sebelum pengagihan harta dibuat.. takut nanti urusan kita tak selesai dunia dan akhirat... sedikit perkongsian ye sahabat2.

dah almost 3 weeks kat opis baru... banyak yg nak belajar.. keluar jam 7.15 hantar budak2 ke sekolah... terus ke opis.. laluan ke opis baru lebih kurang ke opis lama. sampaikan suatu hari tu... terlupa... patutnya ke opis baru ikut jambatan terus je... hi3 lyn terkoner ke arah opis lama..... udah lah hari tu terlewat keluar... dalam kereta.. ketawa sendiri... masih lagi terbayang tempat lama.. syukur surau kat aras 1 sama level dengan opis. bila masuk surau je tingat kak sapiah, kak siti n kawan2 yg dhuha awal pagi kat opis lama. lastweek jumpa kak sapiah... tak rindu kita ke kat surau... dik oi, rindu awak la sangat2... agaknya sama je lyn terbayang dorang kat surau opis baru.. dorang pun terbayangkan lyn kat surau opis lama... rindu sangattttt... tapi apakan daya.. moga Allah memberikan yang terbaik untuk kehidupan dunia khususnya kehidupan akhirat kelak. ameen.

masuk je opis...keje n keje...masa rasa sangat singkat. sejak masuk hari tu... setiap hari rasanya penuh dengan keje. 2 kali seminggu meting.. 2 kali seminggu jugak lyn buat minit mesyuarat.. baru 3 minggu keje dah 6 minit mesyuarat.. client pun banyak juga.. yg datang kat kaunter... nak jumpa pn. lyn.. pn. lyn ni pulak ilmu tak banyak.. terima kasih kepada partner.. fauzi yang banyak membantu.. yg telefon pun berdering2... tapi dengan itu, cepat la lyn belajar. yg kat state pun kena control juga... satu malaya laaa.. walau banyak keje, walau banyak dugaan, tapi kerana suasana baru dan keje baru.. semangat bekerja tu agak bermotivasi la jugak.ada sorang client ni... dah seminggu tak jemu tipon.. satu hari wajib dia call 4 kali.. tak tau la nak cakap camner. En.. suka sangat ke dengar suara saya? hu3... saya tak suka dengar suara En. kih3... boleh ke lyn tanya camtu. kah3... for sure la lyn tak buat... kan... pastu seminggu dua kali kot dia datang opis...selagi result tak keluar..mcm2 kan... happening... syukur dapat team unit yang bagusss n bos yg baik... cite tentang bos... cik ana... bos baru.. bos lama kadang2 pangil cik ana juga... tapi selalu pangil cik su.. cik ana bos baru.. best.. keje tiptop.. nasib la bos dapat anak buah cam lyn ni.. tapi takpe... manakan tumpah kuah kalau tak ke anak buah. hi3...tolonglah menti kan saya bos, mesti suatu hari nanti.. sy boleh jadi mcm bos jugak. kan??? kata bos kat opis lama... takpe lyn cepat je belajar.. o iye ke bos.. harap2 la kan.. bebalik kat bos baru.. bos suh study keje dia minggu depan sebab hujung bulan bos nak cuti lama operation.. keje sendiri belum master... camner nak master keje bos... oooooooo la la la la tak tau la, mampukah daku melaksanakannya...

oklah.. nanti sambung cite. minggu ni lyn nak g kursus.. nak jadi inspector sahab.. tak lama lagi dapat kad kuasa.. so sapa2 buat salah... sila tunggu ye.. cheq nak g kompaun. hik3... gudnite kawan2.. sebelum tido, solat witir n baca doa tido. doa skali nak bangun tahajud.. moga esoknya kita dibangunkan semula untuk terus menghambakan diri padaNYA.

gudnite !!! assalamualaikumwarahmatullah..