JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Thursday, January 15, 2009

siri 10 : detik kehilangan itu.........

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

salam maal hijrah 1430 dan salam tahun baru 2009. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.

lama jugak aku tak hapdet blog. ramai yang dah tertanya2 kemana pemilik blog pergi, sampai membuatkan sesetengah daripadanya risau memikirkan pemilik blog ini sakit ke? busy ke? ramai gak yang tertanya2 apa kesudahan cite bersiri yang sepatutnya berakhir pada 31.12.2008...............

maaf ye sahabat semua, planning nya cite siri ni tamat sebelum tahun baru, tetapi setiap kali jari jemariku ini nak menaip kisah ini, hati terdetik perasaan sayu, sedih dan pastinya air mata aku yang mengalir laju dari jari2 ku. aku tak mampu nak mengarang perkataan tuk jadikan sebaris ayat pun. lantas aku ambik keputusan mendiamkan diri sehingga aku mampu untuk mengawal diri dari terus bersedih dan menangis ..... dan akhirnya setelah berhari2 n3 ni jadi draf akhirnya kuar jugak sebab hari ini aku diberi sedikit kekuatan oleh YANG ESA untuk menyiapkan n3 ini. tambahan pulak sejak 31.12 banyak xtvt dari acara orentasi di sekolah kakak, xtvt menyiapkan keperluan kakak, kerja yang perlu diabiskan segera, kenduri arwah yang genap setahun dirumahku, kena outstation sekejap hinggalah last kisah xcident kereta, sampai aku tak sempat nak jenguk umah ni.

kembali kepada cite bersiri ......... kehadiran fatin disaat aku bergelar pelajar amatlah mencabar kehidupanku kerana abang masih di langkawi. tapi aku berusaha keras untuk belajar dan menguruskan anak2. nak exam baru baca buku heeeeeeee sampai tak tido malam. abang pulak balik ke KL sebulan sekali tapi cuti dalam seminggu jugaklah. abang bagitau dia ada dengar desas desus yang dorang semua kena balik bekerja macam biasa tahun 2007. aku amatlah bersyukur kalau betul abang dapat balik ke KL meneruskan kehidupan sebuah keluarga yang lengkap ayah, ibu dan anak2. akhirnya tahun 2007 abang kembali ke KL meneruskan kerjaya navy nyer. dan akulah yang paling gembira walaupun riak sedih abang kerana tak berjaya meneruskan cita2nya.

setelah kembali ke mindef, abang diletakkan di bah.sukan. abang kena training menembak kat subang, setiap hari dari putrajaya abang ke subang. tu lah rutin abang. aku pulak macam biasa lah, keje, class, pastu hal anak2 dan rumah. abang byk membantu dan memberi semangat pada aku. kalau aku gi class mlm, dialah jaga anak2. bahagia rasanya saat itu. hidup bekerluarga.

tak lama kebahagian kami sekeluarga, abang kena pergi kursus untuk kenaikan pangkat di lumut selama 6 bulan bermula julai 2007 hingga disember 2007. kalau ikutkan batch yang pergi, ramai daripadanya junior abang. sebabnya masa abang training menembak di langkawi abang tak dapat ikuti kursus tersebut. so, dengan berat hati dan untuk masa depan abang dan keluarga kami, aku terpaksa merelakan abang ikuti kursus tu.......... dan kehidupan aku kembali seperti sedia kala. heeee agak kelam kabut gak ler nak uruskan anak2 seorang diri selepas 6 bulan manja2 ada orang uruskan semua keje umah n anak2.

masa abang kursus kat lumut, memang susah ler nak jumpa. abang balik umah bila ada cuti. tapi sebabkan abang jadi ketua tuk kursus tu abang tak leh balik selalu sebab kena uruskan macam2 hal anak2 buah dan macam2 program yang dibuat. bulan 9 or 10 abang balik rumah cuti. terkejut aku sebab badan abang makin kurus. pulak tu demam, panas badan dan demam tak kebah2. abang bagitau, bila batuk kuat akan ada darah yang keluar. risaukan kesihatan abang, aku ajak abang gi hospital putrajaya. abang cakap biasa je demam ni maybe sebab penat sangat kursus. tapi aku berkeras gak bawa abang gi emergency unit hospital putrajaya sebab hari tu hari cuti. sampai kat situ, abang bagitau sakit dan abang bagitau jugak maybe abang kena tibi. sebab tanda2 demam, batuk berdarah dan susut badan macam tanda2 tibi. so masa tu abang kena x-ray badan tuk tengok penyakit. dalam 2 jam kat situ, dapat result tak de tanda2 tibi and x-ray tak tunjukkan abang sakit. so doktor bagi ubat demam je. tapi doktor soh abang buat follow up kat hosp lumut untuk check tibi sebab cuti abang kejap je, manakala prosedur check tibi agak memakan masa.

balik ke lumut, abang follow up prosedur tibi. saban pagi abang kena hntr sampel kahak ke hosp. pastu macam2 prosedur kena buat. akhirnya abang call aku bagitau, doktor cakap abang tak kena tibi................ so what happened to my lovely hubby........ ooooooo risau sangat masa tu sebab sudah ler dia jauh aku pulak tak dapat nak takecare. sampaikan abang cakap macam dah tak nak jadi navy lagi. masa dia cakap tu dia lemah sangat dan sedih sebab aku tak de kat sisi dia.

tup2 abang bagitau aku, kawan2 abang cakap kot2 abang kena "santau". kawan2 abang kat situ bawa abang gi berubat kampung kat perak, yang aku ingat abang kata dia tak buat apa bomoh tu soh buat sebab ada kemenyan dan macam2 lagi. yang abang buat minum air kelapa. aku tak tahu la nak percaye ke tak ngan santau ni. betul ke ada?

kali ni, abang balik lagi cuti and kebetulannya adik beradik abang nak buat kenduri tahlil tuk arwah mak genap setahun. aku ajak abang pergi Darul Syifa, tempat Harun Din kat bangi sebab desakan kawan2 abang yang mengatakan abang mungkin kena santau. pagi kami sampai kat situ. ustaz tu cakap untuk check betul2 pasal santau kena datang petang tu. sebab petang tu khusus tuk ubat orang kena santau. ustaz tu tolong tengokkan jugak dan buatkan air utk abang. ustaz tu ada bagi no phone ustaz lain yang memang specialise sembuhkan batuk berdarah ni. tapi kami tak pergi kat ustaz tu n tak pergi darul syifa petang tu sebab kebtln nak uruskan kenduri tahlil arwah mak yang akan dibuat malam tu. abang ucapkan terima kasih sebab aku bawa abang ke darul syifa. masa tu aku rasa lain sungguh perasaan. sungguh ikhlas ucapan terima kasih yang keluar dari mulut abang. tak dapat aku gambarkan perasaan aku kalau betul apa yang aku rasakan tu betul.

malam masa kenduri kat rumah along, abang tak tolong apa2. selalunya kalau ada kenduri ni dialah orang yang paling sibuk. ringan tulang and jenis yang nak semua jadi sesempurna yang boleh. tapi kali ni abang hanya duduk kat sofa pastu bila rasa badan tak larat dia naik ke atas dan tido kat bilik. adik ipar jenguk abang dan dia nangis kat situ bila tengok keadaan abang. dalam keadaan sibuk uruskan masak-memasak aku kejap2 jenguk tengok abang. kali kedua aku jenguk abang tak de kat bilik, tanya adik beradik yang lain dorang kata tak nampak. ya Allah mana pulak abang pergi. puas gak mencari rupanya abang tido kat dalam kereta. kata abang dia tak tahan so nak bagi badan berpeluh jadi abang tido kat dalam keta tutup semua pintu n tak bukak aircond. sedih bila tengok keadaan abang.

esoknya abang balik ke lumut. aku minta abang tak balik ke lumut sebab kesiankan abang. dah la kat situ tak de orang nak jaga abang, pulak tu dalam sakit2 tu program kena ikut jugak. tapi kata abang, peraturan tak membenarkan abang buat camtu. kalau nak cuti kena ada surat kebenaran. pesan abang pada aku, kalau apa2 terjadi pada abang, aku kena buat report polis and call mindef bagitau. masa dekat raya haji, aku minta abang balik jugak ke kedah untuk buat ubat. usaha lagi sebab demam abang still tak kebah2, badan pulak semakin susut. kalau ikutkan memang abang tak dapat cuti, tapi dengan tenaga yang ada abang berjumpa ngan pegawai atasan dan masa minta kebenaran tu abang batuk dan berdarah depan mata pegawai tu sendiri, barulah abang dibenarkan cuti.

ingat lagi masa tu, semua tiket dari lumut ke kedah abis. aku masa tu dah ada kat kedah. abang cari2 tiket kat manjung ada bas tapi sampai butterworth shj. so aku kata ok naik bas turun ke butterworth n aku ambik abang kat situ. dalam pada itu, aku minta tolong pak cik man kawan ayah temankan ayah gi ambik abang kat stesen bas butterworth. malam tu kul dekat kul 1 baru abang sampai kampung. dapat aku bayangkan betapa abang gagahkan diri utk balik juga ke kampung. malam tu abang tak boleh tido sebab kejap2 dia akan terbangun batuk dan berdarah lagi.

esoknya ada sedara yang datang jenguk abang. dan kebetulan jugak dia ada geliga kelapa (ntah betul ke aku dah tak ingat lagi). so dia buatkan abang air dengan benda tu. alhamdulillah dua hari dia buat, malamnya abang bole tido, dah tak batuk lagi dan demam pun kebah. syukur alhamdulillah. kata sedara tu abang kena santau angin. orang tu bukan nak tujukan pada abang, tapi sebab abang keluar sorang2 pastu di kawasan yang dorang buat santau angin sebab tu abang terkena santau tu. dan menurut cite abang, kawan2 abang bagitau tahun lepas kat restoran tu ada budak navy meninggal. abang cite masa tu badan abang rasa nak demam n hujan nak turun. abang singgah kat satu kedai makan yang agak besar tapi tak ramai orang. lepas balik dari situ yang abang demam. masa demam pulak, untuk sedapkan tekak abang akan pesan nasi putih ngan tomyam pastu air limau. rupanya kata sedara tu kalau kena santau pantangnya adalah limau. itu yang buatkan tekak abang luka dan bila batuk keluar darah. sampai sekarang aku masih tak percaya betul ke wujud perkara macam ni.

ingat lagi masa hari raya haji kat kampung, abang terbaring kat bilik. pagi raya seperti biasa aku bersalaman dengan abang. ingat lagi kata2 abang masa tu dia masih lagi tak sihat sepenuhnya. jadi masa aku salam tu abang baring. aku cium tangan abang, dengan nada gurau abang cakap mungkin ini kali aku dapat salam dengan abang dan kata abang lagi kalau abang tak de lyn boleh ler kawin lain. aku marah bila abang cakap macam tu. tapi bila keluar dari bilik terdetik perasaan aneh sebab kata2 abang mengimbas kembali kata2 arwah mak mertua. sama macam yang arwah mak mertua cakap pada aku, ni lah last mak masak tuk korang. tahun depan dah tak de dah. air mata aku mengalir pada saat itu. raya tu aku tak ke mana2, sebelah umah pun aku tak pergi, aku masakkan apa yang abang nak makan, seharian di hari raya kami kat rumah.

habis cuti abang kembali semula ke lumut tuk abiskan kursus. kali ni alhamdulillah demam dah ok cuma badan masih lemah2. dan akhirnya pada 29hb abang tamat kursus. abang balik dengan moto dari lumut ke putrajaya. abang sampai dalam kul 4 lebih. bila aku balik dari opis aku tengok abang terbaring kat sofa. aku cium dahi abang, abang terkejut bangun. pastu siap cakap, lyn tak call abang pun tadi tanya macam mana abang balik. laaaaaa sungguh aku terlupa sebab agak sibuk kat pejabat hari tu. malam sebelumnya aku call tanya abang balik kul berapa dan sampai kul berapa je. siangnya langsung aku tak call. abang macam kecik hati sebab dia rasakan macam aku tak ambik berat perjalanan dia dari lumut ke putrajaya dengan moto. memang ler agak penat sebab jauh pastu ngan keadaan moto abang tahu je lah..... lepas tu aku plan ajak abang balik kedah malam tu sebab abang bagitau 31hb.12 abang kena report duty kat mindef. so malam tu kami ke kedah dengan kereta. sepanjang perjalanan kami asyik sungguh berbual. macam2 cite yang kami bualkan. akhirnya sampai ke kedah.

sampai je abang tido lepas solat subuh. aku kejutkan abang ajak abang gi tengok adik selection pemain bola kat jitra. so abang kata ok. lepas tengok adik, abang beria2 ajak aku ke kfc bawa anak2. kata dia dah lama abang tak bawa budak2 tu. suka sungguh aku tengok abang melayan anak2 makan. abang memang seorang abah yang penyayang. petang kat kampung, mak long datang melawat abang. mak long cakap pak long hairan sebab raya hari tu dengar kami balik beraya kat kedah tapi tak datang umah pak long macam selalu. bila ayah cakap abang sakit mak long terus datang. siap pesan macam kat abang. aku ingat lagi petang tu, ayah, aku, abang, mak dan ramai lagi sembang, ayah cakap depan abang, "ayah tengok kening fahmi macam jatuh.". kami semua kat situ dengar. abang balas mungkin sebab fahmi dah kurus kot. masa aku dengar ayah cakap macam tu aku pandang muka abang, hati aku terdetik lagi. tingat pulak tanda2 kematian, lantas gundah gulana hati tak tau nak gambarkan macam mana. tapi semua yang aku rasa aku pendam dalam hati, mudah2 han kata hati aku tak betul. sebab aku tak dapat bayangkan macam mana kalau betul apa kata hati aku.

esoknya 30hb kami berangkat balik ke putrajaya. abang plan nak singgah lumut tuk ambik barang2 yang dibawa masa pergi kursus. dalam perjalanan, kami borak lagi, tapi kali ni lebih meriah dengan suara anak2. sampai kat RNR (aku dah lupa kat mana). kami makan bekal yang mak bagi.bersungguh2 abang makan. lepas rehat kami teruskan perjalanan then seperti yang dirancang kami singgah kat manjung. rumah jo kawan baik abang. abang tinggalkan beg dan barang2 kat umah jo. sebabkan abang balik ngan moto jadi banyak jugaklah barang yang ditinggalkan kat rumah jo. sampai je kat umah jo, abang masuk pastu abang panggil aku ngan jo. abang tunjukkan dia batuk dan keluar darah. agak banyak jugak. hairan jugak aku sebab lepas berubat kat kampung abang dah sihat, sepanjang perjalanan pun abang tak de batuk2 langsung, tiba2 sampai je kat situ abang batuk dan keluar darah. dan kebetulan pulak, kereta ada masalah bunyi kuat. jo soh kami gi manjung baiki. lepas baiki keta kat manjung, nak teruskan perjalanan kami lalu kedai makan yang abang citekan tu. dalam nada gurau, aku cakap kat abang, mungkin dia tak bagi kita lalu kat sini kot sebab tu abang batuk balik.

lepas tu dalam perjalanan abang batuk lagi, banyak kali jugak kami berhenti rehat dan berhenti solat kat masjid. (memang kalau berjalan ke mana2 itulah hobi kami, mesti akan singgah mana2 masjid solat bila masuk waktu). dalam kereta aku ingat kata2 abang pada si kakak, nanti tahun depan kakak kena belajar puasa, sembahyang jangan tinggal pastu jaga mama. sampai kat putrajaya dah dekat kul 1 pagi. memang perjalanan yang agak lama, kul 10 pagi dari kedah kul 1 pagi sampai putrajaya.

esoknya 31.12.2007 abang kena report duty kat mindef. pagi tu abang minta aku iron baju navy. dalam hati aku, waaaaaaah dah mula lah aku kena iron baju putih ni sebab abang akan mula bertugas di mindef. so, abang keluar ke mindef dengan moto. aku pulak memang dah aply cuti hari tu, so aku bawa anak2 ke anjung ada urusan dan lunch sekali kat situ. kul 12 lebih rasanya abang balik rumah. abang cakap dia dah makan kat mindef tadi. dia minta kebenaran balik awal. abang cakap kat bos dia tak sihat.

balik je terus basuh baju putih yang dipakai tadi. (abang memang macam tu, sejak keje dulu lagi, balik dari keje dia akan terus basuh baju putih tu), pastu tolong basuh baju aku dan anak2. tolong aku kemas rumah, sapu sampah dan macam2 yang dia buat. aku baring je kat sofa letih perjalanan agaknya. dalam pada itu, abang kemaskan beg2 yang dibawa balik dari lumut dan kemas stor. kakak tanya abang, nape abah kemas stor?. abang cakap nanti senang mama nak ambik barang. kul 2 lebih anak2 tido. sambil kemas2 barang, abang ajak aku duduk kat sofa sebelah abang. abang tunjukkan aku sijil yang dia dapat masa kat kursus tu. pastu tunjukkan aku gambar2 yang diambil masa kursus. ada satu gambar tu aku cakap kurusnya abang, sambil aku pegang tangan abang, terasa kurusnya abang. ada satu gambar yang buat kami sama2 ketawa. he kelakar abang buat muka camtu.

pastu abang cakap rasa macam nak makan cekodok. aku tengok kat dapur tepung tak de. so aku cakap tak leh buat cekodok lah bang sebab tak de tepung. pastu abang naik solat zuhur kat atas. aku capai kunci moto aku gi presint 8 beli daging nak masak pastu singgah kat foodcourt beli kueh. balik aku terus bancuh air dan hidangkan kueh. berselera abang makan kueh. sekali lagi nada ikhlas abang ucapkan terima kasih pada aku dan katanya sedap kueh yang lyn beli. sambil abang kemas lagi barang2, aku masak nasi. pastu masak daging kicap n sayur. selesai masak abang cakap dia nak makan nasi. so aku cakap ok lah tapi abang pergi solat asar dulu lepas tu kita makan.

DETIK CEMAS ITU

abang naik atas, lepas 20 minit abang panggil aku. terkejut dengar panggilan abang, aku dan kakak terus menerpa kat naik kat atas. aku tengok abang mencangkung kat bilik air dekat dengan bilik solat pakai kain pelekat dan singlet putih sambil tangan pegang paip air dan aku tengok darah dah penuh ruang bilik air. darah tak henti2 keluar dari mulut dan hidung abang. darah yang keluar tu bukan cair macam air tapi ada ketulan2. hati aku berdegup kencang, camner aku nak buat ni. aku tanya abang rasa macam mana? abang cakap rasa sesak nafas. aku turun ke bawah ambik tipon dan call ayah bagitau, sebab mungkin ayah dapat tolong aku. ayah cakap bawa gi hospital terus.

aku lari naik ke atas, tengok darah tak henti2 keluar lagi, aku capai seluar track soh abang tukar kain pelekat dan aku bagi t shirt. abang tukar seluar, tapi pegang je tshirt. aku dan kakak pimpin abang turun ke bawah. aku soh abang masuk keta kat tempat penumpang sebelah depan sebab aku yang akan drive. pastu aku lompat ke rumah kak maya sambil jerit memanggil kak maya. kak maya keluar aku cakap tolong jaga budak2 aku nak bawa abang ke hospital. tak sempat aku habiskan ayat, kak maya jerit lyn, fahmi. abang rebah kat tepi pintu kereta. aku lari dapatkan abang, dan sekuat hati aku jerit minta tolong orang sekeliling bila aku sedar aku tak de kekuatan nak angkat abang. mujur jugak ada ramai budak2 remaja lelaki kat taman permainan depan rumah, meluru budak2 datang tolong angkat abang masuk ke kereta. dan ada sorang budak ni minta kunci kereta. dia yang tolong hantarkan abang dan aku ke hospital. dalam kereta aku air mata aku laju turun tapi aku masih mampu tuk bisikkan ke telinga abang, kalimah syahadah. darah masih keluar dari hidung dan mulut tanpa henti, abang tak dapat nak bercakap, mata tertutup tapi jari jemari abang sahaja yang masih bergerak perlahan.

sampai je kat emergency, doktor menerpa dan memegang tangan abang. terus dorang angkat abang masuk. aku kat luar dengan esakan yang kuat. masa tu aku dah tak sedar orang sekeliling, aku menangis dan menagis lagi, sambil mulut baca surah2 apa sahaja yang terlintas di fikiran masa tu. aku call abang ipar tak berangkat, aku call adik ipar berkali2 tak angkat, aku call kakak ipar and last aku menangis lagi kat situ sorang2. tak lama kak long call aku, dalam suara tangis aku bagitau aku kat hospital fahmi kat emergency. 10 minit berlalu, doktor panggil aku tanya apa yang terjadi, abang jatuh ke? aku cakap tak, pastu doktor soh aku masuk, tapi bukan kat bilik yang dorang letak abang, tapi kat bilik yang ada sofa. aku disuruh tenangkan diri kat situ. dalam bilik tu aku call lagi ayah, aku cakap fahmi dah kat hospital, ayah menangis dalam telefon dan ayah cakap ayah akan datang dengan mak malam tu jugak... ni air mata aku laju je turun. boleh ke aku abiskan n3 ni...............................................................................

5 minit aku kat dalam bilik tu, doktor keluar masuk dari bilik yang dorang letak abang. doktor datang kat aku dan cakap aku kena tenangkan diri dengan apa yang dia nak bagitau. doktor cakap abang dah TAK DE. sekuat hati aku nangis lagi aku dah tak dapat nak cakap apa2. masa tu aku sorang, aku tak dapat fikir apa yang dapat aku buat selain aku nangis dan terus nangis. bila dah reda sket tangisan aku, nurse soh aku tipon bagitau keluarga. tapi tiba2 aku tingat pesan abang, kalau apa2 terjadi call mindef. dan orang yang aku ingat nak call adalah kapten musa. kakak nurse tolong dailkan dan tolong cakap sebab masa tu aku dah tak mampu nak cakap. tapi kapten musa nak jugak bercakap dengan aku, so aku dengar je apa yang kapten cakap, kapten ucap takziah dan cakap dia tak dapat datang segera sebab dia kat lumut tapi dia akan hantar orang mindef ke hospital. tak lama lepas tu semua sedara mara abang sampai dan dorang pun terkejut tengok aku baju dan tudung aku penuh dengan darah dan tambah terkejut lagi bila tengok tubuh kaku abang terlantar disitu.

tak lama lepas tu ramai anggota tentera kat hospital uruskan jenazah. mujur allah permudahkan urusan. aku cakap aku tak nak buat bedah siasat walaupun ramai sedara yang minta aku buat kata mereka demi kebaikan aku. tapi aku hanya ingat nak uruskan abang sebaik mungkin. alhamdulillah doktor terima apa yang aku cakap cuma formaliti abang perlu dibawa melalui bilik bedah siasat. keluarga, kawan2 abang dan tentera memenuhi hospital. selesai urusan di hospital abang dibawa balik ke rumah. sampai di rumah, aku tengok orang ramai jiran tetangga telah penuh kat rumah dengan bacaan yasin. dorang angkat abang masuk ke rumah pastu terdengar di luar bunyi bunga api menyambut tahun baru 2008.

esoknya, mayat dimandikan di masjid putrajaya dan disemadikan dengan penuh istiadat ketenteraan di presint 20 putrajaya. 2 buah bas semuanya kawan2 abang dari mindef membantu solat jenazah di masjid. aku amat berterima kasih kepada pihak tentera especially navy yang melancarkan urusan aku sekeluarga. tima kasih juga atas bantuan makanan selepas selesai acara pengebumian. terima kasih juga pada jiran tetangga yang banyak membantu.

itu lah kisah realiti, bagaimana aku kehilangan orang yang sangat aku sayangi dalam kehidupan di dunia ini. sehingga saat ini, aku tak pasti adakah benar wujudnya perkara2 tak baik seperti santau tu dalam kehidupan moden ini. tapi bila aku tengok majalah tiga beberapa minggu yang lalu, aku hany berdoa moga allah sahaja yang membalas apa yang dilakukan kepada abang.

tak tahu nak gambarkan bagaimana peritnya melalui saat itu, sehinggakan bila nampak je baju yang abang pakai aku akan menangis dan terus menangis. alhamdulillah sekarang aku lebih baik kerana dapat menerima ketentuan perjalanan hidup yang allah aturkan untuk aku.

betapa lyn amat menyayangimu abang. kasih sayang yang abang hulurkan tak dapat lyn balas, yang dapat lyn buat hanya panjatkan doa kepada ILAHI moga abang diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.......

ayat2 memang berterabur sebagaimana fikiran aku sekarang ini. harap maaf.

22 comments:

lupekanje said...

arrrggghh..sedey lagi...
nevermind...time will cure..
Sesungguhnya Tuhan maha mengetahui segala sesuatu.

lyn said...

selalu orang cakap, allah duga orang yang mampu untuk tangani masalah tu. mampu kah aku???????????

lupekanje said...

yesz..sebab kita mampu lah, maka Allah uji...
semuanya kita tepaksa lalui sendirian...atau apakah kita ada pilihan untuk menolak takdir Tuhan yang amat Mengetahui itu?

Irfa said...

lyn..
saya pun macam x percaya pd santau2 ni tp mmg betul wujud.entahlah..nak komen lebih2 pun tak tau.tp air mata saya tumpah jua akhirnya

Supermummy said...

Kak Lyn..Ya Allah,i cried bace entry ni. Thanks kak Lyn sngup jugak cerita kan kesah ni. Mengalir airmata saya membaca nya. Memang Kak Lyn tabah orgnya. Memang saya salute habis dan terima kasih sebab kak Lyn bleh membuat saya sedar dan bersyukur dgn apa yg ada,wlwpun berjauhan dgn suami tapi at least dia masih ada di alam ini. skrg pun dia tengah tengok i sedey sebab since dia jauh kita slalu tengok each other melalui webcam je. Kak peluk dan cium dari saya di Brunei. Nanti bln March kita nak bercuti di KL..kalau lah dapat saya jumpa kakak walaupun sekejap..mungkin saya nak bawa anak2 bercuti 5 hari je kot. Takut tak sempat plak kan. Tapi klw ada jodoh saya nak peluk kakak. Ada apa2 kakak just contact kat emel nih tinkerbell_2911@hotmail.com,salam utk anak2 kakak,semoga sehat dan tabah mengharungi hidup. Salam sayang dari Brunei.

lyn said...

salam supermummy

nasihat dari akak hargai apa yang ada sekarang k.

insyaallah kita jumpa mac nanti. kalau dah datang KL melawatlah putrajaya. datang umah. akak kat putrajaya nanti akak bawa jalan2 kat sini k.

Anonymous said...

salam kak lyn,sedihnye..harap kak lyn terus tabah and kuatkan semangat..sy jumpe blog kak lyn secara x sengaja je pagi ni..and i'm glad for that..i learn the true love of husband & wife..

Anonymous said...

kak lyn,
sedih yang tak terucap bace entry nih..byk menyedarkan saye utk meghargai apa yg saya miliki..semoga akak lebih tabah menghadapi dugaan..semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang-orang yang beriman..amin

Cikgooden said...

salam ziarah...

jumpak blog ni dari blog aciklupakanjer....

dah mengikuti kesah sedih ini hingga ke akhir....

terkenang arwah ayah aku...macam ni jugak..batuk berdarah. badan krus kering...hilang isi menyusut tak tahu ke mana...Batuk, kahak,airliur mmg berdarah...(kemana mana sentiasa bawak timba plastik kecik...tempat ludah dia

bawak ke hospital..syak tibi..itu ja la..tapi result negatif..bukan tibi..last sekali ghupanya kanser paru2...

lyn said...

salam adik2 akak, feesya ( pn sya), cikgooden,

thanks lawat blog, apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti (tu lagu ct) so sy redha dan mohon allah beri kekuatan ( tu lagu marshanda) untuk semua yg berlaku. allah itu mengasihi hambanya.

The Lady Chosen said...

salam kak lin...dah lama tak jumpa kak lin..sedih sgt bila baca blog kak lin ni.harap kak lin tabah dlm menempuh kehidupan ini..

inspirasi said...

salam..
sedey sgt!!!mungkin ad hikmah Dia jaohkan akak dgn suami supaya akak tabah n mampu berdikari tanpa dia d sisi.
u know what,u r a very3 strong lady.i live without my father even he's still alive.n i know what the feeling is.hope u'll stay strong.
ily~~!

lyn said...

salam nini,

akak dah lama tak jenguk n3 ni... thanks ye ziarah akak walaupun kat alam cyber nih.

salam perkenalan insporasi

thanks 4 the words... akak harap adik pun tabah menghadapi dugaan hidup ini

yong ibu chem said...

buat lyn,pertama kali jejak ke sini.

baca tulisan awak ni,buat saya lebih utk meghargai apa yg ada di sekeliling saya... thanks..:(

Al Fatihah buat arwah..

ayousha said...

sy menghayati kisah ini sepenuhnya. moga lyn trus jd wanita tabah dlm meneruskan kehidupan...
Al Fatihah.

Raihanna said...

kaklyn.
air mata rai mengalir tak berhenti2 sepanjang membaca entry...sedihnya hati rai kak...
apa lagi akak yg menanggung...

kak...
akak secara tak langsung mengajar rai supaya menghargai org yg kita syg....alfatihah buat arwah..
ya allah,betapa peritnya dugaan yg akak tanggung...
betapa susahnya bila kehilangan org yang kita syg..
ya allah...
berikanlah ketabahan kepada akak...
semoga akak menjadi wanita yang tabah dlm meneruskan cabaran di masa akan dtg.....

lyn said...

salam Rai, ayousha, yong..

terima kasih atas kata2 semangat yg diberikan. entah kenapa hari ni baru lyn bukak balik n3 ni. sambil meniti bait2 tulisan sendiri.. dan sekali lagi airmata ni turun tak henti2. asal tingat je mesti gugur air mata. kbtln ni kat opis.. budak2 opis tanya nape nangis... dah suratannya begitu...... mungkin orang diluar sana lebih hebat dugaannya dari kita... so, tabahkan hati kita untuk kehidupan yg sangat singkat ini. semoga kita semua dipertemukan dalam kehidupan yang lebih kekal disana.

Nurfarah said...

menangis saya baca entry ni :(

Iryana said...

Salam takziah dari saya kak... Terjumpa..terbaca... Baca dari 1st siri ke last siri... Indahnya baca cara perkenalan n mudahnya jodoh akak.. Tapi baca n3 last ni mengalir jugak air mata... Sgt kuat & tabah kak hadapi n lalui semua ini... Peluk cium utk anak2... Terus bersabar n redha... Allah bersama kita... Janji Allah itu pasti...

ain said...

Assalamualaikum kak lyn, saya terjumpa blog akak n sedih sgt baca n3 akak ni kerana saya pun mengalaminya seperti akak..hampir sebulan yang lalu saya kehilangan suami tersayang,..xmampu rasanya menanggung rindu ni..saya mencari kekuatan untuk terus bertahan demi anak

lyn said...

salam,

lama tak jenguk sini, rupanya ramai yg komen kat sini.. terima kasih semua..cik nurfarah, iryana, yadyad.. semoga ketabahan itu Allah berikan kepada kita semua..