JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, December 29, 2010

rindukan abang

assalamualaikum...

abang, lyn tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan lyn hari ni. lyn rindukan abang sangat2.lyn rindu nak cium tangan abang, rindukan suara lembut abang tegur lyn bila lyn buat salah, rindukan senyum abang, rindukan gurau senda abang...setiap kali lyn nak uruskan hal sekolah anak2 lyn mesti tingatkan abang. lyn tak mampu buat sebaik abang uruskan budak2.tak tahu kenapa hari ni lyn harap sangat abang ada bersama dengan lyn. walau hakikatnya semua tu takkan menjadi realiti. Ya Allah bantulah aku, kuatkan hatiku, tabahkan hatiku, redhakanlah apa yang telah engkau takdirkan untuk perjalanan duniaku ini, puaskan hatiku dengan apa yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dariMu ya Allah.

ya allah tempatkanlah suamiku di kalangan orang-orang yang beriman. lagi 2 hari genap 3 tahun arwah abang meninggalkan lyn dan anak2. tetapi sehingga saat ini, lyn masih rindukan abang... lyn tak kuat bang..ya allah berikan aku kekuatan.

sakit yang kurasa biarlah jadi penawar dosaku... ampuni aku ya Allah...

Tuesday, November 23, 2010

me, cactus and hospital

assalamualaikum...

alhamdulillah semalam dah masuk opis setelah bercuti raya. kbtln raya haji and cuti sekolah. so balik raya haji terus hantar budak2 untuk menghabiskan cuti sekolah di kampung. sunyi gak ler kat umah budak2 takde. cumanya daripada semalam hingga khamis aku kat nilai menggantikan bos berbengkel.

semalam, masuk je opis busy ar ngan keje. tambah busy ngan arahan pegi bengkel yang tak tahu tempat dan time. dalam kesibukan tu, lunch time aku ajak partner ni klinik kat area saba. sebabnya jemariku tercucuk duri kaktus last week 16hb kalau tak silap, . masih terasa ada duri2 kat jari. tapi tak la sakit. just sengal2 je. so sesampai je kat area situ nampak ada parking for clinic patient. masuk ke klinik aku je kot patient. terus dr panggil. dr tanya sakit apa zalina. he3.... cakap kat dr. jari terkena duri kaktus. dia pun belek2 la jemariku. pastu dia cakap payah nak buang ni sebab terlalu kecik tak nampak. aku minta ubat kot2 la ada ubat yg boleh keluarkan duri2 kaktus tu. tapi dr soh aku refer kat hospital kalau nak buang duri2 kaktus tu. dr. bagi surat tuk bawa gi hospital. tapi tak gi pun hospital sebab kena gi bengkel. kalau masih tak ok hari jumaat maybe gi lah spital kot.  ni semua angkara kaktus si nurul... saje je letak kaktus tu kat printer. hi3... sian dia kitaorg takutkan dia... terus gi simpan kaktus kat mana ntah. yg pasti jauh dr pandangan aku.

balik dari klinik terus gi terminal kat cyber... nak tahu buat apa kat situ.... gi pejabat pos tuk renew lesen yang dah 3 bulan mati. ha3... sdari 16hb ogos lesen kereta tu dah mati tapi sebabkan aku tak tahu, merempit bukan main lagi. tapi bila dah tahu, gabra erk... sib baik la perjalanan pagi ke opis tak de polis. kalau tidak mau tgk polis sembunyi macam fatin...

itu je lah cite semalam...

Monday, November 15, 2010

jualan kek raya haji 2010

assalamualaikum...

dah lama ye tak update kat sini. kawan2 sihat ke?. sebenarnya ada cerita yang berkait rapat dengan perkataan "HANCUR LULUH HATI". tapi tak tau la bila nak update. tengah mengubat hati. bersabarlah duhai hati...  apa pun, hidup mesti diteruskan dengan kegembiraan...

so busy kan diri dengan macam2 hal. sekarang ni dah sibuk jadi usahawan. dengan partner sapa lagi kalau bukan cik sahida. sejak sebulan yang lalu kot, kami sibuk merangka blog, fb, flyers and etc. ada juga tempahan yang diterima dan ada jugak jualan kecil-kecilan yang kami buat kat opis nih.

kepada yang berminat untuk membuat tempahan atau melihat produk2 lynnda, sila kunjungi laman facebook and search lynnda online bakery atau boleh jugak jenguk blog http://lynndabakery.blogspot.com/. cume blog tu under construction lagi lah.

so, today's sale ok lah, ada marble choc cheese, carrot walnut, chocolate cake, tiramisu, buat jualan kat opis ni je. tengah fikir camner nak expand bisnes. nak tambah sales.. ada idea tak kawan2. ingat nak buat kek and letak kat tempat2 menarik. skrg ni kat petronas pun ada.. or ada tak event2 yang kawan2 tahu macam konvokesyen ke...

ok lah, setakat ni je dulu cerita hari ini. to be continue...

Sunday, November 7, 2010

rasa nak demam

assalamualaikum...

semalam xtvt penuh. pagi ke opis, dapat gak touchup 2 borang. kul 2 ptg kami bertolak ke rumah kak noor yg mengadakan kenduri akikah anaknya yg ketiga zulfa mariam. katanya mungkin yg terakhir kerana ketiga2 ceaser. buat pertama kali g ngan kereta norul. bukk dah tukar position jd driver. baliknya aku dipaksa ambil position driver. suke erk korang makan2 jajan sambil tgk pemandangan. sudahnya sampai umah en.lan dekat kul 6 jugak. load turun barang2 then bawa en.lan gi pasar borong selangor. kali ni driver biasalah cik sahida. ha3. hari ni semua org jd driver. adil2..

sampai balik umah en.lan dekat kul 8. pas solat maghrib kat situ terus ke psr mlm bangi, then ambik kunci kat umah adik sahida. sampai balik umah dlm 9.15 mlm. sudahnya si adik fatin demam. badan panas. bagi makan ubat n air zam2. ni belum bangun lagi. mama gi surau ada kuliah subuh, balik terus prepare bfast. tiba2 rasa lemah seluruh badan. mungkinkah aku juga akan turut demam hari ini. badan rasa sengal2, seram sejuk, pening kepala......... semua rasa ada. jap g nak g umah en.lan kenduri. adakah aku masih kuat untuk bangun jap lagi..... tak laratnya......

takpe2.. nak kifarah dosa2 kan... so terima dgn hati yg bahagia......

Thursday, October 28, 2010

rezeki dari sebuah mimpi

assalamualaikum...

tiba2 rajin pulak nak update kat sini.actually dah taip semalam tapi tak abis cite so hari ni baru dapat publish. hmmmmmmm saje la nak pahatkan ingatan di sini. seawal jal 5.50 pg 27 okt 2010, terjagaku dari tidur. tu kira hari lewat lah. yg tak tahannya kunci jam kul 4 n 5.35 pg. sudahnya dekat kul 6 baru terjaga. tak sempat nak gi solat subuh kat surau. semuanya ni gara2 tergannggu dari suatu mimpi...........

ni cite dalam mimpi lah nih... tiba2 aku terasa sakit nak bersalin. walau dalam sakit tu, tapi rasa excited sangat nak dapat baby. apalagi si adik fatin. dalam sakit2 tu boleh lagi terfikir, boleh lagi mengira2, kalau arwah pergi 9 bulan lalu, lojiklah aku pregnant, tapi kalau dicongak2 balik eh! dah 3 tahun arwah pergi meninggalkan aku dan anak2. so camana pulak aku ni mengandung n dah nak bersalin. mulalah terfikir, tak pernah pulak aku mendekatkan diri ngan perkara2 tak baik ni. tak pun agaknya nak jadi macam cerita Maryam dan Nabi Isa. isyhhhhhh macam2 aku fikir, time tu dah sakit sgt nak bersalin..... tup2 terjaga dari tidur rasa sakit satu badan, serta merta ku pegang perut, eh tak de pape lah. suspen gak sekejap. petangnya cite ngan budak2 opis. kata dorang yang mentafsir mimpiku ini. ha3 mungkin tandanya nak dapat rezeki. wah! kalau rezeki alhamdulillah. tapiiiiiii masa sedar tu baby belum lahir sebab mama baby tengah konflik cam mana boleh pregnant. hi3...

rezeki pertama dari tafsiran mimpi : putrajayaku tidak dapat meluncur dijalanraya semalam telah pun kembali meluncur selepas mendapat jantung baru tanpa bayaran. alhamdulillah. memang rezeki... pagi tu kereta tak boleh start lagi. tak sampai seminggu pun lepas servis sebelum lumpuh sepenuhnya. rm500 gak servis. tup2 tak leh start. minta tlg mekanik tgk, katanya denyutan jantungnya sangat lemah. so aku perlu dengan seberapa segera cari jantung baru. sib baik gak bateri tu masih under warranty. dan alhamdulillah Allah mudahkan urusanku. syukur sangat, bawa je bateri gi brothers bangi cakap bateri rosak, terus je masa tu gak budak tu kasi bateri baru. cuma warranty bateri baru sama ngan bateri yg ditukar. tak kisahlah cam mana pun janji putrajayaku kembali di jalanan. ha3....rezeki...........

malam ni malam jumaat........... doaku buat diriku dan sahabat2 semua, semoga kita dapat membangunkan diri untuk bertahajud padaNYA.....sebagai tanda kita hambanya yang bersyukur..baca doa sebelum tidur ye. niatkan diri untuk bangun.. insyaallah.. Allah memberi pertolongan kepada kita.ameen

Tuesday, October 26, 2010

aku masih di sini

assalamualaikum...

alhamdulillah.... syukur pada YANG ESA. semuanya kembali seperti sebelumnya. kebelakangan ini banyak yang menganggu fikiran, terutamanya apabila kecewa dengan apa yang diharapkan. bersabarlah duhai hati dengan semua ketentuanNYA. Hakikatnya perancangan Allah yang lebih sempurna. thanks to all friends yg memberi semangat untuk ku lalui/harungi dugaan2 itu. Allah menduga hambanya mengikut kemampuan hambanya kan. Ku mohon tingkatkanlah ketakwaanku kepadaMu Ya Allah, berikanlah aku Ya Ilahi ketenangan hati, keteduhan perasaan, kelapangan dada dan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Terbaca sabda Rasulullah s.a.w " Ketahuilah bahawa pertolongan itu datang sesudah kesabaran; kelapangan datang sesusah kesulitan; dan kemudahan datang sesudah kesulitan".

kata seorang teman, wanita sepertiku hanya perlukan kasih sayang. tak lebih dari itu. bila difikirkan sedalam-dalamnya, yaaaaaa memang betul... masalah aku satu je tak leh orang takecare. tapi aku tak bermaksud untuk lebih daripada itu. bila ada org ambik berat, ada satu perasaan bahagia. tapi perasaan sampai disitu sahaja... dah lama nak pahatkan disini. tapi tak tau kenapa setiap kali aku berfikir tentang perkara ini, ada satu noktah yg mematikannya. dah lama cite ni kutulis tetapi tak juga publish. so hari ini kubiarkan sahaja cerita ini sampai disini........... semoga sinaran hari esok membahagiakan kita semua. amiin.

apa yg lebih penting dari semua ini adalah untuk KU KEJAR KASIHMU ILAHI. yg lebih utama dan yg lebih kekal selamanya. pergantunganku hidupku padaMu ya Rabb.

Saturday, October 9, 2010

kejutan!!!

bismillahirrahmanirrahim..

kembaliku ke sini kerana menurut kata hati.........

30hb ogos - 15 sept 2010

setiap kali pusingan tawaf ke empat pasti airmata ini meluncur laju bila doa itu kuhayati. hari ini doa itu tetap bersemadi dalam fikiranku :

Ya Allah Ya Tuhanku ! Jadikanlah diriku puas hati dengan pemberian yg Engkau kurniakan kepadaku, berkatkanlah apa yg Engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa yg hilang dariku dengan apa yang baik dari-Mu.

semoga doa ini turut dapat mententeramkan hati sahabat-sahabat walau apa pun keadaannya. percaya lah apa yang terjadi dalam perjalanan hidup ini, adalah apa yang terbaik yang ditakdirkan olehNYA. yang penting hati redha dengan semua ini.

untuk sahabat yang paling dikasihi dan disayangi, ingatlah yang perlu dikejar adalah kasih sayang ILAHI.

semoga hari ini lebih baik. amen

Thursday, September 23, 2010

i'm back

assalamualaikum

alhamdulillah syukur dapat kembali ke sini.

Monday, August 30, 2010

salam aidilfitri

assalamualaikum.

ok tak tajuk camtu. macam2 hal nak diceritakan pada saat dan ketika ini. jam kul 4.05 pagi 30 Ogos 2010. hati masih berdebar dan tertanya2 betul ke apa yang berlaku? msm mimpi je nih. sebabnya tinggal beberapa jam lagi aku akan meninggalkan negara tercinta  (semangat kemerdekaan la pulak) untuk suatu perjalanan yang kuanggap suci lagi untuk menyucikan hati dan jiwa ini. wahhhhhhhh ayat tak ble blah pagi2 nih.

sebelum terlupa dan sebelum terlambat, nak ucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri untuk semua sahabat dimana jua berada. mohon ampun dan maaf sekiranya kehadiranku selama ini pernah hadir mengganggu keharmonian hidup kalian, pernah mengguris hati dan perasaan kalian, pernah hadir dalam kehidupan kalian dalam keadaan yang tidak menyenangkan atau andai ada kata2 gurau senda yang diucapkan tercuit hati dan perasaan, maafkanlah dakuuuuuuuuuuu. sob2 sedih la pulak.

beberapa hari ni, hati dan jiwa sendiri pun tak tenteram. puas sudah berfikir namun apa yg dapat adalah INI SEMUA DUGAAN HIDUP UNTUK KU kerana itu aku diuji, kerana Allah mahu mendidik hatiku untuk lebih mendekatinya. teringatkan kisah kali pertama dalam hidup dipertemukan jodoh dari ilahi. saya suka awak saya nak kawin dengan awak. itulah ayat dari arwah biarpun baru beberapa jam perkenalan. hmmmmm... kala ini aku terpaksa melalui saat2 ini bersendirian biarpun kami pernah merancangnya bersama. namun kupanjatkan kesyukuran atas nikmatMU ya Rabb yang sempurna mengatur perjalanan hidupku ini.

aku orang yg tamakkan kasih sayang. walaupun kasih sayang manusi menggunung tapi yang kukejar kasihMU Ya Allah. aku rasa bahagia saat ini dengan aturanMU. aku redha. berbahagia lah kita dengan apa yang kita nikmati kerana di setiap detik itu ada hikmah yang tersembunyi. namun kuingatkan diri, jangan kita bahagia atas kesengsaraan orang lain. bersama-sama kita membahagiakan diri, kejarlah keampunan Allah di fasa makrifah ini, moga kita beroleh ketakwaan dari jambatan ramadhan ini.

untuk kawan2 semua, doakan perjalanan suciku hari ini selamat pergi dan tunggulah kepulanganku (wahhhhhhhhhh cam lagu2 raya la pulak). buat pertama kali aku beraya tanpa ibu ayah anak2 dan keluarga demi mengejar kasihnya ILAHI.

salam aidilfitri, maaf zahir batin

Friday, August 20, 2010

balik kampunggggggg

assalamualaikum....

dhuhaku pagi ni penuh dengan linangan airmata. sehingga saat ini pedihnya mata masih terasa. kesannya drpd motivasi ringkas ikim pagi ini. kata2 ustaz masih lagi bermain2 di fikiran. lantas kesempatan dhuha ku rebut untuk ku segerakan memohon keampunanmu YA ALLAH. ampunilah aku.. ampunilah aku...ampunilah aku ya allah. sesungguhnya aku lupa aku lalai. apa yang KAU berikan lebih besar hikmahnya dari apa yg engkau tiadakan dalam hidupku ini. baru hari ni aku tersedar tentang itu ya allah. ampunilah aku ya allah.

aku sedih dengan ketiadaan orang tersayang, tanpaku sedar ENGKAU berikan lebih dari apa yang aku impikan YA ALLAH............ ampunilah aku atas kelalaianku ini. tiba2 terdengar pulak bait2 lagu aghan yang sangat menginsafkan ini..

Afghan : Pada MU ku bersujud

Ku menatap dalam kelam\
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuilah semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang seringa melupakan-Mu
saat kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

n3 tak kena ngan tajuk la plak ye. sebenarnya mlm ni nak balik kampung  dengan si kakak nak jumpa mak, ayah, adik2 dan adik fatin yang sangat dirindui...... bestnyer dapat bukak posa kat kampung.. mohon perlindunganmu ya allah semoga perjalanan kami selamat sampai ke destinasinya.......

Thursday, August 19, 2010

sweet 13 or 31

assalamualaikum...

ha3 tajuk tak boleh blah tuh.

tiba2 rasa nak hapdet blog. sebenarnya tengah study tapi mcm ada sesuatu nak share kat sini. ade ke kena mengena ngan tajuk tuh... takpe2 apa je yg aku nak tulis, biar jari jemari ini yg menentukan. ha ha ha...

tengah study satu buku. hm... baru page 5 dan byk iklan pulak.. tu lah kalau buku ilmiah. tapi cuba bg novel, tak sempat nak tgk iklan .. sure satu mlm bule khatam.. tapi kalau bab quran satu tahun pun belum tentu.. teruk kan aku???  ramadhan kali ni SKT personel khatam tak de... tapi aku ubahsuai skt tu jadi group pulak. so byk ler group tadarus yg aku ikut untuk aku capai skt ini... tahun ni skt ramdhan yg paling besar untuk aku capai. moga allah memberikanku kekuatan dan ketabahan untuk melaksanakannya. ameeen

masa study terjumpa sepotong ayat yang telah menyentuh kalbuku di pagi ini. ,mungkin sebagai vitamin kepada n3 sebelum ini yg menghuru harakan hidupku... ayatnya hanyalah sptg doa sblm musafir yg berbunyi : ya allah kpd engkaulah aku pergi & dgn engkaulah aku berpegang teguh. peliharalah aku dr apa yg mengangu & mnyusahkn hatiku & sesuatu yg tidak aku prlukn kpdNYA. bekalkan aku degn ketkwaan & ampunilah bagiku dosa yg aku lakukan.  moga ianya akan meresap ke dalam lubuk sanubariku untuk menghadapi apa pun dugaan selepas ini. insyaallah.

yg sebenarnya nak ceta psl sweet 13 or 31 tuh. lately ni aku rasa semakin senior kat opis. hu3. kalau dulu dapat gak aku panggil kak zimah, kak noor sekarang nih aku dah dipanggil kakak oleh adik2 junior. terasa erk cepatnya masa berlalu.bila dah jadi kakak, mcm2 hal lah kan. besar gak tgjwb. yg pastinya tgjwb tu aku galas sebolehnya dengan perasaan yang sangat bahagia..tak sangka jugak, akulah tempat bercerita bagi mereka yg memerlukan pandangan dari seorang kakak. wah!!!!!!!!! bunyi cam kelakar pun ada gak. sekali fikir aku dah semakin matang or dlm erti kata lain dah tuo kot. hu3... aku senang kalau dapat membantu. sibuk erk nak tlg org padehal hm kakak pun mcm2 masalah.

tingat mula2 masuk keje. hmmm akulah yg paling junior. masa tu baru 22 thn. so ada abang2 dan kakak2 yg takecare and tlg ajar camner nak buat keje. skrg aku pulak cam kakak2 tuh. ape pun aku rasa sangatlah bahagia kerana dikurniakan / dipertemukan oleh Allah dengan mereka semua. kawan yg baik, anak buah yg baik, kak cc yg baik, kakak2 yg baik, juga bos yg baik2. kami dah jadi macam satu family besar. hm sangatlah BAHAGIA.... alhamdulillahhhhhhhhh

ngantuk la pulak..... assalamulaikum

Tuesday, August 17, 2010

bismillahirrahmanirrahim

ku bukak laptop di jam 1 pagi... apa erk tujuannya??? nak menulis tapi tak tahu camana nak diluahkan.

apa yg pasti hidup ni penuh dengan dugaan yang datang silih berganti.

ntah.. tingatkan apa yg berlaku kebelakangan ni. aku tak salahkan sesiapa. mungkin kesilapan itu berpunca dari diriku sendiri. kenapa erk. aku dah puas menangisi dan sebolehnya tak nak lagi airmata ini jatuh untuk kesekian kalinya.

sesuatu yg berlaku, cepat sangat reaksinya. hmmmm........ itulah aku. bab ni memang susah nak ubah. cepat react. tak kira la gembira, sedih or marah. tapi dorang kat opis dah tahu dah camner aku sedih.. laju je airmata aku. kala aku sedih memang sesungguh aku nangis tak kira la tmpt tu opis ke mana2 je. kalaulah tempat tu leh cakap, mesti dia sedih n sayu kan. lebih banyak sedih kot. ( ni kat opis lama) sejak arwah meninggal. asal tengok gambar arwah aku nangis, asal tingatkan arwah jatuh airmata.. tapi buat kali pertama aku nangis bukan kerana arwah... n aku harap aku tak nangis lagi untuk sebab yg sama. kadang terfikir, Allah sayangkan aku sebab tu aku di duga dengan semua ini biarpun bukan aku yg menjadi puncanya. Allah nak didik hati aku untuk lebih mendekatiNYA. so aku kena lalui dan hadapinya mengikut jalan yg betul...

kalau bab marah pun sama gak. asal ada je tak kena cepat je gelora rasa kemarahan aku muncul. tapi acap kali dorang cakap, camtu ke marah?... kenapa erk? memang aku marahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!! tapi dalam ketawa... sebabnya aku tak nak kemarahan tu mengunung. kata kak aya, walaupun kita bercakap telefon, kalau ada bahasa yg kasar, SENYUM lah. mesti nada suara kita akan berubah. itu yg aku cuba praktikkan. dengar suara macam marah tapi kalau tengok muka ketawa. betul ke marah??? ada gak yg cakap hipokrit............ ye ke camtu namanya hipokrit... ntah ler. aku tak fikir lah camtu namanya hipokrit. sebabnya walaupun cepat marah tapi satu yg baik tentang aku adalah aku yang cepat cool ( puji erk diri sendiri). diri sendiri je yg tahu advantage n weaknes kan. nape erk cepat cool????????.... sebabnya aku akan fikir balik... muhasabah diri. yg selalu aku fikirkan silapnya dari aku bukan dari orang yg buat masalah... masing2 cara lah kan nak hadapi masalah macam mana.

ntah ler. aku pun tak pasti apa yg sedang dalam fikiran.. ni ayat on the spot je without editing.

orang cakap aku sedang berada dalam masalah yang sangat berat. tetapi kenapa aku tak rasa itu satu masalah yang berat????????? sebab diriku sendiri yang tak memberatkan masalah tuh? ha333 ayat apa lah nih. kadang2 terfikir gak, aku kah yg membawa or menjadi subjek kepada masalah tuh. walhal sblm ni tak pernah pulak aku terfikir akan terjadinya perkara sebegini. siapalah aku untuk berada dalam keadaan yang sebegini...... aku bukan sesapa.. yg pasti aku bukanlah punca or bukan aku yg mulakan semua ni. that's right. bukan aku yg mula.. tapi kenapa aku yg disalakahkan. eh ada ke orang salahkan aku??? arghhhhhhhhhhh!!!!!! boleh ke aku tak yah fikir ianya satu masalah. biarlah masa yg menentukannya...

Ya Allah andainya cubaan dan dugaan yang kau datangkan padaku ini supaya aku semakin dekat padamu, aku terima nya dengan redha dan aku bermohon tabahkan dan lorongkanlah dan didiklah hatiku untuk dekat padaMU. aku berserah diri hanya padaMu Ya Ilahi. ampunkan lah aku, bantulah aku, permudahkanlah urusanku ya Allah yang maha pengasih yang maha penyayang. ameeen.

Saturday, August 14, 2010

kena cucuk

marhaban ya ramadhan. hari ke 3. alhamdulillah si kakak masih bertahan puasanya. alhamdulillah tadarus pun brjalan lancar. credit to group tadarus surau p8e. hari ni dah masuk juzuk 5. begitu jugak dgn group kat opis.

petang tadi gi klinik. setelah beberapa hari tangguh nak g cucuk. alhamdulillah allah permudahkan urusan kami ( me n kak leha). 2.30 g klinik terus je ke bilik prosedur. nurse check buku, kak leha tak perlu cucuk lagi sebab ubat tu masih ada dalam badan. 3 tahun lamanya ubat tu masih bertahan dalam badan. end up nya aku sorang je yg kena cucuk.  kalau tak kerana itu, tak de lah aku nak relakan diri tuk masukkan jarum yg panjang2 tuh.

diskas nyer diskas ngan nurse. nurse nak bagi 2 jarum. satu untuk h1n1 n satu lagi tuk meningcocol tu. yg pastinya meningcocol tu tak de effect n tahan dalam badan selama 3 tahun. tapi yg h1n1 tu ada effect lenguh, demam and etc n tahan dalam badan 1 thn. nurse nak buat pahala bulan pose. so aku terima lah. sudahnya kena cucuk kiri dan kanan lengan. skrg ni dah mula terasa lenguh2. cuma berdoa tak demam sebab minggu lepas baru je kembali sihat dari demam yang agak teruk. so tuk elakkan demam, ku turuti nasihat nurse, pas bukak posa terus makan ubat.

hopefully diberikan kesihatan yang baik kepadaku juga kepada kedua ibu bapaku, kedua anak2 ku. si adik fatin yang telah berada di kampung kerana demam campak. mama rindu la kat adikkkkkkk

Friday, August 13, 2010

ramadhan kareem

assalamualaikum...

marhaban ya ramadhan... selamat datang bulan yang mulia. Salam ramadhan untuk semua.. semoga ramadhan kali ini memberikan sinar kebahagian kepada kita. hadapi dan laluinya dengan perkara2 yg baik. moga kita memperolehi keberkatannya.

credit to syukur.com... atas info2 ini..

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah;
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Di dalam hadis yang lain pula dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah ini, iaitu "laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati, maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

...Sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Kita juga digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar kerana Allah SWT telah berjanji akan memberi kita jalan keluar daripada segala kesukaran dan membebaskan kita daripada segala kesedihan. Malahan sesiapa yang memperbanyakkan istighfar akan memperolehi rezeki daripada sumber yang tidak pernah disangkakan. Kalimah istighfar yang mudah disebut adalah seperti "astaghfirullah". Tidak ada batasan dalam mengulang sebutan istighfar ini. Semakin kerap ia diulang, semakin banyaklah pahala yang dikumpul.

Tuesday, August 3, 2010

demammmm

assalamualaikum..

alhamdulillah syukur kerana aku masih lagi berdaya bangun pagi nih berbanding semalam. rasa seluruh badan lemah. g opis jugak semalam. tapi sampai kul 11pg aku bawa diri sendiri g klinik sebab dah tak daya nak duk atas kerusi kat opis. jalan pun slow2 je sebab rasanya seluruh badan sengal2.

setelah sejam tunggu kat klinik, dr bagi mc 1 hari je. maksudnya hari ni kena g opis. pagi ni rasa ok sket tapi still lemah2 lagi. so i've decided nak rest je kat umah. nak bagi betul2 pulih. nak bagi stamina cukup for the big day jumaat nih. chaiyok lyn!!!!. usaha tangga kejayaan. ha3

tima kasih pada mak angkat yang tolong ambikkan budak2 riang kat sekolah n tapaukan makanan tuk dorang. jasamu akan ku kenang sampai bila2. semoga Allah memberikanmu yang terbaik dalam hidup ini. ur great person that i've even seen.

nak sambung tido...

Saturday, July 31, 2010

aku dikasihi...

Bismillahirrahmanirrahim...

Pagi 30 Julai 2010, sujudku panjang, sujudku dalam tangisan padaMu Ya Rabb. betapa aku bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untukku meneruskan kehidupan di dunia ini. kehidupan dunia untuk bekalan kehidupan yang kekal di sana. Moga ya Allah Engkau berikan aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini, diberikan kekuatan dan kesabaran atas ujian yang mendatang dan semoga aku tergolong di kalangan hambamu yang ENGKAU redhai. ameen.

lately ni terlalu byk perkara yang nak dilakukan. kadang2 sampai tak de masa tuk diri sendiri. nak hapdet blog, tulis n save as a draf. taip lagi pastu terganggu dengan kerja lain. akhirnya n3 tinggal draf shj. hopefully n3 ni berjaya dipublish sebab n3 ni ada kekuatannye yg tersendiri. to appreciate all my frenz yg wish heppy birthday to me today.

28 julai = dapat wish pertama dari sahabat lama yang ku anggap sebagai abang yg banyak memberi semangat dan nasihat dari mula aku bertapak di alam pekerjaan. thanks en.wan.

29 julai = wish kedua dari cikgu2 yg dtg berjumpa di opis. thanks cikgu sarah dengan 2 biji kek secret resepi. i'm just kidding about that. hope ur succes in ur study

30 julai = wish ketiga dari kak maya @ kakak yg aku sayangi @ jiran yang paling bermakna dalam hidup ini. bersyukur ditakdirkan ILAHI menjadi jiran k.maya. terima kasih juga menjadi pendengar yang baik dikala aku gembira, dikala kesedihan menyapa dan dikala aku bergelut menghadapi dugaan hidup ini.

wish keempat daripada seorang kenalan lama. terusik hati dengan msj yang diterima dikeheningan pagi 30 julai itu... kenapa aku masih perlu diingati.

DAN...... sepanjang hari ini ku lalui dengan menerima kata2 doa, kata2 semangat yg diberikan. aku menadah tangan memanjat ksyukuran kepadaMU Ya ALLAH. rasa diri ini dikasihi dan disayangi orang sekeliling. bule camtu???

thanks to MAK yang membesarkan, sehingga usia anak mak ni dah 30+, sehingga anak mak menjadi isteri, sehingga anak mak ini menjadi ibu. mak yg menemani ketika anak mak ini kesedihan menghadapi cubaan yang besar dalam kehidupan, tetap setia berada disisi sehingga anak mak pulih semangatnya untuk meneruskan kehidupan. jasa mak tak ternilai. moga allah membalas kebaikan mak.

thanks to all FRENZS especially cik ida yang disayangi. yg terpaksa dengar setiap masalah akak. bersyukur kita ditemukan dalam dunia ini. terima kasih memberikan semangat pd akak pada setiap masalah yang akak hadapi. akak doakan kebhagian da juga.

tiba2 je rasa nak berterima kasih pada semua.  tak tau nape... ape2 je lah. memang ayat dipagi2 nih fenin2 sket ye. layankan jeeeeeeeee. nak g tidooo. assalamualaikum..

Friday, July 16, 2010

Sabtu yg memberi pengajaran

Kata orang semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Cumanya beruntunglah bagi yg mengambil iktibar daripadanya. Waaah intro yg berat setelah sekian lama tak hapdet blog. Pertamanya bukanlah kerana kesibukan untuk tidak singgah di rumah ini tapi banyak faktor lain. Malas pun ada, kisahnya banyak tapi .....

Seawal pagi sabtu, bangun n uruskan rumah. Basuh baju, kemas rumah n etc. siap n terus menuju ke south city ada games bowling anjuran kresta (opis). Cam biasa geng2 amatur, me, nurul, cik faz n rizal. Rizal ngan cik faz boleh tahan jugak.. aku??? Cam biasa la main tuk penuhkan karom. Janji memeriahkan majlis. Selesai game… tentu2 dah tak menang kan, tapi this year dorang buat hadiah saguhati so semua orang dapat. Ok lah kan.

Balik terus ke arah bangi, cari barang member order marble cheesecake nak ambik awal pagi ahad. Balik umah… tertido sampai petang ngan budak2 tu pun hanyut sekali. Terjaga dr tido terus ke kedai, terasa nak masak nasi tapi beras takde. So gi kedai beli barang n balik. Sesampai je kat umah budak2 datang. Mama , pintu bilik terkunci.. lah nape pulak? ntah la ma, kakak bukak tak buleh. Dengan rasa malas aku ikutkan je langkah si kakak naik ke atas. Pusing2 tombol tak boleh, gegar2kan pintu pun tak boleh jugak. Si adik yg lincah pun sibuk menendang2 pintu. Waaaaaaaah dia ingat pintu tu macam bola dia ke? Riuh rendah sekejap kat atas.

Masa tu, apa yang terlintas di fikiran…aku perlukan lelaki pada saat ini… wah!!!! bule gitu? Haaaaaaaaaanya untuk pecahkan pintu bilik yg terkunci. Teruk kan.. kebetulan pulak pada masa tu seorang sahabat lelaki msj tanya tengah buat apa tuh? Memang sesuai sgt masa n ketika tu. tapiii tak de lah suh dia datang pecahkan pintu tu Cuma tanya idea. Namun semua ide dia tak leh pakai, x sesuai ngan kudrat aku. hu3... Sory erk.

Ada le 10 minit kerjakan pintu tu tapi stil tak leh bukak. Last2 pasrah, nampk nya mlm ni kena tido ler kat bawah. Vitamin “R” pula datang, terus je masuk dapur n masak. Hal pintu tu kubiarkan je budak berdua tu kerjakan. Hi3 mama dah malas nak fikir pasal tu. akhirnya selesai masak nasi, ikan tongkol goreng sambal n tomyam sayur. Tiba2… masa tengah basuh pinggan, dengan pertolongan yang MAHA BERKUASA terlintas pulak di fikiran. Panggil si kakak tuk buat misi tu sementara aku meng clearkan sinki. Si kakak masuk ikut sliding door rumah kak maya(jiransebelah) terus ke sliding door rumah. Syukur jugak grill kunci tapi sliding tak berkunci. Syukur juga kunci letak kat bawah tak letak dalam bilik tu seperti sebelum ini. N lastly syukur pintu dapat dibuka.

Tapi pengajaran daripada kejadian yang tak lah teruk sangat, aku ambil pengajaran yang sangat bermakna.:

i) Semua masalah dalam hidup ini pastinya ada jalan penyelesaian.

ii) Kesabaran tu penting tuk selesaikan sesuatu. Kalaulah aku tak sabar, dah tentu aku minta tlg ngan sahabat tu, tak pasal2 jadi kesah lain pulak. or kalau aku tak sabar dah tentu2 pintu tu pecah. Kan????

iii) Mohonlah pertolongan dari ALLAH, ALLAH maha mendengar , maha mengetahui. Allah dengar keluhan hati kecilku.

iv) Yang penting dalam hidup ini macam gak dalam solat kena ada tama’ninah (berhenti sekejap) sebabnya waktu tu lah ketenangan yang paling tinggi boleh kita capai. Tarik nafas insyaallah pertolongan ALLAH akan datang kalau kita yakin semua yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi.

Yg sebenarnya fikiran aku yg tak menentu pada saat ini. Ntah la rasa tak bahagia dengan apa yg aku lakukan. Rasa nak keluar dari semua ini. Tapi bak kata ustaz, the way kita pandang dunia ini.

Ni cite sabtu lepas, sabtu ni aka esoknya tinggal mama n adik je. Sunyiiiiiii. Si kakak ikut kem smart solat darulquran ke ayer keroh melaka sampai ahad… sepiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Wednesday, June 16, 2010

pengalaman hari ini 16 Jun 2010

salam...

n3 yg nak cite lum siap. tapi nak tinggalkan memori hari ni. best sesangat. pengalaman baru. terima kasih kepada pihak yang memberi peluang. citenya me as interviewver untuk budak2 opis yang ambik exam PTK. pagi2 interviewver yang gabra. first time nak temuduga orang.

pagi2 lagi dah diusik calon2. puan dah terima bunga tak? orkid lagi. saje dorang gurau. aku cakap tak de pun. ni mesti korang hantar online nih. gelihati dengan gelagat dorang. tapi sebenarnya dalam hati berdebar jugak. mengalahkan debaran calon. maklumlah calon2 budak2 opis. kenal. tetapi tak rapat sebab calon yang
akan ku temuduga dari cawangan lain.

tapi perjalanan temuduga sangatlah mengembirakan.... nak cite panjang tapi nak balik umah. malam ni nak g terengganu... will continue.............. byeeeeeeeeee

Monday, June 7, 2010

still busy

assalamuaikum...

macam2 nak hapdet n3 tapi belum ada kesempatan ruang masa. nak hapdet cite g srwk walaupun dah lama berlalu, nak hadpet cite gi i-city shah alam, cite pindah opis, cite opis baruuuuuuuuuu yg masih lagi penuh dengan kotak2, cite kenduri tahlil arwah di rumah n macam2 cite lagi lah....

Saturday, May 29, 2010

today'ssss xtvt

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum...

syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaaNYA aku masih lagi dapat meneruskan kehidupan ini. dapat menghidup udara di dunia ini tanpa perlu bayaran. dek kerana udara itu percuma, maka kita lalai bahawa sebenarnya kita masih perlu membayar tetapi bukan nilai ringgit yang menjadi ukuran sebaliknya kepatuhan dan ketaatan kita kepada apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNYA.

doa yang sering ku baca di kala terjaga di waktu pagi. " semoga perjalanan hari ini lebih sempurnya dari semalam dan semoga ENGKAU ya ALLAH meredhai apa yang akan aku lakukan hari ini.

terasa hari ini penuh sarat dengan xtvt. sesudah subuh terus ke bawah uruskan kitchen sambil membiarkan bibik jepun menguruskan baju2. ada la 2 round mesin tu berputar. baju biasa ok lah tapi bila baju sekolah, tak suke nak masuk dlm mesin takut tak bersih. so 4 round aku basuh tangan baju2 sekolah kakak n baju2 keje. sidai baju then terus masak. dorang sebut2 nak makan masak lemak udang. iye2 lah aku setuju. rupanya tersilap perhitungan. ingatkan hari jumaat, bule beli udang kat pasar tani rupanya baru hari khamis. but masak gak tapi masak lemak ikan ngan goreng kicap taugeh + tauhu.

selesai je memasak, kejutkan si kakak yg tido balik lepas solat subuh. mandi n bersiap. sementara aku iron baju. jam 10.15 siap semuanya. terus je hantar si kakak ke umah sepupunya kak farah. Dari bndr tasek selatan, drive balik ke putrajaya. gi opis. sampai je opis terus bfast dengan bihun goreng cik ida yang sedap tuh. thanks ye cik ida. akhirnyaaaaaaa dapat gak akak makan bihun goreng tuh setelah seminggu buat announcement. kih3.

then terus bekerja bersungguh2 (kalau nurul baca sah dia cakap ayat tak ble blah nih)... sehingga jam 1.30 ptg. g solat n tukar pakaian seragam. hari ni group nurul syuhadah pink caler ok! sangatlah menyerlah. tenggelam geng sakinah ngan baju ala2 hijau.. pecut balik ke rumah nak ambik kak maya n kak azlina g marhaban umah kak zah sempena khatam quran anaknya yang mana majlis kenduri kahwin akan berlangsung esok hari. kul 5 mjlis selesai n hujan turun mencurah2. kami dihidangkan dengan kuih muih, laksa dan yang paling menarik seleraku ialaaaaaaaaaaaah bihun sup kak ani.. ni buka ani sup utara wokeh.. tapi kak ani chef kat area umah kami ni. memang kak ani terkenal sebab selalu masak untuk surau. sedap tak terkata bihun sup dihari hujan... jangan tak sangka,,, 2 mangkuk aku tambah... memang tak sempat nak malu pun sebab sedap sesangat. tapi mangkuk kecik je okeh. selesai makan2 dalam kul 5.30 kami redah juga hujan yang renyai2 dan berjalan pulang ke rumah masing2. tu lah, nak gi ngan keta, katanya nak jalan ramai2. sudahnya balik dlm hujan.

lepas solat, rehat jap atas sofa, terus terlelap sampai 6.15 ptg. bergegas bangun. siap n pecut lagi ke BTS. solat kat umah kak farah then pecut pulak ke masjid putra. terlewat 10 minit. kelas dah bermula. namun bersyukur, alhamdulillah ALLAH memudahkan perjalanan kami. first time tahun 2010 gi kelas. kesempatan adik fatin di kg aku gunakan sebaiknya. syukur dpt gi class hari nih. class haji. tak tau nak g haji bila tapi yg penting ilmu kan!!!.

dasat tul aku drive hari nih ada gak cecah 140.

kata ustaz di kelas haji masjid putra tadi, kita berdoa. Allah makbulkan. tetapi mungkin cepat, mungkin lambat, mungkin bukan di dunia sebaliknya di akhirat sana atau mungkin juga doa tidak dimakbulkan sebaliknya DOA itu sebagai PENEBUS dosa-dosa kita.

bila muhasabah balik: rupanya hari ini macam2 yg dapat aku lakukan. tapi aku sedar semua yang berlaku adalah dengan pertolongan dari YANG MAHA KUASA.

Saturday, May 22, 2010

macam2

salam,

macam malas nak cite panjang. so layaaaaaaaaaaaaaaaaaan je pic kat bawah nih.

xtvt tadika adik fatin @ dewan presint 11. adik fatin masuk nasyid... memang anak abah nih.

pertandingan melukis @ carrefour alamanda. dapat saguhati je. bawa sekali anak jiran

swimming @ kolam presint 11

derma darah @ aras 9 blok e12

kenduri kawin @ dewan presint 8...

kat belakang adik fatin anak kak maya ; kakak nana dan abang ashraf.. n pic dibawah itulah wajah kakak kesayanganku akak jiranku yang baik hati ; kak maya n suami

opis dilanggar kotak2 : pindah cyber @ aras 13, blok e12

ratu shredder.... dimenangi oleh............. si baju....

kakak farhana with baby mak ngah @ bandar tasik selatan

itu je update kali nih... ada pic shantekkkkkk tapi kat dalam kamera canggih...ada orang tak nak kasi. hu3

Wednesday, May 19, 2010

doa khatam al-quran

alhamdulillah selamat sudah pembacaan dan target untuk khatam sebelum berpindah ke cyber. mula baca semasa bulan ramadhan tahun lalu. but awal tahun 2010 aku serius tanam azam untuk tamatkan pembacaan tahun ini jug aku bersungguh kali ni kerana bila kesedihan menyapa, ketenangan akan datang dengan mengalunkan ayat2 suci itu. aku cuba istiqamah dalam mencapai apa yang aku impikan. alhamdulillah, syukurku panjatkan padamu ILAHI, berikan aku ruang dan masa untuk semua ini.

selesai hingga ke mukasurat terakhir pada 18 Mei 2010. apa yg terkesan di hati doa khatam yang aku sendiri lafazkan... menyedarkan aku tentang keindahan Al-Quran itu sendiri. betapa selama ini aku lalai, betapa selama ini aku alpa dengan ilmu2 lain, padahal dihadapanku ada yang lebih baik dari segalanya. mohon keampunan dariMU ya ALLAH.

Doa Khatam Al-Quran

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas rasul kami Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.

ya Allah terimalah daripada kami, sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui, dan berilah taubat kepada kami kerana sesungguhnya engkau maha pemberi taubat lagi maha penyayang. tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran yang mulia.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-quran, dan jadikanlah al-quran itu bagi kami sebagai imam, sebagai nur hidayah dan rahmat, ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa daripada al-quran, ajari kami apa yang kami tidak tahu tentang al-quran, berikan kepada kami kemudahan untuk membaca pada waktu siang dan malam, dan jadikanlah al-quran itu bagi kami sebagai hujah wahyu tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah, hiasilah diri kami dengan keindahan al-quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-quran, pakaikan kami dengan pakaian permata al-quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-quran, selamatkan kami dari segala mala petaka dunia dan azab akhirat dengan kehormatan al-quran.

Ya Allah, jadikanlah al-quran bagi kami di dunia ini sebagai teman, di dalam kubur sebagai teman yang mesra, di hari khiamat nanti memberi syafaat, di atas siratulmustaqim nanti menjadi cahaya, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dari api neraka menjadi pendinding dan penghalang, dan jadikanlah al-quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan dengan kurniaanMu, kemurahanMu, dan kemulianMu, wahai tuhan yang maha pemurah.

Ya Allah tunjukilah kami dengan hidayah al-quran, selamatkanlah kami dari neraka dengan kemuliaan al-quran, tingkatkanlah darjat kami dengan fadhilat (kelebihan) al-quran, hapuskan segala kesalahan kami dengan sebab membaca al-quran, wahai tuhan yang mempunyai segala kelebihan dan ihsan. tuhan kami berikan kepada kami, kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka.

sesungguhnya Allah mencurahkan rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, dan keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. maha suci tuhan yang mempunyai keagungan dari apa yang mereka sifatkan. salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari al-quran sebagai pegangan hidup islam kita.. amiiiin

Wednesday, May 5, 2010

stress

assalamualaikum...

tiba2 mlm ni rajin pulak nak ngadap laptop. nape???? sebabnya dapat msj dari sahabat soh tgk fb...

dan tiba2 juga, terasa nak berikan kata2 hikmah ini untuk tatapan, pedoman dan buat amalan kawan2. rasanya hari ini merupakan hari yg paling stress not only for me but also for my friends. ada kisah di sebaliknya tapi stress aku paling berganda hari ni.dek kerana client2 yg membuat masalah. dah 2 hari makan minum tak menentu... syukur alhamdulillah end up of this day makanan yg sedap... nikmatnya masih terasa sehingga saat ini.

berbalik kepada kata semangat nak ku titipkan khusus untuk diriku yang berada dalam stress, cerita panjangnya dalam mingguan wanita april 2010.

renungilah kata-kata Ibnu Qayyim dengan hati yang terbuka :

"Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan melainkan dengan bertemu Allah. Di hatimu juga ada satu kesunyiaan yang tidak dapat diubati melainkan dengan bersendirian bersama Allah. Di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah, Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah, Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah."

maknanya nya ubat untuk hati hanyalah satu iaitu mendekatkan diri kepada Allah. Allah yang menguasai hati kita, so tak perlu lah kita cari jalan lain nak sejukkan hati or nak tenangkan hati.

kata Imam Al-Ghazali pula ramuan ketenangan hati boleh dicari di 3 tempat  " Carilah hatimu di 3 tempat. pertama saat membaca Al-quran, kedua ketika solat dan ketiga sewaktu mengingati mati. Apabila kamu tidak menemui hatimu di ketiga-tiga tempat itu maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak memiliki hati"

i've been try cara pertama. hari kedua pemergian arwah, aku baca yasin tak terkira bilangannya, abis surah yasin baca lagi, abis baca lagi, sambil baca sambil menitis air mata sedih teringatkan arwah, tapi makin baca makin tenang. aku tahu semua orang sedih tengok keadaan aku masa tuh, tapi itulah jalan terbaik yang Allah lorongkan aku untuk hadapi saat itu. dan alhamdulillah, aku tenang dan redha dengan semua yang berlaku. sehingga saat ini, bila kesedihan menyapa, aku akan terus membuka dan membaca biarpun air mata laju mengalir sehinggalah aku benar2 tenang baru tamatkan bacaan. alhamdulillah tinggal beberapa pages lagi nak khatam alquran. nampaknya byk lah erk perkara sedih yang berlaku, kalau tak mesti lambat lagi lah nak boleh khatam.

so, untuk kawan2 yang turut merasai stress minggu ini, renungilah sedalam-dalamnya kata2 ibnu qayyim.. semoga kita lebih tenang dengan mendekatkan diri kepadaNYA.

Tuesday, May 4, 2010

perasaan!!!

entah kenapa hati rasa lain macam je. sejak seminggu ni perasaan bercampur aduk. eeeeeeeeeeeeeee  rimasnyaaaaaaaa. camner nak buang perasaan tuh. this is not right... tapi camana boleh ada rasa yg sebegitu???????? dugaan????????? camna nak buat nih???????

Ya Allah, semua yg berlaku atas ketentuanMu. bantulah hambamu ini menghadapi saat ini dengan fikiran yang waras bukan dengan emosi...

Friday, April 30, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Assalamualaikum. 
pagi tadi terima email. tak sempat nak baca. maybe tajuk tak menarik minat tuk luangkan masa pagi tadi yang kebetulannya ada meting kul 9 pg. masa rehat pun tgk jugak emel ni tapi still tak baca. ntah tiba2 beberapa saat tadi tergerak hati nak baca emel nih. sangat menyedarkan diri yang sedang alpa. credit to the writer of this story. mohon disebarkan disini untuk tatapan umum. semoga kita mengambil pengajarannya.

Assalamualaikum WMH dan Salam Sejahtera,

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,kata seorang kakak berterus-terang.

Mengapa?

balas saya.

Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar.

Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, kakak punya berapa orang anak?

Sengaja saya bertanya soal-soal di luar kotak agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.

Oh ramai encik

Bagaimana dengan anak-anak kakak?

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.

Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.

Kakak, boleh saya bertanya?

Tanyalah encik

ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang menjadi dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?

Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?

Dengan cepat kakak itu menjawab, hati ibu encik tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.

Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran kata saya perlahan. Hampir berbisik.

Maksud encik?

Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.

Tidak pernah saya terfikir begitu encik

Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.

Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?

Maksud kakak?

Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?

Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.

Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.

Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?

Kakak itu tersenyum dan berkata,tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.

Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita? Pasti ada! Insya-Allah.

Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.

Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita

Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.

Subhanallah!

Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.

Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.

Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?tanya kakak itu lagi.

Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!

Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.

Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.

Maksud encik?

Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.

Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.

Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji?

Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!

Giliran saya pula tersenyum.

Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.

Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!terang saya panjang lebar.

Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?

Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our ceo, kata orang sekarang.

Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan

Maksud encik?

Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.

Kenapa?

Kita akan sakit jiwa!

Kenapa?

Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

Tetapi Allah tidak berhenti memberi

kata kakak itu perlahan.

Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?

Ah, kita terlalu ego

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa diperingatkan semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan

orang ikhlas tertindas?

From:  Ermanormimi Binti Ahmad Roosli

Thursday, April 29, 2010

picture sport day

salam.

nak masukkan jugak gmbr ni tuk tatapan anak2 kesayangan mama.

Tuesday, April 27, 2010

weekend - minggu kecergasan

assalamualaikum.

actually n3 fatin dah lama tulis tapi tak leh posting. nak cite weekend yg meletihkan. tapi malas nak karang. so baca je lah kat sini ye  http://lupekanje.blogspot.com/ . tu kisah hari ahad. jumaat tgh dapat call dari ntah.. sampai skrg aku tak tau namanya. ajak main bowling jumaat mlm menggantikan orang. tournament by wanita umno cawangan. dah lama nak main bowling tapi kengkawan busy, bila ada org ajak, laju je setuju.. mlm tu first time aku jumpa team ixora. takut gak sebab dorang semua ada kasut n bola sendiri. mesti terror kan. perasaan bercampur aduk. tapi alhamdulillah dapat gak strike 3 kali. aku balik sebelum pemenang diumumkan. kul 11.30 kakak tu msj bgtau team kami menang. dapat gak rm60 seorang.

n3 yg dah lama tulis tuk tatapan adik fatin--

salam hari jumaat,

mama nak coretkan kat sini apa yg adik cakap kat mama semlm. mungkin akan jadi kenangan kita pada masa depan.

smlm adik tolong mama basuh pinggan, tolong mama kecahkan barang2 kek mama, tolong mama buat tart.. dengan skill adik ... hm tapi yg mama ingat tolong berbual ngan mama kat dapur.

adik cite hal kat sekolah adik. kata adik, mama ingat tak adik cite kawan adik tak de mama? oooooh yg tu mama ingat.. tadi kat sekolah mama baru dia ambik dia. ooooh dia ada mama baru ke? mama dia dah meninggal, pastu dia dapat mama baru.

........ adik boring lah tak de abah.. adik cakap kat cik maya, adik tak de abah, adik boring.. masa tu adik tido kat umah cik maya, temankan cik maya sebab pakcik tak de gi outstation..... macam lah cik maya kat sebelah tu tak tahu. .. cik maya lah yg banyak tolong, semoga Allah memberikan yg terbaik untuk cik maya.... kawan adik dapat mama baru, adik nak abah baru.....

lain anak lain peribadinya... masa abah meninggal adik baru 2 tahun. sekarang dah 5 tahun, kakak masa tu 5 tahun. tapi kakak tak de lah pulak macam adik...mama perasan, adik kalau ngan orang lelaki, tak kira lah abah sapa, tak kira lah tokwan ke, kawan2 mama ke, mesti adik nak dekatkan diri ngan dorang....

pause jap ... mama pening kepala. next time mama cite.......... kepala berdenyut2 je nih.......

Tuesday, April 20, 2010

pisang itu........terkilannyaa

assalamualaikum..

weekend yg teramat busy ngan xtvt anak2. tak dpt nak cite panjang lagi pasal hari potensi kanak2 tu sebab pic lum kuarkan dr phone.

nak cite pasal pokok pisang yang ditanam arwah ... buat kali kedua pisang telah berbuah... bukan berbuah dua kali erk.. dah tentu pisang tak leh berbuah dua kali pada pokok yg sama kan... arwah ambik anak pokok pisang tu kat jengka umah kak long. lepas arwah tak de thn 2008 kalau tak silap, buat pertama kalinya pisang tu berbuah. masih segar ingatan, camner ramai2 tlg tebang pokok tu bila tgk buah pisang dah dekat masak. suami kak aida - jiran yg tlg tebangkan, kak maya, along dan sedara mara kbtln ramai kat umah masa tuh. kata kak long pisang kerepek, memang besar mcm pisang tanduk.. sempat buat pengat pisang dari hasil yg pertama dan dapat  agih2kan pada kawan2.

ni tahun 2010 kan, anak2 pokok pisang dah makin banyak.. hasil kedua.. ada 2 tandan. tiap2 hari lalu je aku mesti jenguk buah pisang tu. dah boleh ambik ke belum. last week baru je tanya kak maya, dah boleh ke kita tebang pisang tu? kak maya kata, tunggu lagi seminggu dua biar dia dekat2 masak nanti kita tebang... semalam macam  biasa dari dalam kereta bila lalu je kat pokok pisang tuh aku jenguk.. aik cam tak de je.. betul ke? sampai je kat umah, bergegas kuar tgk kat belakang, siap gi kat bawah pokok pisang tuh...... sediihhhhhnya mana pulak buah pisang nih. jenguk yg satu tandan yang tersembunyi kat pokok jambu pun tak de. memang jelas nampak bekas tandan pisang tu dipotong. tak puas hati nih, masuk dlm msj kak maya tanya. kak maya pun tak perasan buah pisang tuh dah takde. petangnya kak maya kuar menge"CHECK" pisang2 ku yang hilang....

apa lagi sesi luahan perasan lak petang tuh... sampainya hati orang yg ambik pisang tuh. kalau ya pun nak ambik, ambik lah setandan je. ni dua2 tandan dikebasnya... kata kak maya tak logik kalau orang2 kat kawasan umah tuh, sebabnya memang dorang tahu. ni mesti kes pekerja2 yg sapu sampah kat kawasan umah nih... dah jadi sesi mengumpat pulak... masa tengah marah, tak nak halalkan orang yg ambik, tapi bila dah sejuk sket, tak pe lah rezeki lah pada orang yg ambik tuh... dapat gak pahala kat abang yang tanam pokok tuh. aku tak leh pentingkan diri...

tapiiiiiiiiiiiiiii terkilannya sebab hampir sebulan nih memang aku jenguk pisang2 tuh. terasa2 nak buat pengat pisang. sedapnyaaaaaaaaa masam2 manis..... aku halalkan pada orang yg ambik pisang tuh tapi kalau dia g jual memang sampai hati tul lah orang tu. malamnya kak maya bagitau dia ngan bibik kak aida g lagi kat pokok pisang tuh. dari siasatan awal kemnungkinan besar mat2 B****A tu ambik sebab dorang selalu tunggu bas pekerja kat bawah pokok pisang tuh.... sediiiiiiiiihnya.

siap minta tlg bibik sound kat dorang esok jgn ambik pisang yg kat pokok satu lagi tuh. pisang tu hasil dari pokok yg sama tapi ditanam oleh jiranku yg telah berpindah ke rumah barunya. harap2 kak maya msj kakak tu bgtau kita orang nak pisang tuh.. buruk siku erk...

sapa nak buat pengat pisang?????????? sedapnyaaaaaaaa

moral of the story, memang semua yg kita miliki adalah milik yg ESA tapi kalau nak ambik hak orang minta la dulu. sure aku bagi tapi bagi ler kat aku sesikat. ni dua2 tandan sekali. huhuhu

Thursday, April 15, 2010

d'lema

assalamualaikum...

semlm masa ambik si adik fatin dari nursery, cikgu bagi surat... ada program potensi kanak2... program hari sabtu nih. wajib hadir sebab adik fatin terlibat dlm persembahan. bila dah baca surat terfikir gak... kena tanya maktih dorang sabtu nih keje tak? kalau maktih keje kena tanya maklang dorang, bole datang tak?

sebabnyaaaaaaa....

mama ada class sabtu nih jugak. last week tak g class sebab g exam kat picc. dah msj kat lecturer bagitau sebab tak hadir first class. pastu petang ni msj adik kat uitm (maklang dorang) tanya bole ke datang. adik reply dia ada meting sabtu ni kat concord hotel sampai petang. huwaaaaaaaaa.... mama dah byr semester nih. class pulak kat uia nilai... dua minggu berturut2 tak dpt g, minggu2 berikutnya camne lah agaknya...

dah janji last week ngan kak farah (sepupu dorang) nak hntr dorang kat umah kakak farah sabtu nih sebab mama g class. mesti kakak farah sedey dorang tak dapat dtg. tapi mama lagi sedeyyyyyyyyy sebab tak leh g class.

TAPIIIIIII.... takkan lah aku nak pentingkan DIRI erk. patutnya aku pentingkan masa depan anak2 kan.. so i've decided go to program adik fatin. apa nak jadi ngan class mama???

ketentuan perjalanan hidupku dariMU ya Allah. ENGKAU telah merancang segalanya supaya semuanya menjadi sempurna kan? aku redha dengan perancanganMU ya Allah...... nak sedapkan hati.hu2

Wednesday, April 14, 2010

2 tahun nak beli syurga Allah????

Assalamualaikum...

nak pahatkan disini... sebab takut terdelete dr memory.

sejak awal minggu ni, aku perasan program kat ikim dah berubah2. pagi2 tak dengar lagi celotah deejay peberetku ustaz zamri dengan gandingan mantapnya zarita. so, sket sbyk bagi kesan pada hari2 yg aku lalui. hari isnin dan selasa kul 7.30 kat ikim tak dapat lagi dengar ilmu2 yg disampaikan oleh ustaz2 peberetku.memang rasa macam nak complaint kat ikim... n macam tahu2 je or maybe sebab ada pndgn dr orang lain kot.. program kul 7.30 tu diadakan semula dengan tajuk motivasi.

syukur hari ni aku tak beralih ke frekuensi 91.10 sebab salam.fm pun ok gak.. syukur juga sepanjang perjalanan ke opis pagi nih aku bukak 91.50 sebab byk ilmu yg dapat n semoga ilmu itu akan terus bersemi di ingatan dan semoga aku dapat beramal dengannya.

hari ini ustaz zamri ( penceramah yang ajar ngaji budak2 tu.. yg selalu cakap MANTOP...). tajuk motivasi aku dah lupa..yg tu simpan kat temporary files... dah terdelete.. hi3. tapi isi kandungannya sgt menyentuh hati pada yg mengambilnya sebagai pengajaran untuk kehidupan yg lebih baik.

kata ustaz zamri... kita hidup kat dunia ni dalam lingkungan 60-70 tahun.

so kita ambik average 65 tahun hidup di dunia

tolak 15 tahun (umur baligh.. kalau lelaki lah). lepas baligh kan dosa pahala kena tanggung sendiri

tolak lagi 15 tahun ( kalaulah kita tido 8 jam sehari nescaya kita ambik masa 15 tahun untuk tido shj)

tolak lagi 17 tahun (kalaulah kita bekerja 12 jam sehari nescaya kita ambik masa 17 thn utk bekerja)

tolak lagi 2 tahun ( kata ustaz zamri, solat 5 waktu paling lama ambik masa 10 minit, tapi kalau profesional maybe dlm 5 minit je, amatur pulak 1 minit... masa nih aku tergelak kecil.. ya lah kadang2 kita nak cepat2 je abiskan solat.. tapi dlm ketawa kecil tu tersentuh gak hati sanubari.. 10 minit 1 waktu kalau 5 waktu 50 minit.. nak mudah bundarkan kepada 60 minit mean 1 jam sehari kita solat n kalau dihitung kita solat hanya 2 tahun sahaja)

2 tahun sahaja yang betul-betul dikira ibadah. tu kalau solat tu betul2 diterima ALLAH. 2 tahun mampukah kita nak beli syurga Allah? ya Allah... bila dengar camtu rasa seram sejuk pulak. nak dibandingkan dengan kita kerja n tido yg lebih lama dari ibadah sebenar... takutnya.......

tapi kata ustaz lagi... camner kita nak buat?????

so kita jadikan bekerja kita tu sebagai ibadah juga. jadikan tido kita sebagai ibadah juga selain solat yg memang ibadah. so nak buat camner????

mulakan kerja dengan doa dan niat kerja kita hari ini sebagai ibadah. kalau waktu rehat kul 1-2 ptg tu kita dibyr gaji, so rehatlah pada waktunya... dan macam2 lagilah...

kesimpulannya... semua ini menyedarkan aku yg selalu alpa dgn kehidupan ini. matlamat di dunia dgn kehidupan yang kekal di akhirat... Ku mohon padaMU ya Rabb, kurniakanlah kepadaku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yg penuh segar mensyukuri nikmatMU serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU... amin

Monday, April 12, 2010

weekend yg memenatkan

assalamualaikum

tak sangka sampai awal kat opis hari nih. mulanya tak sedar jugak, tapi bila kak ti tanya, baru perasan. rasanya kuar umah pagi nih macam biasa 7.15 gak tp jalan tak jem macam selalu so kul 7.45 dah punch card. he3 awal 15 minit je. so bersyukur perjalanan pagi ini dimudahkan.. mood pun ok.

weekend yg memenatkan minggu nih.. seawal pagi sabtu lepas je solat subuh terus masak nasi sambil bersiap2 nak g picc. budak2 lum bangun. syukur gak sebab maktih dorang cuti so bole jaga dorang sementara aku bersilat kat picc ngan kertas2 soklan exam. masak sambal sotong. pastu terus je bfast ngan nasi + sambal sotong + serunding. cukuplah nak alas perut. terus gerak ke picc.

exam start kul 9.00, soklan pengetahuan am. soklan pertama waaaaaa senang tuh, slogan 1 malaysia, soklan kedua dah mula nak conpius jawapan, soklan seterusnya membuatkan aku berpinar2 tgk... n kesimpulannya cam tak lulus je. aku memang suka nombor, so paper kedua rasa macam boleh jawab tapi masa tak mengizinkan, bila dgr ketua pengawas cakap ada 10 minit lagi.. n lastly aku tembak je.. tanda je mana yg blum jawab tanpa tgk soklan... hu2 dah tentu fail lagi... semua paper kali nih aku rasa susah bebenar... tu tanda2 awal tak yah tunggu result bulan 5 nih. yg plg confident soklan minat n sahsiah sebab tak de jawapan betul ke salah. kul 4.30 habis aku terus balik umah... laparrrrr sebab tghr tak makan pastu mental penat, jadi fizikal pun penat... sampai je umah makan lagi nasi ngan sambal sotong... duduk kat sofa tertidur sampai kul 6. bangun solat pastu tido lagi..tersedar bila kakak ipar tipon. budak2 kat umah kak long tido sana..maksu dorang kidnap masa aku g exam. aku bgn solat maghrib pastu tetido lagi sampailah nak abis berita... tgk bola smpi abis, baru gerak dari sofa, mandi solat n tido lagi.

pagi ahad bangun awal lagi. solat then terus masuk bilik air, basuh baju sekolah kakak n baju2 lain.. kul 8.30 siap terus gi kedai.. masa otw ke kedai baru berkira2  nak buat desert apa tuk majlis baca yasin adik ipar yg masuk umah baru. bfast ngan roti je sambil masak-memasak, sambil sidai baju.. yg akhirnya semunya selesai kul 11 lbh. terus gerak ke umah adik ipar dengan kak maya. semua org dah menunggu, sebabkan yg bawa yasin tu aku yg terlewat...sian dorang. kul 2.30 balik umah... lepas solat tido lagih. nih memang kes mental yg kepenatan semalam. kul 4.30 tersedar azan asar, bangun solat.. ingat nak tido lagih ... tapi baju2 sekolah n baju2 keje kalau tak iron kelam kabut lah esok pagi.. iron berpsg2 baju kul 7 baru abis. solat n masak pulak tuk mkn malam. niat nak bawa budak2 kuar makan tapi dek keran hujan yg turun, masak je apa yg ada kat umah. pas makan, ajak kanak2 riang tu tolong lipat baju.. selesai semuaanya terus masuk tido..

pagi yg indah hari ini , moga keindahan itu akan terus bersinar selamanya...... amin

Friday, April 9, 2010

keciknya hatiiiii

hmmmmmmmmmmm............... keciknya hati akuuuuuuuuuuu? tapi ada ke orang kisah? hu... hu .... hu

sekadar memeriahkan umah ini

Assalamualaikum... Salam Hari Jumaat.......

Bersyukur kerana masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. Jumaat penghulu segala hari. semoga perjalanan hari ini melalui laluan yg sempurna. Belum ada kesempatan waktu yang panjang untuk update apa yg berlaku 2 bulan yang lalu... insyaallah bila sampai masanya.

balik dari surau semalam dah kul 10.00 mlm as usual bacaan yasin, menariknya ada solat hajat selepas solat isyak untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan seorang penduduk yang akan mengikuti pengajian di UK dan akan berlepas pada hari ahad ini.

kak maya tanya, jadi ke buat kuih? ke buat kuih bantal?... masuk gak ke dapur, tingatkan request officemate nak makan egg tart n cream puff. lama jugak lah tak buat kuih nih... lately ni asyik kek je... sambil adun pastri tuk egg tart, cari resepi cream puff... tapi tengok telur lak tak cukup... hm.. msj2 kak maya tanyakan telur tu.. lastly ngan telur ngan kak maya sekali datang umah tolong. dan akhirnya kul 3 pagi baru tido...

inilah hasil malam tadi:

tart telur untuk officemate

cream puff untuk officemate

coklat cake tuk adik fatin dan kawan2 kat tadika