JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Saturday, December 31, 2011

hari ini 31.12.2011

assalamualaikum..

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2011. juga hari terakhir daku hidup bersama-sama dengan orang yang sangat aku cintai di dunia ini 4 tahun yang lalu. hari ini 31.12.2011. saat daku menaip n3 ini, 4 tahun yang lalu pada waktu ini, abang baru pulang dari mindef, selepas merendam pakaian kerjanya, baju putih itu, abang terus mengemas stor. katanya pada si kakak, nanti senang mama nak ambik barang dalam stor...kat sofa tu, abang tunjukkan lyn gambar2 abang waktu kursus.... petang itu.. abang tinggalkan kami dan dunia ini untuk menuju kehidupan seterusnya... hu3... bila daku tingat, daku sedey.. bila daku sedey... daku nak nangis... itu 4 tahun yang lalu...

hari ini... 31.12.2011.. dari hari khamis malam, mama, kakak dan adik kat surau baca yasin sedekah tuk abang. khamis lyn tak keje sebab adik ada orentasi  tahun 1 kat sekolah. tiap kali program2 macam tu yang melibatkan ibu bapa, lyn mesti rasa sangat sayu... abang yang paling suka program2 macam tu. abang yang paling bersemangat nak pegi. nak tak nak lyn terpaksa jadi kuat untuk lalui semua itu sendirian. jumaat pagi lyn tak keje sebab nak selesaikan beli baju2 sekolah budak2 ni. jumaat pagi lyn baca yasin lagi dengan kakak. hari ini 31.12.2011 pagi2 lagi kami dah gi kubur. duduk lama jugak la hari ni. sangaaaaaaaaat rindukan abang.. bila time nak g kubur, yang paling bersemangat anak abang si adik fatin. cari yasin.. walhal dia tak pandai baca lagi pun.. al-fatihah dah boleh baca...cari bekas letak air.. cari tikar.. yang semuanya dah sedia ada dalam bonet kereta.. nak makesure semua tu ada baru dia rasa ok nak gi kubur.. semangat dan ketelitian dia tak ubah macam abang. hari ni lyn baca Doa tahlil dalam bahasa melayu sebab lyn nak ianya masuk dalam hati lyn dan anak2.
 
lepas gi kubur, singgah opis sekejap.. nak setlekan apa yang patut sebelum tahun baru bermula..

sehingga saat dan ketika ini, abang masih segar dalam ingatan kami.. Semoga Allah sampaikan pahala dari kami kepada abang, jadikanlah satu cahaya yang memancar dari sisi abang, gandakan rahmatmu Ya Allah dan keredhaan Engkau atas kami dan abang, Ya Allah jadikan keselamatan atas mereka daripada api neraka, dan kesejahteraan daripada api neraka dan lindungi daripada api neraka. Ya Allah ampunkanlah, rahmatilah dan maafkanlah abang. Ya Allah pindahkanlah abang daripada kesempitan kubur dan liang lahad ke syurga khulud kepada bayangan yang dibentangkan, air yang dituangkan dan buah yang tiada disekat... erti dari doa tahlil.

semoga Allah mencucuri rahmat ke atasmu Allahyarham Shahfame bin Ramly. Al-fatihah

me, my friend, car and maghrib time

assalamualaikum...

alhamdulillah, hari ini masih lagi dapat menghirup udara bumi, mata masih lagi mampu untuk melihat, telinga masih mampu untuk mendengar, kaki masih mampu untuk melangkah dan fizikal masih mampu untuk digerakkan walaupun sudah ada tanda2 badan seram sejuk nak demam. semua itu anugerahMU yang harus disyukuri nikmatnya. syukur ya Allah atas semua nikmat yang telah engkau berikan kepada hambamu ini. tidak  ada yang kurang sedikit pun malah berlebih.cuma rasa maluku kerana aku masih belum mampu untuk membalas nikmat yang ENGKAU berikan dengan melakukan sujud di tengah malam. aku masih belum mampu laksanakan rutin itu. Bantulah aku ringankan badanku untuk bangun Ya ALLAH.

nak cite pasal daku yang jarang keluar, tup2 di satu mahgrib, daku menemankan rakan untuk melihat sofa.. apabila keluar dari kedai.. masuk dalam kereta... pastu terus beredar. dum!!! terlanggar kereta di belakang... keluar dari kereta, tengok kereta orang belakang dah kemek... hu3... di satu maghrib.. syukur alhamdulillah pemilik kereta orang yang sangat baik hati... orang lain dah sibuk2 pasal keta dia.. dia datang tengok, pastu dia senyum memandang daku dan rakanku.. tak pe sket je tu... kawan2 dia sedang menghasut, sket apa tuh... ni mau RM1000 kena ketuk semula... daku pandang kat pemilik kereta yang bernama Syamsul... dia senyum je... leganyaaaaaa.. macam melayang2 lah pulak kan perasaaan. ni bukan perasaan aku taw... perasaan kawan yang aku temankan tu.. boleh tahan la sejuk la mata memandang wajah si syamsul ni... oleh kerana nak cepat beredar nak gi solat maghrib, daku bagi no phone.. minta dia call bila dia dah baiki keta dia.. apa nak buat, sudah suratan di waktu mahgrib itu...

baiknya si syamsul ni, lepas 3 hari dia tak msj2 or call pun. daku msj tanya pasal keta dia, dia cakap it's ok..dia tak nak aku bayar pun kelukaan kat kereta dia tu. susah erk nak cari orang camni.. sib baik juga yang dilanggar itu kereta yang serupa dengan kereta daku. hati pemilik kereta yang sukar nak dicari dizaman ini. semoga Allah memberikan kejayaan dan meningkatkan rezeki Syamsul.

itu je nak cite panjang, tapi dah lama pulak n3 ni jadi draft...

Wednesday, December 21, 2011

sedih sangat-sangat

Ya Allah, kuatkanlah hati aku setelah mendengar semua ini.. aku redha ya Allah semua perkara yang berlaku atas kehendak engkau Ya Allah. Jadikan aku hambamu yang tabah, yang kuat, yang cekal hati menerima semua ini. aku masih kat pejabat dikala mengetahui semua ini. tak tau kenapa hari ini kesedihan itu membuak2. air mata pun tak nak berenti lagi sekarang. Ya Allah ampunkan aku kalau perkara ini terjadi atas kekhilafan aku dalam perhubungan ini. Ya Allah, kuatkan aku, lindungi aku dari putus asa untuk memperbaiki perhubungan itu.aku nak menangis sepuas2nya. dah tak tau usaha yang sebagaimana yang mampu untuk memulihkan semua ini.

kadang2 terfikir, kenapa aku masih nak fikirkan hal itu??? nape ya??? sebab aku ini insan yang pernah kehilangan. kehilangan orang yang tersayang padaa saat aku masih memerlukan..kehilangan orang yang aku sayang sebelum aku tunjukkan kasih sayang. sebab itu, aku tak nak kehilangan lagi, setiap orang yang ada disisi aku. adakah aku yang bersalah dalam hal ni?

atau inikah dugaan yang engkau berikan untuk menguji sifat kehambaanku kepadamu Ya Allah... lindungilah aku. dah lama aku tak menangis seperti petang ini. ampunilah kesalahanku Ya Allah.. baikilah perhubungan itu, aku hanya ingin menjadi hambamu yang solehah dunia dan akhirat.

sangat sedih ketika ini.... moga kesedihan ini akan berlalu pergi... bantulah aku Ya Allah..

Saturday, December 17, 2011

keje itu ibadah?

assalamualaikum...

alhamdulillah dapat kembali lagi kesini...hari ni g opis. kul 10 baru sampai. nak setlekan keje yg due date isnin kena hantar. balik dari opis jap g nak buat agenda lain pulak.

seperti adanya, sunyi bebenar umah.. kesunyian sebab mama tak dengar suara anak2 mama...hu3.. sedey erk. :(  adik pulak balik keje kul 10 kadang kul 11 baru muncul. daku balik opis kul 6 lbh. time rajin g foodcourt beli makanan. time malas, roti je lah daku nyer dinner sowang2, nak kata diet tak juga kurus2.. sampai je kat umah dah dekat kul 7. dengar je azan cepat2 ambik wuduk terus g surau.. pas maghrib baru balik umah mandi jap.. makan jap... pastu kul 8 g surau semula. akak2 ada.. so sambung baca quran dan terjemahan. semalam daku nengok quran yang daku beli...15 miracle quran... tarikh beli 23 september 2010.. daku dapat selepas balik dari umrah. semalam nyer tarikh 16 disember 2010... baru je sampai juz 10. agaknya tahun depan pun tak abis lagi khatam quran tu. apa pun daku berpegang pada perkataan ' istiqamah'. biar sedikit tapi berterusan. Ya Allah, mohon Engkau teguhkan hati2 kami untuk mempelajari ilmuMu yang maha luas, bantulah kami untuk istiqamah mempelajarinya.. biasanya kul 10 mlm baru balik umah.

hmmmm... pagi ni malas tul nak bangun. sebab tingat hari ni cuti kannnn. dengar je azan subuh... bukan cepat2 bangun. sebaliknya tarik lagi selimut... pastu dengar imam dah baca.. dah mula solat... fikir2 lagi tuh.. nak solat kat surau ka.. nak solat kat umah ka... tu lah kan... iman kita ni turun naik... daku kuatkan hati.. solat kat surau lah... pastu dengar lak bisikan.. kat umah lah. hari ni jeeee. weekend. weekday memang slalu subuh kat surau kan... teruk tul perangai... last2 daku dengar, surah al-fatihah dah nak abis.. daku cepat2 bangun... gagahkan juga melawan syaitan yang ada kat sebalik selimutku itu... akhirnya sampai gak kat surau.. tapi orang dah abis rokaat pertama. alhamdulillah  pergaduhan daku dengan syaitan pagi ni membawa kejayaan kepadaku...

pas subuh, kak sariah ajak baca quran. baca sorang semuka je. istiqamah... sket benar bacaan. tapi tak pe yang penting buat.. teringat satu kisah.. tak tau la baca kat mana. dah lupa. lebih kurang kisahnya macam ni lah. kalau salah bagitau ya. kalau nak tau detail, kawan2 minta tlg pakcik google cari k. sungguh, daku dah lupa kat mana daku baca. kisah seekor burung kecik yang terbang mencari air dan membawa air dengan paruhnya untuk cuba menyiram satu hutan belantara yang sedang terbakar. burung2 besar mentertawakannya.. adakah engkau berjaya memadamkan kebakaran itu?.. jawapan si burung kecik itu... sehingga kini daku cuba untuk aply dalam setiap kehidupan dan perjalananku.. katanya : mungkin aku tidak berjaya memadamkan api yang sangat besar ini, namun, kelak jika Allah akan bertanya kepadaku... apakah usaha yang aku buat untuk memadamkan api ini... sama juga apa yang ustaz cakap hari tu... yang Allah lihat adalah  usaha2 kita, walau kecil..walaupun ianya mungkin tidak membawa kejayaan. daku juga sedang buat bermacam2 usaha untuk tapi masih belum berjaya jugak.. allah mendugaku... macam  juga cikgu2  yang nak bagi markah exam kan. kalau yang subjektif. ingat lagi cikgu kata buat jalan kira.. kalau matematik/ or subjek akaun..kan.. kalau jawapan akhir tu salah.. tapi ada jalan kira... cikgu bagi gak markah.. cuma markah tak penuh je kan!!!. so.. walau sekecil mana pun  kita tetap kena berusaha..

dah panjang pulak cite tuh. senornya nak cite pasal baca terjemahan pagi tadi. semalam kami dah masuk surah At-Taubah. satu2nya surah yang diawalnya tidak dibacakan Basmalah. kenapa? nak tau detail g bukak quran ya. pagi tadi masa daku baca terjemahan, tengok kat safaqah ayat tu. cerita tentang syirik.

ada dua jenis syirik. satu syirik besar kalau dibuat, semua amalan kita tidak diterima. dan satu lagi syirik kecik - contoh yang diberi adalah riya' - kalau dibuat segala amalan yang berkaitan dengan riya' itu tidak diterima. bergegar perasaan bila baca. daku tanya kak sariah.. mungkin macam ni lah kan. contohnya kalau orang tu solat, kalau orang tu baca quran tapi dalam hati ada perasaan riya'. bangga erk boleh baca quran, solat orang nampak... maknanya amalan2 solat dan baca quran itu tidak akan diterima oleh Allah. kannnn.. takutnyaaa... sebab kita ni manusia. kadang2 perasaan riya; tu muncul.. namun, dalam hijrah 1433 masihi ni, daku sedaya upaya, berusaha untuk istigfar kalau secuit timbul perasaan itu dalam diri..Ya ALLAH ampunkan aku, kikiskan perasaan riya', lenyapkan perasaan bangga.. apa yang aku lakukan semuanya atas kekuasaanMU. banggakah kita kalau kita berjaya laksanakan sesuatu dan dipuji orang?.. kalau ada, cepat2lah kita istigfar dan kembali mengingati bahawa yang menjadikan urusan itu mencapai kejayaan adanya Allah yang maha kuasa. kalau kataNYA "KUN FAYAKUN" maka jadilah..kalau pagi tadi kita masih boleh mengangkat tangan tiba2 petang ni dah tak berdaya buat begitu.. semuanya kan itu atas kekuasaan Allah..Ampunilah aku Ya ALLAH atas apa yang telah aku lakukan dengan sedar atau tanpa sedar semalam, hari ini atau hari2 esok .. pimpin dan bimbinglah daku untuk menjadi hambaMU yang solehah.

memang dah lari dari tajuk sebenar.. sebab semua yang daku taip ini terus dari kepala turun ke jariku tanpa ada tapisan (tak baca peruf ok :) nak cuba rungkaikan pasal keje itu ibadah. sebabnya... bila ajak kawan2 g surau, ada yang berkata insyaallah, ada juga yang berkata hari ni penatlah, keje kat opis tadi banyak.. balik dah letih. tapi.... dalam penghijrahan daku kali ini...daku akan berusaha untuk solat kat surau selagi terdaya..cuba lawan nafsu penat, cuba lawan nafsu malas.. cuba lawan nafsu nak bersenang2 kat depan tv. itu yang daku tengah usahakan. daoakan daku mampu beristiqamah ya. sebenarnya ulasan daku pada kak ina.. yang membawa aku kepada n3 ini.

kita semua penat kan kak.. tapi kalau kita tak kuatkan hati datang.. kita tak buat juga. dah la kat opis keje banyak. penat.. tapi kalau semangat, mesti kita akan datang jugak kat surau ni. so that target kita nak khatam quran dan terjemahan dapat selesai sebelum ramadhan 2012. kalau ikutkan kat opis, kita dah bertungkus lumus buat keje duniawi...kita kena cuba peruntukkan masa untuk urusan akhirat kita kak... kat sini lah bila terkeluar dari mulutku perkataan ni... aku terbayang.. kita datang opis, terus buat kejer...kadang2 tu punyalah asyik dengan keje sampai waktu solat pun tak perasan. zohor kul 2 lepas lunch hour.. ada jugak yang lebih senang solat zohor diakhir waktu sebab pastu boleh solat asar terus (bagus sebab asar di awal waktu).. tapi dengan kata2 tak lah ambik masa sangat solat sebab keje nak buat banyak lagi... kat sini kita kena muhasabah diri... kita hidup kat dunia ini bukankah sebagai jambatan untuk kita ke akhirat .. kepada kehidupan yang lebih kekal abadi.

kadang2 tu, ada call dari client. client tak puas hati.. masa cakap ngan client kat phone ok je. kalau f2f pun lembut je bahasa.. tapi pastu macam2 kita sebut pasal client tu.. dorang ni tak faham2 ke, apalah dorang ni, dah kata tak boleh tak boleh lah, dia ingat dia hebat kalau dia guna cable besarrrr... kat sini, kita dah mula marah2, mula keluarkan macam2 perkataan yang tak sepatutnya.. so, apa yang tinggal? penat bekerja je yang tinggal.. kat mana kita nak raih pahala ibadah kita dalam bekerja????. dalam tempoh 8 jam bekerja, yang betul2 ibadah mungkin 10 minit g solat tadi.. itupun dah dekat2 macam jamak dah..

kat sini, hari ini, daku nak betul2 kan hati daku ini.. daku nak jadikan setiap saat yang daku jalani atas dunia ini sebagai ibadah. marilah kawan2 sama2 kita berusaha untuk capai itu..setelah kita berusaha... kita boleh berdoa supaya Allah mengabulkan semua permintaan kita kan...

kau berkati lah kehidupan kami Ya ALLAH..

Tuesday, December 13, 2011

dugaan

assalamualaikum.

alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya, kita masih lagi dapat menghembuskan nafas pada pagi ini.

sejak 2 hari yang lalu, pemikiran daku masih terarah kepada masalah itu... yang mampu daku buat, berdoa dan berfikir tentang betapa kita harus bersyukur, kita punya masalah, orang juga begitu... kita rasa masalah kita lah yang paling besar...tapi bila dengar masalah orang... rupanya kalau kita ditempat orang itu, mungkin tak tertahan ujian yang Allah berikan itu...betapa tabahnya engkau wahai kakak..

teringat satu terjemahan daripada al-quran... hmmmm ayatnya tak pasti surah pun tak pasti... tapi perkara ni kakak2 kat surau tu dah kupas panjang lebar.. mengikut terjemahan tu : " kita kena bersabar dan solat". mungkin ayat ni lah kot..
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 153)

kenapa daku nak masukkan n3 ni adalah sebagai ingatan dan renungan untuk semua. memang itu niat sebenar. supaya mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

kak Mah (bukan nama sebenar) menjemput daku ke kenduri perkahwinan anaknya. tapi daku tak dapat hadir pada hari majlis berlangsung. selepas seminggu berlalu, daku dan kawan  gi ziarah kak mah. nak tengok pengantin.. makan2 dan sembang2. kak mah cite pada kami, baru je seminggu majlis, penat belum selesai, tapi dah nak bercerai.... terlopong lah kami.. nape kak. nape pulak anak akak nak bercerai?

kak mah pun cite.. seminggu sebelum majlis, bakal menantu (lelaki) bagitau yang dia ada penyakit.. penyakit apa???? punyalah tak sabar kami nak tau. katanya Hepatitis B.. orang kata Hepatitis B ni lebih bahaya dari HIV.. ntah daku blum sempat lagi search maklumat lanjut...pastu kak mah pun dapatkan nasihat dari sedara2nya yang keje kat hospital.... so, kakak kak mah tanya camana, nak langsungkan ke tak?...akhirnya majlis dilangsungkan juga sebab semua persediaan dah dibuat. kad dah edar, catering dah tempah... semua dah siap.... majlis berlangsung dengan meriahnya.

selepas majlis, si anak perempuan terlihat pic2 sosial si suami di internet. apalagi perang meletus... terfikir oleh si isteri.. sang suami mungkin dijangkiti oleh hepatitis B daripada pergaulan sosialnya ketika mengikuti pengajian di negara matahari terbit.. dah risau pulak kak mah... si anak tak nak sanding pada majlis sebelah lelaki yang akan diadakan beberapa hari lagi...kak mah pun risau dan maybe perkahwinan yang belum pun cukup sebulan itu mungkin akan berakhir dengan penceraian.

suatu kebetulan... daku gi kelas pengajian umum ahad lepas di masjid putra. dan kebetulan tajuknya adalah kesihatan dan penceramah adalah seorang doktor. jadi selepas program daku gi f2f dengan dr. nak tanya kes kak mah. kata doktor... nikmat sihat adalah nikmat kedua selepas nikmat iman dan islam... cuba fikirkan, kat masjid2 kita nampak makcik2 solat duduk atas kerusi... sebab tak mampu untuk berdiri.. sakit lutut. tak mampu untuk sujud... kita yang sihat bersyukur dapat solat dan letakkan dahi kita pada sejadah... itupun ada juga yang tak nak solat...

kata dr. camtu lah.. kalau orang tu dah bertaubat... kita bagi peluang untuk dia meneruskan kehidupan. sekiranya perkahwinan hendak dikekalkan. isteri perlu mendapatkan nasihat daripada doktor. kalau antibodi tak de so kena ambik ubat supaya hepatitis tu tak berjangkit pada dia. masalahnya sekarang, kata kak mah mungkin akan diteruskan penceraian. mesti la dia tak nak satu2nya anak perempuan dia dijangkiti kan.

kak mah pun dah dapatkan nasihat undang2. maybe boleh dibatalkan perkahwinan sebab anaknya rasa tertipu.. camtu jugak kata doktor hari tu..

apa pun, yang penting pengajaran dari kisah ini :
1- bukan hanya lelaki yang perlu "Mencari" pasangan hidupnya tetapi pada zaman sekarang wanita pun ada hak tersendiri untuk menerima atau menolak lelaki yang akan menjadi pasangannya. memang perlu check up HIV/AIDS tapi cam kes ni Hepatitis B tu pun kena check la jugak. disahkan lelaki tu hepatitis yang aktif.

2 -pada daku, dugaan yang Allah beri  pada anak kak mah. mungkin laluan yang berliku yang perlu dihadapi untuk mencapai kebahagian. Allah kan perancang Yang Maha Hebat.

3- dosa yang kita buat hari ini adakah kita pasti orang tidak mengetahui???? kalau pun tidak diketahui orang... adakah kita terfikir CCTV Allah yang maha hebat?

berdoalah, bersabarlah dan bersolatlah .... semoga Allah memberikan rahmat kepada kita semua.

Sunday, December 11, 2011

mencari...

assalamualaikum...

baru je n3 sekian lama...ingatkan semuanya kembali seperti sediakala. rupanya hujan turun jugak.. iya lah kan sekarang musim hujan erk. pada adikku di terengganu... berhati2.. walaupun sure la umah tak banjir kan..kegembiraan hati cuma seketika... rupanya ia tidak seperti yang daku sangka.. semuanya serba tak kena... ntah lah kehidupan kat depan banyak liku2. daku dah cuba seikhlas hati melaluinya dengan pelbagai cara dan kaedahnya. hanya yang mampu daku buat saat dan ketika ini, berdoa moga Allah lembutkan hati kita semua... melihat dunia ini sebagai jambatan untuk kehidupan yang kekal di sana.

bulan ni terasa sangat sunyi, bila tak dengar hiruk pikuk suara kanak-kanak riang tu. masih di kampung sehingga akhir cuti sekolah. semalam gi keje. awal pagi kul 8 dah sampai opis. ditegur budak opis, eh.. pn lyn awal hari ni. agak terkejut kot, biasanya hari cuti, jarang daku gi ot. tup2 awal2 dah sampai... semalam hari yg penuh xtvt. buat keje sampai kul 11. pastu terus balik rumah, tengok adik dengan kawan dia dari shah alam dah sampai... terus siap.  dari putrajaya nak ke keramat. kenduri rumah mummy (adik kepada arwah ibu mertuaku). kul 12 kuar rumah, kul 2 ptg baru sampai keramat. punyalah lama. daku ingat kul 12.00 kuar, 12.30 sampai la. bukannya jauh sangat pun.. rupanya punyalah banyak kete.. pastu cari parking pulak. kiri kanan kenduri kawin. last2 parking kat masjid.. menapak jalan kaki di tengah terik panas mentari. hu3... semangat tul. kalau tak kerana mummy, sah daku tido je kat umah. sampai2 je terus makan... pas makan baru g jumpa sedara mara... walaupun semua tu sedara mara abang, tapi dorang ni sangat mesra dan sangat mengambil berat akan daku.. jumpa nenek.... " dah lama tak datang umah nenek ya, mana budak2"... nampak sangat erk daku dah lama tak ziarah dorang. paling sedih bila tengok pak itam.. kurusnya. lyn nak je cite ngan abang, pak itam selalu call lyn.. antara sedara abang, pak itam yang paling ambik berat pasal lyn. lastweek pak itam call lyn, sebab last week lyn tak ikut rombongan gi kenduri sebelah perempuan. abang lan anak mumy dah kawin. lyn cakap ngan pak itam lyn outstation kat melaka pastu nak balik kg. pak itam sakit.. kurusnya macam abang... rasa nak menitik airmata tengok pak itam, terus teringatkan abang. boleh ke daku sambung cite ni... sedeyyyy la pulak.

pastu jumpa mummy, jumpa sume la sedara2... pastu minta diri.. kul 2 sampai... kul 2.30 dah nak balik. ila, akak ngan kak long datang kul 11, dorang pun tak balik lagi... daku dah angkat kaki.. faham benar dorang ngan ke busy an daku... busy ka?... saja la buat busy, kalau idak, sedey dan sunyi ja memanjang. dah la datang lambat, tolong pun tak.. nak balik pulak awal... apa lah dorang sebut pasal daku erk... nak buat camana banyak pulak agenda semalam..

dari keramat.. kununnya ke putrajaya mrr2 tak jem.. rupanya sama je.. adik janji ngan fauzi nak gi servis kete kat proton serdang kul 2.30... gerak dari rumah mummy dah 2.30 pastu solat dulu... kul 3.30 baru sampai pusat servis. pastu dah buat pulak appointment dengan ray tech nak tinted kete kul 4 ptg. hu3.. masa ni daku pulak janji ngan cik leha nak g semenyih..ni kes cik leha.. tuan rumah dah masak durian, mee kari bagai sebab dia cakap nak datang. pastu dia lak tak bgtau daku... daku pulak.. nak je suh adik g ngan kawan dia tinted kete... tapi dia cakap, aku tak reti sangat jalan kat situ... tu lah adik... manja bila ada kakak... nak tak nak terconggok pulak kat kedai tinted tu sampai kul 6.30 ptg... yang tuan umah kat semenyih dah tipon, kul berapa nak datang. sian tuan umah.. dari pagi call.. sampai petang.. tetamu tak sampai2..

akhirnya pecut balik umah. sampai je umah tukar baju, terus g umah cik leha. sampai ja kat umah dia dah maghrib. solat dulu kat situ.. pastu kami gerak ke semenyih.. first time g situ, umah pun tak tau, main redah je.. akhirnya dekat kul 8 sampai jugak kami kat situ... bersyukur.. kepenatan dibalas dengan mee kari yang sangat sedap, bubur kacang durian sampai 3 kali tambah... sambil menikmati 2 biji durian.. kata kak tim jom kita g dusun.. ha2.. dusun dalam taman perumahan.. ha3... dok kat koridor umah dia jee, dengan angin sepoi2 dari kipas sambil cit cat... sedey2 dengar cite dia... tapi mee kari, bubur durian dengan durian2 abis gak kami makan. kesedapannya masih segar sehingga ke hari ini... cit cat macam siang hari... tengok2 jam dah dekat kul 10.30 mlm... so kami minta diri.. sampai balik umah kul 11 lebih... pastu tido kekenyangan.. rasanya lama dah daku tak kuar mlm berxtvt dengan kawan2.. biasanya dengan kakak2  n makcik2 kat surau baca terjemahan.. ada lagi ke orang yang nak ajak daku berxtvt????

subuh pagi ni ada ustaz ansarullah... tafsir... jemaah lelaki ramai gak tapi jemaah perempuan makin berkurang... cuti agaknya.. hanya ada kak pah, kak wan yang baru je balik dari menunaikan haji and daku. pagi ni roti canai sarapan kat surau.. tapi daku tak de selera. balik je rumah, tukar baju g cari sarapan.. hari ni ada 5 orang.. tapi tuan umah ni malas masak... tingin nak makan nasi kerabu... tapi tak de.. dapat la bfast dengan nasi dagang. tapi awal pagi dah bfast dengan durian yang kak tim bagi semalam. sedap tul.. tau2 ja kak tim ni. pastu hantar cik leha gi erl... daku yang mulanya dah pasang niat nak g opis... bawa diri g masjid... hari ni kelas pengajian umum. ramai jugak ya cuti2 ni.. Dr Muhaizan.. Doktor patologi katanya.. cite pasal kesihatan...mula langkah mcm tak nak gi masjid je tadi... tapi gagah juga... yang akhirnya bukan satu kebetulan tetapi kukira satu ketentuan/ takdir yang Allah dah tentukan untukku hari ni... besar manfaatnya bila daku dapat f2f dengan Dr  tadi... syukur ya Allah semuanya dalam perancanganMU.

kul 12.30 tgh... hmmmmm fikir lagi... nak g opis ka?... macam dah takde tenaga yg banyak... malas benar...otw balik... ok gak erk gi tenangkan hati.. kete dari masjid putra... terus ke masjid besi... ambik wuduk.. duduk kat situ.. angin sepoi2, capai quran... makin dibaca makin sayu... sedey erk sorang2 diri... kalau lah abang ada.... hu3... pastu solat zohor kat situ... kalau ada kanak2 riang tu mesti sampai asar kat situ... tapi dek kerana daku sorang2 je... angkat kaki... balik umah... hari ni tak de agenda...terasa la pulak nak makan nasi goreng daging kat kedai sup tu...

hati sayu sangat hari ni... nak gi kubur... tapi sorang2... tingatkan abang... hujung tahun ni dah 4 tahun abang pergi. setiap saat dan ketika... lyn doakan abang ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. amin...

bawa diri kuar dulu dari sini...insyaallah akan kunjungi lagi umahku ini...

Thursday, December 1, 2011

setelah sekian lama

alhamdulillah..

dapat kembali ke sini setelah sekian lama... lama ke?... rindu lah jugak nak meluahkan perasaan kat sini...

setelah sekian lama... alhamdulillah segalanya kini kembali ceria
setelah sekian lama... alhamdulillah terdengar khabar dari sana
setelah sekian lama... alhamdulillah semuanya seperti baru bermula
setelah sekian lama... alhamdulillah doa dimakbulkan olehNYA

luahan yang sangat mendalam... dalam ke?... sangat bermakna la bagi daku..

sekarang ni rumah agak suam2 kuku je.. sebab kanak2 riang sedang kegirangan di kampung halaman. selasa malam daku naik bas blk kg. rabu (semalam) daku balik sini dengan si adik fatin.. sebabnya sabtu ni ada majlis graduation tadika. excited tul dia nak g sebab ada persembahan.. si kakak menitiskan airmata nak ikut balik... tapi ditenangkan oleh tok.. mama ngan adik balik 3 hari je... sabtu or ahad nanti, daku pulang semula ke kampung bersama dengan si adik fatin dan maklang beserta dengan kereta baru ayah...
2 mlm berturut tido dalam bas.. hari ni sakit2 belakang... tak sempat makcik nor nak urut, telefon berbunyi.. dek kerana rakyat didahulukan... daku perlu setlekan hal cikgu.. akhirnya cik nor pun dah g... sakit lagiiii... takpe2 jap2 g ok lah tuh...

jap lagi nak g outstation kat melaka sampai sabtu.. pastu balik kg.. pastu balik sini semula hari rabu ngan keta baru adik pulak.. first time kot daku akan drive sebegitu jauh..

TO BE CONTINUE... ADA URGENT LA PULAK

Friday, November 11, 2011

alhamdulillah

assalamualaikum...

last post n3 jumaat lepas. alhamdulillah this post pun jumaat jugak. tak de kesempatan sangat nak menaip hari ni. sebab ada target keje tu nak diselesaikan hari ni juga. insyaallah.

last n3, letih daku menaip, cite panjang tapiiii tak lepas nak post.. sebab tu kalau tengok tajuk tak menggambarkan isi kandungan... apa pun... aku sangat bersyukur... sebab aku masih disiniiiiiiiiiiiii.... semuanya telah terjawab... but mungkin aku masih disini selepas semua yg berlaku... tetapi masa daku disini mungkin akan sampai ke garisan penamat juga... namun, daku akan menentukan perjalanan itu... tapi sume tu kan dibawah Kekuasaan YANG ESA..... sory yer... hanya daku yg memahami apa isi n3 ini.

sebenarnya, hari ni daku seperti terpanggil2 nak post n3 ni sebab kerinduan daku yg sangat tinggi pada arwah. tadi pas solat subuh kat surau, boleh terfikir, kalaulah dapat cium tangan arwah pagi ni...mesti rasa sangat bahagiaaaaa.... daku suke sangat bila tengok arwah pakai baju melayu. setiap kali nak solat, tak kira la kat umah ke kat surau ke kat masjid ke, mesti arwah pakai baju melayu ngan kain pelekat... hu... sedeynyer... daku suke sangat kalau pas solat, salam ngan arwah... tak tau la nak cite cam mana... tapi dia akan pegang tangan, tengok muka daku, pastu cakap abang pun minta maaf jugak.. sangaaaat ikhlas..... masa ni kan. kalau pun dia yg buat salah, mesti daku tak sampai hati bila tengok muka dia, bila dengar dia cakap camtu.. kalau daku yg salah, lagi lah rasa bersalah... slalu dia cakap, tak baik yang buat abang camtu... hu3... sedeynyer sampai lah kat opis... elok je sampai opis, rasa lebih relaks... terlupa dah hal tadi.

terkadang nak luah tak tau kat mana... abang... lyn rindukan abang.. tak leh nak sambung, tiba2 nak nangis kat sinii...

semalam dengar cite cik hamidah mualaf, dia menjawab soalan pemanggil... daku tak leh nak taip lagi... sory.. to be continue k.

Friday, October 28, 2011

hari ini aku masih disini... esok ???

assalamualaikum...

salam 1 zulhijjah..teringat daku pada kak wan som yang pada saat dan ketika ini berada di Mekah untuk menunaikan haji. Semoga kak wan dan abang azman dipermudahkan segala urusan dapat menjalani ibabah haji dengan sempurnya dan mendapat haji yang mabrur. ameeen. pada kawan sekuliah masa kat utm dulu Naharuddin dan isteri, bahagia rasanya korang dapat pergi haji di usia muda dan masih gagah untuk melaksanakan rukun islam yg kelima ini. hmmmmmmm bilakah tibanya masa daku???? harapnya soon lah ya. mak lang, meh la kita g cepat2.

Korban dan pengorbanan
last week ada hadir kelas kat masjid putra. tajuk kurban dan pengorbanan disampaikan oleh ustaz soleh. selama 32 tahun hidup, hari tu baru ku tahu bahawa " korban ni sebolehnya dibuat setiap tahun". daku ingat bila dah sekali buat, tak yah la buat lagi..kata ustaz lagi, kalau mampu buat setiap tahun, sebolehnya satu rumah ada satu korban yang dibuat setiap tahun. daku pernah buat kali pertama kat sek.alam shah putrajaya. daku tak gi pun, niat dan bayar untuk korban daku dan arwah suami tersayang. tak tengok pun darah lembu yang keluar tu sebab masa tu daku meyambuat aidiladha di kampung. kesan dari kelas tu, daku berhajat melaksanakan pada tahun ini. daku dah g bank in untuk korban kambing untuk daku dan arwah juga tetapi korban kali ini di Somalia. bukan sebab pakej yang paling murah k. sebab sian kan kat orang somalia kan. kalau dorang dapat makan daging kambing tu, daku rasa sangat bahagia walau daku tak g sana. diuruskan sepenuhnya oleh HALUAN. kadang bila terfikir, ustaz cakap bila kita mampu. hmmmmmmmm kadang beli baju pun lebih erk dari bayaran seekor kambing atau sebahagian lembu yang nak dikorbankan.. tak sayang pulak tu nak korban duit beli baju tapi sayang benar kan nak kuarkan duit buat korban... itulah yang aku faham dengan makna korban dan pengorbanan pada tahun ini selain kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Isa.
setelah sekian lama menyepi.. hi3.. 

ni lah pamplet haluan.. macam2 pilihan binatang korban dan tempat korban. daku pilih kambing di somalia. daku dapat pamplet ni masa g kelas ustaz soleh

keje

awal bulan hari tu agak busy. macam2 xtvt. busy ka???? saje la daku membusy kan diri.. hmmmmm first time daku bertugas kat parlimen pada hari pertama sesi bermula. bestttttt.. pengalaman yang tak ternilai.. dulu masa study pernah gak daku ikut rombongan belia g parlimen.. tapi kali ni berbeza sebab daku kena bertugas. first time jugak opis ni hantar pegawai kecik macam daku ni... bukan fizikal kecik k... tapi jawatan kecik... biasa erk PTD yg g bertugas.. apa pun aku sangat bersyukur kerana telah terpilih untuk hadir dan bertugas... kebetulan hari pertama parlimen bersidang kali ni, semua ahli2 parlimen ada. ada PM, TPM tak de. yang lain2 ramai la jugak termasuklah pihak pembangkang... best2.. sib baik soklan Kem.Pelajaran no.10, sampai no.9 dorang dah stop, kalau tidak merasa lah jugak daku kena g esoknya EPRD sit tuk tulis soalan. walaupun begitu, sampai kul 7 lebih daku dengan seorang lagi pegawai EPRD balik. dekat kul 9 jugaklah baru daku sampai rumah... dengan KFC... semata2 mahu mengembirakan anak2 mama sebab mama balik lewat...

bulan ni jugaklah sibuk dengan taklimat. daku ikut gi kajang hari tu bulan 9 kan, pastu g PD..daku joint bermalam kat Selesa Beach Resort yang pada pandangan memang tak berapa nak selesa dah kot.. and last bos suh masuk nama daku untuk ke Sabah.. here some pic untuk kenangan kita kawan2..

urusetia
with shu orang kuat program taklimat ni
keluarga bahagia.. sayang mama papa alesya..

gi terengganu

letih menaip, banyak paragraph yg hilang. takmo dah... nak rest

Friday, October 7, 2011

terkilan

pada saat ini, hati rasa sangat terkilan.... adakah ini yang terbaik?????

Tuesday, October 4, 2011

tiba2...

assalamualaikum...

tiba2... terasa nak update blog di petang ini... ditengah keje yg menimbun di atas mejaku ini. hu3...

tadi terbaca kat blog kawan rasa kerinduan dia pada arwah. hu3... tiba2 daku jadi sedey jugak... teringat tak lama pas arwah takde. rasa baru 2 ke 3 minggu kot.. daku gi kelas. mcm biasa.. pas abis keje, terus gerak ke upm. sampai je kat parking... hati tiba2 tingatkan arwah... daku nangis sepuas2nya dalam kereta. tingat lagi sampai bengkak2 mata... pastu fikir2 lagi, nak kuar tak dari kereta. nak masuk tak kelas... kugagahkan jugak kaki masuk ke kelas... saat itu,  daku pasti lecturer sangat memahami apa yg daku rasa... sambil menaip entry ni pun airmata laju jugak... tingatkan abang... rindukan abang...

Ya Allah, tempatkan suamiku dikalangan orang-orang yang beriman... ameen.. dah tak bole nak taip lagi...

Monday, October 3, 2011

keje hari ini...

assalamualaikum...

sekarang dah jam 10 mlm. badan dah rasa weak sangat. tapi dek kerana kanak2 riang ni masih belum selesai buat keje sekolah... tak dapatlah daku nak beradu lagi... tunggu jap g. kalau dorang tak siap lagi and takmo tido lagi... daku pejamkan dulu mata sambil menunggu dorang.

kul 7 pagi tadi keluar dari rumah... kul 9 mlm baru sampai balik rumah.. pegi matahari belum keluar, balik matahari dah terbenam... dah lama tak keje kat KL. merasa lah hari ni melalui jalan yg sesak.. daku telah ditugaskan untuk menjadi pegawai bertugas di parlimen pada hari ini. sepatutnya daku bertugas minggu ke-8.. tapi sebabkan ptd kat opis minta tukar sebab dia ada kursus. so aku iya kan je.. sebab kata dorang minggu pertama tak sibuk sangat. first time pegawai kecik ni bertugas kat situ. kali pertama daku bertugas, kebetulan pulak, dewan rakyat bersidang di bangunan baru.. dewan lama under construction. oleh kerana hari ini adalah hari pertama.. hari pembukaan, so ramailah ahli parlimen yang hadir. best gak lah.

kul 7 daku hantar kakak, hantar adik... daku pun meneruskan perjalanan. dah lama jugak tak bawa wiraku ke KL.. so, ikut lah petua jalan kawan2 cakap. kuar tol upm... sampai tol sungai besi... bayar je tol... kereta dah bersusun... sampai lah istana... banyak kereta but still bergerak. akhirnya dapat juga daku sampai bangunan parlimen tepat jam 8.30 sepertimana telah dijanjikan dengan puan urusetia. daku pun tak berapa cam lagi...sib baik pn.ana tegur daku.. kalau dia tak tegur.. sah2 lah daku call kan.. hari ni daku  belajar menjadi pendengar yg baik... sib baik takde soalan yg berkaitan... kalau ada pun ok gak kan... belajar. hari ni juga daku dapat kenalan baru. kak raja  dan kak sham dari kem. yang sama. pastu ada beberapa teman2 makan bersama dari miti dari penerangan.. hmmmm menambahkan kenalan.. tapi yang paling diingati pada hari ni... encik dari parlimen.. first time jumpa kat pintu masuk, second time kat kafe.. panjang lak soalan yg ditanya.. daku jawab seadanya...daku angguk seadanya... last soalan.. tinggal kat mana? hmmmmmmmmm kat putrajaya.... dengan siapa?.... daku tak sempat jawab, dia jawab... dengan suami ke?... daku angguk je.. malas nak jawab soalan seterusnya... yang akhirnya... encik itu pun berlalu pergi... kih3... kui3..

otw balik singgah beli kfc.. ambik hati kanak2 riang tu. si adik, daku dah bgtau cikgu ambik lambat sket. charge lewat RM15.00 kul 6-8.30 mlm. ingat nak minta tlg driver taska abang fudin hantar balik rumah... tapi kat rumah lak takde orang.. syukur gak anak2 dah besar panjang.. dah pandai bawa diri. si kakak setiap 5 minit msj mama kat mana dah.. hu3.. sian gak anak2 mama. nak buat camner, akhir2 ni byk pulak mama keje kat luar.

ok lah... kanak2 dah siap... mata mama dah ngantuk... have a nice dream kawan2. maafkan kesilapan orang pada kita, mohon ampun kesalahan kita dan baca doa sblm tidur ya. good night kawan2. assalamualaikum.

Tuesday, September 27, 2011

hmmmmmmm

assalamualaikum...

setelah 3 minggu berlalu... bukannya takde masa nak update sini... tapi lebih kepada rasa malasssssssssss...... vitamin M sudah muncul daaa..

minggu syawal banyak la open house kan. tahun ni jauh gak la perjalanan daku...sampai ke n.9 nuuuuun.. sampai ke felda jengka nuuuuun.... jauh perjalanan sebab... ada orang bawa. tima kasih lah ye along, kak long, ila, sani, akak, acid, ana... masih sudi membawa uda dan anak2 walau hubungan kita hanya sebagai adik/kakak ipar sahaja.

ke n.9 umah wan. nenek kepada arwah suami. kami ziarah kubur arwah ayah.. hmmmmmm ayah... daku tak sempat jumpa ngan ayah. arwah bgtau ayah meninggal ketika umur dorang kecik lagi. sekolah rendah... daku dengar cite dari arwah mak je...

gambar ni kat umah family kak long kat jengka. kakak ipar... walau pun ipar duai tapi kami
semua rapat... daku memang kena jalinkan hubungan jugakkkk... sebab akhirnya nanti..... alonglah wali kepada anak2 mama.. ingat ni kakak... adik...
sian tengok tok (pic kat tengah sekali... sakit..kiri tu wan n.9 dan kanan tu tok wan (suami tok). lama jugak lah tok terbaring atas katil.. separuh badan tok dah tak boleh gerak.. ingatan dia pada kami pun tak berapa... berkali dia tanya.. butir percakapan pun sukar tuk difahami... tersenyum jugak bila dengar cite mak long... perihal mak long menjaga tok.. sian jugak kat maklong... tahuuu betapa letih maklong sorang diri.. syukur anak maklong berhenti kerja semata2 nak tolong maklong jaga tok. jangan ada rasa yg kurang enak ye maklong... sebab besarrrrrrrrrr kan ganjaran yg kita tak nampak sekarang ni.

last 2 week busy ngan taklimat ... ni pic kat zon tengah... daku tak busy sngat... nyibuk je lebeyyyyy. hi333...  nape tu bos... bos En.lan... lain je pandangan???

ni ha... urusetia.... yg setia menanti disitu... posing pas abis program... cuba teka siapakah yg paling kecik kat situ.. ha3..

ni kat ballroom hotel... bos2 tengah survey nak buat kenduri kawin.. kih3.. survey untuk program berikutnya...

esok ngan lusa pun ada jugak taklimat... tapi kat zon selatan pulak... kalau ada orang gi esok... daku tumpang.. kalau takde... daku tak gi.... sory bossssssss..

lastweek g kursus pengurusan tekanan dan analisa tingkahlaku.. kat bukit merah laketown resort... firstime g situ... walaupun dah berkurun lalu situ balik kg... tak best sgt tempat dia... tapi yg penting ilmu yg dapat dari kursus tu..

nak cite lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... tapi terjumpa sepotong ayat ni kat fb kawan2... mendalam erk maknanya...

‎"Ya Allah, jika hari ini ada kebencian dalam hati kami, ubahkanlah kepada cinta dan kasih sayang.
Jika hati kami kotor maka bersihkanlah ia.
Jika hati kami terluka, sembuhkanlah ia.
Jika ada kebanggaan dalam hati kami, jadikanlah ia lebih merendah diri.
Jika ada rasa iri hati elokkanlah ia untuk kebaikan.

daku kadang2 terfikir pelbagai perkara...dari sekecil hingga sebesar2nya... keikhlasan itu hanya Allah yang mengetahuinya...

kadang2 daku rasa... daku bukannya anak yg baik.... tapi daku nakkkkkkkkkkkk jadi anak yg baik..
kadang2 daku rasa... daku bukanlah ibu yg baik........ tapi daku nakkkkkkkkk jadi ibu yg baik..
kadang2 daku rasa.... daku bukanlah pekerja yg baik.... tapiiiiiiiii daku nakkkkkk jadi pekerja yg baik
kadang2 daku rasa... daku bukanlah sahabar yg baik.... tapi daku nak jadiiiiiiii sahabat yg baik....
kadang2 daku rasa... daku bukanlah isteri yg baik..... tapiiiiiiiiiiiii... memang dah tak leh nak jadi isteri yg baik... namun daku harapkan keampunanmua ya Allah mengampuni segala perlakuan hambamu ini. 

so, daku berusaha untuk menjadi apa yg daku inginkan....ikhlas ku mencari KEREDHAANMU YA ALLAH....

Sunday, September 4, 2011

eid mubarak 2011

salam...

salam aidilfitri.

tengok blog... semua orang sedang sibuk cite pasal raya kan. daku tak nak lah cite panjang. cuma nak ambik kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua. alhamdulillah kita dapat merasai kenikmatan ramadhan kali ini. semoga kita semua berjaya mendapat skroll universiti tarbiah pada tahun ini. semoga amalan kita dibulan ramadhan ini diterima Allah s.w.t. semoga amalan di bulan itu dapat kita amalkan pada 11 bulan berikutnya.

alhamdulillah, sangat berbeza ramadhan kali ini kami lalui. walau tahun keempat daku tanpa arwah. tapi kebahagiaan ramadhan kali ini bahangnya sangat indah. daku, kakak dan adik. sangat bahagia setiap hari berbuka di masjid. suasananya sungguh meriah sekali.tengok sekeluarga berbuka disana, terbayangkan abang, kalau abang ada, mesti anak2 sangat gembira kan...terawih terakhir lyn ajak abang ke masjid putra tahun 2007. sebab tu setiap kali lyn nak gi terawih kat masjid putra mesti lyn sangat sedih. so tahun ni hanya 3 hari je kami berbuka dan berterawih di masjid putra, selebihnya anak2 abang lebih suka di masjid besi.. buat pertama kalinya, ramadhan kali ini kami tidak singgah di pasar ramadhan. walau setiap hari kami lalui jalan itu untuk ke masjid besi. terasa nak kembali ke ramadhan lagi, bila teringatkan bersahur pun di masjid. di 10 terakhir, tidur di masjid. si kakak sangat menyukainya. kadang2 kul 12 mlm, kadang kul 1 pagi kadang kul 3 pagi kami gerak ke masjid besi... yang dah pun macam rumah kedua kami. ikutkan hati nak je cuti 10 terakhir...balik dari terawih, tadarus di surau..hmm ikatan persaudaraan dan kejiranan lebih meluas tahun ini.. tapi apakan daya, tuntutan duniawi pun byk jugak. insyaallah, andai tuhanku sampaikan aku pada ramadhan akan datang, akanku rancang ianya dengan lebih sempurna. namun, daku sangat bersyukur dengan perancanganMU ya ALLAH.

dah lalut pulak.. nak cite tahun pertama 2008, daku beraya tanpa arwah, hanya bertemankan anak2, ayah, mak dan adik2. tahun kedua pun sama jugak. raya pertama sehingga pulang ke putrajaya, daku hanya duduk di rumah...terasa sangat kehilangan arwah. memang daku tak gi mana2.. paling jauh umah makcik.. tu pun mak ayah ajak. tahun ketiga 2010... satu suasana yang ingin kukembali menempuhinya, daku beraya ditanah suci. 10 hari terakhir daku dan cik leha berangkat ke sana. sangat indah bila diingati. bagaimana betul2 terasa ramadhan di tanah suci.sangat ramai orang dengan niat yang satu menjadi tetamu ILAHI. bagaimana rasa bahagianya pabila setiap hari dapat tawaf dan duduk disitu. bagaimana indahnya qiamullail di sana. ingin ku kembali menjadi tetamu mu YA ILAHI. izinkanlahhhhhhhhh..

tahun ke empat tanpa arwah.. tahun ni ramadhan sangat dirasai. raya jugak begitu..syukur kupanjatkan padamu YA Rabb, kami beramai2 dapat mengunjungi paklong, kak kiah, kawan2 ayah... hmmmmm masa ni daku sangat sedih terkenangkan arwah... walau dah tahun ke empat tanpa abang, lyn masih terbayangkan kalaulah abang ada... mesti suasana lagi meriah... dah 4 tahun jugak adik ipar tak beraya bersama kami kerana tuntutan tugas.. tahun ni siap buat rumah terbuka. buat kali pertama jugak si kakak nana berjalan gi kutip duit raya ngan kawan2 sampai melecet kaki.sangat meriah..untuk kenangan kita semua...adik bujang lelaki berdua tu.. ntah gi mana tak tau. paknjang badrol demam di hari raya.. tapi takde pulak kat umah tu.. pakcik wan, mama tak tau la kat mana time ni.so pic dorang tade. adik no.5 yang duduk dengan daku di putrajaya, tak balik raya sebab dia cuti seminggu lepas raya.. katanya esok mlm baru blk kg... so hanya, daku, adik no.2  yang keje di terengganu berbaju biru ngan suami (adik ipar) dan anak2nya tisha n dania comel, adik no.3 berbaju pink keje kat uitm shah alam, daku n family serta ayah dan mak n paksu...

rasa kekurangan sangat time nih.. lyn masih rindukan abang... al-fatihah

                                                      anak dara mama dah besaq dah nih..

sejak dua-tiga hari ni banyak cerita tentang ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL.. takziah diucapkan kepada keluarga arwah... daku sangat memahami perasaan sang isteri.. betullah berat mata memandang berat lagi bahu memikul .. bila dengar ibu mertua arwah cakap, sian anak2 arwah masih kecik... daku sangat hiba terkenangkan abang... setiap kali news pasal arwah noramfaizul aku excited nak tengok, setiap kali daku tengok, mesti airmata turun.. teringatkan arwah suami... semoga ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL DAN ALLAHYARHAM SHAHFAME YANG SANGAT KUCINTAI DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN... ameeeeeeeen..

nak tulis lagi tapi daku sangat hiba diwaktu ini. selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

Tuesday, August 16, 2011

fatin dan puasanya

salam ramadhan hari ke 16,

terpanggil untuk pahatkan disini. kisah puasa si adik fatin. hmmmm

semalam masa ambik fatin dari taska.

Fatin : mama, tadi kan adik terminum air masa adik mandi.
mama : adik terminum ke adik minum??? sambil daku tersenyum..
fatin : tak lah ma, adik ter... lah. masa tu adik nak jirus muka pastu air termasuk dalam mulut adik. kih3.. daku senyum lagi.
mama : ye ke?. ntah2 adik sengaja nak minum. bukan orang nampak pun kan.

fatin : ustazah ada kat depan pintu lah ma....pastu tiba2 dia sendawa..
mama : ha...... kan tu adik dah kenyang?.adik minum erk?..kalau ustazah takde, mesti adik minum kan??????.
fatin : betullah... adik tak minum.. (sedaya upaya mempertahankan) kalau mama tak caya........ mama tengoklah kat akhirat nanti. malaikat tulis tau adik tak minum.. malaikat tulis adik puasa.
mama : ???????? kat akhirat??????

ya allah, punyalah dia nak mempertahankan puasa nya. hmmmmmmm tu baru 6 tahun.. cakap memang pandai... tapi nangis pun boleh tahan.. sampailah si kakak farhana cakap.. fatin radio buruk.. dia tido lambat bangun pagi punyalah susah.radio nya itu pun mula operasi...tapi kalau cukup tido, siap kejutkan mama ngan kakak suh bangun.. pastu gi solat subuh.. dia pulak yang tido kat surau..

kesimpulannya, mama ingat nak duga adik je.. last2 mama yg.. walau bagaimanapun, alhamdulillah, adik dah pandai berfikir, puasa bukan kerana paksa ye dik. kita puasa kerana Allah.. semoga adik, kakak, mama dan abah akan ditemukan di akhirat kelak.

ameeeeeeen.

Sunday, August 7, 2011

hari ini..........

assalamualaikum...

syukur alhamdulillah, kita masih diizinkan Allah untuk menikmati ramadhan hari ini.

seawal pagi program dah diatur.selesai je sahur, kami bertiga ke surau. hmm syukur alhamdulillah.. si adik dah rasa ringan nak ke surau pagi2. alhamdulillah adik dapat puasa dari isnin. tahan jugak lah si adik ni. cuma mama tak paksa ye. sepertimana kata ustaz Dato Abu Hassan Din pada ceramah semalam. kita dah salah didik. budak sekecik itu kita paksa puasa. hmmmmm orang2 dah seusia kita pun ada yg tak termampu nak puasa. tak salah sebenarnya nak ajar budak2 puasa. tapi sepatutnya penekanan adalah kepada yang paling penting iaitu solat.. sebab kata2 ajarkan anak solat seawal usia 7 thn dan pukul jika usianya 10 thn. puasa takde pulak kita jumpa ayat ni kan......... sebabnya.. kata ustaz lagi jarang kita jumpa orang solat yang tak puasa. kalau orang tu solat penuh 5 kali sehari.. tentunya ringan sahaja nak puasa. tapiiiiiiiiiiii yang selalu kita nampak disekeliling kita, orang berpuasa tapi tidak solat.. sebabnya cara kita mendidik tu lah... dipaksanya puasa tapi tidak pulak paksa solat.. hmmmmmmmm sooooooooo kasi tukar ya...kekdah mendidik..

hmmm... nape daku rajin nak update hari ni....... ni sesambil tunggu solat terawih kat masjidil haram.. tingat kisah hari ni. selesai je subuh, tadarus. pagi tadi hanya ada kak wan, kak sariah and me. then si kakak joint tadarus. si adik.... terus sujud kat surau sampailah kami habis tadarus. kul 7.30 balik umah. 8.30 hantar kanak2 riang tu ke masjid putra. kelas menthal arithmetik. biasanya jumaat malam. di bulan puasa ni kelas hari  sabtu dari 9-11pg. selepas hntr budak2 comel tu, daku ngan kak ina ke presint 11. joint tadarus anjuran kem.pemb.wanita. vvip isteri tengku adnan - Datin Anggraini. satu group ada 3 orang. 1 juzuk. biasalah kakak2 n makcik2 la ramai. orang2 mude... pasan mude lah kannn.. ada la jugak tapi bole kira la. so total lebih kurang 100 orang lebih lah. selesai tadarus terus khatam... alhamdulillah.. dapat khatam pertama ramadhan kali ini. dapat la merasa kucupan malaikat kan... kucupan pertama ramadhan ini. hope tadarus tempat lain pun dapat khatam jugak sebelum akhir nya ramadhan 1432h.

selesai je majlis, daku bergegas ke masjid putra.hmmmmmm tengok kanak2 tu dah semacam je... kelas habis kul 11. mama sampai kul 1. sampai je kakak ngadu.adik tak posa la ma. nape????????? ada orang bagi gula2... adik makan. hmmmmm sungguh dia tak tahan tengok gula2. hanya gula2 itu je dia makan hari ni.. sehingga lah berbuka tadi... mula2 nak marah gak.. tapi tingat kata2 ustaz.. yang penting solat..... kakak cakap lagi... kakak pun mcm nak makan jugak gula2 ni.. tapi kakak cakap dalam hati... aku puasa... aku puasa..hmmm klakar je tengok dia cite... walau bagaimanapun, aku sangat bersyukur, dikurniakan anak2 ini. yg byk mengajar daku erti kehidupan... selesai solat zohor... kami sembang2. mula2 daku soh kakak buat amali solat. hmm lama tak tengok.. betulkan dia nyer pergerakan.. sekali ngan si adik..

sambil santai2 sembang kakak buka cite.. pasal abah..mula daku lah kuar cite.. macam mana erk minggu depan mama kena outstation. camana kakak nak buka posa. nak sahur. dugaan di ramadhan kali ini.. kalaulah daku x yah g... boleh ke???????. dah la abah tak de.. mama pun tak de... mesti sedey lah bukak posa berdua . maktih mungkin bole blk awal, tapi mesti time dah berbuka.. hu3... dari situ lah kuar cite pasal abah.. abah dulu tak de pun outstation. nape mama byk outstation?... laaa mama ni baru kali ke3 kot tahun ni kuar dari opis. dia kata banyak. masa abah ada dulu setiap bulan mama kena outstation.. tapi sebabkan ada abah jaga kakak ngan adik.. so dorang tak la rasa. daku cakap, abah lagi la selalu outstation. abah dok langkawi, dalam sebulan seminggu cuti balik umah. pastu abah g games kat luar negeri sebulan lagiii.. daku pun layan je sembang2 dorang. kakak cakap, abah g ada rambut, pastu balik mesti dia botak kan... hmm masih ingat dorang ni kenangan ngan abah... bila abah balik, abah bawa coklat. kakak suka coklat tu. kakak suke abah ada. abah bawa kakak jalan2. hu3.. masa ni mama dah sebak2 dah... tapi sabar je lagi layan dorang. si adik pun sibuk gak la cite pasal abah. last2 yg tak tahan ketawa kami.. si adik punya cite.. last2 kuar statement. masa tu kan adik baby lagi...... hmmmmmm mcm2 daaaaaa. tak jadi mama sedey. sempat jugak tadi ada kak siti datang berkenalan. masa kami dok santai bersembang anak beranak. kak siti dari sabah keje kat jkr kl. baru je datang sini, duduk ngan makcik d putrajaya, saje la dia cari kawan. dapat gak kawan baru hari ni. otw kuar dari masjid kakak tanya. nape orang slalu cakap mama ngan kakak adik beradik?... mama jawab ngan jawapan penuh ayu.....hi3..mama kan mudeeeeeeee lagi.. hampeh masuk bangkul kasi angkat sendiri.. tak sedar diri tu dah 30 siri. muka mama kan mcm budak2 blajar lagi... mesti dorang tak caya mama ada anak sebesar mama nih...seminggu ni, stress si kakak sebab kat masjid ramai yg cakap gitu. oooo ingatkan budak universiti. laa ingatkan blajar lagi.. laaaaa ingatkan belum keje... jangan tak cayeee...percayalaaaaahhhhhh.... mcm kata siti nurhaliza tu.. kih3

kul 3 ptg kuar dr masjid.. dorang ajak g cari bj raya. daku layan je walau mls nak g. pandu gak ke pkns bangi. parking penuh. patah balik g mydin cari brg2. balik umah kul 5 dah. rehat jap. pastu g berbuka puasa kat surau. janji ngan nurul bukak kat masjid besi. tapi kbtln surau pun buat majlis berbuka. alhamdulillah.. dah seminggu puasa, kami berbuka kat masjid besi or masjid putra ikut turn. tapi kanak2 tu prefer kat masjid besi lagi best. memang daku belum masak berbuka sepanjng 6 hari ni. lebih selesa berbuka kat masjid sebab memang terasa kemeriahan berpuasa, berterawih. ramai orang, beratur ambik makanan.. yg penting dapat solat maghrib dengan cepat. kalau kat umah leka je mkn... hopefully ramadhan kali ini membawa seribu kenangan untuk kami bertiga...

esok birthday si kakak.. hmmmmm tengah fikirkan hadiah yg sesuai.. tanya2 gak kakak suke apa? boleh dia cakap handphone.. mcm abah bg dulu kat kakak. hmmmmm masih perlukan disebutkan abah uintuk alasan mendapatkan handphone sebagai hadiah  itu dari mama????? kecik2 dah nak pakai henpon. si adik menambah... nanti senang kakak tipon bila mama g outstation.. budak2 zaman cyber kan!!!!!!!... akan kufikirkan...

oklah...  berdoa semoga kita masih ditemukan dengan ramadhan esok. sama2 lah kita merebut ganjaran yg ditawarkan pada pesta ramadhan 1432h kali ini..

salam ramadhan dariku, kakak dan adik....... putrajayacyberjaya..

assalamualaikum...

Wednesday, August 3, 2011

ramadhan kareeeeeem

salam ramadhan 1432H. alhamdulillah, bersyukur sangat kerana masih dapat berada di bulan ramadhan pada tahun ini. dah lama nak update. mcm2 kisah nak diceritakan. tapi byk juga lah yg dah lupa. ilmu yg dapat yg masih segar dalam ingatan sebelum akhir syaaban hari tu.. kata ustaz, para sahabat zaman nabi dulu berdoa lebih kurang camnilah:

Ya Allah, sampaikanlah aku pada bulan ramadhan dan sampaikanlah ramadhan padaku.. sahabat berdoa kalau tak silap lah 6 bulan sebelum datangnya bulan ramadhan. tengok, betapa mereka menunggu2 kedatangan bulan yang mulia ini. hmmmm kita???????... takde lah cakap hal orang. kan.. ni kisah diri sendiri lah kan.. daku, lagi beberapa hari nak ramadhan baru sibuk attend seminar, ceramah pasal ramdhan. syukur juga masjid dan surau ada buat. dah 32 tahun dah tapi bila nak terangkan pasal bulan ramadhan, pasal puasa pada anak2, mama pun kena cari info jugak. akhirnya.. sikit dapat jugaklah citekan pada anak2 mama. supaya puasa itu dapat dilaksanakan dengan rela hati.

last ceramah kat masjid putra 30hb julai... hmmmmm pada hari daku genap 32 tahun. pembukaan lembaran baru. kata penceramah.. daku sudah lupa kata2 siapakah ini... katanya pada saat hari kelahiran, patutnya kita berfikir... semakin kita bertambah usia. semakin kita dekaaaaaaaaat dengan hari kematian, semakin kita dekaaaaaaat dengan alam kubur, semakin dekaaaaaat kita dengan kehidupan yang kekal abadi. so renungkan2... adakah telah cukup amalanku??

maaf ye pada yang membaca n3 kali ini. n3 ini tanpa tapisan keselamatan... hanya lahir dari akal, yg terluah dari hati mengikut jari jemari,.. bercampur2 lak cite.

persoalan dari ustaz soleh semasa ceramah tersebut... masjid putra anjurkan seminar penghayatan ramadhan dari jam 8.30 pg hingga 12.30 tgh. katanya seminar tersebut belum cukup sebabnya yg akan kita tempuhi adalah selama 30 hari setahun. dan akan berulang setiap tahun. tapi kalau kita nak gi haji.. kita akan berkursus dalam jangka masa yg agak panjang. ada yg setahun, ada yg bertahun2. kursus haji bersiri setiap minggu, kursus perdana lagi.. tapi apa yg akan dilalui untuk mengerjakan haji hanya selama beberapa hari sahaja dalam 5 hari selesai semua perkara-perkara untuk menunaikan haji.... dari persoalan ini... nampaknya ilmu itu masih belum mencukupi untuk daku.

... nak cite... tapi ada keje lagiiiiiiiii..

hari ni dah masuk hari ketiga puasa kan... hari pertama kami bertiga berbuka puasa di masjid tuanku mizan aka masjid besi.. hari kedua di masjid putra.. mlm ni adik cakap kita gi masjid besi pulak mama. hmmmmmm gilir2.. 8 rakaat je balik umah. sambung tadarus kat surau. si kakak pun dah joint tadarus kanak2/remaja. tahun ni kem.belia sukan buat program tadarus kanak2/remaja. program yg bagus... ustazahnya... mak2 yg juga tadarus kat situ.... daku terkenang saat ini. tahun lepas awal ramadhan daku dan cik leha sibuk uruskan hal nak g umrah. akhir ramadhan... aku menjadi tetamu ilahi. sangat manis bila dikenang. tahun  ni azam nak buat semua tu kat sini... tapi mampukah aku????????????

2 ogos - semalam... hari lahir arwah.... adik cakap : mama, kita nak bagi abah hadiah apa?.. daku jawab: kakak dan adik sedekahkan fatihah kat abah. 30 julai pun. sama jugak soalannya. mama nak hadiah apa, tanya kakak. sapa yg nak bagi mama hadiah?. kakak la. hmmmmm tapi mesti mama yg kena beli....kan? tak bestlah beli hadiah tuk diri sendiri... akhirnya daku cakap.. rasa sebak bila nak cakap... fikir panjang.. tapi kalau dah ketentuan ilahi.. terima lah kan.. daku cakap....................... sedekahkan  fatihah untuk mama ngan abah. walaupun mama masih ada dengan adik dan kakak, walau abah sudah tiada bersama kita.kalau nanti mama pun ikut abah,.... adik ngan kakak lagi kena sedekahkan fatihah . ada dan tiada... tapi hadiah yg paling bernilai.. yang paling bermakna adalah sekedah fatihah itu dari anak2 mama. syukur padaMU Ya Rabb, engkau kurniakan kepadaku anak2 yg baik, anak2 yg memahami dan menjadi penemanku di dunia ini. kau berikanlah kesihatan dan limpah kurnia kepada anak2 ku untuk menjadi mukmin yang sejati dunia dan akhirat. hmmm seronok bila tengok selepas sahur je, dorang berjalan ke surau untuk solat subuh walau tanpa ditemani mama... sedih bila daku yg terlepas cakap.. masa berbuka di masjid besi........ bestkan kalau abah ada, berbuka puasa dengan kita....... hu3333

tak nak sambung lagi........ sedeyyyyyyyyy.

Thursday, July 14, 2011

assalamualaikum...

agak lama tidak mencuci rumah ini...bukan sebab daku tiada masalah... tapi daku sudah agak mahir untuk mengelolakan perasaan dan masalah yang dihadapi.... tak sempat nak teruskan...  sambung nanti ye

Sunday, June 19, 2011

jawapannya sama

salam...

apakah tujuanku menulis hari ini?... bila kulayari fb tadi, hati rasa makin sayu. sayuuu sesangat. kita hanya mampu menjadi diri kita sendiri.. tak mampu nak buatkan orang faham apa yg dilalui... kalau lah ianya dapat diluahkan. andai ianya dapat diucap pastinya semua rasa tidak enak ini akan berlalu pergi. namun apakan daya, puas ku berusaha... hanya aku.... yg inginkannya menjadi seperti sediakala.

namun... jawapannya tetap sama... sekali ... dua kali... seorang ... dua orang... empat orang... jawapannya tetap sama.....walau jawapan itu bukan lah jawapan yg aku inginkan.. aku masih ada alternatif jawapan... tapi mereka tetap memandu aku ke arah jawapan yg sama...hendak ku turuti jawapan yang menjadi pilihan utama mereka... tetapi hati berkeras menolak kerana hati ingin mengikut jawapan yang ada dalam hati.jawapan yang lahir dari rasa yg ikhlas.. jawapan yg lahir dari rasa kasih sayang insani... jawapan yang lahir dari persahabatan yang suci...bukan jawapan yg lahir dari emosi dari situasi itu...aku tidak ada prasangka... itu yg buatkan... aku terperangkap didalamnya.

kata Dr.Azizan dalam kelas pengajian umum kat masjid putra pagi tadi... 99% bila saya tanya soalan ini.. pasti  jawapannya sama.. soalannya... ceritakan tentang diri anda... jawapan yg biasa diberikan... nama saya ... asal dari... bekerja di ... (semua yg dalam CV tu kita ceritakan).. jarang sekali ada yg memberikan jawapan yg paling tepat iaitu................................... saya ini adalah HAMBA ALLAH... besar ertinya aku mendalami jawapan Dr.Azizan tadi... terpikat dengan cara Dr. Azizan... semuanya kembali kepada YANG ESA... katanya siapa yg stress, hipertension... banyak DOSA... hu3.. betui ka?. kalau dalami lagi. macam ya jugak kan.. nape kita nak stress sebab katanya... kalau ALLAH berikan kebaikan, kita patut bersyukur. tapi kalau Allah datangkan musibah.. kita patut bersabar... sebab itu semua dalam perancangan Allah... so nape nak stress. nape nak tension kalau kita redha dengan semua yg dirancang Allah.. kita kena yakinn.. Allah akan bantu kita.. yakin perancangan Allah yang Maha Hebat.

walau pun gi lambat kelas tadi, tapi setiap bait kata Dr. Azizan sangat terkesan di hati... aku perlu mengorak langkah untuk mengubah cara berfikir, supaya ianya menjadi lebih baik.

byk yg boleh dikongsi dari kelas tadi.. cerita sirah..panjang citenya. singkatnya gini.. ada sahabat nabi yg merupakan ahli syurga... bukan kerana kuat ibadahnya sebaliknya kerana tidak dengki dengan jirannya. Dr.Azizan tanya lagi... apakah amalan yang apabila kita buat di rumah kita mendapat pahala/ kebaikan kepada jiran tetangga kita?...katalah nak sedekah wang ringgit...kita pun tak berapa cukup... nak bagi jiran makanan... kita masak pun tak berapa sedap.. malu nak bg jiran... so apa amalan itu?.... agaknya apa jawapan ya kawan2?. ramai gak kelas tadi.. ada beberapa orang yg mencuba... tapi tidak tepat jawapannya....

jawapannya ialah membaca alquran... kata Dr.Azizan apabila kita membaca ayat al-quran jiran tepi, depan, belakang... kalau kat putrajaya ni, jiran atas, bawah (rumah apartment kan) dan seluruh kawasan sekitar mendapat manfaat. kalau kita baca di kampung kita, kampung sebelah pun dapat manfaat juga.. rumah yang dibacakan alquran akan diziarahi oleh malaikat. bila malaikat ziarah dapat rahmat. kata Dr. lagi, ada sebuah sekolah kat kelantan... hmmmm kalau tak silap SMK Bachok kot.. cikgu dia tanya Dr, mcmana nak buat Dr, budak2 kat sekolah ni byk mslh disiplin... Dr. kata mudah je.. semua orang termasuk guru dan pelajar cuba amalkan baca quran 20 minit setiap hari... lastly alhamdulillah tak de lagi mslh displin... tapiiiiiii kannnnnnnn kita kena yakin dengan alquran.. insyaallah akan berhasil...

terfikir gak, kita ni kan... bila sesuatu masalah tu tak dapat kita selesai, orang lain pun tak dpt selesaikan...dan baru kita akan bergantung pada YANG MAHA ESA... baru kita kuatkan/ tekadkan hati, mohon pada YANG ESA.. padahal patutnya dari awal... kita dekat dengan ALLAH. dari permulaan bukan letakkanya  pada jawapan peangakhiran...

maaflah kalau korang tak faham... aku pun masih cuba merungkai apa yg dipelajari tadi.. lepas subuh terus kemas rumah sebab si kakak ajak g masjid putra. hari ni ada program sehari bersama jemaah. mcm2 program dibuat. pastu kak ina singgah umah bagitau kelas pengajian umum yg biasa dibuat hari ahad, masjid tukar jadual buat hari ini. dah siap kemas semua, gi masjid smpi dah dekat kul 10.40.. sempat gak sejam.. abis kelas kul 12. g derma darah kat perkarangan masjid.. pastu solat zohor.. sempat gak lelapkan mata.. tenang rasa duk kat situ... sampai terlelap.. kanak2 riang tu tak tau dah kemana dorang g. terjaga kul 3 ajak dorang balik umah. kul 5.30 kuar lagi hntr si kakak badminton.. daku ngan si adik g cuci keta, beli barang2 rumah, balik ambik kakak n blk umah smpi kul 10 mlm. penuh xtvt hari ni.....

sambung sket ilmu dari Dr.Azizan..

ada 5 parameter untuk menilai kita ni mukmin atau tidak:

1- parameter anggota badan (fizikal)
- orang beriman itu diikuti dengan amalan. orang yang selalu ke masjid, dia ialah orang mukmin

2-parameter ucapan (lisan)
- diam orang mukmin itu berfikir, kata-katanya zikir
-orang mukmin itu lisannya mengucapkan kata2 yang baik

3-parameter dari segi limu
-orang mukmin itu mempunyai ilmu

4-parameter keyakinan hati
-orang mukmin itu, kami dengar kami taat.

5-parameter emosi dengan perasaan
-bahagia bila kita buat kebaikan, bersedih bila kita buat keburukan
-sekali kita buat kebaikan, Allah akan berikan kebaikan2 berikutnya..
-kebaikan itu menghapuskan dosa2 kecil

itulah sedikit sebanyak ilmu yg dapat tadi..

so, conclusion.... dalam kehidupan dunia ini banyak soalan dan jawapan... kita nak turuti jawapan yg mana?....... ikutilah jawapan yg memandu kita menuju jalan ke syurga. insyaallah...

daku memohon sepuluh jari memohon keampunan andai pernah mengguris hati sesiapa sahaja yg mengenali.. daku juga ampunkan andai ada kesilapan... sebab kdg2 terfikir... andai esok ... bila aku sudah tiada... rasa x enak dihati masih berbaki... ampunkan ya.. aku juga manusia seperti kalian semua... hidup ini terlalu singkat untuk dinikmati... daku dambakan kebahagian DISANA..

gudnite!!!

Thursday, June 16, 2011

minggu yg penuh cabaran

 assalamualaikum...

dah lama tak update kat sini... laptop rosak, pc kat umah rosak and internet kat pc kat opis pun tak ok. akhirnya mlm ni pc dah ok. minta tlg kak sarah baiki..ahli geng surau..

rabu last week balik kg cuti 3 hari ambik kanak2 riang balik sini.. riuh rendah semula rumah ni dengan suara2 mereka berdua..

minggu ni sempat dengar beberapa motivasi pagi kat radio ikim.. motivasi yang masih melekat dalam ingatan ... rasanya dari ustaz hasrizal or ustaz pahrol.. katanya cuba lihat cuaca diluar pagi ini... hmmmm kebetulan pagi itu cuaca mendung dan hujan.. ustaz cakap lagi... bagaimana pula cuaca di hati?...hmmmmmm aku pun tersenyum sendiri. cuaca kat dalam hati ni mcm juga cuaca kat luar juga.. tapi kita mampu ubah cuaca dalam hati sebab semua tu dalam kawalan kita. cuaca kat luar kita tak mampu ubah kan... walau mendung di luar.. tapi kalau dalam hati cerah.. pasti hari yg kita lalui akan selari dengan cuaca hati kita... so daku pun bersemangat untuk menjadi gembira dengan mengubah cuaca hati.........cuaca di hati yg akan mendominasi cuaca diluar.

dapat gak lah bertahan untuk beberapa minit namun cuaca itu berubah menjadi mendung yg agak pekat dan akhirnya... hujan pun turun...... dan sehingga hari ini daku melalui hari2 yg agak sukar.. teringat pulak kata ustaz mengenai perasaan marah. marah umpama dapur dihatimu.. jangan terlalu nanti hangus.. jangan tiada nanti dayus. tapi kalau nak marah.. marahlah pada perkara yg benar dan besar bukan pada perkara yg remeh. contohnya kalau orang cakap yg tak baik pada agama islam... kita mesti rasa marah sebab itu perkara besar.. negara2 luar menindas rakyat islam. apa yg berlaku pada palestin.... kita mesti marah... ini tidak, kita marah pada perkara2 kecik.. marah apabila orang perkatakan tentang diri kita... and kata ustaz lagi musuh kalau marah pada kita. dia lantang je cakap apa yg dia marahkan... apa yg dia tak puas hati.. tapi kalau sahabat atau orang terdekat marah... jarang sekali mereka akan berterus terang... hmmmmmmm yg ni daku memang setuju dgn kata2 ustaz... kalau benar seperti apa yg dikatakan oleh musuh... ambik positive and kita berubah. mungkin itu teguran yang datang dari ALLAH tapi melalui musuh dengan tujuan untuk menyedarkan kita.

apa erk nak cite... nak ambik positive tak nak marah2... hm cuaca yg mendung ini bukan sebab marah...
cuma rasa tercuit dengan keadaan yg terjadi sekarang..why me????? don't get personal involve to make profesional decision.... daku marahhhhhh ke???????? takkkkkkk... daku redha dan terima semua takdir yang KAU datangkan padaku Ya ALLAH... kuatkan daku untuk hadapinya dengan kasih sayangMU.. ampuni aku andai aku lalai... jawatanku HAMBA ALLAH.. i don't want to get MAJIKAN marah dengan tindakanku ini.. ampuni daku  YA LATIF. lembutkan hatiku dengan apa pun yg terjadi...

sambil nak buat n3 ni.. daku cari info pasal marah... and daku sangat sukakan n3 ini...http://www.fuadlatip.com/v1/2009/03/pengurusan-marah/ sangat sesuai untuk meredakan perasaan marah... thanks to en.fuad info yg sangat membantu.kat sini pun ok juga http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/07/kawal-marah-sifat-terpuji/ minta izin link ya.

selamat beramal..

akhirnya doa itu adalah senjata yg paling  laju dari cahaya... berdoa semoga  cuaca akan kembali tenang dan cerah. ameeeeen