JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, February 25, 2009

sedih laaaaaaa

tiba2 perasaan rasa sedih, rasa sayu, rasa nak nangis, rasa nak maraaaaaaaaaaaaaaaaaaaah, semua rasa dah ada tinggal lagi air mata je tak tumpah. uuuuuuu nak nangis puas2.

Friday, February 20, 2009

kisah hari ini

awal pagi dah sampai opis hari ni sebab semalam dapat mesej meting start kul 8.30 pagi. tak sempat nak stay baca yasin as usual tapi alhamdulillah semalam baca yasin kat semejid, semoga sedekah itu sampai kepada allahyarham suami shahfame ramly. amiiin
best meting hari ni wlpun lepas meting makin bertambah keje. sebabnya ada sambutan birthday buat warga cldp yang lahir bulan januari dan februari. aku ngan cik ida yang organize this month. hadiah grand oppps kotak je yang besar tapi nilai hadiah tu kecik je. yang penting orang hepi dapat hadiah ye tak. makan pulak nasi dagang. seeeeeeeeeeeeeedap memenuhi citarasa dan minuman dibancuh oleh anak2 dara hmm manis je. kalau kak ti ada hari ni sure ada teh tarik.
gambar yang disnap oleh cik ida . akak ambik masuk sini ye.
ni antara makanan yang disediakan, nasi dagang, kueh, kek n buah

tengok tuuu excited dorang tunggu kek dipotong

birthday girl yang hepi dapat hadiah. nanti masak panggil kitaorang tau.. (dapat pinggan besar n frame gambar)
ni lah birthday girl for januari n februari

tengok ni meting ke borak2 . apa yang kelakar tu kak noor.
orang suh datang meting ooooooo main2 ye.
khas buat tatapan acik yang tak dapat hadir meting. takpe next 2 week saya banjer makan nasi dagang ye. jangan sedih. kat perlis tu lagi best tau.

Thursday, February 19, 2009

correct myself

assalamualaikum

macam dah bersawang umah ni dek kerana tak sempat nak masuk sini. lately ni banyak keje. memanjang busy dari minggu ke minggu. bila nak rehatkan diri ye hmmm.

next week ni memang schedule penuh. start jumaat esok sampai ketemu jumaat satu lagi. esok meting lagi pagi meting lain petang meting sambung yang hari ni punya tak sempat abis. balik dari opis dah plan nak singgah kejap kat psr tani pastu ambik kakak, balik umah siap apa yang patut lepas maghrib terus ke erl nak ke pudu. oooooooooo balik kg lah. bas kul 10 mlm dalam kul 5 pagi sampailah kami kat kg. kakak sonok tu nak balik kg jumpa adik. si adik tak tau ler nak ikut balik ke tak ke putrajaya.

tujuan aku nak balik kg jugak2 esok sebab sabtu ada exam PTD. hm for the second chance tak tau ler bole ke aku jawab. ari tu dah failed ni soklan lagi power rasanya. tak prepare ape pun. tadi masa doa kat semejid lepas baca yasin rasa nak nangis je. camner tu doa je tapi usaha tak de pun. tak sempat nak baca buku. asal aku bukak buku je sebelum tido tup2 aku sedar buku dah baca aku. he he. penat sangat dengan keje2 dunia.

aku kat kg sampai isnin sebab selasa ada meting kat penang, balik dari penang petang tu terus ke satu lagi mesyuarat sampailah jumaat. busy or aku yang membusykan diri. ha ha

kadang2 aku terfikir gak setiap masa sekarang ni kepala aku asyik berputar2 benda yang sama yang ada dalam kepala keje, keje, keje. macam2 idea nak buat tuk mudahkan keje supaya lebih kemas dan teratur. tapi tak banyak masa yang aku gunakan utk fikirkan camner aku nak tambah pahala ibadah or buat perkara2 yang datangkan pahala. tuk bekalan aku kat SANA...

tadi lepas solat isyak kat semejid (hari ni tak de kelas) kakak je, so aku tak balik umah tunggu kakak kat dataran masjid. bila duk sorang2 kat situ aku sempatlah muhasabah balik diri apa yang aku buat hari ni. tu yang buat aku terfikir yang aku dah pun menggunakan terlalu banyak masa tuk fikirkan hal duniawi. aku semakin lupa akan bekalan yang nak dibawa ke SANA... aku lalai dengan hal dunia dan kadang2 hal dunia itu pun tak dapat aku tangani dengan baik.

aku mohon keampunanmu YA ALLAH atas kelekaan ini, moga engkau mengampuni kesilapan yang telah atau akan aku lakukan. sedarkanlah aku Ya Allah dan berilah aku kekuatan untuk menempuhi kehidupan ini. amiiiiiiiiiin.

Wednesday, February 18, 2009

tak de cite yang menarik

nak hapdet tak de cite yang menarik sepanjang minggu ni. asyik keje kat opis, keje kat umah, gi kelas kat semejid kalau tak de kelas hantar si kakak gi kelas ngaji kat semejid itu je lah kot.

satu perkara yang aku realize lately tentang persahabatan. nampak lebih rapat, lebih mesra, lebih happening ikatan antara warga cldp. nak ulas panjang tak sempat. hm to be continue

Saturday, February 14, 2009

pengembaraan upin dan ipin di gsc midvalley

just to hapdet n3 pasal tengok wayang kat gsc midvalley pada 11.05 mlm 12.02.2009. cite lanjut boleh tengok kat blog cik ida.

thanks to all, memang happening habis hari tu. dalam sibuk2 keje berbengkel sempat jugak. tima kasih pada guys from cldp n other cawangan yang joint esp kak aya yang sanggup joint kanak2 rebina ni. he he best tak kak aya???? lepas 20 tahun baru masuk balik panggung. kata kak aya last dia tgk wayang pada tahun 1980. ooooo masa tu aku baru je umur setahun.
kesian pulak kat kakak. balik cite kat dia mama dah tengok cite upin dan ipin hmmm apalagi muncung ler si kakak. sib baik mak lang dia belum tengok. so boleh ler dia gi ngan mak lang. selalu pun mama ditinggalkan sebab dorang pakat berdua je gi tengok. he he just this time mama yang tengok dulu.

Monday, February 9, 2009

kisah cuti yang sentimental

assalamualaikum

Dah dua minggu berturut-turut cuti hari isnin. bagi yang berkeluarga mesti macam2 planning. balik kg ke pergi jalan2 ke or else bercuti bersama2 family. yang single pun apa kurangnya. sian kat cik ida kita tuuuuuuuuu tak jadi nak gi cameron. tu lah time plan tu tak masukkan nama akak ngan kc, kalau tak sure sampai kat atas nuuun. ha ha. at last masing2 keje hari ni yang sepatutnya cuti termasuklah aku.

hari sabtu-06.02.2009
plan dari hari jumaat lagi nak gi PWTC nak tengok gerak usahawan. jam 10.00 pagi keluar rumah dengan kakak, adik dan kawan adik. penat tunggu bas. bas kalau ditunggu tak kunjung tiba kalau tak tunggu asyik2 muncul je depan mata. gi dengan bas ke erl putrajaya sebab kereta masih lagi kat bengkel. naik erl sampai ke bndr tasek selatan naik pula lrt sampai ke pwtc.

banyak booth yang ada, macam2 ada. rupanya begitu banyak usahawan keluaran malaysia. tak yah kita nak guna barangan buatan luar produk kat malaysia pun dah setanding dengan kat luar. part yang paling best bila test makanan. booth ni try kek, booth satu lagi test minuman, booth lain pula test nuget, karipap, air halia, air tamarind eeeeeee macam2 lah produk. at last kenyang perut. he he. tujuan aku pi just nak survey je. paling menarik perhatian adik penanaman cili. dia dah minat abis. nak tanam cili tu. so nanti aku kena tolong dapatkan info lanjut sebab program tu bawah koridor utara. aku pulak siap register jadi dealer oli collection. ada cadar, kasut, rantai n mcm2 lah. siap ada yang dah order pun.

balik dari pwtc dekat kul 5 ptg singgah kat umah kakak ipar sebab ada birthday anak. dah kenyang makan gi pula umah adik ipar nak ambik kunci kereta yang dah siap dibaiki kali kedua. eeee geram lagi ni bila tengok keta. last2 balik umah sorang2 sebab si kakak tak nak balik, maksu nak bawa gi swimming kat palace golden horses esoknya. so balik umah terus tido.....

ahad-07.02.2009
memang dalam planning hari ahad nak kemas rumah and agenda utama nak kemas buku2, kertas2 yang tak guna tuk dijualkan. tongang langgang bilik sembahyang aku kerjakan. pagi lepas basuh baju sekolah kakak, aku pun bertapa kat bilik tu. aku bukak satu kotak yang dah lama tak disentuh. tempoh lama tu seingat aku sejak masuk umah ni sampailah semalam. ada lah dalam 2 tahun lebih gitu. apabila kotak itu dibuka tiba2 !!!!! mataku terpaku pada sebuah bungkusan besar. oooooooh ada kain rupanya. kain apa pulak ni. hati tiba2 terasa sayu dan tanpa sempat kutahan air mata jatuh. tanpa kusedari akhirnya aku menangis teresak2 memandang baju2 pregnant. bila ku sentuh baju2 tu tingat aku pada arwah. aku ingat tahun 2007 tu aku akan pakai semula baju2 tu tapi tak de rezeki. dan aku faham qada dan qadar allah, kalau aku ditakdirkan pregnant masa tu mungkin aku tak mampu nak jaga baby tu tanpa suami. dah 4 tahun lebih usia si adik. akhirnya kesemua 15 pasang baju pregnant tu aku masukkan semula dalam plastik dan simpan kat dalam almari. jauh di atas sebab aku tak mampu nak tengok baju tu lagi. bila ku pandang je baju2 tu air mata aku akan terus gugur sedih sangat.

selesai tengok nona, aku masuk semula ke bilik tadi tuk kemaskan pula buku2 dan kertas2. ketika asingkan kertas2 dan buku2 tu aku terjumpa sampul surat. apa isinya ni??? bila bukak rupanya ada surat2 dan kad2 yang arwah bagi pada aku. kemas lipatan surat2 tu mengikut susunan tarikh2 yang dihantar. juga kad2 raya, kad birthday dan kad anniversary kami. kubaca semua surat2 tu. surat pertama selepas perkenalan kami sampailah kad terakhir - kad raya yang arwah hantar dari Lumut. sebenarnya aku tak mampu nak baca semua ayat dalam surat tu sebab hati semakin sedih dan semakin sayu dan airmataku tumpah lagi petang itu...... aku perasan dalam setiap surat arwah ayat akhir ada baris ini " i'm gonna love u till the end" aku nak cite panjang ni tapi airmata ni ................ sedeeeeeeey sangat. sepuas2nya aku menangis sorang2 kat bilik tu. dah rasa lega sket aku turun kat bawa.

tiba2 cik ida call ajak gi main bowling. so daripada aku sedih sorang2 kat umah baik ceriakan diri. aku gi alamanda bowling jumpa cik ida ngan kc. but kami tak dapat main sebab ramai orang. akhirnya masing2 bawa haluan, aku merayap sorang2 kat k4. cik ida ngan kc balik umah. pukul 8 mlm dari k4 aku terus ke dataran masjid. janji ngan cik ida n kc nak berkelah kat masjid. cik ida ngan kc siap bawa bekal tapau kat foodcourt n kc tapau kat kedai mamak. maaf ye kc rojak mamak tu tak ku sentuh. lenkali tak yah beli lagi, tu lah siap kena kejar dek mamak sebab tu kot tak sedap rojak tu tak pun memang kita dah kenyang. happening ku rasakan sambil makan2 sambil cit cat and last main badminton. best jugak keluar peluh. kul 10.30 masing2 bawa haluan balik umah masing2.

isnin-08.02.2009
seperti dijanjikan hari ni wpun cuti thaipusam tapi kene keje. kul 10.00 pagi baru keluar ke opis. target keje hari ni nak tolong jijah siapkan justifikasi perjawatan yang akhirnya siap kul 4.30 petang. alhamdulillah. dari opis ke rumah adik ipar ambik kakak. balik umah, kakak siapkan keje sekolah, susun buku aku pulak hapdet cite ni lah. si kakak dah tido aku pun nak gi tido gak lah.

so selamat malam. assalamualaikum......

Friday, February 6, 2009

kelas tafsir rabu 04.02.2009

sebelum terlupa dengan perkara ni baik dicatatkan kat sini....

kelas tafsir ustaz ikmal ... banyak yang dibincangkan tapi yang dinyatakan kat sini perlu perubahan pada diri.

kata ustaz ikmal, ada prof kat jepun buat research pasal molekul air. molekul air berubah apabila dibacakan ayat2 alquran, dinyayikan lagu2, air dari tempat sembahyang agama2 spt kuil, masjid, air zam-zam dan macam2 sumber air.

yang menariknya kata ustaz ikmal air yang dinyayikan lagu2 rock molekulnya amatlah huduh sekali. so bayangkanlah kalau orang yang minum air tersebut. dan kata ustaz ikmal badan kita ini dlm 80% or lebih mengandungi liquid means cecair, so kalau selalu dengar lagu2 rock or yang melalaikan maka apa yang dapat kita bayangkan pada molekul cecair yang ada dalam badan kita ni ????????????????? tepuk dada tanyalah iman.

air yang dibacakan ayat2 al-quran molekul yang paling cantik.

untuk renungan hari ini.

me n my best friend

n3 ni khusus tuk tatapan kak ti, kak ju n roiza (mane ko menghilang ?????) masa ni gi umah kakak ipar kat jengka n kebetulan dapat tahu imah berpantang anak kedua di jengka. so on the way nak balik singgah umah imah. lama betul tak jumpa. tingat kisah2 kita kat utm dulu. heppi masa tu. sekarang jumpa semua dah ada handbag (anak2) masing2. so carry handbag tu baik2 ye. ni gambar kat umah imah di jengka. oooooooops cikgu imah. anak murid camner ok tak?????

.

Thursday, February 5, 2009

yang terkini

beberapa hari rumah ini ditinggalkan tuannya kerana busy. macam dia sorang je yang busy. heeeeee. masa yang Allah bagi sama je kan tuk semua orang, bezanya cara seseorang memanfaatkan masa itu.

balik dari penang semalam kul 6.00 ptg sampai rumah. rehatkan diri then kul 7.15 mlm ajak kakak ke masjid. kakak memulakan pengajian al-quran kanak2 di masjid putra, putrajaya. taklimat disampaikan oleh ustaz redza. hmmmm agak menarik. yuran kelas dalam RM5.00 sebulan begitu murah ye. rupanya kelas ditaja oleh kerajaan untuk peruntukan 20 orang sahaja. tapi kehadiran kanak2 yang baru seperti kakak tak sampai pun 10 orang.

mama kesiankan jugak kakak sebab mesti lepas ni rutin kakak akan bertambah macam mama. balik dari sek.rendah terus ke darul quran. balik dari darul quran dah pun dekat kul 6 ptg. sampai kat umah main2 kat taman kul 7.00 mlm masuk umah. mandi lepas solat maghrib kena gi masjid pulak ada kelas start kul 8 sampai 10.00 mlm. balik mesti dah penat. agaknya bila nak buat keje sekolah ye. hmmmmmmmmmmm terfikir panjaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaang jugak. tapi mama nak jugak kakak gi ngaji kat masjid sebab kakak baru darjah satu so keje sekolah tak banyak. kalau duk kat umah pun malam kakak tengok tv it's better gi ngaji kat masjid. lagipun bukan senang nak dapat tok guru tahfiz yang ngajar. mama doakan anak mama ni dapat khatam quran tahun ni. target mama lah. eeeeeeeee tinggi pulak rasanya aku nyer impian aku tahun ni.

well i think like mother like doter kan. aku kalau menghafal baris ke berapa pun aku ingat. itu dulu lah, now dah cepat pulak hilang ingatan tu. kejap2 dah lupa kat mana letak fail tu. hmm. kakak dah pun kenal huruf n dah pun pandai baca al quran. cuma tajwid out lah. tak pe belajar pandai2 ye kakak. nanti kita bole baca yasin sama2 sedekahkan tuk abah.

hari ni gi opis, tengok tray in- paper yang aku buat last week semua dah return. n semua kena pinda. hu hu. so dari pagi betui2 pulun buat keje sampai ke petang and akhirnya target nak keluarkan iklan monbusho kat website pun tercapai. setle satu hal iklan cbtg pulak. ape pun aku dah dptkn tandatangan bos harap2 esok kuar kat web kpm. oooooo 2 hari berturut2 iklan aku. kata kc dah boleh bukak syarikat pengiklanan. he he. n dapat ku bayangkan keje aku selepas ini.......................... mesti tak menang tangan............ sapa nak tolong? angkat tangan. sureeeeeee tak de orang nak tolong aku kecuali kc ngan wana. nasib ler dapat bos camni. apo nak buek sama2 ler kita bekerja keras ye. aku tengok mang semua pegawai cldp macam aku jugak tak cukup tangan masing2 program tengah on.

yang sebenarnya tadi aku masuk sini sebab nak cite pasal gi surau tadi. macam biasa hari ni baca yasin kat surau. pegi dgn kakak tapi kakak balik sebelum sempat abis baca yasin. ngantuk katanya. n seperti biasa aku orang muda dengan geng2 surau yang sebaya ngan mak aku. eeee perasan muda. tapi aku ok jer boleh masuk geng.

ada makcik ni lepas baca yasin nak tunggu solat isyak tanya aku masa arwah meninggal tu dapat apa2 tanda apa tak? hu hu hu sedih lah pulak. tiba2 soklan tu mengigatkan aku pada arwah. seminggu agaknya sebelum arwah meninggal aku dengar suara burung gagak. macam atas kepala je bila bangun pagi. orang kata kalau dengar burung tu tandanya ada orang dekat nak pergiiii. masa tu tak pulak aku terfikir yang arwah akan pergi meninggalkan aku selamanya. yang masih diingatan bila ayah tanya pada arwah masa kat kampung " fahmi, ayah tengok kening fahmi macam jatuh". masa aku dengar ayah cakap gitu kat depan arwah dan semua penghuni rumah petang tu hati aku tersentak sebab aku pernah baca tanda2 akhir kematian. kan itu tandanya?. aku pandang arwah masa tu dengan perasaan sayu. dalam hati berkata ini macam tanda yang aku baca tapi aku harap perkara tu tak betul. kalaulah aku........hish kata ustaz zawawi tak baik kan cakap kalau-kalau ni. aku kena redha bak kata dr fadhilah kamsah dalam wanita hari ini hari selasa baru ni, KISAH BALU kalau kita tingat kat arwah, hati sebak tadah tangan baca al-fatihah sedekah dan berdoa semoga Allah menempatkan arwah dikalangan orang2 yang beriman. amiiiiiiiin. makcik tu cite anak sedara dia dapat tanda camni. hari2 ada daun kat laman umah dia walhal pokok agak jauh dari rumah dia n hari ni sapu esok ada lagi. makcik tu cakap kata orang2 tu daun dari syurga means arwah akan ditempatkan di tempat yang baik. cam tulah. sama2 lah kita doakan ya.

lepas solat isyak, rezeki hari ni nasi goreng. sambil makan2 ada kakak yang aku bagi resepi kek coklat as requested kakak tu dah pun buat kek tu. dia cakap jadi, rasa sedap tapi lepas naik turun balik. ntah ler tak sure la pulak aku pasal apa ya??????? aku ni amatur je pasal bakeri ni. yang tu kena tanya profesional. apa pun nasihat aku pada kakak tu practice make perfect. hmmm

lepas makan aku jalan balik ke rumah. ada lagi makcik2 tu kat surau sebab dorang ada training marhaban. nak jugak aku joint tapi nampak sangat beza kat group tu nanti. he he. aku yang tak pandai nak nyanyi marhaban ni. suara orang2 veteran bila marhaban best jer dengar karang masuk suara aku kot2 lain pulak jadinya.

masa jalan sorang2 balik rumah aku terasa macam arwah ada kat sebelah aku dengan baju melayu hijau yang selalu dia pakai sambil sembang2 kami jalan balik ke rumah yang tak smpi pun 30 langkah dari surau. macam terbayang2 je suasana cam tu. bila aku sedar rupanya aku berjalan berseorangan tup2 dah sampai depan pintu umah. sediiiiiiiiiiiiiiiiiiihnya. rinduuuuuuuuuunya aku pada arwah. sekali lagi airmata ini gugur tanpa sekatan. semoga sedekah hari ini akan diterima allah disana. amiiiiiiiiiiiin.

Sunday, February 1, 2009

repair kereta dan HATI

semalam ambik kereta setelah 8 hari ditinggalkan kat bengkel. masa ambik semalam memang agak tak puas hati sebab target lain dapat lain.

pagi ni nak kuar gi hantar barang kat rumah member di presint 11, singgah isi minyak baru perasaan yang bengkel tu buat keje cam ala kadar je.

aku nengok kat tempat yang di claim diketuk dan dicat semula tu ok, tapi near kat tempat ketuk tu berbalar-balar je. lagi teruk dari hari aku xcident. dah tu, kat bawah tu macam nak terkeluar. aku perasan dari jauh, aku jengok ke bawah, kot2 la dia nak letak skru ke, ditinggalkan camtu je, dah tu pulak bawah tu macam diperoyokkan je janji biar yang terkulai tu masuk semula jadi kemas. benggangnya.

lain yang aku soh buat lain yang dibuatnya. sapa yang aku nak salahkan. kalau aku sendiri yang bawa ke bengkel memang salah aku ler, tapi ni somebody yang aku minta pertolongan sebab aku tak de banyak masa dan aku tak berapa tahu (memang tak tahu pun) pasal kereta ni. takkan aku nak salahkan orang tu kot. patutnya aku berterima kasih atas pertolongan tu. tapi ni tima kasih aku dah macam tak ikhlas lah pulak.

ingatkan RM721 tu boleh selesaikan semua masalah kereta. yang patut dibuat cam tukar alternator, aircond belt, and betulkan balik bonet depan. yang dibuatnya dicat bumper yang tak pun tercalar akibat xcident tu. dah tu kos cat bumper tu dekat RM500. eeeeeeee geramnyer. dah bumper depan warna badan kereta bumper belakang warna hitam. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee geram lagi niiiiiihhhhhhhhhhhh. buat sakit hati je.

tapi bila teringatkan balik cite kat Nasi Lemak Kopi O (tv9) pagi tadi- 01.02.2009 , kurang sket sakit hati. sebelum keluar ke opis pagi tadi (dah 2 hari keje w/pun orang cuti - sebab next week tak de kat opis).

dalam segmen pagi tadi ada pengarah farah diba dengan tetamu undangan kak ogy ahmad daud, kiyai dari indonesi dan sorang lagi aku lupa nama. kebetulannya aku tengok sebab nak tunggu time nak kuar umah so tak berapa prihatin sgt nama tu.

actually segmen tu macam segmen promosi seminar/bengkel yang akan diadakan di KL selama 3 hari nama sebenar program tu aku tak pasti sebab aku tengok pun dah sekerat jalan yang aku dengar management kalbu. yang terkesan di hati aku ada beberapa perkara:-

1- bila farah tanya pada kiyai tu, macam mana nak bagi nasihat pada remaja yang suka black metal (lebih kurang macam ni lah ler soklan tu)?
kiyai tu jawab semuanya ada pada hati. dia kata kalau kita kawan dengan penjual minyak
wangi maka kita pun akan bau harum tapi kalau kita kawan dengan pembuat besi maka kita akan terasa bahangnya. yang lain aku tak berapa ingat. sebab tak berapa fokus sgt tadi.

2- farah tanya lagi apa pengalaman kiyai yang tak dapat dilupakan sepanjang dia berdakwah
kiyai jawab ada seorang hamba ni lumpuh. dia tinggal dengan mak. kiyai tanya hamba lumpuh tadi, macam mana kalau mak dia meninggal, kata hamba tu dia kan ada ALLAH. so kiyai tanya apa hajat dia. hamba tu jawab dia ingin memiliki cahaya mata. selepas mak dia meninggal hambar tersebut berkahwin (ada wanita yang mahu mengahwini hamba tersebut) kemudian dapat anak. kat sini kiyai tu dapati hamba yang lumpuh tadi seorang yang optimis. kata hamba tu kerana semuanya terletak pada hatiiiiiiiiiiii.

3- ada bait-bait ayat yang sangat tersentuh hati aku bila kiyai tu cakap ada orang memperuntukan budget yang banyak untuk menata hias rambut, menata hias wajah tapi berapa ramai yang cuba untuk menata hias hati. oooooooooh kesedaran yang amat pada aku hari ni.

bestnnyer kalau dapat joint program tu tapi aku tak tahu bila dan dimana. yuran yang aku tahu dalam RM800 gitu. kalaulah duit repair keta tadi boleh kugunakan untuk pi program tu kan bagus kan.