JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Tuesday, December 22, 2009

uniknya perasaan itu...

walaupun akhir2 ni bermacam2 masalah datang..... and lately ni dah serabut fikiran but today aku rasa laaaaaapang dan sangaaaaaaaaaat lah bahagiaaaaaa dan sangaaaaaaaaaaatlah gembira for myself achievement.

nape???????????

tahun ni dah 2 kali aku dapat rasakan perasaan macam ni. apa yang dapat aku simpulkan...

maybe sebab apabila kita lakukan sesuatu dengan hati yang begitu ikhlas dan tanpa mengharapkan sesuatu sebaliknya kita tahu sesuatu yang kita lakukan itu dihitung olehNYA, sebab tu Allah hadiahkan perasaan bahagia ini.

so, apabila kita nak lakukan sesuatu, cuba ikhlaskan hati untuk melakukannya.. tak perlu nak dibanggakan atau mengharap pujian dari makhluk sebaliknya kita sendiri yang mengetahui penerimaan dari yang ESA...

moga aku akan terus beristiqamah melaksanakannya.. tetapkanlah ya ALLAH. amiiin.

Monday, December 14, 2009

tersentuh

Tak tahu kat mana nak diluahkan….. berat rasanya… hebat dugaannya…….atau aku kah yg terlalu mudah melatah……. Atau terlalu mudah tersentuh…..ya allah kuatkan lah aku untuk hadapi semua ini……..

Friday, December 4, 2009

kembali sendirian...

assalamualaikum...

dah lama aku tak hapdet blog, byk nak diceritakan untuk dijadikan kenangan kehidupan dunia ini... tapi banyak hal yang berlaku kebelakangan ni so masa agak terhad untuk aku luangkan depan pc nih..

sejak akhir2 ni kesihatan tak memberansangkan. ku kira semua tu dugaan ALLAH untuk diriku. kata orang............ sakit untuk kifarahkan dosa... ku bersyukur dengan dugaanMu. Mohon ya ALLAH kuatkan dan tabahkanlah aku untuk hadapi semua dugaanMu.

as usual musim cuti sekolah sekarang nih, so anak2 pun bercuti kat kg. semalam call ayah, hari ni mak, si kakak farhana n si adik fatin akan ke kuala terengganu untuk bercuti di rumah adik kedua. semoga mereka selamat sampai ke destinasi. mesti tak sabar budak2 tu nak jumpa ngan sepupu si batrisyia yang comel.

kebetulan pulak rezeki adik ketiga dapat keje tetap as peg.penyelidik kat uitm shah alam. so......... balik dari bercuti terasa sangat sunyiiiiiiiinya umah... tinggal sendirian... sib baik jugak ada kak maya jiran sebelah... kalau tak mau aku cuti sampai tahun depan.

sunyinya umah tanpa suara anak2 mama....... tapi sesungguhnya...... hu hu maleh nak fikir lagiiiiii..

Sunday, November 15, 2009

separuh jiwaku pergi...

salam...

dah beberapa malam, aku kat depan pc... tak tahu nape... tak juga hapdet blog kan...

tapi tengah malam ni... rasa sedih dan sayu. tak tau dah berpuluh2 kali aku ulang 2 lagu ni... dengar bait2 kata lagu anang.. separuh jiwaku pergi.....kau khianiati hati ini, kau curangi aku... macam aku pulak yang terasa kesedihan yang anang alami....

pastu dengar pulak lagi krisdayanti... aku wanita biasa...maafkan aku bila hasratku keliru, sulur gairah jiwamu, ku yang dosakan cinta...

inilah kehidupan...kan... perjalanan hidup dah diatur YANG ESA.... aku redha dengan takdirmu YA ALLAH... tabahkan dan kuatkanlah hatiku untuk menghadapi kehidupan ini.

Tuesday, November 10, 2009

macam-macam cite

Asslamualaikum...

sekarang ni dah jarang2 kemas umah ni. malas ke??? tak juga rasanya.. ntah ler mood tak menentu sekarang ni... hepi, sad, hmmm tak tau la chek nak cakap camner. yang pasti ada kadang2 sedey, mendung, kerap kali hujan, berlaku gak banjir sekali sekala. hu hu hu. buat pe lah jadi camtu kan. anyway tu semua detik2 yang terpaksa kulalui dalam perjalanan hidup ini dan yang pastinya pengalaman hidup semakin bertambah... dah tua kot chek ni. dah angka 3, tapi ada kawan cakap chek macam budak2... hu hu betui ka sikap aku ni macam budak2. sungguh tak patut orang tu kan..

kadang2 cara terbaik nak hilangkan semuanya... zzzzzzzzzzzzzzzz

macam2 cite nak hapdet... tapi maleh la nak cite... harap pic2 kat bawah ni dapat menceritakannya:
xtvt hujung minggu
bawak kanak2 riang gi kolam... pantang weekend je mesti kuar ayat-ayat sedey ni... mama lepas kita gi kubur, kita gi kolam, bule tak?... dah lama tak gi kolam... lama dorang tu seminggu je.. padahal tiap2 minggu mama jadi penunggu ditepi kolam. mama pun dah lama tak gi swim ngan acik n cik ida...
ala2 perenang profesional. hi3..

jamuan raya surau presint 8E putrajaya

best, dapat duit raya...
kakak with her best friend hanis and adik fatin...

tempahan kek...

tungguuuuu kemunculan umah baru (blog bakeri)... tak tau ler bila lah akan dilancarkan...tak siap2 lagi renovate...

sukan tadika/taska kemas putrajaya tahun 2009...

dengan mata yang tak bule bukak sebelah, kugagahkan buka seluasnya tuk joint temasya sukan yang berlangsung di padang serbaguna kompleks kejiranan presint 9... here some pic..

perasmian oleh Tengku Adnan...
banyak tadika/taska bawah kemas sekitar putrajaya turut serta... walaupun dalam cuaca cenggini...
adik fatin with her friend syasya..
nengokkan dalam barisan tu, adik berdiri 2 dari belakang... tinggi gak anak mama ni, sib lah ikut ketinggian abah, kalau mama, selalu kat sekolah mesti 2 dari depan.. hi3...
hujan lebat.... yang kemudian renyai2 sepanjang games...tapi tengok tu semangat mak bapa n anak2...

adik fatin masuk games mencari simanis...(gula2) and the group become winner

ada tak gaya ahli sukan.ni kuat sepak bola tau

karnival
then pada hari yang sama ada perasmian karnival kompleks kejiranan dan pelancaran rakan alam sekitar putrajaya... kat kompleks kejiranan presint 9 depan foodcourt tu...

detik-detik akhir bersama
here some pic ketika kami menguruskan mesyuarat... hari2 terakhir bersama kak noor, kak zimah n jijah... mesti rindu ngan dorang lepas nih...

semoga berjaya ditempat baru.

dah penat jari n penat mata... rasanya dah cukup sampai sini cite kali ni..

Friday, November 6, 2009

mimpi itu menyedihkan.........

salam hari jumaat tuk semua...

semoga hari ni memberikan kebahagian, kegembiraan dan ketenangan kepada kita...

inilah tempat terbaik untuk kucurahkan airmata... thanks pada kak noor yang sudi dengar cite dan keluh kesah hati ini, yg sudi nengok airmata yang dah patutnya kering pagi tadi dan sudi nangis sama.. tak patut kan aku, setiap kali aku cerita mesti orang yang dengar akan turut menitiskan airmata... bukan ku pinta camtu tapi aku faham mereka pun turut merasai apa yang aku rasakan... patutnya awal lagi erk kak noor dapat tido tengahari ni. jumaat kan lunch hour yang panjang. sory erk kak noor curi masa tido kak noor... lepas ni dah tak leh nak cite lagi... selamat bertugas kat tempat baru...

mlm tadi mimpi bertemu dengan arwah... terasa kerinduan yang teramat bila nampak abang. lyn sedar yang abang telah pun kembali kesana........namun kepulangan abang semula ke rumah mengembirakan hati lyn. lyn terasa seolah-olah kehidupan kita kembali seperti sediakala, ada abang, lyn, ada anak2. abang....... bila tersedar dari mimpi, airmata laju je keluar. lyn rindu sangat kat abang... rindu sesangat... lyn tak nak lepaskan abang pergi........ namun itu bukan hakikatnya.... kebenarannya abang tidak akan kembali lagi... lyn rindukan abang... lyn doakan abang tenang dan damai DISANA........... YA ALLAH berikan aku kekuatan, ketabahan dan ketenangan untuk meneruskan kehidupan ini. YA ALLAH tolongkan tenangkan hatiku ini....

aku rasa nak nangis, nangis dan terus menangis....... tapi sampai bila??? tak boleh nak teruskan lagi... tenangkanlah aku YA ALLAH......

Wednesday, October 14, 2009

n3 tertangguh

Assalamualaikum...

rasanya masih belum terlewat nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua. ada kesempatan masa nak update n3 tapi pc pulak tak ok. so hopefully hari ni dapat publish....

cite bergmbr je lah erk...

Semasa bulan puasa

persiapan sblm khatam quran peringkat bahagian - siap bunga telur...
majlis khatam peringkat kementerian..majlis khatam surau kat umah...

kak sarah .. antara gambar yg paling cun kat dalam cameraphone aku --

inilah osman... pembancuh teh tarik yang paling sedap kat surau... tiap2 malam mesti minum teh tarikh osman baru bule balik umah... rajin adik osman ni... bancuh teh, kemas surau... sejuk perut ibu mengandung.......

antara peserta tadarus surau presint 8E

antara biskut raya yang dibuat... sebabkan this year ada aku bukak tempahan kek n tartlet so kueh raya ni je yang mampu dibuat... sebabkan kesuntukan masa ...

SEMASA HARI RAYA
adik ipar (adik arwah suami) pagi raya masih lagi kat umah aku sebelum bergerak ke umah mentua di simpang empat kangkung, alor setar..

ni menu hari kedua.. mak masak nasi n lauk pauk........

makcik and family... sedondon marooooooooon.

inilah en. morad and puan asiah yang disayangi..........

adik fatin di rumah mak mertua adik... besannya di ayer hitam, kedah
adik with her daughter n her husband... mulanya balik naik bas ngan anak... tup2 petang tu hubby dia balik ngan keta... rugi tul tiket... raya kedua dah balik terengganu... pastu sabtu tu dah sampai balik ke kedah........... baru start cuti raya katanya.... planning dorang tersasar dari plan asal.... apa2 pun si kakak n adik gembira sebab mak ngah balik because yg penting sebab dorang nak kerjakan sepupu yang comey tu batrisya...

antara tetamu di 1 syawal... kawan2 ayah...

SELEPAS RAYA
kek tuk jamuan raya sekolah agama kakak

conrflake cokelat jadi biskut raya tuk kakak bawa ke sekolah... kakak kata cikgu soh bawa kueh raya... memang kat umah tak de langsung kueh raya, so dengan pertolongan si kakak dan si adik jadilah jugak 1 jenis kueh raya dessert tuk open house aka house warming kat umah kakak ipar. aku buat ni je sbg balasan tak gi awal tolong masak... salad buah, tiramisu, marble cheese and karamel...

me with kakak, azim and farah (anak kakak ipar)... dah agak lama tak jumpa ngan si azim ni, mak uda tengok makin tinggi... sekarang tengah merdeka tu baru abis upsr exam.. hopefully dapat result baik ok...

SUPRISE BIRTHDAY CIK IDA
pic ni masa suprise birthday kat umah cik ida..selamat hari lahir tuk cik ida. semoga panjang umur, murah rezeki ( tahniah dpt promotion.... hu hu nak tinggalkan daku ye)... semoga dapat capai skt kat tempat baru.... amiiin).

Monday, October 5, 2009

moody

assalamualaikum....

jelajah ke blog owang, sume nya cite hari raya erk. me pun nak cite gak tapi blum ada kesempatan masa lagi nak upload pic.

tapi hari ni cam tak tertahan nak buat n3 nih.. nape erk???????

i-- marah betul bila org potong Q. kalau dah tahu nak masuk parcel e, please la ikut ler lorong yg sepatutnya... ni tak etika langsung. kalau dah tahu lmbt, awal la sket. sume orang nak punch card... hari ni memang aku jadi tak baik hati... geram.. tak de hati aku nak bagi peluang, kalau rasa keta nak calar meh, tak de chance nyer aku nak bagi jalan...., tapi fikir balik alangkah bagusnya kalau aku bagi laluan kat dia erk. bule dapat pahala... tapi kalau dah hari2 camtu...lu pikir la sendiri....

ii-- buka je email dpt email dr en.x. tak ke~!!!! dia ada perasaan nak bagi bahasa2 yang indah kat aku ni. maybe dia tak tau aku ni jenis yang sentimental.... hu hu ...punya lah aku dengan rendah hati ucap selamat hari raya bagai, minta maaf bagai, ucap terima kasih sebab berurusan ngan aku..... wlaupun aku sedar selama ni tak de la pulak aku yang bersalah......... tapi kalau tanpa aku sedari, tak tahu la pulak... walau sedar ke tak sedar ke tetap aku yg minta maaf ok.. dengan harapan tak de lah lagi perang2........ geraaaaaaaaaaamnyer,,,,sampaikan aku terfikirrrrr, malas ah nak buat baik ngan orang. inikah balasan atas kebaikan itu....... tapi fikir lagiiiii, ALLAH kan balas semua kebaikan yang kita buat walaupun sebesar zarah......

iii-- tak de niat pun nak buat kawan cenggitu.... ntah ler, kalau lah dia dapat tengok hati aku nescaya putih bersih tau hati aku ni (harap2 cengitu lah).... aku tak de niat sket pun nak buat cenggitu... apa yg aku buat setelah fikir buruk n baik..... me dah jadi malas nak buat baik.. sebab kadangkala kebaikan itu disalahertikan...

kesimpulannya : kalau kita nak dilayan cara vip, kita kena layan orang cara vip lah jugak wokehhhh. ni sume bahasa2 moody.......

patutkah aku begitu suci hati dengan sume nih??????????? me pun ada gak perasaan...

Wednesday, September 16, 2009

hari2 terakhir ramadhan n hari2 slbm cuti yg panjang

assalamualaikum...

tak dapat nak cite panjang sebab jap gi ada meting... hari2 terakhir ramadhan ni rasanya amalan makin berkurang... patutnya amalan lebih banyak, makin menggunung tapi sendiri rasa.

target pun tak tercapai... nampknya ni kena continue lepas ramadhan. insyaallah petang ni ada khatam quran surau kat umah. alhamdulillah berjaya juga aku menjoint kan diri ngan kakak2 dan makcik2 tu... part yang paling best, dapat berkenalan dengan penduduk2, sebulan kan, sampai ada yang dah mesra... lepas ni insyaallah xtvt surau akan diteruskan... ada plan dari ajk nak belajar tajwid dan buat kat rumah... and dorg cakap umah yang akan selalu dijadikan tempat belajar tu adalah umah aku... sebabnya kat umah aku tak de lelaki.. bule ke gitu??? tapi aku rasa sangatlah teruja... best nyer,, dah lama aku tinggalkan xtvt2 gini.

smlm lepas teraweh siapkan tempahan kek, tiramisu n tartlet... alhamdulillah pagi ni dah delivery... mlm ni continue lagi tuk delivery pagi esok sblm balik kg...... yu huuuuuuuuuu....

will be update this n3 with pic2 order.

Friday, September 11, 2009

order kek

assalamualaikum...

alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat meneruskan kehidupan. semoga hari ini kita dapat lalui dengan baik. amiin...

petikan al-mathurat:

"Dan dari tanda-tanda kebesarannya pula ialah tidurmu di malam hari dan disiang hari, dan usahamu mencari rezeki dari kurniannya bahawasanya pada yang demikian sungguh terdapat, tanda-tanda bagi kaum yang suka mendengar "
pagi ni baca makna al-mathurat, petikan kat atas tu kan macam betul je ngan apa yang terjadi semalam...
Tidurmu di malam dan siang hari
siang kat opis waktu lunch sempat gak tidur, malammnya balik dari teraweh terus ke dapur untuk mula bake kek yang ditempah oleh kak aya - officemate... dekat2 kul 1 gak baru tido...sblm tido dah prepare tuk bgn kul 4. al-quran yang biasa dibaca tertinggal dalam kereta, sebabkan malas nak keluar ambik, so ambik quran lain letak kat tempat biasa... then kunci jam kul 4, bila jam berbunyi, ku tutup jam itu... pastu sambung tido... jam bunyi lagi... aku bangun lagi... pastu terlentuk lagi... dannnnnnnn..................................................... akhirnya sedar entah kali ke berapa bila terdengar bacaan al-quran dari surau... terkejut... terus bangun kejut kakak minum air..........
usahamu mencari rezeki
order from kak aya untuk birthday anak daranya fiffy 11 september 1982 (sweet 17)...
pic snap kat opis pagi ni... terlupa snap semlm..

sebabkan atas dah sarat, so tulisan tak dapat nak letak kat atas... orait tak tulis kat bawah tu je... tu je tmpt kosong...hi hi hi

tebal tak cheese. yum... yum... yum.... awal pagi dah jamu mata budak2 opis ngan kek ni. sian kan dapt tgk je.. insyaallah tempahan tuk raya akan delivery selewat-lewatnya awal pagi khamis minggu depan, sabar ye kawan2. kalau tak kena tinggal. hu hu sampai ka hati dia nak tinggalkan kakak dia ni ngan anak angkat dia tu...

tanda-tanda kaum yang suka mendengar
pagi ni rasa penyesalan yang teramat.... niat nak bangun semalam tak tercapai dek kerana nafsu menguasai diri....... kalau bulan lain sure, alasannya syaitan itu yang bersalah... tapi kalau bulan ni nampaknya itulah sifat sebenar kita... kan... kena salahkan diri sendiri. hu hu....

ampunkan aku ya ALLAH kerana lalai dengan dunia ini......hindarilah diriku dari sifat malas dan berikanlah kepada ku ya ALLAH badan yang ringan menyempurnakan perintahMu...

amiiiiiiiiiiiin.

Tuesday, September 8, 2009

hapdet picture

assalamualaikum...

kebetulan malam ni balik awal sket dari surau. alhamdulillah akhirnya dapat juga me n my group dapat menghabiskan tadarus 30 juzuk dan malam ni kami telah pun selamat khatam al-quran.. sesungguhnya malam ke 19 yang bermakna pada aku tuk tahun ni... coming khatam hari khamis ni program kementerian pastu khatam isnin minggu depan program opis and the last khatam program surau. yang tak tercapai rasanya personel target. apa pun aku dah bersyukur sangat, this ramadhan lebih baik dari sebelumnya. alhamdulillah...

sebelum gi surau tadi minta tlg adik keluarkan pic2 yang dah lama sangat dari phone.. so this n3 just nak letak gmbr tuk tatapan anak2 mama kelak...
suke sgt tengok pic ni... bahagia sangat... dikelilingi kawan2 yg baik.. syukur ya ALLAH kau pertemukan kami... pic masa birthday julai

pic masa birthday faheem (anak adik ipar) dan si kakak farhana- nmpk cam mama lak yg over hepi.. masa tu si kakak masih lagi bersedeyyyyy... yang sebenarnya mama pun sedey gak bila tgk sume org dtg berfamily... apa pun thanks ila 4 the birthday party.. ingat tau kakak ... maksu sayang kat kakak ngan adik k..

byk tak barang??? actually pic ni masa kami memborong hadiah tuk pesta sukan opis kat mydin subang. terima kasih kepada penunjuk jalan... sorry ye model kat dalam tu akak blum minta izin.. minta izin ye msk pic kat sini.

pic semasa hadiri Seminar Sains Solat bersama ngan cik jijah di Masjid Wilayah. perasmian oleh Tun Abdullah. banyak ilmu yang dapat...

me agak aktif this year joint marhaban group... pic semasa hadiri jemputan marhaban sempena majlis cukur jambul di apartment presint 14. pertama kali masuk kat umah ni, ternampak buai yang cantik tu... makcik2 survey... rupanya buai hasil deco si bapa khusus untuk babynya. baby boy ye not girl....

program marhaban dan khatam al-quran sempena majlis kahwin di rumah salah seorang ahli marhaban ....

kek coklat tuk minum petang kat umah... semangat buat kek ni sebab anak dara kak maya balik bercuti, so half tu memang nak bagi kat dia tuk bawa balik ke uitm melaka

tempahan kek coklat oleh pegawai kat opis tuk birthday anak buahnya. simple deco.. start deco lepas balik dari tadarus kul 11.30 mlm... ni lah rupa kek bila tuan sedang ngantuk... thanks 4 d order...