JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Thursday, January 29, 2009

bercuti di kg - sepupu kawin

N3 kali ni nak cite kisah balik kampung. tahun baru cina, tapi orang melayu yang penuh bas. ambik kesempatan cuti perayaan yang agak panjang. mulanya aku rancang nak pegi Terengganu umah adik. tapi pak long awal2 lagi dah call bagitau kenduri kahwin sepupuku akan diadakan pada 26.01.2009. dalam planning awal pak long nak buat bulan 3. so 2 minggu sblm tu adik dah cari tiket n kebetulan tiket yang ada jam 4.45 ptg hari Jumaat.

makanya pada hari jumaat 23.01.2009 kul 12.15 tgh aku kuar opis terus balik umah, kemas apa yang patut, drive ke sungai besi then tinggalkan kunci keta kat rak kasut umah adik ipar setelah beberapa kali call tak angkat. aku ingatkan tak de orang. aku tinggalkan je kunci kat situ pastu jalan kaki ke lrt tasek selatan. (tinggal keta kat adik ipar soh dia tolong repair kes aku xcident hari tu lah). masa nak beli tiket adik ipar call rupanya dia tido kat dalam bilik tak dengar phone. so naik tren turun kat plaza rakyat. kalau orang first time mesti conpius kan nak turun pudu sebab nak gi pudu raya. rupanya kena turun kat plaza rakyat.....

sampai je kat pudu, teruslah nak menuju ke kaunter maraliner tiba2 mata melirik ke arah satu notis yang ditampal kat situ......... SEMUA PERJALANAN KE UTARA MULAI 22.01.2009 HINGGA 02.02.2009 NAIK DI HENTIAN DUTA .............. terpingga2 aku ngan adik. tiba2 ada sorang mamat ni, tengok cara pakaian macam pekerja gomen tak pun dari LPPKN, ni aku agak je lah. datang tanya pastu minta tgk tiket then bawa tiket gi kaunter maraliner. memang sah kena naik kat hentian duta. tapi sempat gak mamat tu sound kat orang maraliner tu lenkali inform awal. aku rasa bukan salah orang maraliner tu pun tapi orang yang tampal notis tu...

Tengok jam sib baik baru kul 3.00 ptg. dalam hati gerun jugak sempat ke kami naik bas kul 4.45 ptg kat hentian duta. tengok ke arah jalan macam biasalah KL mana ada lenggang. tunggu shuttle bas kat depan tangga puduraya tu. lambat lah pulak. dalam 15 minit shuttle bas sampai. ada yang naik bas kul 3.30 ptg aku tengok gelisah semacam je. kenapalah notis tu baru tampal. tak pulak diumumkan dalam berita ke dalam paper ke. teksi kat depan pudu pulak bukan main lagi kaut keuntungan sorang dicaj RM10.00 pulak tu kena tunggu ada 4 orang baru nak jalan. bagi yang terdesak terpaksalah jugak. aku ingat nak komen dalam gov.my tapi belum buat lagi. nanti senang kena komen gak.

alhamdulillah sampai hentian duta, makan, solat then naik bas. perjalanan hari tu kenderaan punyalah banyak di jalan raya, walaupun tak jem tapi slow jugaklah. akhirnya kami sampai ke kangar, perlis jam 2.00 pagi. lepas solat terus tido.

sabtu (24.01.2009)
sibuk seharian mengukus cupcake tuk jadikan cenderahati kepada sepupu. rasanya dalam 7 adunan. ada dalam 75 biji cupcake size 11.5mm. aku start kukus dari jam 2 ptg sampai dekat kul 6.30 ptg. penatnya tapi bila tengok hasil, bestnyeeeeeeeer. lepas ni aku bertekad nak buat bisnes cupcake. ada ke pelanggan. sapalah pelanggan pertama yang bertuah ittew. he he he

ni lah hasil cupcake tu............... ( gambar packing lupa nak ambik)

ahad (25.01.2009)
awal pagi kami dah bersiap untuk ke rumah pak long di NAKA, Kedah. kul 9 pg bertolak, tengahari sampai. pulak tu tak sempat sarapan kat umah. niat hati bole sarapan kat umah pak long. sampai je, mak long cakap air tak de, so dorang blum masak. lapaaaaaaaaarnyeeeeeeeeeer. pak long pergi pasar, so tengahari tu kami lunch mee rebus n laksa yang pak long beli kat pasar.

nak buat apa pun tak boleh air tak de. tapi ketangkasan mak menguruskan hal2 rumah w/pun air tak de, akhirnya dapat jugak kami makan nasi tengahari tu. sedap gak nasi panas dengan asam pedas utara campur ubi. terasa lagi nak makan. dalam kul 4 lbh keluar air banyak. rupanya ada kes disebaliknya. nyaris gak mak long kena saman sebab buka meter sampai abis. alhamdulillah akhirnya air ada semula. so boleh buat keja kenduri kawin.

aku tolong apa yang patut. yang sebenarnya aku ni mcm tak cukup tangan. pengantin tu sepupu aku. anak pak long yang no.2 sebaya ngan adik aku yang no.3. manakala anak yang sulong (sebaya adik aku no.2) belum kawin tapi dalam plan tahun ni jugaklah. si adik dah nikah gantung bulan 12 tahun lepas. keje nurse kat dewan bersalin hosp. alor setar. so aku yang agak tua (eeeee rasa cam mudo lae) kena lah uruskan semua hal. dari bunga telur, sampai ke meja makan pengantin. tapi semua tu aku suka.

petang aku ikut kakak pengantin pegi beli barang. jauh tul umah dengan tempat nak shoping. pulak tu kena gi pasar malam jauh gak. letih dalam perjalanan. syukurlah aku dok kat putrajaya ni semuanya dihujung jari. kalau nanti aku tercampak kat pendalaman camtu camnerlah rasanyaaa kan.

ni kakitangan yang bertugas membantu aku memasukkan gula2 dlm sarungnya.

isnin (26.01.2009)
kena bangun awal wpun malam tadi tido lewat. orang kampung dah datang tapi umah masih bersepah. abis dah namanya kenduri ramailah sedara mara, jadi tempat lending kat ruang tamu. pak long ada pakatan kenduri. so semua orang kampung datang menolong. kami sedara mara ni hanya tolong part yang patut je lah. mcm tuk hidangan pengantin dan sambut tetamu. ayah ngan mak siap bawa kuah laksa dari umah nak kenduri sekali. yang bestnyer laksa awal2 lagi dah abis. minat gak orang nak mkn laksa masa kenduri kawin ye. selalunya orang buat bubur cuci mulut, ni mak ngan ayah buat laksa. woooo mabeles. at last kuah abis, isi laksa ada lagi (laksa sampai 30 bungkus).

ni sikit2 gambar yang aku ambik. tak sempat nak posing2, sibuklah katakan.

kakak dan tunangnya bersama pengantin

ibu pengantin lelaki sedang sibuk meruntuhkan udang panjatku yang tak berapa tinggi gunungnya. he he

antara makanan yang dimasak dan dihias oleh makcik dan aku. tukang nyibuk je lebih. nasi hujan panas woooooo. walaupun cuaca hari tu memang panas.

meriah ngan budak2 ni je. tak sabar nak naik pelamin.

ni pengantin kecik. amboooooi adik fatin sempat lagi peace.

ni sepupu pengantin dan anak2 buah. saja nak meriahkan acara budak2 tu. he he

ni lah aku, farhana dan fatin di rumah pak long.

petangnya kul 5 kami bertolak balik ke kodiang. sampai kat umah dah kul 8 mlm. dok kejap n siap apa yang patut. kul 10.30 mlm ayah hantar kami (aku, adik dan si kakak) ke changlun naik bas balik ke putrajaya. si adik (fatin) tak nak balik. dia cakap nak dok ngan tok. walaupun tiket beli 4 tapi balik hanya bertiga. sampai kat putrajaya kul 8.30 pagi, tido sampai tengahari. esoknya baru terasa sengal2 badan. letih dan penat yang amat sangat. kalau lah dapat rehat yang cukup best kan.

disebalik kisah cuti kali ni........ nak cite ke tak nak ehhhhhhhhh.... cite je lah kot..... biasalah kan cite kenduri kawin. yang tak tahan nyer tu aku pulak yang dapat banyak soklan cepumas.....
bermula dari mak (masa ni tengah tengok cincin kawin aku yang dah tak muat- dulu kecik keding, skrg cincin tu bole masuk jari kelingking je). ......... mak cakap dia ada sembang ngan ayah, kalau jumpa orang yang sesuai, apa salahnya kalau kawin lagipun aku muda lagi, sian budak2....... tapi kata mak kalau boleh cari lah macam arwah........ kelu lidah aku...... susah ler nak cakap hal2 camni. apa yang orang nampak tak sama dengan apa yang aku rasa... susahhhhhhhhh ler. kat umah pak long pun camtu gak, ramai sedara mara, apa lagi soklan yang sama. hu hu hu. tingat kat arwah ....... kalaulah dia masih ada masa kenduri tu, memang meriah. dia pandai buat keje, kalau tak de keje dia cari keje. kata pakcik jiran masa kat apartment presint 9 arwah rajin buat keje kawin ni. cara dia basuh pinggan, cawan pun ada style. aku tengokkan masa kenduri tu tak de lah orang muda yang macam arwah rajiiiiin.

al-fatihah untuk abang tersayang. moga sedekah yasin dan fatihah ikhlas dari lyn dan anak2 sampai pada abang. moga ianya dapat membantu abang dalam kehidupan di SANA. Amiiiiiiiiiiin.

kelas fekah masjid putrajaya - 28.01.2009

assalamualaikummmmm.

Nak hapdet kisah cuti gambar blum masuk lagi dlm pc. jadi ambik keputusan nak cite pasal kelas fekah semalam kat masjid putrajaya. tahun lepas aku hanya attend kelas fekah je, tapi tahun ni ada 3 class yang aku gagahkan/rajinkan diri untuk hadir. kelas pengajian umum hari ahad (10.00 pagi - 12.00 tgh), kelas al-quran asas- isnin (8.00-10.00 mlm) dan kelas tafsir quran/fekah hari rabu (8.00-10.00 mlm). actually setiap malam ada class tapi tak mampu lah nak pergi sebab nak tengok keje sekolah kakak.

minggu ni ustaz najib ajar bab ibadah ketika sakit. menarik dan tercuit jugak hati aku. so hari ni aku nak buat perkongsian ilmu apa yang ustaz cakap semalam. antaranya :

falsafah islam dlm kesakitan:
1- Ibadah sebagai tanda bersyukur bukan sekadar tanggungjawab

2- Ibadah sepatutnya menjadi penawar kepada kesakitan dan keperitan
ustaz cite kisah sahabat nabi yang tidak mahu dibius ketika kakinya dipotong (kaki sahabat
kena potong sebab ada penyakit) kerana katanya kalau dia dibius dan pengsan dia tak boleh
berzikir. jadi dia minta kakinya dipotong ketika dia sedang berdiri solat - betapa sahabat
hatinya sentiasa mengingati allah.

3- orang yang sakit sepatutnya lebih dekat dengan tuhan kerana tuhanlah yang berkuasa menyembuhkan sebarang penyakit. sakit ada hubungannya dengan akidah. silap akidah, silaplah dalam urusan menguruskan penyakit. ustaz ada cite nabi pernah perbetulkan akidah seorang wanita bila mana wanita minta nabi doakan agar dia sembuh tapi nabi cakap mahu tak aku doakan agar engkau sembuh dan engkau sembuh atau engkau masuk syurga. sudah tentu wanita tersebut memilih syurga ALLAH. jangan kita bergantung harap pada manusia tetapi bergantunglah kepada ALLAH s.w.t

4-orang mukmin kalau betul keimanannya akan jadi orang yang hebat.ustaz ada cite kisah benar masa dia melawat orang soleh kat hospital. kata nurse kat hospital yang jaga orang soleh tu, dia tak pernah jumpa lagi dengan orang sakit yang sentiasa berzikir dan tidak pernah mengeluh sepanjang nurse tu jaga. orang soleh tu telah meninggal, al-fatihah untuk allahyarham. nak cite kat sini kata ustaz kalau iman terdidik, maka bila sampai waktu kritikal iman akan berfungsi. kata ustaz lagi iman tu kita kena didik.

5-jin dan syaitan sebenarnya lebih lemah daripada manusia. dia boleh menyerupai apa sahajay tetapi sebenarnya dia takut sebab dia kena berhukum dengan apa yang diserupai. contohnya kalau menyerupai ular, so kalau kena ketuk ular pun boleh mati. camtu lah. tapi tipu daya syaitan ni daif, dia buat sesuatu nampak macam hebat. dan kata ustaz pernah ada orang hanya dengan membaca al-fatihah, selawat dan syahadah mampu menewaskan bomoh siam.

adab2 menziarahi orang sakit:
1-jangan duduk terlalu lama
2-boleh ziarah dengan kerap jika pesakit selesa- ni sunnah nabi. kita kadang2 ziarah sekali je kali kedua bila orang bagitau pesakit dah pun meninggal
3-berada di sisi pesakit dan mendoakan
4-kata2 yang baik, menenangkan dan menghiburkan. tingat kata ustaz, rasanya ramai orang tahun tapi masih lagi bercakap macam ni .....orang kampung sebelah pun macam ni .. tak lalu makan .... tapi tak lama 3 minggu je lepas tu dah tak de....... memang tak patutkan cakap camtub bila lawat orang sakit. tapi kenap masih ada orang yang tak beradab. kena gi kelas ustaz lenkali
5-ingatkan supaya banyak ingat Allah dan berzikir
6-menyapu dan menitiskan air kepada pesakit yang nazak.
Nabi Muhammad s.a.w bila melawat pesakit akan pegang pada tempat yang sakit dan membacakan doa. dan doa yang selalu dibaca adalah ayat shifa'

asas kefahaman & Pelaksanaan Ibadah ketika sakit:
ibadah ketika sakit tak sama ibadah ketika sihat
1- jika sakit beribadahlah sekadar mampu mengikut keadaan kita ketika tersebut
2-ibadah yang mampu dilakukan hendaklah dilaksanakan
3-ibadah itu mudah tapi bukan bermudah-mudah (kalau tak boleh solat berdiri, boleh solat duduk tapi bukan bermudah2. kata ustaz ada orang boleh berjalan dari pintu masuk ke ruang masjid sambil membawa kerusi. sampai je dalam masjid nak solat terus bukak kerusi dan solat duduk- ni tak bole macam bermudah2 pulak sebab mampu berjalan tadi dari pintu ke ruang solat. yang sepatutnya berdiri tu hukum jadi dia kena berdiri dulu then bila tak mampu ketika sedang solat baru boleh duduk)
4-tayammum boleh menggantikan wudhu dan mandi hadas = konsep gantian
5-darurat dikadarkan dengan kadarnya sahaja. contoh lapar sampai nak mati, yang ada depan mata hanya daging babi. so boleh makan tapi dengan kadarnya sahaja tak leh lah pulak nak goreng tepung or buat kfc daging tu) - ni ustaz yang bagi perumpaan tau.....

panduan wudhu, tayammum semasa sakit:
1-bersuci ketika sakit
konsep darah = selagi mana berada di tubuh manusia atau haiwan, darah bukan najis tapi kalau dah terpisah so kira najis. darah pada balutan yang ditampal pada tangan tak najis tapi kalau baju yang ada darah ditanggal daripada badan so tak leh pakai utk solat sebab dikira najis kerana telah terpisah dari badan. sebab tu jugak ustaz kata kalau pada daging/ayam ada darah pastu masak tak jadi najis. selalu kat goreng ayam tengok ada mcm daranh keluar dari daging ayam- tu tak kira najislah.

kata ustaz tayammum tu untuk memudahkan. kalau nak cari debu, kena cari busut dulu, pastu ambik tanah tu ayak pulak jadi debu. dah menyusahkan pulak, skrg ni mana nak dapat busut, so ambik yang mudah, ada pernah orang tua ni dia bukak cadar kat hospital pastu tepuk pada tilam dan bertayammum guna debu tu. tingat pulak kisah ayat2 cinta (filem indonesia tu) masa pompuan tu sakit dia tayammum dengan tepuk pada dinding) - kalau belum tengok kena cari cd ni kisah sedih tapi unsur islamic.

aspek kemudaratan terkena air:
1- boleh bawa kematian
2-boleh bawa kecederaan yang lebih parah
3-boleh menyebabkan jangkitan
4-akibat cacat/hilag fungsi anggota
5-menyebabkan lewat sembuh
6-menyebabkan parut/luka kekal

cth: orang yang kulit terbakar tak boleh kena air. or kena debu sebab akan memudaratkan so baru boleh solat menghormati waktu. ni cite ustaz yang tak berapa setuju orang pegi buat umrah atau haji solat menghormati waktu dalam kapal terbang. kata ustaz solat menghormati waktu bila dah tak de choice nak tayammun atau ambik air sembahyang. but kita masih ada choice bole tayammum pada dinding kapal terbang, kusyen. tingat kelas yang terdahulu ustaz ada cakap sebelum pakai stokin/tudung ambik dulu air sembahyang, so bila kat atas kapal terbang masa ambik air sembahyang tu bole sapu je terus pada stokin or tudung - tu dia caranya.... kena praktis ni.

sekiranya pasti tidak memudaratkan = ambik wudhu macam biasa
sekiranya pasti memudaratkan = ada 2 cara:-
1-kecederaan tidak berbalut - ambik wudhu spt biasa
- letak lapik dan cukup sapu atas lapik shj
- yang mana mampu kita kena buat
2-kecederaan berbalut - ambik wudhu spt biasa
- basuh anggota yang tidak berbalut
- sekadar menyapu air atas balutan
- yang paling baik ambik wudhu sblm dibalut ( ni ustaz suggest kat doktor2 kat malaysia yang beragama islam soh pesakit ambik wudhu sebelum operation / or sebelum nak balut.

setakat ini je nota yang ditulis. waallahua'lam. moga bertambah ilmu dan keimanan kita. amiiiin

Thursday, January 22, 2009

jalan2 hujung tahun 2008

n3 kali ni nak cite pasal jalan2. cuti sekolah adik2 datang rumah. so meriahlah rumah dalam 2 minggu sebelum kembali seperti sediakala. bawa adik2 dan kanak2 riang berjalan2.

so n3 kali ni n3 bergambar.......

pusing2 kat putrajaya

melawat zoo negara

banyak gambar tapi komputer pun dah penat macam tuannya jugak. nak tituuuuuun, esok nak keje pastu petang nak balik kampung, yu huuuuu rindu pulak rasanya kat mak.

Wednesday, January 21, 2009

kakak masuk sekolah

n3 ni nak hapdet cite yang tertinggal.

hari ini penuh xtvt. dari pagi sampailah sekarang baru abis agenda. bila sampai rumah baru rasa penatnya badan. tiba2 pulak terasa nak bukak pc padahal letihnyer badan. dah 2 hari kami bertapa kat bilik operasi nak siapkan budget (ABM) dan perjawatan tuk tahun 2010/2011. admint maklum hari selasa, jumaat ni kena hantar. 3 hari tuk setlekan planning duit yang berjuta2 lemon tu. naik fenin dah tengok angka. hari ni teruk sangat rasa penatnya, dalam sibuk siapkan budget, terpaksa agihkan masa tuk bantu JPN buat taklimat.

petang kul 6 baru dapat ambik kakak kat darul quran. sampai umah dah kul 6.30 ptg. rehatkan badan kat sofa, terus mata terlelap. terjaga kul 7.15 rehat kejap, dengar je azan, terus ajak kanak2 riang berdua tu mandi dan solat maghrib. lepas solat maghrib teringat pulak janji dengan kc. terus drive ke masjid. bertemu pulak class mlm ni ngan ustaz ikmal. tapi mata tak tahan, semua yang ustaz cakap, angguk setuju (heeeee yang sebenarnya tersengguk2 mengantuk). dalam hati kalaulah ustaz abiskan class awal kan bagus. maybe sebab badan letih sangat. elok je ustaz cakap wallahua'lam, tamat class, otomatik mata yang kuyu kembali bulat. agaknya ramai sangat syaitan2 yang bergayut tadi. balik umah tak pulak nak terus tido. ni sempat lagi bukak pc.

kakak masuk sekolah

31.12.2008 - ada orentasi kat sekolah. kakak dah pun masuk darjah 1 kat SK Presint 8(2) Putrajaya. 2 minit je dari rumah dengan kereta. ramai ibu bapa yang hadir. ada penyerahan buku teks dan taklimat untuk ibu bapa dan sesi perkenalan kakak dengan guru class dan xtvt melawat kawasan sekolah. (sedikit perasaan sedih apabila tengok budak2 hadir dengan ibu dan bapa, tapi aku hanya sendiri bersama kakak). kalau arwah ada, pastinya dia orang yang paling sibuk menguruskan anak kesayangannya ini.)

pendaftaran ikut class yang ditetapkan.

sesi taklimat kepada anak2. yang berbaju hijau tu adalah pengetua sekolah. budak2 memang sporting abis, tak de pun yang nangis macam masa aku sekolah dulu2. hebat2 anak2 putrajaya ni. ni diakui oleh pengetua tau.

kakak dan guru classnya cikgu amiza. class 1 Aloevera. ada 6 class semuanya tuk darjah 1 dan jumlah bilangan pelajar darjah 1 adalah seramai 180. part bagi nama class ni aku sallute lah sebab semuanya 1A. Anggerik, Aloevera, Azalea dan......... semuanya nama pokok. bagus sebab takkan ada ibu bapa yang terasa bila anak masuk class 1B or 1C. macam dulu2 tu.

taklimat untuk ibu bapa diadakan di Dewan Sri Cemara. yang aku nampak, pendidikan zaman sekarang banyak alami perubahan daripada zaman aku. lebih baik lah. kata pengetua budak2 darjah 1 ni, akan alami 3 minggu transisi. iaitu pembelajaran lebih kepada main2, nak tengok bole tak mengenal, menulis dan membaca. selepas 3 minggu akan diadakan exam. mana yang tak dapat 3M tu akan dikumpulkan dalam 1 class supaya mudah guru nak ajar. bagussssssssssss kan.

ada juga class kafa kat sekolah tapi 3 hari seminggu. susah aku nak handle part ni. akhirnya aku decide hantar kafa kat Darul Quran. tempat kakak belajar masa tadika. bagi memudahkan perjalanan aku seharian. pagi aku hantar kakak ke sekolah, tengahari kakak akan naik van darul quran untuk class agama, transit tuk mandi dan makan, pastu masuk class, petangnyer lepas opis aku gi ambik.

baru2 ni kakak bawa balik brochure class taekwondo. kakak cakap dia nak masuk taekwondo. hisssssssy camner nak buat ni. dulu mama ambik taekwondo kat universiti, silat gayung kat sek.men. arwah abahnya pulak cikgu silat. takkan tak nak benarkan dia masuk. tapi sebabkan class kat darul quran tu setiap hari, class taekwondo pulak hari khamis je. feniiiiiiiin lagi nak buat keputusan.................... camner ye??????????

maleh nak fikir lah lagi, otak pun letih, badan pun letih, tido la.......

Monday, January 19, 2009

x-cident

n3 kedua tahun baru.

banyak cite nak hapdet tapi sebab photo belum proses, jadi kali ni nak hadpet pasal x-cident.

13.01.2009
awal bulan ni aku agak busy. baaaaanyak kerja opis yang nak di settle kan. kadang2 rasa macam tak cukup tangan. kata en. shah jiran kat sebelah partition aku ni, nama kat tempat aku tu kena tambah, satu jawatan satu lagi dia soh tambah kanuter pertanyaan. ha ha, mana tak nyer, hampir semua program aku layann. aku kalau orang minta tolong, sedaya upaya nak tolong, tu yang susah tu, kadang kerja aku yang tak sempat nak dibuat.

pagi 13hb aku kena gi taklimat kat ipba. sebabkan kena gi sorang2, apalagi kuar awal lah dari opis kul 9.30 pagi. sampai kat ipba tepat2 kul 10.30. terus ke bilik mesyuarat, talk then ada perasmian tuk program tu. after lunch balik semula ke opis. tapi kali ni balik ada penumpang, ada rakan sekerja dari bahagian lain yang turut serta dalam taklimat joint aku balik ke opis. best gak ada kawan.

so, dalam perjalanan macam biasa lah. cumanya aku perasan cam aku bawa agak laju ler jugak (laju aku tak de ler sampa 140) heee sebab kawan tu nak pergi function lain. aku pun sepatutnya joint gak function satu lagi tu, tapi sebab banyak keje, petang baru aku pergi.

sampai bulatan kecik kat uniten tu, aku slow keta, pandang sebelah pastu terus jalan. tiba2 terdengar bunyi yang kuat.tersentak jantung aku. haaaaa apa yang terjadi. rupa2 nya aku dah pun terlanggar sebuah kancil. kawan sebelah aku tu pegang tangan aku pastu soh aku drive ke tepi. aku turun dari kereta terus ke arah kancil yang berhenti depan sket dari tempat kejadian. aku terus gi kat keta tu pastu minta maaf. ni semua berlaku tanpa aku rancang. otomatik aku kuar, meluru ke arah pemandu kancil dan minta maaf. sungguh semua berlaku secara spontan.

aku cakap kat pemandu tu aku minta maaf sebab aku tak nampak keta dia. walhal aku dah tengok tadi. dalam pada aku bercakap dengan pemandu kancil tu, ada pulak sorang mamat datang. dia soh aku bertenang. nak jugak aku marah mamat tu. aku memang dah tenang pun masa tu. pastu dia arahkan pulak aku ngan pemandu kancil tu parking kat tepi, betul2 kat depan kuil. apasal pulak mamat ni. aku ingat ada orang nak tolong. rupanya mamat tu ada niat lain. aku park je keta aku terus cakap ngan kawan kepada pemandu tu nama, ic siap alamat umah. aku cakap tak pe aku akan bayar. teruk gak keta dia, pintu kat tempat duduk belakang kemek and cermin tu retak seribu.

mamat yang sibuk2 tadi sibuk berborak ngan pemandu kancil tu. macam2 cadangan dia bagi. soh gi report polis pastu bawa keta gi bengkel mamat tu. oooooooh rupanya ada bengkel keta. terfikir pulak dalam kepala aku, tak sampai 2 saat kejadian tu ada pulak orang macam mamat tu kat situ. kebetulan kot ???????. mamat tu bagi gak bus card dia kat aku. aku pegang bahu pemandu kancil tu ( pemandu dan penumpang kancil tu semuanya perempuan). aku cakap tak yah ler report polis sebabnya saya bayar lah kerosakan tu. sib baik kawan dia cakap, tak yah buat apa2 dulu, ni dah macam ada orang ketiga ni. aku pun apa lagi, nasihatkan pemandu tu, balik dulu pastu nanti call kita bincang lain. lagi pun aku rushing nak balik opis.

balik dari opis, park je keta, barulah aku tengok keta aku. tadi tak ingat langsung pasal keta aku. alhamdulillah minor je kerosakan. lampu pecah, bonet ok tapi kat tepi tu rosak sket. balik je aku sebarkan ler cite kat budak2 opis. minta tolong zuraidi tengok jap kot2 ada apa2 lagi yang rosak. so far dia kata bole jalan kira ok ler tu. budak2 opis soh call pemandu kancil tu cakap jgn biar dia report polis. keta aku bulan sept ni abis bayar jadi tak naklah nanti ncb naik balik. bincang2 dlm phone pemandu kancil tu yang bernama wan. dia kata ok tapi petang dia ajak aku gi bengkel.

so kul 3.30 kc temankan aku gi bengkel follow keta wan. alhamdulillah kena RM480. aku suspen je sebab tanya budak2 opis dalam ribu riban. alhamdulillah ok. duit ot ngan claim perjalanan bulan ni tak dapek nak nyoping barang2 sendiri kena bayar kat wan. ok tak pe lah. janji settle.

kata ustaz, dalam rezeki kita ada hak orang lain. maybe dalam tu hak orang lain. kc tanya pn lin dah bayar zakat ke/ aku cakap dah ler. tapi kata kc hak orang lain tak best ler sebab pemilik bengkel tu cina. tak pe janji dia pun makhluk allagh. tul tak?????????

itulah kisahnya

Thursday, January 15, 2009

siri 10 : detik kehilangan itu.........

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

salam maal hijrah 1430 dan salam tahun baru 2009. alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini.

lama jugak aku tak hapdet blog. ramai yang dah tertanya2 kemana pemilik blog pergi, sampai membuatkan sesetengah daripadanya risau memikirkan pemilik blog ini sakit ke? busy ke? ramai gak yang tertanya2 apa kesudahan cite bersiri yang sepatutnya berakhir pada 31.12.2008...............

maaf ye sahabat semua, planning nya cite siri ni tamat sebelum tahun baru, tetapi setiap kali jari jemariku ini nak menaip kisah ini, hati terdetik perasaan sayu, sedih dan pastinya air mata aku yang mengalir laju dari jari2 ku. aku tak mampu nak mengarang perkataan tuk jadikan sebaris ayat pun. lantas aku ambik keputusan mendiamkan diri sehingga aku mampu untuk mengawal diri dari terus bersedih dan menangis ..... dan akhirnya setelah berhari2 n3 ni jadi draf akhirnya kuar jugak sebab hari ini aku diberi sedikit kekuatan oleh YANG ESA untuk menyiapkan n3 ini. tambahan pulak sejak 31.12 banyak xtvt dari acara orentasi di sekolah kakak, xtvt menyiapkan keperluan kakak, kerja yang perlu diabiskan segera, kenduri arwah yang genap setahun dirumahku, kena outstation sekejap hinggalah last kisah xcident kereta, sampai aku tak sempat nak jenguk umah ni.

kembali kepada cite bersiri ......... kehadiran fatin disaat aku bergelar pelajar amatlah mencabar kehidupanku kerana abang masih di langkawi. tapi aku berusaha keras untuk belajar dan menguruskan anak2. nak exam baru baca buku heeeeeeee sampai tak tido malam. abang pulak balik ke KL sebulan sekali tapi cuti dalam seminggu jugaklah. abang bagitau dia ada dengar desas desus yang dorang semua kena balik bekerja macam biasa tahun 2007. aku amatlah bersyukur kalau betul abang dapat balik ke KL meneruskan kehidupan sebuah keluarga yang lengkap ayah, ibu dan anak2. akhirnya tahun 2007 abang kembali ke KL meneruskan kerjaya navy nyer. dan akulah yang paling gembira walaupun riak sedih abang kerana tak berjaya meneruskan cita2nya.

setelah kembali ke mindef, abang diletakkan di bah.sukan. abang kena training menembak kat subang, setiap hari dari putrajaya abang ke subang. tu lah rutin abang. aku pulak macam biasa lah, keje, class, pastu hal anak2 dan rumah. abang byk membantu dan memberi semangat pada aku. kalau aku gi class mlm, dialah jaga anak2. bahagia rasanya saat itu. hidup bekerluarga.

tak lama kebahagian kami sekeluarga, abang kena pergi kursus untuk kenaikan pangkat di lumut selama 6 bulan bermula julai 2007 hingga disember 2007. kalau ikutkan batch yang pergi, ramai daripadanya junior abang. sebabnya masa abang training menembak di langkawi abang tak dapat ikuti kursus tersebut. so, dengan berat hati dan untuk masa depan abang dan keluarga kami, aku terpaksa merelakan abang ikuti kursus tu.......... dan kehidupan aku kembali seperti sedia kala. heeee agak kelam kabut gak ler nak uruskan anak2 seorang diri selepas 6 bulan manja2 ada orang uruskan semua keje umah n anak2.

masa abang kursus kat lumut, memang susah ler nak jumpa. abang balik umah bila ada cuti. tapi sebabkan abang jadi ketua tuk kursus tu abang tak leh balik selalu sebab kena uruskan macam2 hal anak2 buah dan macam2 program yang dibuat. bulan 9 or 10 abang balik rumah cuti. terkejut aku sebab badan abang makin kurus. pulak tu demam, panas badan dan demam tak kebah2. abang bagitau, bila batuk kuat akan ada darah yang keluar. risaukan kesihatan abang, aku ajak abang gi hospital putrajaya. abang cakap biasa je demam ni maybe sebab penat sangat kursus. tapi aku berkeras gak bawa abang gi emergency unit hospital putrajaya sebab hari tu hari cuti. sampai kat situ, abang bagitau sakit dan abang bagitau jugak maybe abang kena tibi. sebab tanda2 demam, batuk berdarah dan susut badan macam tanda2 tibi. so masa tu abang kena x-ray badan tuk tengok penyakit. dalam 2 jam kat situ, dapat result tak de tanda2 tibi and x-ray tak tunjukkan abang sakit. so doktor bagi ubat demam je. tapi doktor soh abang buat follow up kat hosp lumut untuk check tibi sebab cuti abang kejap je, manakala prosedur check tibi agak memakan masa.

balik ke lumut, abang follow up prosedur tibi. saban pagi abang kena hntr sampel kahak ke hosp. pastu macam2 prosedur kena buat. akhirnya abang call aku bagitau, doktor cakap abang tak kena tibi................ so what happened to my lovely hubby........ ooooooo risau sangat masa tu sebab sudah ler dia jauh aku pulak tak dapat nak takecare. sampaikan abang cakap macam dah tak nak jadi navy lagi. masa dia cakap tu dia lemah sangat dan sedih sebab aku tak de kat sisi dia.

tup2 abang bagitau aku, kawan2 abang cakap kot2 abang kena "santau". kawan2 abang kat situ bawa abang gi berubat kampung kat perak, yang aku ingat abang kata dia tak buat apa bomoh tu soh buat sebab ada kemenyan dan macam2 lagi. yang abang buat minum air kelapa. aku tak tahu la nak percaye ke tak ngan santau ni. betul ke ada?

kali ni, abang balik lagi cuti and kebetulannya adik beradik abang nak buat kenduri tahlil tuk arwah mak genap setahun. aku ajak abang pergi Darul Syifa, tempat Harun Din kat bangi sebab desakan kawan2 abang yang mengatakan abang mungkin kena santau. pagi kami sampai kat situ. ustaz tu cakap untuk check betul2 pasal santau kena datang petang tu. sebab petang tu khusus tuk ubat orang kena santau. ustaz tu tolong tengokkan jugak dan buatkan air utk abang. ustaz tu ada bagi no phone ustaz lain yang memang specialise sembuhkan batuk berdarah ni. tapi kami tak pergi kat ustaz tu n tak pergi darul syifa petang tu sebab kebtln nak uruskan kenduri tahlil arwah mak yang akan dibuat malam tu. abang ucapkan terima kasih sebab aku bawa abang ke darul syifa. masa tu aku rasa lain sungguh perasaan. sungguh ikhlas ucapan terima kasih yang keluar dari mulut abang. tak dapat aku gambarkan perasaan aku kalau betul apa yang aku rasakan tu betul.

malam masa kenduri kat rumah along, abang tak tolong apa2. selalunya kalau ada kenduri ni dialah orang yang paling sibuk. ringan tulang and jenis yang nak semua jadi sesempurna yang boleh. tapi kali ni abang hanya duduk kat sofa pastu bila rasa badan tak larat dia naik ke atas dan tido kat bilik. adik ipar jenguk abang dan dia nangis kat situ bila tengok keadaan abang. dalam keadaan sibuk uruskan masak-memasak aku kejap2 jenguk tengok abang. kali kedua aku jenguk abang tak de kat bilik, tanya adik beradik yang lain dorang kata tak nampak. ya Allah mana pulak abang pergi. puas gak mencari rupanya abang tido kat dalam kereta. kata abang dia tak tahan so nak bagi badan berpeluh jadi abang tido kat dalam keta tutup semua pintu n tak bukak aircond. sedih bila tengok keadaan abang.

esoknya abang balik ke lumut. aku minta abang tak balik ke lumut sebab kesiankan abang. dah la kat situ tak de orang nak jaga abang, pulak tu dalam sakit2 tu program kena ikut jugak. tapi kata abang, peraturan tak membenarkan abang buat camtu. kalau nak cuti kena ada surat kebenaran. pesan abang pada aku, kalau apa2 terjadi pada abang, aku kena buat report polis and call mindef bagitau. masa dekat raya haji, aku minta abang balik jugak ke kedah untuk buat ubat. usaha lagi sebab demam abang still tak kebah2, badan pulak semakin susut. kalau ikutkan memang abang tak dapat cuti, tapi dengan tenaga yang ada abang berjumpa ngan pegawai atasan dan masa minta kebenaran tu abang batuk dan berdarah depan mata pegawai tu sendiri, barulah abang dibenarkan cuti.

ingat lagi masa tu, semua tiket dari lumut ke kedah abis. aku masa tu dah ada kat kedah. abang cari2 tiket kat manjung ada bas tapi sampai butterworth shj. so aku kata ok naik bas turun ke butterworth n aku ambik abang kat situ. dalam pada itu, aku minta tolong pak cik man kawan ayah temankan ayah gi ambik abang kat stesen bas butterworth. malam tu kul dekat kul 1 baru abang sampai kampung. dapat aku bayangkan betapa abang gagahkan diri utk balik juga ke kampung. malam tu abang tak boleh tido sebab kejap2 dia akan terbangun batuk dan berdarah lagi.

esoknya ada sedara yang datang jenguk abang. dan kebetulan jugak dia ada geliga kelapa (ntah betul ke aku dah tak ingat lagi). so dia buatkan abang air dengan benda tu. alhamdulillah dua hari dia buat, malamnya abang bole tido, dah tak batuk lagi dan demam pun kebah. syukur alhamdulillah. kata sedara tu abang kena santau angin. orang tu bukan nak tujukan pada abang, tapi sebab abang keluar sorang2 pastu di kawasan yang dorang buat santau angin sebab tu abang terkena santau tu. dan menurut cite abang, kawan2 abang bagitau tahun lepas kat restoran tu ada budak navy meninggal. abang cite masa tu badan abang rasa nak demam n hujan nak turun. abang singgah kat satu kedai makan yang agak besar tapi tak ramai orang. lepas balik dari situ yang abang demam. masa demam pulak, untuk sedapkan tekak abang akan pesan nasi putih ngan tomyam pastu air limau. rupanya kata sedara tu kalau kena santau pantangnya adalah limau. itu yang buatkan tekak abang luka dan bila batuk keluar darah. sampai sekarang aku masih tak percaya betul ke wujud perkara macam ni.

ingat lagi masa hari raya haji kat kampung, abang terbaring kat bilik. pagi raya seperti biasa aku bersalaman dengan abang. ingat lagi kata2 abang masa tu dia masih lagi tak sihat sepenuhnya. jadi masa aku salam tu abang baring. aku cium tangan abang, dengan nada gurau abang cakap mungkin ini kali aku dapat salam dengan abang dan kata abang lagi kalau abang tak de lyn boleh ler kawin lain. aku marah bila abang cakap macam tu. tapi bila keluar dari bilik terdetik perasaan aneh sebab kata2 abang mengimbas kembali kata2 arwah mak mertua. sama macam yang arwah mak mertua cakap pada aku, ni lah last mak masak tuk korang. tahun depan dah tak de dah. air mata aku mengalir pada saat itu. raya tu aku tak ke mana2, sebelah umah pun aku tak pergi, aku masakkan apa yang abang nak makan, seharian di hari raya kami kat rumah.

habis cuti abang kembali semula ke lumut tuk abiskan kursus. kali ni alhamdulillah demam dah ok cuma badan masih lemah2. dan akhirnya pada 29hb abang tamat kursus. abang balik dengan moto dari lumut ke putrajaya. abang sampai dalam kul 4 lebih. bila aku balik dari opis aku tengok abang terbaring kat sofa. aku cium dahi abang, abang terkejut bangun. pastu siap cakap, lyn tak call abang pun tadi tanya macam mana abang balik. laaaaaa sungguh aku terlupa sebab agak sibuk kat pejabat hari tu. malam sebelumnya aku call tanya abang balik kul berapa dan sampai kul berapa je. siangnya langsung aku tak call. abang macam kecik hati sebab dia rasakan macam aku tak ambik berat perjalanan dia dari lumut ke putrajaya dengan moto. memang ler agak penat sebab jauh pastu ngan keadaan moto abang tahu je lah..... lepas tu aku plan ajak abang balik kedah malam tu sebab abang bagitau 31hb.12 abang kena report duty kat mindef. so malam tu kami ke kedah dengan kereta. sepanjang perjalanan kami asyik sungguh berbual. macam2 cite yang kami bualkan. akhirnya sampai ke kedah.

sampai je abang tido lepas solat subuh. aku kejutkan abang ajak abang gi tengok adik selection pemain bola kat jitra. so abang kata ok. lepas tengok adik, abang beria2 ajak aku ke kfc bawa anak2. kata dia dah lama abang tak bawa budak2 tu. suka sungguh aku tengok abang melayan anak2 makan. abang memang seorang abah yang penyayang. petang kat kampung, mak long datang melawat abang. mak long cakap pak long hairan sebab raya hari tu dengar kami balik beraya kat kedah tapi tak datang umah pak long macam selalu. bila ayah cakap abang sakit mak long terus datang. siap pesan macam kat abang. aku ingat lagi petang tu, ayah, aku, abang, mak dan ramai lagi sembang, ayah cakap depan abang, "ayah tengok kening fahmi macam jatuh.". kami semua kat situ dengar. abang balas mungkin sebab fahmi dah kurus kot. masa aku dengar ayah cakap macam tu aku pandang muka abang, hati aku terdetik lagi. tingat pulak tanda2 kematian, lantas gundah gulana hati tak tau nak gambarkan macam mana. tapi semua yang aku rasa aku pendam dalam hati, mudah2 han kata hati aku tak betul. sebab aku tak dapat bayangkan macam mana kalau betul apa kata hati aku.

esoknya 30hb kami berangkat balik ke putrajaya. abang plan nak singgah lumut tuk ambik barang2 yang dibawa masa pergi kursus. dalam perjalanan, kami borak lagi, tapi kali ni lebih meriah dengan suara anak2. sampai kat RNR (aku dah lupa kat mana). kami makan bekal yang mak bagi.bersungguh2 abang makan. lepas rehat kami teruskan perjalanan then seperti yang dirancang kami singgah kat manjung. rumah jo kawan baik abang. abang tinggalkan beg dan barang2 kat umah jo. sebabkan abang balik ngan moto jadi banyak jugaklah barang yang ditinggalkan kat rumah jo. sampai je kat umah jo, abang masuk pastu abang panggil aku ngan jo. abang tunjukkan dia batuk dan keluar darah. agak banyak jugak. hairan jugak aku sebab lepas berubat kat kampung abang dah sihat, sepanjang perjalanan pun abang tak de batuk2 langsung, tiba2 sampai je kat situ abang batuk dan keluar darah. dan kebetulan pulak, kereta ada masalah bunyi kuat. jo soh kami gi manjung baiki. lepas baiki keta kat manjung, nak teruskan perjalanan kami lalu kedai makan yang abang citekan tu. dalam nada gurau, aku cakap kat abang, mungkin dia tak bagi kita lalu kat sini kot sebab tu abang batuk balik.

lepas tu dalam perjalanan abang batuk lagi, banyak kali jugak kami berhenti rehat dan berhenti solat kat masjid. (memang kalau berjalan ke mana2 itulah hobi kami, mesti akan singgah mana2 masjid solat bila masuk waktu). dalam kereta aku ingat kata2 abang pada si kakak, nanti tahun depan kakak kena belajar puasa, sembahyang jangan tinggal pastu jaga mama. sampai kat putrajaya dah dekat kul 1 pagi. memang perjalanan yang agak lama, kul 10 pagi dari kedah kul 1 pagi sampai putrajaya.

esoknya 31.12.2007 abang kena report duty kat mindef. pagi tu abang minta aku iron baju navy. dalam hati aku, waaaaaaah dah mula lah aku kena iron baju putih ni sebab abang akan mula bertugas di mindef. so, abang keluar ke mindef dengan moto. aku pulak memang dah aply cuti hari tu, so aku bawa anak2 ke anjung ada urusan dan lunch sekali kat situ. kul 12 lebih rasanya abang balik rumah. abang cakap dia dah makan kat mindef tadi. dia minta kebenaran balik awal. abang cakap kat bos dia tak sihat.

balik je terus basuh baju putih yang dipakai tadi. (abang memang macam tu, sejak keje dulu lagi, balik dari keje dia akan terus basuh baju putih tu), pastu tolong basuh baju aku dan anak2. tolong aku kemas rumah, sapu sampah dan macam2 yang dia buat. aku baring je kat sofa letih perjalanan agaknya. dalam pada itu, abang kemaskan beg2 yang dibawa balik dari lumut dan kemas stor. kakak tanya abang, nape abah kemas stor?. abang cakap nanti senang mama nak ambik barang. kul 2 lebih anak2 tido. sambil kemas2 barang, abang ajak aku duduk kat sofa sebelah abang. abang tunjukkan aku sijil yang dia dapat masa kat kursus tu. pastu tunjukkan aku gambar2 yang diambil masa kursus. ada satu gambar tu aku cakap kurusnya abang, sambil aku pegang tangan abang, terasa kurusnya abang. ada satu gambar yang buat kami sama2 ketawa. he kelakar abang buat muka camtu.

pastu abang cakap rasa macam nak makan cekodok. aku tengok kat dapur tepung tak de. so aku cakap tak leh buat cekodok lah bang sebab tak de tepung. pastu abang naik solat zuhur kat atas. aku capai kunci moto aku gi presint 8 beli daging nak masak pastu singgah kat foodcourt beli kueh. balik aku terus bancuh air dan hidangkan kueh. berselera abang makan kueh. sekali lagi nada ikhlas abang ucapkan terima kasih pada aku dan katanya sedap kueh yang lyn beli. sambil abang kemas lagi barang2, aku masak nasi. pastu masak daging kicap n sayur. selesai masak abang cakap dia nak makan nasi. so aku cakap ok lah tapi abang pergi solat asar dulu lepas tu kita makan.

DETIK CEMAS ITU

abang naik atas, lepas 20 minit abang panggil aku. terkejut dengar panggilan abang, aku dan kakak terus menerpa kat naik kat atas. aku tengok abang mencangkung kat bilik air dekat dengan bilik solat pakai kain pelekat dan singlet putih sambil tangan pegang paip air dan aku tengok darah dah penuh ruang bilik air. darah tak henti2 keluar dari mulut dan hidung abang. darah yang keluar tu bukan cair macam air tapi ada ketulan2. hati aku berdegup kencang, camner aku nak buat ni. aku tanya abang rasa macam mana? abang cakap rasa sesak nafas. aku turun ke bawah ambik tipon dan call ayah bagitau, sebab mungkin ayah dapat tolong aku. ayah cakap bawa gi hospital terus.

aku lari naik ke atas, tengok darah tak henti2 keluar lagi, aku capai seluar track soh abang tukar kain pelekat dan aku bagi t shirt. abang tukar seluar, tapi pegang je tshirt. aku dan kakak pimpin abang turun ke bawah. aku soh abang masuk keta kat tempat penumpang sebelah depan sebab aku yang akan drive. pastu aku lompat ke rumah kak maya sambil jerit memanggil kak maya. kak maya keluar aku cakap tolong jaga budak2 aku nak bawa abang ke hospital. tak sempat aku habiskan ayat, kak maya jerit lyn, fahmi. abang rebah kat tepi pintu kereta. aku lari dapatkan abang, dan sekuat hati aku jerit minta tolong orang sekeliling bila aku sedar aku tak de kekuatan nak angkat abang. mujur jugak ada ramai budak2 remaja lelaki kat taman permainan depan rumah, meluru budak2 datang tolong angkat abang masuk ke kereta. dan ada sorang budak ni minta kunci kereta. dia yang tolong hantarkan abang dan aku ke hospital. dalam kereta aku air mata aku laju turun tapi aku masih mampu tuk bisikkan ke telinga abang, kalimah syahadah. darah masih keluar dari hidung dan mulut tanpa henti, abang tak dapat nak bercakap, mata tertutup tapi jari jemari abang sahaja yang masih bergerak perlahan.

sampai je kat emergency, doktor menerpa dan memegang tangan abang. terus dorang angkat abang masuk. aku kat luar dengan esakan yang kuat. masa tu aku dah tak sedar orang sekeliling, aku menangis dan menagis lagi, sambil mulut baca surah2 apa sahaja yang terlintas di fikiran masa tu. aku call abang ipar tak berangkat, aku call adik ipar berkali2 tak angkat, aku call kakak ipar and last aku menangis lagi kat situ sorang2. tak lama kak long call aku, dalam suara tangis aku bagitau aku kat hospital fahmi kat emergency. 10 minit berlalu, doktor panggil aku tanya apa yang terjadi, abang jatuh ke? aku cakap tak, pastu doktor soh aku masuk, tapi bukan kat bilik yang dorang letak abang, tapi kat bilik yang ada sofa. aku disuruh tenangkan diri kat situ. dalam bilik tu aku call lagi ayah, aku cakap fahmi dah kat hospital, ayah menangis dalam telefon dan ayah cakap ayah akan datang dengan mak malam tu jugak... ni air mata aku laju je turun. boleh ke aku abiskan n3 ni...............................................................................

5 minit aku kat dalam bilik tu, doktor keluar masuk dari bilik yang dorang letak abang. doktor datang kat aku dan cakap aku kena tenangkan diri dengan apa yang dia nak bagitau. doktor cakap abang dah TAK DE. sekuat hati aku nangis lagi aku dah tak dapat nak cakap apa2. masa tu aku sorang, aku tak dapat fikir apa yang dapat aku buat selain aku nangis dan terus nangis. bila dah reda sket tangisan aku, nurse soh aku tipon bagitau keluarga. tapi tiba2 aku tingat pesan abang, kalau apa2 terjadi call mindef. dan orang yang aku ingat nak call adalah kapten musa. kakak nurse tolong dailkan dan tolong cakap sebab masa tu aku dah tak mampu nak cakap. tapi kapten musa nak jugak bercakap dengan aku, so aku dengar je apa yang kapten cakap, kapten ucap takziah dan cakap dia tak dapat datang segera sebab dia kat lumut tapi dia akan hantar orang mindef ke hospital. tak lama lepas tu semua sedara mara abang sampai dan dorang pun terkejut tengok aku baju dan tudung aku penuh dengan darah dan tambah terkejut lagi bila tengok tubuh kaku abang terlantar disitu.

tak lama lepas tu ramai anggota tentera kat hospital uruskan jenazah. mujur allah permudahkan urusan. aku cakap aku tak nak buat bedah siasat walaupun ramai sedara yang minta aku buat kata mereka demi kebaikan aku. tapi aku hanya ingat nak uruskan abang sebaik mungkin. alhamdulillah doktor terima apa yang aku cakap cuma formaliti abang perlu dibawa melalui bilik bedah siasat. keluarga, kawan2 abang dan tentera memenuhi hospital. selesai urusan di hospital abang dibawa balik ke rumah. sampai di rumah, aku tengok orang ramai jiran tetangga telah penuh kat rumah dengan bacaan yasin. dorang angkat abang masuk ke rumah pastu terdengar di luar bunyi bunga api menyambut tahun baru 2008.

esoknya, mayat dimandikan di masjid putrajaya dan disemadikan dengan penuh istiadat ketenteraan di presint 20 putrajaya. 2 buah bas semuanya kawan2 abang dari mindef membantu solat jenazah di masjid. aku amat berterima kasih kepada pihak tentera especially navy yang melancarkan urusan aku sekeluarga. tima kasih juga atas bantuan makanan selepas selesai acara pengebumian. terima kasih juga pada jiran tetangga yang banyak membantu.

itu lah kisah realiti, bagaimana aku kehilangan orang yang sangat aku sayangi dalam kehidupan di dunia ini. sehingga saat ini, aku tak pasti adakah benar wujudnya perkara2 tak baik seperti santau tu dalam kehidupan moden ini. tapi bila aku tengok majalah tiga beberapa minggu yang lalu, aku hany berdoa moga allah sahaja yang membalas apa yang dilakukan kepada abang.

tak tahu nak gambarkan bagaimana peritnya melalui saat itu, sehinggakan bila nampak je baju yang abang pakai aku akan menangis dan terus menangis. alhamdulillah sekarang aku lebih baik kerana dapat menerima ketentuan perjalanan hidup yang allah aturkan untuk aku.

betapa lyn amat menyayangimu abang. kasih sayang yang abang hulurkan tak dapat lyn balas, yang dapat lyn buat hanya panjatkan doa kepada ILAHI moga abang diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.......

ayat2 memang berterabur sebagaimana fikiran aku sekarang ini. harap maaf.