JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, May 27, 2009

Exam Kelas Tafaqquh

Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru je sampai balik kat umah. tak sabar rasanya nak cite pasal exam tadi....

tadi ku duduki exam bagi pengajian kelas tafaqquh masjid putra yang aku hadiri sejak awal tahun ni. hari ni gi masjid pun awal lepas je solat maghrib kat rumah terus gerak, sebab ingat nak cari Ain (teman sekelas) nak pinjam nota. bule ka !!! nak exam nota pun tak de. bila sampai je tgk ustaz ngan kawan2 dah ada, tapi kat white board tulis exam start lepas solat isyak. so apalagi sibuk ler pandang2 nota kawan2. study last minute. heeeeeee kelas pengajian dewasa, makcik2 ler yg ramai, yg sebaya ngan aku biasalah tak lah ramai, ada ler 2/3 orang. mesti orang ingat aku ni anak salah sorang dr makcik2 tuh, he he.

lepas je isyak, exam dimulakan. oh ! oh! oh! buka ms 1 tengok objektif . ni soalan tafsir ustaz ikmal. alhamdulillah kalau tak tau pun bole baling dadu. tapi alhamdulillah, masa kecederaan study tadi sempat gak ler tgk, bule la tembakan mengena.

bila beralih pula ke ms lain soalan subjektif, wa ka ka. apa nak jawab??? susah lak soalan ustaz najib ni. bak kata ustaz ikmal yg jaga exam soalan dr KUIS ngan soalan dr USIM memang lain lah. oh ! ustaz najib memang soalan tu kalau tuk anak2 murid kat USIM ok ler. tapi ini kelas pengajian dewasa, susah gak bagi makcik2 tu, patutnya tak lah susah sgt bagi aku, tapi sebabkan nota tak baca, kelas pun kadang2 tak datang camner nak jawab ????

kata pun kelas dewasa kan !! apalagi makcik2 tanya jawapan kat ustaz ikmal, ustaz bagi hint2 then apalagi laju je lah ku karang ayat. kalau exam kat university senyap sunyi, exam kat kelas tadi kecoh betul, bule tanya ustaz, bule tengok jawapan kalau sebelah, siap bule discus, cumanya ustaz tak bagi tengok nota je. kalau tengok balik soalan ustaz najib, memang masih terngiang2 apa yg ustaz ceritakan, tapi bila nak karang jawapan, ayat tak kuar lah pulak.

satu yg aku baca last minute tadi, keluar, tapi sebabpun last minute instead ingat semua, satu/dua je aku ingat. itu sunguh mengecewakan aku, sebab recall2 tak kuar gak jawapan.

To acik yang demam, to kak ana yg sedang menunaikan umrah n to jijah yang dah lama tak datang kelas, rugiiiiiii ooooo tak joint exam kelas dewasa. ni exam pertengahan semester tau, next week sampai 14 hb semester break kata ustaz.

apa pun enjoy today................

Tuesday, May 26, 2009

matahari

salam

hari ni memang rushing dari pagi sampailah petang. balik rumah baru rasa letihnynya. sampai je opis pagi tadi, tak sempat nak baca yasin pagi ni baca je al-fatihah terus start keje. pinda lagi 8 paper sepertimana arahan bos. last word siap kul 9.10 a.m. thanks wana tolong print n submit. terus je ikut jijah ke cyberjaya. sampai je kat cyberjaya, program pun start. menarik sangat.

program kat cyber patutnya habis petang, tapi sebab aku masih kena attend another meting, so lepas lunch aku ngan jijah terus balik ke opis. heeeeee kelakarkanya, berpusing2 dlm cyber tak dapat cari jalan keluar. last2 jumpa tempat yang sama. try lagi then dapat jln keluar. hi hi dekat je rupanya. sampai je kat opis, rushing lagi, mana nak tengok catering dah sampai ke belum, mana nak solat lagi, hu hu. alhamdulillah semuanya selesai. meting tamat 5.30, kemas2 dekat kul 7 gak baru kuar dari opis..

sampai je kat umah, lepak jap kat depan tv, tengok cite matahari. tiba2 rasa sedih, sayu dan hiba bila tengok doktor bercakap pasal adam (lakonan erry putra) kepada arianna. bila tengok arianna menitiskan airmata, terimbas kembali saat doktor datang n bagitau abang dah tak de....... sedihhhhhhhnya rasa.. dan akhirnya airmata turun jugak....
dapat kusimpulkan hari ni adalah hari yang lebih baik ku lalui tapi full of feeling, pagi yang penuh kelam kabut, tengahari yang penuh dengan perasaan happy dan petang yang sayuuuuuuuu. moga esok lebih membahagiakan. amiiiiiin.

rindu pulak ngan si adik fatin... (oooooh pandai, tak nak cakap ngan mama erk, takut mama soh balik sini,,, tungu nanti mama balik kg jugak, kita buat birthday adik yg ke-4 thn kat kg).

Sunday, May 24, 2009

mem busy kan diri

assalamualaikum,

keje hari sabtu
kejap je rasa 2 hari cuti. esok dah masuk keje semula. heee actually sabtu pun aku keje. sebabnya bos nak tgk paper yang sepatutnya due hari jumaat. so gi keje sabtu, bos datang jugak, apalagi pulun habis-habisan dan akhirnya 8 paperku siap. ku kumpulkan 15 paper keseluruhannya, binding cantik2 baru bagi kat bos. he he kalau bos tgk isi mesti esok dia suruh aku baiki semula. hm tak pe janji rangka semua dah ada, itu yg lebih penting.

tingin nak makan kek carrot
habis keje, balik rumah rehat, ingat petang tu nak buat carrot kek, hm sedapnya kalau dpt minum petang, sambil minum petang borak2 ngan kak maya, tapi kecewa bila tengok tak de telur n carrot kat dalam peti ais. hu hu. batalkan niat nak buat kek, kurehatkan je badan yang letih lesu.

swimming
malamnya, budak2 opis ajak gi swimming. nak test baju swimming muslimah baru beli. so bawa si kakak sekali. bestnyer dapat berendam dlm air. tapi yang kelakarnya, baju je ala perenang profesional, orang yg pakai amatur je. kak ana ngan anak dan suami, maria, norul, kak cah. dah lama tak rasa feel camtu. kak cah yg ala2 pro gitu asyik melayan si kakak. tingat gak tu kat arwah masa kat swimming pool tu. mula2 kawin, arwah ajak mak, ayah n adik2 gi bukit ayaq kat kangar perlis, arwah ajar aku berenang. dah lama aku simpan hasrat nak berenang, so insyaallah jumaat akan datang ni aku akan masuk kelas renang. doakan aku berjaya selepas 4 sesi. kalau tak, kena tambah kelas makanya kena tambah yuran!!!. kul 11 sampai umah, bukak jap pc, dapat lak kawan baru dari dubai. berterabur english aku, he he. tgk2 kul 12 lbh dah, tutup pc kononnya nak tido, terpandang lak buku cerita, akhirnya kul 1.00 pg baru terlelap, tak sempat nak reply msj dari kawan. maafkan lyn ye.

marhaban
pagi2 lagi dah bangun solat, tingat pulak ajakan geng2 surau tuk joint marhaban hari ni. kul 9.30 gi umah kak sariah, so bincang2 kul 10.30 kami bertolak ke rumah kenduri di presint 9. dekat je. yang bestnyer aku dan kak maya ahli baru, training pun jarang, so ikut je lah. alhamdulillah seronok juga. dulu arwah tok wan memang pandai marhaban, berzanji ni. tapi anak cucu tak de sorang pun yang ikut jejak. bagus juga tuk kembalikan warisan lama pada zaman modenisasi ni. kul 12 tgh hari makan n balik rumah.

boriiiiiiing
balik je aku mula operasi membasuh baju sekolah si kakak, iron baju keje n bj sekolah, kemas rumah. pastu boring sebab adik ngan kawan dia bawa si kakak gi low yatt, hu hu tinggal aku sorang2 kat umah. tiba2 muncul cik ida kat umah, ajak gi minum n lepak2 kat taman warisan yg akhirnya sampai kami ke warta. he he dlm tak nak kuar tu. tak plan pun, last2 kul 8.20 mlm br sampai umah semula, gelap je tgk umah, dah tentu si kakak blum balik. uwaaaaaaaa boring lagiiiiii.

malas nak tunggu, ngantuk nak tido lah....

Saturday, May 23, 2009

relax

assalamualaikum....

petang semalam kat opis rancang ngan norul nak ikut dorang gi gym. tiba2 aku cite pasal filem ni yg baru ditayang semalam, so cik ida kata jom kita gi tengok nak??? ok gak tu, hm !!! riuh jap kat opis, last2 dpt 4 org so on je. so dorang tlg booking kul 9 mlm.

nak tergelak jugak bila kak noor tanya abis tu bawa si kakak tak? . aku cakap mana boleh bawa ni cite tuk mama kakak, he he. aku cakap lepas hantar kakak gi masjid, mama dia gi lah alamanda. kak noor persoalkan, ooooooo hntr anak gi ngaji, mak gi tgk wayang, heeeeeeeeeeee, gelihati ngan statement kak noor, aku pun balas, mama dia pun kena ada masa tuk diri sendiri gak.

lepas je drop kakak kat masjid, aku terus ke alamanda, bersama aku, cik ida, norul ngan kawn norul tengok cite syurga cinta ni.

last aku tengok wayang cite upin n ipin, lama dah. cite syurga cinta ni menarik, jalan cerita simple tak berat kepala nak fikir adegan seterusnya tapi sangatlah menyentuh hati. dengar jugak sob seb orang mengalirkan airmata including me. tengk pulak taman tasik titiwangsa, hu hu tingat kat arwah bawa aku gi situ, macam baru semalam je. sediiiiiiihnyaa tu sebab laju je airmata turun... bila aku pandang heliza kat dlm filem tu, terimbau zaman2 muda dulu, uiii !!! sucinya hati tak tercemar dengan modenisasi. jauh beza dengan aku yang sekaranggggggggg.
atuk heliza cakap ; jodoh ni ada 3 jenis ;(i) jodoh dari syaitan (ii) jodoh dari jin (iii) jodoh dari ALLAH - itulah syurga cinta nya.
bangun je pagi tadi, aku muhasabah lagi, dah 3 hari muhasabah tapi hati still tak berubah. muhasabah pagi tadi lebih cenderung tingatkan filem semlm :
(i) tahun pertama (2008) kehilangan arwah, aku lebih byk berserah diri pada yang MAHA ESA, nafasku, kehidupanku dan perjalanan hidupku kuserahkan pada yang ESA dengan lakukan lebih byk hal akhirat dari duniawi.
(ii) tahun kedua ni, aku semakin melupakan penyerahan yang total itu, aku dah semakin jauh. aku dah semakin lalai dengan dunia ini. aku kena kembali segera. aku mesti menyedarkan diriku ini. semoga aku dapat mencapai kebahagian yang hakiki....
mungkin baik kata che wan, aku patut bercuti. aku nak muhasabah dan mencari balik diriku yang sebenarnya. insyaallah masa hntr si kakak balik kg next week, aku nak cuti 2/3 hari dan target cuti itu tuk aku abiskan pembacaan La Tahzan, supaya aku lebih mensyukuri kehidupan ini.

Friday, May 22, 2009

salam hari jumaat

assalamualaikum...
salam hari jumaat tuk semua yang sudi menjengah rumahku ini.

firstly, thanks for new friend yg susah payah untuk membantu semalam. masalah problem tak de lah critical but need advice to calm down my feeling. tak tau lah emosi tak menentu skrg ni. jap marah, jap sedih, kejap happy, kejap murung. but today alhamdulillah dlm suasana suam2 je ni. hi hi.
semlm kat opis ada mesy. cawangan n lepas tamat mesy tu berlangsung pula mesy tak formal.as usual makan2 sambil sambutan birthday, bagi hadiah staf bertukar n kahwin. for this time, hadiah aku ngan cik ida gak cari tapi tak de lah excited mcm biasa. and as usual jugak aku uruskan makanan. nak tgk acara sambutan tu masuk kat blog cik ida k.
aku hanya buat marble cheese brownies. dah lama tak buat, tapi sebabkan excited tgk kat fotopages kak rinnchan n kebtln msh ada seketul cheese kat umah, kul 10.30 mlm baru aku mula operasi. dekat2 kul 12 gak baru dapat lelap. but hasilnya aku suka cuma terbakar sket kat atas tu gara2 nak bagi cantik pastu terlupa tgk2 dah huduh. yang penting rasanya. si kakak siap bawa bekal ke sekolah n minta buat lagiiiiiiii.
ni lah hasilnya :

eid n me, bila kutenung wajah sendiri, uwaaaa mcm hepi je kan. pagi ni aku muhasabah lagi, kata seorang kawan, berbisiklah pada allah, moga tenang jiwamu......... moga hari ini lebih tenang dari sebelumnya. amiiin.

Wednesday, May 20, 2009

need advice to calm down my feeling

salam

panassssssssssssssssss dewan bengkel semalam. gara2 reaction pantas aku terhadap pandangan yang diberikan dlm perbincangan. hari ni pagi2 lagi bos dah panggil ngadap tanya what happened semalam. ooooo ada orang report kat bos erk.... semalam pun bos dah msj aku, dia sokong tindakan aku tu. dah tu, tak pasal2 kena cite ngan immediate bos. sib baik ler bos memahami apa yang terrrrrrrrrjadi. sib baik juga bos sokong reaction pantas aku tuh.

lately ni aku pasan, emosi aku tak berapa stabil. macam orang yang mudah melatah. pantas sungguh otak ku menjana idea tuk keluarkan perkataan. but bila difikirkan balik perkataan2 yang dikeluarkan tu actually sedikit sebanyak dapat membantu merungkaikan permasalahan. ditambah pula energi aku bila lakukan sesuatu. itu masalahnya. kalau aku dah start sesuatu aku akan teruskan sehingga ke garisan penamat. susah nak duduk diam di pertengahan garisan. selagi tak ending selagi itu energi bergerak.

bangun tido pagi ni teringat2 tragedi semalam, sempat ku luangkan masa beberapa minit tuk muhasabah balik. ...........

i) aku terrrrlalu pantas ber reaksi terhadap sesuatu, sepatutnya aku more relaks... dengar dulu then baru cari idea tuk bertindak balas dengan cara yang educated, aku fikir bahasa yang lembut kadang2 boleh membantu mencairkan hati yang mendengar... tapi bahasa aku tak gitu. nak kena belajar lagi ni.

ii) kalau nak memberi pandangan mengenai sesuatu topik perbincangan, fikirlah dulu sebelum keluarnya perkataan itu dari mulut kita, agar bahasa2 yang dikeluarkan itu tidak melukai orang lain. kadang2 pandangan tu bagus tapi intro tu mengguris perasaan orang. aku kah yang terguris tu. hu hu. kata budak2 opis, aku ni kalau nak bagi pandangan memang tak dapat ditahan2. lepas ni aku kena tahan2 sket idea yang kuar mencurah2 tu.

iii) jangan sesekali kita bercakap seolah2 orang lain tak tahu melakukannya, sebaliknya cuba memahami. kalau nak faham kena masuk dalam kasut tu bukan tengok dari luaran je.

apa2 lagi lah.... tapi yang penting muhasabah itu adalah ditujukan kepada DIRIKU SENDIRI.

semalam, masa emosi aku tengah memuncak, aku sedang duduk, aku cakap kat kawan2 semeja, orang kata kalau tengah marah berdiri so kena duduk, kalau tengah duduk, nak je aku baring kat dalam dewan tu supaya suhu kemarahan tu turun, but alhamdulillah sib baik ada kawan2 yg turunkan suhu tu.

wahai sahabat2 yang dikasihi sekalian, tolonglah bagi nasihat kat aku sket, CAMNER NAK KAWAL KEMARAHAN?????

tingat dulu, arwah selalu tegur dan bagi nasihat pada aku, kalau yang aku pakai itu tak elok pada pandangan dia ataupun pandangan islam, atau kalau apa yang aku cakap itu tak enak pada pendengaran dia pastinya dia akan terus menegur dan selalunya aku pasti menerima teguran itu.

sekarang ni kalau aku buat salah pun, aku tak tahu aku buat salah sebab tak de yang seikhlasnya menegur perbuatan itu. sediiiiiiiiih la pulak.. stop sini dulu, air mata nak jatuh dah ni tingat lak kat arwah, nanti kang spoil lagi mood aku hari ni...

Tuesday, May 19, 2009

khusyuk mentelaah

salam

balik dari bengkel semalam kul 5 ptg. dah lama aku tak sampai umah kul 5, terkejut kak maya tgk aku balik awal . ha ha. sambil sapu daun2 kering depan rumah sambil borak2 ngan kak maya. then tgk jam kul 5.45 gi ambik si kakak kat darul quran. tiba2 mood rajin datang, apalagi masak nasi lauknya hanya ayam goreng kunyit ngan sambal sotong.

seperti biasa kul 7.45 ptg hntr si kakak mengaji kat masjid putra, aku balik je umah tengok jap berita then bukak email sampai kul 9.45 mlm. tingat pulak kena gi ambik si kakak, balik ingat nak terus tido sambung pulak seacrhing cupcakes sampai kul 11.00 mlm.

ingatkan dah ngantuk, tetiba terpandang novel yang aku beli kat MPH Alamanda semalam belum kusentuh. lantas kucapai novel itu, Salju Sakinah karya Zaid Akhtar. novel islamic pertama yang dibaca. agak menarik bahasa2 yang digunakan, byk yg boleh diambil pengajaran dan aku sukakan sangat watak Sumayyah. itulah wanita tabah.

itulah masalah bila aku mula membaca, keinginan yang meluap2 nak tahu ending. sedar tak sedar kul 3.00 pg baru aku abis baca novel setebal 559 ms itu.

pagi ni kena gi bengkel lagi, waaaaaaa ngantuk sesangat ni. mampukah otakku bekerja keras mengeluarkan idea lagi hari ini........... alangkah indahnya kalau aku dapat tido sket lagi pagi ni......

sib baik cik ida ajak gi bengkel, kalau tak mau aku tido depan pc ni.

Monday, May 18, 2009

renungan pagi ini

assalamualaikum..

entah tiba2 jemariku menekan punat channel lain. kebiasaannya pasti jemariku ini memilih 102.70 but hari ni aku memilih untuk 102.50. channel apa ye. tak sure but islamic juga. 7.25 pg tazkirah ringkas. qada' dan qadar. amat terkesan dihati bila mana ustaz mengucapkan kata2 ini :

Allah memberikan dugaan kepada hambanya dengan pelbagai cara sama ada kematian orang yang paling dekat dengan kita, kehilangan kerja, dan macam2 lagi. kita tak perlu gundah gulana sebaliknya bersabar kerana itu juga untuk mengkifarahkan dosa2 kita.

semoga kesabaran itu dapat mengkifarahkan dosa2 yang aku lakukan. Amiiin.

hari ini dan esok keje kat luar...

Friday, May 15, 2009

Salam hari jumaat

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Hari Jumaat untuk semua sahabat walau di mana anda berada. semoga pada hari yang mulia ini, bertambah keimanan kita kepadaNYA.

oleh kerana n3 yang nak di hapdet masih lagi tertangguh dgn photo2 yg belum diedit n tiba2 pula terpandang al-mathurat, so sedikit doa2 dlm al-mathurat untuk kita hayati benar-benar pagi ini.

Ya ALLAH kami hayati (suasana) pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan islam. Berpegang kepada kalimah ikhlas (dan prinsip) diikhlaskan. Berpegang kepada Din (agama) Nabi kamu Muhammad s.a.w agama yang juga agama kami ibrahim dengan setulus hati.

Ya ALLAH pada pagi ini kami kecapi nikmat pemberianmu, kesihatan dan perlindunganMu maka sempurnakan nikmat afiat dan perlindunganMu terhadap kami di dunia dan di akhirat.

Ya ALLAH kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mengsyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu.

Ya ALLAH kurniakanlah kepada kami iman yang sempurna, hati yang khusyu' , keyakinan yang benar2 mantap. Kurniakanlah kepada kami cara hidup yang jitu dan unggul selamat dari mara bahaya dan petaka.

Ya ALLAh kami mohon kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami iman yang sebenar-benarnya. amiiiiiiiiiiiiiin.

seelok2nya al-mathurat diamalkan pagi dan petang.

Monday, May 11, 2009

n3 tertangguh - tercipta sejarah

dah lama nak sambung n3 ni tapi tak asyik tertangguh je ... tak de mood lah nak menulis. pulak gambar yg nak dimasukkan tu tak dapat2 . bertambah lah malas nak update... tapi ku gagahkan jua sebab this is new experience n new memory pada aku...

balik dr kursus TOT, khamis kul 11 mlm aku sampai kat umah. aku terima tempahan daripada kakak long-kakak ipar tuk buat mufin 1000 pcs. mulanya memang excited nak buat tapi dek kerana ada kursus aku tolak tawaran tu. untuk tidak menghampakan kak long, aku SUB kan kontrak buat mufin pada adik dan mak tapi bukan 1000 pcs sebaliknya 100 pcs only. masa aku sampai tu dorang dah siap packing alhamdulillah. terus ja aku tido.

KENDURI KAWIN ANAK SEDARA KAKAK IPAR DI JENGKA 6

esoknya bangun awal siapkan baju sebab kami akan bermalam kat jengka. disebabkan ayah kurang sihat jadi aku telah mencatat sejarah tersendiri apabila aku berjaya drive dari putrajaya sampai ke jengka 6, pahang. alhamdulillah, tu lah perjalanan paling jauh pernah aku tempuhi dengan drive sendiri. sebelum ni, arwah tak bagi aku drive even balik kg kedah, dia drive sorang2 je. lepas arwah tak de, aku tak pernah lagi bawa keta balik kg. lagi senang aku naik bas elok je tido bangun tido lagi bangun dah sampai. heeeeee. baru aku sedar rupanya keta aku dah kurang menyengat. naik highway karak tu tak larat, tekan minyak sampai abis, macam si kura2 je jalannya. ya lah umur keta lagi 4 bulan abis bayar, camtu lah lagaknya. lagipun keta tu sejak kematian arwah, pusing2 dlm putrajaya je, gi keje balik keje. dah terlalu manja. so ayah cakap cuti sekolah hujung tahun nanti bawa balik keta dia bawa gi servis.

BERCUTI KE A FAMOSA WATER WORLD

Lepas kenduri hari sabtu, petang je 4 buah kereta ikut mengikut balik ke KL, ila n sani with kakak ipar (kak lin), acid n wife, me n ayah,mak, adik dan adik aku with their hubby dengan anak2 aku yg menyesakkan keta mak ngah dia. selamat sampai ke umah, penat sudah pastu semua pengsan.

esoknya, pagi2 plan ke A famosa, kul 11 pagi kuar dr umah, kali ni drive lagi, hu hu sampai ayah cakap tak sangka aku boleh drive tak ngantuk pulak tu. yg senornya aku pun tak percaya yg aku boleh drive jauh2. tak ngantuk tapi jemu ada lah. patut la dulu masa arwah ada, dia ajak aku sembang sepanjang perjalanan. masa sehari sblm arwah meninggal, sepanjang perjalanan dari kedah ke putrajaya, dia asyik sembang je siap pesan pada aku jaga anak2, pesan pada si kakak jaga mama, kakak kena puasa n macam2 lagi yg dibualkan. yg masih terpahat dalam memori, arwah selalu minta aku picit leher n bahu masa dia drive, lenguh katanya. bila aku yg drive teringat oooo semua tu. ni air mata aku dah bergenang ni, sayu lah pulak, so aku stop dulu kat sini... karang mood aku hari ni tak bagus........... to be continue

Wednesday, May 6, 2009

update blog

assalamualaikum

orang kata web dlm bahasa laman sesawang, tapi blog ni dah penuh ngan sawang. tak sempat nak cuci, he he. busy ke aku ??? selalu aku cakap masa tak cukup ??? kata seorang kawan orang yang tak cukup masa adalah orang yang dekat nazak !!!. aku sokong 100%.

yang sebenarnya, malas nak update blog sebab tak dpt nak masukkan gambar. tipon aku yang tak canggih ni tak de bluetooth susah lak nak transfer ke komp.

KURSUS TOT
sepanjang minggu lepas, banyak yang aku buat. dari ahad sampai khamis aku hadiri kursus TOT aset n stor di INTAN sabah. sepatutnya bukan aku yang pegi, pegawai aset bahagian tapi she's pregnant so aku cakap nak pegi, bos benarkan. kalau ikutkan pengalaman 6 tahun aku kat treasury yang memang menguruskan aset sepatutnya aku tak yah pegi pun sebab dah aware sgt pasal aset n aku juga turut terlibat dalam penyediaan pekeliling aset tuh. but tujuan utama aku adalah untuk mendapatkan Sijil TOT (Training of Trainers). masa kat treasury dulu tak sempat aku gi TOT so bila kena jadi penceramah main redah je.

actually dah lama aku tak gi kursus, setiap tahun tak pernah cukup 7 hari. rupanya best gak gi kursus. banyak yang aku pelajari. daripada ucapan majlis perasmian sehingga ucapan penutup kursus menyedarkan aku bahawa banyak perkara yang perlu aku tahu dan aware dengan keadaan sekeliling. terutamanya bila ceramah drpd pengarah INTAN. jadi lebih bermotivasi untuk meneruskan kehidupan ini.

kursus tu jugak, menambahkan koleksi kenalan, kak paizah (teman sebilik) yang baik hati sama2 angkat air dri surau ke bilik, erin (first jumpa kat persidangan eo), kak jah (bpg), balkis, my group discussion, yati, en razi (kelantan), en kamal, kak normas (korporat), en zulkifli (labuan) teman sebelah dlm auditorium dan ramai lagi....

to be continue ... ada urgent nak diselesaikan..