01.11.2008 kenduri kat umah anies and fayrul.
kenal dgn anies masa kita orang sama2 joint war games conduct by unit program eksekutif upm utk final student accounting n bussiness. kita orang satu group. seperti kakak tuk adik2 dlm group tu anies agak rapat dengan aku masa malam perang bom. tido kat dalam hutan dah ler hujan. masuk kul 7 mlm kuar kul 5 pagi smbhyg pun dalam hutan... so tahniah tuk anies ngan fayrul semoga bahagia melayari alam perkahwinan ...
ni gambar anies n fayrul... tak clear sangat masa tu orang ramai nak shoot tak dapat..
02.11.2008 kenduri kat rumah mummy (adik mak mertua).
kenduri ni aku memang kena pergi. aku agak rapat dengan keluarga mummy sementelah mak dan abah sebelah arwah suami dah tiada so pada mummy lah tempat berkasih sayang adik beradik arwah suami. ni menantu kedua mummy.
agak lama juga lah aku tak berjumpa ngan sedara mara arwah suami. sedar tak sedar dah 10 bulan arwah suami meninggal kan aku dah jangka waktu tu jugaklah aku tak berjumpa ngan nenek dan sedara mara yang lain. so masa kenduri tu memang ramai lah dapat berjumpa sedara mara sebelah arwah suami. ada dari kl, kampung pandan, dari n.9, melaka dan makcik dari singapore je yang tak dapat turun.
macam2 nasihat aku terima dari sedara mara masa kenduri tu. kesimpulan nasihat yang aku terima cam ni lah .... lyn masih muda, so kalau jumpa yang baik tu kawin lah. aku anggukkan aja kepala sebab nasihat orang2 tua. kalau ikutkan situasi skrg aku dah selesa dengan kehidupan sekarang.. aku dah bole sesuaikan diri.... biarpun kadang2 kesedihan tu datang.. maleh nak cite pasal ni.
so dek kerana menantu mummy DIN keje ngan Datin (isteri menteri wilayah persekutuan-Datuk zulhasnan rafiq) maka masa kenduri tu Datuk datang. memang happening kenduri. ni gambar yg sempat di snap masa tu. kamera plak nak abis bateri...
ni gambar datin ngan kakak ipar (bertudung biru tu)... memang sporting datin ni..
ni gambar pengantin ngan along (baju kuning, kak long tudung putih dkt pengantin perempuan, biras - sani- baju belang merah, aku ngan farhana dan fatin, kakak ipar-tudung biru dan adik ipar -ila)...
aku ngan farhana, fatin, dan kakak ipar dan farah (anak kakak)... si kakak farhana tu malas nak ambik gambar tu yang macam nak lari tu...
pengantin tukar baju nak ambik gambar potong kek... si farhana siap cakap... mama nanti kakak kawin kakak nak pakai baju macam kak ayu tu... waaaaaaaaaaah !!!!!!!!! dia ingat mama dia ni nak bagi dia pakai camtu.........
pengantin macam rossa kan (penyanyi indonesia yang hot ngan lagu ayat-ayat cinta tuuuu). hari tu pengantin siap karaoke lagu jangan pisahkan dalam hujan lebat..... hujan rahmat penutup acara hari tu..
setelah dipaksa oleh mama, ni je gambar yang dapat ambik. baju gaun merah menyala... masa ni hujan turun lebat sungguh. alhamdulillah lepas dah selesai kenduri.. tetamu dah balik masa hujan turun. si fatin masa ni tak tau kat mana dah... ramai yang melayannn dia...
5 comments:
soklan dan kaunseling bonus tu yg tk tahan ekkk..hehhe
a a betul tu. tu yang malas nak pegi tu. nak buat camner masa2 ni lah kena tahan sabar lebih
salam lyn..
saya pun nak cakap gak lah..
awak masih muda..hehe
hi irfa... sihat ke lama tak nampak. blog pun tak update bizi ke?... ada kawan opis umur 40 lbh dia kata lyn sebaya ngan dia sebab anak dua sama ngan dia.tahun depan dah angka 3.... hanya allah yang lebih mengetahuiiiiiiiiiiiiii.
hi irfa... sihat ke lama tak nampak. blog pun tak update bizi ke?... ada kawan opis umur 40 lbh dia kata lyn sebaya ngan dia sebab anak dua sama ngan dia.tahun depan dah angka 3.... hanya allah yang lebih mengetahuiiiiiiiiiiiiii.
Post a Comment