JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Monday, November 3, 2008

konvokesyen

dah lama nak hapdet blog kononnya tak sempat. tak lah bizi sangat. cuma tak sempat nak mengarang. lagipun cite pasal konvo tak lah menarik sangat.

21hb oktober 2008................ graduation night

pejabat eksekutif fakulti ekonomi dan pengurusan buat dinner utk graduan kat upm. Boleh bawa pasangan n anak2. dek kerana pasangan aku telah pun pergi selamanya so aku bawa si kakak pergi. masuk je dewan terserempak ngan classmate. kita orang duduk semeja. hanya kak ma ngan aku je bawa anak2. yang lain bawa isteri/suami. bestnyer dinner siap ada cabutan bertuah. bertuah juga aku malam tu dapat gak hadiah cabutan bertuah.

dan yang paling bertuah bila diumumkan ...... penerima anugerah pelajar cemerlang yang ketiga ialah pelajar berumur 29 tahun, dilahirkan di alor setar kedah, diploma perakaunan dari utm dan bergraduat dengan cgpa 3.4. ..... ha ha siapa orangnya kalau tak aku lah tu ... dapat anugerah pelajar cemerlang (akademik) tuk accounting course. aku pasti kalau arwah ada bersama pada malam tu mesti dia gembira macam si kakak. siap cakap mama pandai sebab tu dapat hadiah. bersyukur segala usaha telah membuahkan hasil. cuma senyum kelat sket sebab cgpa hanya 3.4 jika nak dibandingkan dengan 2 lagi pelajar cemerlang mlm tu 3.7 lbh (bussines course).

sebelum balik malam tu sempat borak ngan lecturer tax- puan salmah. puan ucap tahniah pada aku but aku cakap aku tak brapa hepi sebab target nak dapat first class. tapi banyak halangan selama 4 tahun tu dengan kerja, suami dan anak2. susah nak membahagikan masa. dan yang paling tercabar sebab masa final exam tu aku masih lagi dalam mood sedih kehilangan suami. masa tu puan salmah terkejut sebab baru tahu suami aku dah meninggal. cite punya cite sampaikan airmata puan pun turut mengalir. aku apatah lagi kalau nak cite pasal arwah memang aku cepat tersentuh. apa pun kata puan aku dapat harungi and alhamdulillah aku berjaya juga menamatkan pangajian. gambar dinner classmate belum kasi.... nanti update gambar bila dapat..

22hb oktober 2008..... big day bagi certain people ..... konvo day

seawal 7 pagi aku dah gerak ke upm ngan adik dan anak2. sampai je kat dewan dah terserempak ngan lat (classmate), so siap posing2 kat depan dewan tu. dengar je bunyi wisel pak cik guard kami pun masuk barisan. kat upm graduan masuk jalan kat tengah2 dewan. mesti mak bapak, suami isteri, anak2 gembira tengok. aku tumpang gembira kawan2 je sebab 2 kad jemputan aku tersimpan elok dalam paper bag. adik ngan budak2 kat luar dewan. accounting course bagi program eksekutif ada 10 orang je so susunan kami cantik selang seli lelaki dan perempuan. boringlah dok lama kat dalam dewan nak menunggu beratus2 graduan naik pentas. yang lucunya masa graduan diploma yang last sekali. ramai yang bertepuk tangan sebab dia last dah habis kepenatan orang2 nunggu nak kuar dewan, budak tu siap gaya macam menang AF. gamat dewan. aku nengokkan muka Tan Sri Dato Sri Lim Ah Lek geleng kepala sambil tersenyum nengokkan gelagat budak tu. hisyyyyyy macam tu ka. tu lah budak2 ni nama je belajar tinggi tapi moral letak kat tepi...tak hormat dewan langsung.

tingat pulak masa aku ambikkan pingat bagi pihak arwah kat istana negara.... penuh dengan adat istiadat. masa tu aku sorang je yang pakai baju kurung lain dari yang lain sebab semua penerima pingat tu dari angkatan tentera yang segak bergaya dengan baju istiadat masing2 tentera darat, laut dan udara. lepas je salam ngan tuanku sultan mizan, nak jalan balik ke tempat hampir nak jatuh airmata aku. ku rasakan semua orang pandang terkejut. duduk je kat tempat terus airmata jatuh, abis je majlis panglima tentera laut datang sembang....teringat masa bulan disember 2007, kalau lalu je kat depan istana arwah mesti cakap nanti kita datang sini abang dapat pingat. tapi 31.12.2007 tu arwah cakap dengan nada gurau dia kata tak nak pergi majlis terima pingat tu... walhal sebelum tu arwah yang beria-ia nak belikan aku baju, kasut, beg hanya tuk majlis tu.....

laaaaa dah lalut cite lain pulak,,, back to the story kat upm, habis je aku terus gi panggung percubaan kat belakang dewan je. ambik gambar studio. masa ambik gambar tu photographer tanya ni anak ke???. waaaaaaah mesti kes tak percaya ni tengok muka aku dah ada anak sebesar tu. he he .... si kakak tu umur 6 tahun tapi kalau nak beli baju kena cari saiz 9-10 tahun tinggi ikut arwah. aku tercuit sket je masa kat studio tu sebab tengok photo kawan2 lengkap sekeluarga. but aku ngan anak2 dan adik je....

gambar konvo tak sempat nak proses lagi.................. nanti kena hapdet balik. cite tak menarik kalau tak de gambar. nanti senang kakak ngan adik tengok. mana tau masa tu mama dah tak de..

habis shoot, aku ajak adik makan kat gerai kat upm pastu terus gi kajang ambik kunci rumah yang arwah beli. tak sempat arwah tengok rumah tu... dah siap check semua benda kat umah tu balik putrajaya pastu lelap sampai petang...............zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

3 comments:

Anonymous said...

Hi kak,terharu sangat dengan ketabahan akak,im so proud. Nanti jangan lupe ye kalau akak mampu tell the stories of arwah. Dia sakit apa dan mcm mana keadaan masa mula-mula terima berita ketiadaan dia. Semoga kesudian akak berkongsi tu akan membuat saya sedar saya masih beruntung wlwpun berjauhan tapi suami masih ada memberi sokongan.

lyn said...

salam sm. ada masa akak akan critakan. selagi ada orang tersayang disisi, sayangilah mereka. nanti akak cite ye.

lupekanje said...

uwaaaaaaaaaaaaahh..nk tgk umah baruu..