JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, August 13, 2008

kenangan balik kampung

Dah lama tak hapdet blog nih. bukannyer sibuk sangat pun cuma tak de masa nak menaip.last week balik kampung. trajis betul masa nak balik. bila dikenang semula nak ketawa besar pun ada gak. sekarang kan zaman dah moden, dunia dah maju, aku beli tiket mara liner online, bayar online tuk aku ngan adik. so hari jumaat tu lepas balik keje aku gi pasar tani kat presint 2, cari makanan je. pastu trus balik umah, siapkan apa yg patut, makan, lepas solat maghrib keluar.

Dalam hati tak nak nyusahkan kak maya jiran sebelah tolong hntr ke central, so aku ngan adik tunggu bas tuk ke central. lama betul tunggu bas. tu yang aku paling tak suka. tapi terpaksa gak lah tunggu. sampai ke central naik erl pulak sampai bndr tasek selatan, then ambik lrt ke plaza rakyat. sampai puduraya around 9.00 pm lebih gitu. aku bagi boarding pass kat adik soh tukarkan ngan original tiket kat kaunter. tak lama pastu adik panggil so aku pun pi lah kat kaunter. ayat pertama aku dengar dari budak kaunter tu ... kak tiket ni tengahari tadi lah.. so aku tengok kat tiket 12.00 pm. aku mati2 ingatkan bas 12 malam. walhal aku sendiri yang klik beli tiket tuh. masa tu sedih giler. dah kobar2 ni nak balik nengok anak buah. lagipun rindu sangat dah ngan budak berdua tuh. sedih, marah semuanya ada. marah tul aku ngan mara liner kan dah menyusahkan aku, pulak tu RM65.80 aku terbang cam tu saja. memang bukan rezeki aku duit tu. aku cakap ngan budak kaunter tu, tak bole buat apa2 ke. dia cakap memang bas dah penuh. masa tuh memang aku panazzzzzzzzzzz. nak je aku pi pejabat soh dia ubah jam. kan baik kalau dia buat sistem 24 jam tak lah menyusahkan aku. salah aku gak terlepas pandang pm ngan am tuh.

Dah abis fikir, aku cari gak tiket bas yang lain. memang penuh. so aku buat keputusan, balik je lah. masa tu aku ingat nak balik je ngan bas metro boleh trus ke putrajaya. tak yah tukar2 transport. dah le penat, panas hati aku. so pegi kat depan mydin sinar kota tu, tengok bas tak de. tanya kat pemandu bas metro kata bas dah abis, so dia suggest naik bas apa ntah. aku dah lupa lah tapi bas tu kat bas stand klang. masa tu dah dekat kul 9.30 rasanya. dah ler lama betul aku tak jalan kat situ, ingat2 aku masa study kat utm dulu je. aku ngan adik pun berjalan lah ke situ. dah ler bawa beg berat. jauh lak tuh. dah sampai situ tanya kat driver dia kata bas ke putrajaya dah abis.

masa tu ya ALLAH, memanglah dugaan betul masa tuh. cakap ngan adik mau tak mau kita kena naik lrt gak nih. jalan lah laju2 ke masjid jamek. hoping ada lagi lrt. masa jalan ke masjid jamek lalu kat central market. sayu hati teringatkan arwah suami. tujuh tahun lalu, dia kejar aku kat cm sebab nak ambik no tipon , masa tu tak de kertas, so dia tulis kat tiket bas. lepas arwah meninggal aku bukak balik beg duit yang aku hadiahkan tuk birthday dia yg ke-29 , tersimpan rapi tiket tu kat dalam. mula lah nak nangis nih.

tinggalkan kejap aku nyer sentimental, karang tak abis cite nih. dah sampai kat masjid jamek aku tengok orang pun tak ade. but kaunter still bukak, so aku trus beli tiket n terus lari naik kat atas tuh. tak lama lrt pun sampai. dalam lrt tu berdoa lagi supaya erl tak terlepas. adik cakap erl last kul 11.30 pm. sampai je bndr tasek selatan, sekali lagi bukak langkah ke stesen erl. jauh gak tu. sesampai je kat stesen erl tengok kaunter dah tutup, mata trus tengok kat jam tu lagi 4 minit ke KLIA. sib baik so beli tiket kat mesin n apalagi sekali lagi bukak langkah, berlari nak kejar takut terlepas. sampai kat erl putrajaya dah kul 12.00 gitu. aku cakap kat adik kalau bus nadi putra tak de, naik teksi je lah. aku dah penat. tak larat nak kejar2 lagi dah. masa turun ke stesen teksi mata nengok gak kat bas. adik aku cakap macam bas ada lagi. apalagi dengan kudrat yang ada jalan cepat2. abang driver bas tu kelip2 lampu bas dia, so dia tanya nak pi mana, aku cakaplah presint 8. dia kata ok sebab last bas kul 12.45 am. aku berdua ngan adik n driver bas trus hntr ke presint 8. masa tu driver tu pun dah tak ikut laluan bas dah. alhamdulillah selamat sampai balik ke rumah. kul 7.45 pm aku kuar umah n balik semula ke rumah kul 12.00 am. memanglah penar giler selepas apa yang aku lalui.

balik je rumah, trus solat isyak, pastu aku trus baring. sambil bebaring tu aku tingat balik apa yang terjadi pada aku hari ni. memang penuh dengan dugaan. agaknyer duit tu memang bukan untuk aku. ataupun aku dah buat sesuatu yg ALLAH tak suka. mohon allah ampunkan segala kesalahan yang terdahulu, sekarang dan akan datang. aku sepatutnya memanjat kesyukuran padamu ya Allah atas dugaan yang engkau berikan. tapi apa yang aku buat masa tu, mengeluh dan mengeluh atas apa yang engkau timpakan. ampunkan aku ya Allah. masa tu jugak ingatan pada arwah suami kembali. kalaulah dia masih ada, mesti aku takkan lalui semua ni. mesti aku call dia soh dtg ambik aku kat puduraya. tak pun memang aku tak balik kampung hari tu. sebab mesti aku balik ngan dia. moral of the story kesilapan yg kita lakukan takkan dapat diubah, ianya akan jadi sejarah tetapi kita harus tidak mengulangi kesilapan yang sama dan bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita.

1 comment:

lupekanje said...

naper la tk tipon akak...akak da ekspet la jalan nak gi puduraya...hahaha....
kira masa tipon akak tu, dah balik ke belum???? nyesal akak tk tringat nak tanya pun masa tipon tu...huuhu...sorry...lenkali tipon jer akak..akak blh usahakan ambik...