JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Sunday, August 31, 2008

merdeka vs anniversary ke-8

Hari ni 31 ogos 2008. Malaysia merdeka 51 tahun pada hari ni. aku bersyukur kemerdekaan malaysia membolehkan kita semua hidup dalam keadaan aman dan tenteram berbeza dengan kehidupan kat negara lain yang sama2 merdeka dengan malaysia. Malaysia lebih maju kalau nak dibandingkan.

sebenarnya pada tarikh ini juga 31 ogos 2008 adalah anniversary aku yang ke 8. berbeza dengan tahun yang lalu anniversary kali ni ku sambut seorang diri tanpa suami di sisi. bila orang sibuk sebut pasal merdeka termasuklah si kakak farhana, jauh dilubuk hati aku tersentuh dengan angka hari ini.

anniversary tahun 2007, aku sambut ngan asben di Pulau pangkor. anak2 cuti kat kampung,kami habiskan masa berdua kat pangkor. tu lah memory last yg aku ada bersama arwah.

Pagi tadi aku bawa anak2 ziarah kubur arwah. ajarkan anak2 tuk sedekahkan fatihah buat abahnya. kurasakan sekejap sangat masa berubah. sedar tidak sedar masa telah menginjak ke ramadhan yang berikutnya. Moga Allah mengampunkan dosa suamiku dan menempatkannya di kalangan orang2 yang beriman. aminnnnnnnnnnnnnnn.

Saturday, August 30, 2008

rindu anak pada abahnya

Inilah Nur Fatin Sahira. ni je gambar yang ada kat dlm komputer ni. umur 3 tahun tapi kalau tgk fizikal ngan mulut cam budak besar. banyak mulut !!! tapi kadang2 aku pun tak faham apa dia cakap. masih ada pelat.
Si Fatin ngan farhana ni kalau cakap nak balik kampung, memang hepi giler lah. sebabnya arwah asben orang kl. jadi arwah nenek kat sini tiap minggu dorang melawat. kalau nak balik kampung tak hingat terus kat mama ni. biar mama dok sorang2 tak pe kat KL janji dorang bole balik kampung. selalunya aku pun tak kisah kalau ayah atau adik2 bawa budak2 tu balik kampung. lagipun tok wan memang rapat sangat ngan cucu.

Dekat sebulan diorang kat kampung, aku 2 kali balik tengok adik. adik bersalin dan berpantang kat kampung. masa kali kedua aku balik aku ada exam gred 41 kat perlis.

masa aku iron baju malam tu tuk pakai exam esok. Fatin datang. sambil aku gosok baju dia tanya aku :

Fatin : mama buat apa?
mama : mama gosok baju.
Fatin : abah mana ma?
aku tersentak. tapi aku tanya balik.

Mama : abang ke abah?
sebab adik aku yang lelaki dia panggil abang. aku soh dia panggil pakcik tapi lekat kat mulut dia abang
Fatin : abah lah ma?
Mama : abah kan dah tak de
Fatin : abah mana ma? dia ulang sampai berkali2.

masa tu aku rasa mesti dia rindukan abah dia. camner dia rindukan aku. Fatin ngan farhana ni kalau masa nak balik kampung, aku pun dorang lupa cam tak wujud tapi bila dah balik kampung, paling lama dia tak ingat kat aku 2 minggu je. pastu dorang mesti cari aku punya lah. ye lah orang yang melahirkan dan membesarkan dorang.

aku selalu pesan ngan diri aku, biar aku berterus terang ngan anak2 walaupun kadang2 perkara tu pahit tuk diluahkan. aku cakap ngan fatin, abah kan dah tak de. tiba2 dia tersentak dan cakap abah dah mati kan ma. aku selalu betulkan dia, abah tak de, tak baik cakap mati, cam keras je bunyi.

inilah first time selepas 8 bulan arwah asben kembali ke rahmatullah fatin tanya. selalu pun arwah memang tak de kat umah, banyak games kat oversea pastu pulak arwah stay kat langkawi training dan sebulan sekali balik rumah. mesti fatin rasa nape abah dia tak balik lama sangat.

kali kedua dia tanya pasal arwah 2 minggu lepas balik dr kampung. waktu malam, aku tengah buat tiramisu ngan tart telur. si kakak dah terlena kat sofa, si fatin ni tido lambat. aku sian kat dia. sekarang ni dia dah kerap tanya pasal abah. aku cakap abah dah tak de la dik. pastu baru dia cakap abah dah mati kan ma. aku cakap ngan dia nanti hujung minggu kita gi kubur abah ye. dia angguk. rasanya dekat 2 bulan dah aku tak bawa dorang ziarah kubur arwah.

sampai satu masa aku pun tak tahu lagi camner nak tolong dorang hilangkan kerinduan pada abahnya sebab aku pun susah nak hilangkan perasaan itu dalam diri aku. semalam aku nangis lagi bila tengok gambar kahwin yang masih setia ditempatnya. sejauh kesetiaan aku pada arwah...ya Allah kat tabahkanlah hatiku untuk mengharungi dugaanMu.

Tuesday, August 26, 2008

hapdet blog

hari ni dah masuk opis selepas cuti ambik exam n balik kampung ambik budak2. tiba2 bukak blog hari ni teringat sebab nak cite pasal anak yang kedua si adik tu Nur Fatin Sahira. tapi bila aku nak cite je karang mesti meleleh pulak airmata aku ni pepagi selasa ni. nak cite pasal kerinduan si adik ni pada abahnya.....

... aku rasa aku tak leh cite sekarang karang satu hari aku dlm mood yang tak berapa bagus. mesti sentimental satu hari ni tak pun setengah hari. baiklah aku nengok dulu keje yg menimbun kat tray in. petang kalo rajin aku masuk balik n citekan pasal fatin.