JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Tuesday, June 19, 2012

qada' puasa vs QADA SOLAT

assalamualaikum....

alhamdulillah.. dapat jugak taipkan n3 ini. sehari ke sehari nak update blog, tapi kesempatan masa yang ada lebih bertumpu kepada aktiviti yang lain. alhamdulillah... daku berusaha jugak untuk ambik sedikit masa itu.. untuk sesuatu yang harus diperkatakan dan dikongsikan bersama. semoga ianya memberi manfaat kepada diriku dan sahabat semua.

18hb Jun 2012 - daku mengikuti program Sihat dan Cergas Tanpa Obesiti- Program CSR seorang PTD kat opis untuk tujuan pengesahan jawatan. awal pagi kami 8 orang dari opis bertolak ke SK Seksyen 7 Shah Alam. banyak aktiviti... daku n Ju jadi cikgu memasak. menunya sandwich sihat... memang sangat bernilai pengalaman semalam, walau setengah hari menjadi cikgu, tetapi kepenatannya terbawa sehingga ke hari ini. buat pertama kali, dengan hati yang ikhlas, daku respect pada kawan2 yang menjadikan profesion perguruan sebagai kerjaya. Dengan 1200 pelajar, sampai bergoyang2 la meja cikgu.. kerjaya yang mulia dan sangat daku kagumi. picture... tak dapat lagi dr photographer. congrat to cik syakira, program succeed.

itu bukan topik n3 yang daku nak bawakan pada n3 ini.

sebenarnya, tengah belek2 paper ni ternampak tajuk QADA SOLAT FARDU JIKA TERLUPA ATAU TERTINGGAL KERANA UZUR.. pada sahabat yang nak dapatkan detail.. sila baca dengan kefahaman dan penghayatan yang tinggi di akhbar BERITA HARIAN muka surat N6 ruangan agama bertarikh 19 Jun 2012.

daku terpanggil nak kongsi n3 ini sebab daku baru dengar kuliah subuh ustaz ansarullah ahad yang lalu atau ustaz jumaat malam... dah lupa.. dan daku terfikir mengenai sahabat2 yang sedang meriah menggantikan puasa sebelum kedatangan ramadhan beberpa hari lagi. sehingga hari ini, ramai yang sedar mengenai kewajipan qada puasa. tapi ada yang tidak menyedari tentang kewajipan qada solat... termasuklah diriku ini. walhal inilah perkara pertama yang akan dihisab kelak.. puasa, kalau tidak di qada oleh tuannya, kita masih mampu untuk membayar fidyah..(hukum lanjut dapatkan dari ustaz ya) ini apa yang daku fahami.tapi kalau solat.. selain kita iaitu diri sendiri... tiada yang lain yang dapat membantu kita untuk mengqada solat. betul tak cara daku berfikir mengenai qada solat dan qada puasa ini?...

hari tu daku ada dengar.. tak ingat kelas mana ke tazkirah mana. yang pasti tentang kita kena qada solat dulu baru boleh buat solat sunat. hukum sepatutnya begitu. clearkan yang wajib baru buat sunat. tapiii... oleh kerana kita tak tahu bila masanya kita akan dipanggil menghadap pencipta so pada masa yang sama kita buat juga solat sunat. contohnya solat sunat qabliyah, pastu solat fardu zohor, solat sunat ba'diyah pastu solat qada fardu zohor. ada tak orang tak pernah tinggalkan solat?... daku hitung waktu muda, waktu selepas baligh.. masa sekolah menengah... masa kat universiti, masa keje.. masa sekarang... memang ada solat fardu yang ditinggalkan. sengaja tak buat atau terlupa atau ... masa budak2.. ilmu tak banyak. so, agak2 berapa banyak lah yang perlu di qada.

Dan oleh kerana itu, marilah kawan2 setiap kali selepas solat fardu kita buat solat qada.. semoga hitungan amal solat kita di akhirat kelak cukup dan semoga kita semua dimudahkan untuk memasuki syurga ALLAH, bertemu dan menerima Salam dari YANG MAHA ESA adalah sangat terindah kita di syurga kelak. marilah kita bertaubat dan marilah kita beramal dengan SERTA MERTA..

sedikit info mengenai qada solat:

1- qada solat boleh dilakukan pada bila2 masa sahaja kerana WAJIB itu kekal. termasuklah pada waktu2 yang diharamkan solat. waktu yang diharamkan hanya tertakluk kepada solat sunat. tetapi bagi yang mengqada solat wajib (solat fardu) boleh dilakukan. cuma menurut ustaz, kalau boleh qada solat fardu asar elakkan dilakukan di masjid supaya tidak menimbulkan masalah. kot2 nanti ada orang pertikai pulak, kita solat waktu haram...

2-orang yang tertinggal solat fardu kerana tertidur atau terlupa wajib qada dengan segera. selagi tidak di qada selagi itulah hutang solat tertanggung atas bahunya..

3-Dosa yang bertangguh tanpa bertaubat akan mengundang kemurkaan ALLAH selagi tidak qada. so marilah kita mengqada solat pada setiap kali selepas waktu solat. selepas solat fardu subuh, qada subuh, selepas solat fardu zohor qada zohor dan seterusnya.

semoga n3 kali ini dapat mengajak sahabat dan terutamanya ditujukan kepada diriku sendiri.. semoga kita istiqamah melakukan qada solat dan semoga kita diberi keampunan oleh ALLAH atas kelalaian kita melakukan dosa pada masa dahulu dan pada masa akan datang.

Ya, ALLAH.. ku mohon ampunanmu..

Sunday, June 10, 2012

bermegah-megah....

assalamualaikum...

alhamdulillah daku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadmu Ya Ilahi atas kurniaan nikmat yang melimpah2, nikmat yang tidak terhitung, infiniti yang diterima sepanjang kehidupan ini. Terkadang malu dengan diri sendiri, hanya perkataan syukur yang mampu diucapkan, perbuatannya dimana??? sukarnya nak bangunkan diri untuk sujud mengucap syukur dengan nikmat yang ENGKAU berikan..malu dengan Rasulullah saw yang dijanjikan ALLAH syurga untuknya, tapi sujud pada ALLAH sehingga bengkak2 kakinya. Ya Allah, bantulah aku, buangkan sifat malas, kuatkan hati dan semangatku, buang nafsu pada dunia sementara ini... hati teringin sangat nak bangun setiap malam, jadikannya rutin...semoga ianya akan terus dilakukan, walau sedikit, moga ianya menjadi istiqamah dalam diri sehingga daku kembali kepada MU. ampuni aku Ya Allah...

terkesan dengan kuliah pengajian umum hari ini. sangat menyentuh kalbu. terasa sangat tipis ilmu yang ada dalam diri. begitu jauh pemikiran orang di hadapan melihat alam dunia dan alam berikutnya... ya Allah, sempatkah aku, dapatkah aku, layakkah aku untuk mendapat syurgaMU dengan amalan yang sedikit ini??? aku begitu kagum, lebih tepat merasa cemburu dengan manusia yang bercakap tentang agama, pada masa yang sama hal ekonomi juga diambil peduli, isu sosial remaja juga diketahui, apa yang berlaku di sisi dan di luar sana juga diambil berat... segala2nya diambil serius lagi2 tentang hidup yang abadi di sana.

bunyi macam sesuatu yang sukar nak faham kan... biar daku ceritakan apa yang daku pelajari hari ini. ianya sangat dekat dengan kita, tapi jarang kita terfikir tentangnya. hari ni kuliah pengajian umum seperti biasa di masjid putra jam 10.00 pg hingga kebiasaannya dalam 12.30 tgh tamat. kawan2 yang berdekatan, sila lah jemput ke program tersebut. untuk lebih mudah, register telefon. setiap aktiviti akan dimaklumkan melalui mesej. insyaallah anda tidak akan terlepas untuk mengikuti kecuali kita yang tak nak gi.

Kuliah pengajian umum pada hari ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Umar Aiman bin Osman. Ni first time tengok ustaz ni. Orangnya sederhana tapi ilmunya… walau 2 jam je kelas tapi macam banyak dapat hari ni. Banyak yang kena muhasabah diri.

Tajuk kuliah hari ni tafsir Surah At-Takasur.surah ke 102 ada 8 je ayat. Tapi jarang2 kita dengar imam baca dalam solat. Walau 8 je ayat tapi fadhilatnya seperti 1000 ayat. Dan kata ustaz lagi barang siapa yang baca 1000 ayat quran dalam sehari jaminannya masuk syurga dalam keadaan tersenyum.. so, kalau tak mampu nak baca 1000 ayat sehari bacalah surah ni.. boleh masuk syurga je baca surah ni???? Tak kan lah gitu kan… kan…??? Kata ustaz lagi, nak masuk tapi kunci tak de.. boleh ke?.. solat lah kuncinya.. ha.. senang faham kan perumpamaan ustaz.

So, daku pun bila dah balik kelas, cari quran.. dan inilah terjemahan penuh ayat Surah At-Taksur

Ayat 1 – bermegah-megahan telah melalaikan kamu
Ayat 2 – sampai kamu masuk ke dalam kubur
Ayat 3 – sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)
Ayat 4 – kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui
Ayat 5 – sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti
Ayat 6 – nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka jahim
Ayat 7 – kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri
Ayat 8 – kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang megah di dunia itu)

Maksud At-takasur ini adalah satu sifat yang suka bermegah-megah/berbangga-bangga dengan harta yang banyak/dengan anak yang ramai/kerabat yang ramai. Sapa adda sifat ini jahimlah balasannya. So, hari ni juga kena buang. Bukan hari ni.. saat ini jugak kena buang sifat tu.

Telah melalaikan kamu… di lalaikan dengan apa? Suka bermegah2.. so, bila teringat harta yang ada, sebutlah Alhamdulillah banyak.. teringat anak2-alhamdulillah baik.. ini tidak, g cerita kat orang anak dia ni baik, anak dia ni itu-ini, anak awak camana. Walhal dia tahu anak orang tu baru keluar dari pusat serenti… asal nak buat pahala dapat dosa, terguris hati orang tu… anak masuk syurga mak pulak ke neraka.. nauzubillah.. ampunilah dosaku yang lalu dan akan dating ya Allah…
Ustaz sebut sekali-kali tidak!!! Dalam ayat ni disebut berulang kali. Nak menunjukkan bahawa apa yang Allah nak bagitau tu sangat penting/sangat serius, satu penegasan.

Sampai kamu masuk dalam kubur. Ustaz kata, masuk kubur tu mesti kita mati. Bukan masuk camtu je. So bila kita mati, kita akan Nampak neraka jahim. Camana Nampak? Sebab rupanya azab kubur itu nampak neraka. Kita boleh bayangkan ke neraka camana? Sukar lah kannn. So ustaz Tanya, kita pernah tengok kemalangan tak? Ustaz cerita masa dia kecik dulu dia pernah tengok, suami isteri digilis lori, polis kutip otak, badan, tangan dll. So, bila lepas tengok tu, apa terjadi dengan kita? Makan tak lalu, tidur tak boleh.. jadi macam trauma kan.. so, cuba bayangkan camana azab kubur tu sampai boleh nampak neraka.. Rasulullah semasa peristiwa israk mikraj, nampak perempuan gunting badan..kenapa? inilah wanita yang apabila keluar rumah menarik perhatian lelaki… dengan pakaian dan wangian… azab neraka tuh…

Ustaz cerita lagi, si kembar dalam alam Rahim, si abang keluar,, si adik cakap abang dia dah meninggal.. dia tak tahu abang dia dah selamat keluar dan berada di alam dunia.. pastu si adik pula meninggal. Tinggalkan alam Rahim, hidup di alam dunia. Sama gak la dengan kita. Masa dalam alam Rahim, ada ke orang cerita ada alam dunia? So, bila Rasulullah cerita kita kena percaya, ikutlah apa yang rasul bagitau dan jauhi apa yang dilarang sebab baginda dah nampak, baginda dah tahu semua tu. Alam dunia, alam kubur, alam akhirat, syurga.

Ikut kiraan ustaz.. kita hidup di dunia ini sampai 63 tahun, kalau lebih tu umur subsidi la. Bahagi campur tolak..ambik kira 9 bulan dalam alam Rahim.. kita hidup

1 hari dalam alam Rahim = 1000 hari dalam alam dunia

So, tak sama kehidupan di kubur, di akhirat, dalam neraka dalam syurga..bayangkanlah… sahabat2

Panjang jugaklah n3 kali ni kan. Daku tapi je ni apa yang daku tulis bermuka2 surat dalam buku nota baru. Hi3 semangat buat buku baru. So insyaallah,, supaya ianya dapat dikongsi dan menjadi peringatan kepada kita semua. Ustaz sebut lagi tentang 3 perkara ini.

Apa yang kamu makan : akan habis
Apa yang kamu pakai : lusuh
Apa yang kamu sedekahkan : akan kekal (sampai akhirat kelak)…

So, ustaz sebut.. selalu kita dengar, kalau nak buat pelaburan, setelah kita buat pengiraan bajet, ada lebihan 2.5% daripada itu kita kena melabur. Itu di alam dunia. Tapi kalau kita nak buat pelaburan di akhirat, kena buat reverse. Dapat gaji, first kena asingkan dulu 2.5%... portion pelaburan akhirat. terus melabur… maksudnya terus sedekah. Nak tunjukkan kita ini BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT.. Kalau nak hidup sederhana di akhirat sedekahlah sikit je, kalau nak bermewah di akhirat kena la sedekah banyak..tapi bayangkanlah nak selesa kat dunia ke nak selesa kat akhirat… mana yang lebih lama?... mana yang lebih abadi…??????? Tanyalah hati kita sendiri. Mulai saat ini… kita kena kemaskini or buat kiraan semula bajet kita… untuk dunia dan akhirat yang lebih utama.

Zikir …  kita perlu zikir sekurang-kurangnya 70 kali sehari.. camner nak buat…ambik masa 4 minit je nak istifar 70 kali. Tu pun kita takde masa ke? Busynyer lah kita ni ye. Ustaz cite, bila dah mati… ada yang mohon kembalikan aku di dunia untuk hanya nak sebut subhanallah sahaja…kenapa?? Kenapa??? Sebab ianya ringan nak sebut tetapi sangat berat apabila di neraca timbangan… so amalkan baca sekurang-kurangnya sekali sehari… subhanallahilazim, subhanallahwabihamdih… takkan sekali je erk. Senangkan nak sebut.. kalau kita berborak, boleh berjam2 tak penat pun kan… so, apa kata kita mulai saat ini kita atur semula kehidupan dunia kita ini. Bak kata oki sentiana dewi…iklan jap.. tengok dia kat tv alhijrah assalamualaikum pagi sabtu.. berkenan sangatttttt.. kata oki.. saya akan buat apa yang bermanfaat pada saya dan bermanfaat pada orang lain… daku search… rupanya sekarang dia tengah belajar tahfizul quran… sangat merendah diri… tawaduk kannnn…

Sambung balik… kata ustaz lagi apa yang ada kat syurga???? Rumputnya dari za’faran.. kalau dapat sejemput za’faran, boleh buat nasi beriani sekawah.. bayangkan rumput syurga dari za’faran… pasirnya adalah kasturi, batu bata  adalah emas dan perak.. terbayangkan indahnya hidup kat syurga… sebab tu bila orang beriman dia nak mati.. sebab dia tahu balasannya syurga yang sangat indah… sebab tu jugak orang alim ni biasanya dia meninggalkan dunia sebelum mati.. maksudnya meninggalkan keinginan dunia ini..beli syurga semasa kita hidup, bila dah beli syurga tak sabar nak mati sebab akan dapat syurga tu..

Oleh itu, kata ustaz AMALAN KITA DI DDUNIA INI ADALAH JAWAPAN KITA DI AKHIRAT…

So, kesimpulan tafsir hari ini….
1-      Kita kena mempersiapkan diri untuk akhirat sekarang jugakkk
2-      Nak buat amal soleh.. buat sekarang jugakkk… jangan ditangguh2 kan. Sebab kita tak tau bila kita akan dipanggil menghadap pencipta YANG MAHA MULIA
3-      Kita kena merawat hati dengan mentaati ALLAH, kerap mengingati mati dan selalu menziarahi kubur untuk menjadikan hati kita hidup…

Setakat itu, cerita kelas hari ini, semoga ianya memberi manfaat pada kita semua….

Sabtu pagi…bertiga solat subuh dan kuliah subuh di masjid besi…Alhamdulillah rezeki bfast di masjid. Layankan pic2 kenangan dengan anak2 mama..
bfas pagi sabtu selepas kuliah subuh kat masjid besi.. meehon goreng.. si adik  memang favorate tul ngan meehon.. tu kali kedua tambah...

pagi yang tenang di sini.. bersama ustazah nur fatin. hik3

Ahad pagi, kuliah kat masjid putra… dah besar erk anak2 mama ni..

pas lunch semangat je anak2 mama ni

sebabbbb tu lah orang cakap...oooo ingatkan adik tadi. ha3.. marah si kakak.. dah sama besar ngan mama.. camner berat  dia 45, mama 54...hik3.. kakak di umur 10 thn

balik sudahhh. nak balik pun semangat anak2 mama ni

dinner tuk anak2 mama malam ni.. sharing is caring kannn so,  nasi goreng pataya.. sepinggan makan bertiga. pastuu dorang solat  isyak kat surau, ada baca yasin, makan lagi mihun sup... ingat tadi menu diet kat umah

Ni, pic lastweek.. mak ayah datang putrajaya sebab adik bongsu ada games bola sepak mssm di cheras. Here d picture…si bongsu ni namanya Mohamad Shahril Aiman bin Morad.. nama tu kakak2 bertiga yang letak sebab dapat adik kecik masa kakak2 dah besar.  Adik no dua paling kecik sekarang kat uitm perlis…ambik pengajian sukan.. 2 bulan lepas dok dengan daku sebab praktikal kat kementerian belia dan sukan. So beza si bongsu dengan si abang tu dalam 14 tahun gitu… meriah kannnnn…

peminat setiaa.. nama glemer cain... tapi coach selalu pangil kodiang. lagi glemer nama kodiang tu

boleh glemer ka???

si baju oren tu.. nak main jugakkk...nak masuk team.. 

balik sudahhhhhhhh
Alhamdulillah tamat sudah n3 kali ini. Syukurrr…

Saturday, June 2, 2012

aktiviti bersama

assalamualaikum...

alhamdulillah syukur masih berkesempatan ke sini. agak lama jugak menyepi. ada ruang masa tetapi tiada keinginan nak update blog. nampak jugak kawan2 datang ziarah. maaf ya. lately ni agak malas nak update. kehidupan seperti sebelumnya, insyallah lebih baik dari hari2 sebelumnya.. supaya kita tergolong dalam kalangan orang yang beruntung seperti hadis kat bawah ni :

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

semoga kita semua berusaha untuk menjadi orang yang UNTUNG di dunia dan akhirat khususnya.

tak banyak yang berubah dalam kehidupan, cuma aktiviti yang lebih padat.

kali ni kita cite bergambar lah kan senang sket.

kuliah dhuha Ustaz Norhisham panelis tanyalah ustaz. ni masa minggu hari belia kat putrajaya. biasanya Nisa Putrajaya buat program kat masjid besi. demi mengelakkan ramai yang tak dapat hadir dek kerana jem hari belia, lokasi dipindahkan ke surau presint 11.

gambar ni dah lama. credit to rizal. nape letak kat sini?... sebab tak de pun lagi gambar ngan kak ti.

hari pertama kakak kat program faham al-quran. buat pertama kalinya dalam sejarah anak-anak mama cuti sekolah tak balik kampung.program isnin sampai jumaat 9.00 pagi hingga 4.30 petang. hari isnin tak bagi dorang balik. mama dari opis terus ke saba beli nasi arab pastu berbuka kat masjid. isnin tu 28 Mei birthday si adik. mama tak buat apa2 pun, cuma ada slot doa2 je sebelum buka puasa. mama doa untuk adik, kakak doa untuk adik, adik doa untuk mama dan kakak. yang gelihati tu siap doa mama jadi jutawan. pastu dia tanya jutawan tu apa mama. kesnya sebab kakak yang suh cakap camtu. pic kat atas tu kat masjid besi, dari atas sampai bawah baju mama. dah muat.. dah besar anak dara mama ni.

hari jumaat selepas majlis bersama ibu bapa dan dapat sijil. yang penting dorang dah pandai baca 2 surah dan siap boleh hafal makna setiap perkataan. yang mama kita orang dewasa pun maybe tak mampu lagi. tu lah kaedahnya FAKA Faham Quran Kaedah Amanina

si adik tetap meriah...

dari photographer amatur. tengok lah erk dah sama besar mama. tu baru je darjah 4.. tak tau la bila dah sekolah menengah nanti...

kumpulan yang menunjukkan bahawa program FAKA ini telah menghasilkan kejayaan. menghafaz n memahami isi kandungan dan dikaitkan dengan kehidupan sekarang

tu je setakat yang termampu update. jumpa lagi

semoga semua sahabat sentiasa berada dibawah lindungan ilahi.