JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Saturday, December 29, 2012

qada' & qadar ALLAH SWT

assalamualaikum...

ramai yang sedang menghitung hari kerana akan berpisah dengan tahun 2012.. lynn pulak sedang dalam mood sayu, sedih, sedikit rasa pilu... feel nak happy tak de dalam senarai kot. yg ada semua perasaan yg tend to menjadikan lynn sentimental.... dari minggu lepas hati rasa sediiiiiiiiiih sangat. sebab yang utama bila je nak tahun baru.. mesti lalu 31hb disember kan.. tingat sangat kat arwah.. hari terakhir abang dalam alam dunia. tahun ni tahun kelima lynn & anak2 hidup tanpa abang. sedih nak teruskan n3 ni....airmata nak turun.. tapi lynn sekarang ni kat kolam presint 9....budak2 montel tu dalam kolam mandi. mama temankan dengan laptop...nak taip ke tak?.. lama2 kang haruslah airmata turun mcm air terjun kat kolam nih.. huhuhu... :( :(

weekend minggu lepas, budak2 belum balik lagi. lynn sorang2 kat umah. tiba2 rajin lah pulak...rajin ni bukan slalu datang dan bukan tuk semua perkara.. hari tu rajinnya nak mengemas baju2 je. semua baju2 kat umah lynn kemas. kat master bedroom ada 2 almari. satu khas untuk lynn dan satu lagi semuanya baju2 arwah.. selama 5 tahun ni.... semua benda dalam rumah.. kedudukannya sama seperti 5 tahun yg lalu. sofa yg sama, gambar pemandangan yg sama, kedudukan meja, katil , fridge... semua sama.. kecuali langsir.. lynn baru sekali tukar.. itu pun sebab dah koyak.. sama jugak dengan susunan baju2 abang.. lynn biarkan je baju2 tu kat situ... sebab tiap kali lynn tengok baju tu.. tiap kali tu lynn akan nangis sepuasnya. perasaan tu sama seperti 5 tahun yang dulu. sehari selepas abang takde.. lynn bukak almari. lynn terduduk dan nangis kat situ... kak long angkat lynn... dan bg semangat kat lynn.. emosi sangat masa tuh... hari ni pun sama..bila lynn bukak je, lynn tengok baju2 tu.. sebak sangat.... apalagi nangis.. laa.. ambik baju, gantung, nangis lagi... tingat semua kenangan dengan abang... last2 tak tahan asyik nangis.. lynn layankan je perasaan sendiri..huhuhu. sedih sorang2... dah penat nangis2 tu. lynn ambik pic ni.. untuk ingatan anak2 mama... mama sayang sangat baju2 ni... banyak juga baju arwah yang lynn dah bagi pada along, adik2 arwah dan adik2 lynn.. tapi yg ada dalam almari ni masih banyak.. lynn sayang sangat baju2 tu.... biarlah kat situ... semuanya akan mama simpan untuk kenangan mama dan anak2 mama...

ini baju istiadat yg tak sempat abang dipakai. abang bawa balik bj ni utk pakai semasa terima pingat awal tahun 2008 di istana negara atas pencapaian sebagai seorang tentera laut yg memberi sumbangan kepada negara dalam sukan menembak msn. abang nak tahu, lynn tahan je airmata agar tak menitis semasa diumumkan nama Allahyarham Shahfame.. lynn ambil pingat abang dari Sultan Mizan YDP Agung masa tu, lynn sorang je yg berbaju dikelilingi tentera2 malaysia yang hebat2.. hanya Allah yg mengetahui saat itu.. dan bila je tengok baju ni.. lynn sayu sangat sebab bukan lynn yg temankan abang.. sebaliknya.. lynn yg ambil bg pihak abang..

ini baju keje abang. lynn dah lupa abang pakai baju ni hari apa. yg lynn ingat, seminggu sekali abang mesti pakai baju biru ni. lynn suka sangat tengok abang bila pakai bj nih. name tag tu... lynn tahu abang sorang je yg ada nama FAME tu. kannn...

baju putih..uniform yg abang basuh pada 31hb disember..hari terakhir abang pakai baju ni. selama kita hidup bersama, abang tak pernah suruh lynn basuh baju putih abang... abang tak nak lynn susah basuh bj tu kan. gosok pun sama gak.. lynn yg slalu nak buat..tapi tak pernah sempat..sebab balik je dari keje.. abang akan terus basuh bj ni...abang teliti dalam semua perkara.. lynn berusaha nak jadi macam abang...tapi lynn tak pandai menguruskan tanpa bantuan abang..

baju melayu biru.. lynn bagi masa kita tunang.. baju melayu kuning.. lynn pandang je bj ni, lynn terbayang abang ke surau. lynn suka sangat tengok abang pakai baju melayu dengan kain pelikat. tiap kali solat, abang mesti pakai baju ni. tak kira solat kat rumah atau kat luar. lynn puji sikap abang.. jarang sekali abang pakai t-shirt utk solat. macam mana pun keadaan, pakaian ke surau atau solat kat rumah.. mesti lengkap dengan bj melayu, kain dan kopiah.. rinduunya lynn nak cium tangan abang lepas solat..lynn nak perasaan bahagia tu datang bila abang cium dahi lynn...lynn tahu semua tu takkan mungkin kembali.. tapi lynn nak abang tahu, kehadiran abang dalam kehidupan lynn walaupun singkat adalah kurniaan nikmat Allah yg tak terhitung. lynn sangat bersyukur dengan jodoh ilahi ini..

ini baju sukan abang..baju majlis sukan negara .. gemilang 2006. walaupun lynn tak boleh pakai sebab sangatlah besar.. tapi lynn sayaaaaaaang sangat nak bagi kat along atau adik2.. lynn simpan untuk layan perasaan sendiri je nih. huhuhu.. dah tengok sedey..nak jugak simpan.. huhuhu

baju ni pun sama gak statusnya.. tiap kali lynn tengok bj ni, tingat gambar2 abang masa games kat luar negara..

uniform menembak abang. takde sapa pun boleh pakai, takde sapa pun yg berminat dengan baju nih.. tapi bj ni sangat mahal nilainya pada pandangan lynn..

abang sayang sangat sampin ni kan.. sampin masa kita kawin.. lynn dah simpan elok2.. kain pelikat abang, banyak dah lynn agihkan untuk kenangan orang yg abang sayang.. tapi yg ini lynn tetap simpan sebab yg ini yg paling kerap abang pakai.

sebelah kiri.. bj utk lynn yg abang beli kat london..lynn dah tak ingat bila.maybe dalam tahun 2005 kot. t-shirt england abang, lynn masih simpan sebab tshirt ni abang paling sayang.. walaupun ada orang yg meminta dengan sopan.maafkan lynn..sepertimana lynn sayangkan abang..begitu juga dengan semua barang kesayangan abang.. insyaallah lynn akan jaga dengan elok. 

baju sejuk kuning itulah... satu2nya bj abang yang akan lynn pakai setiap kali lynn demam, setiap kali lynn sakit.kenapa ??? sebab bj itu akan menyembuhkan lynn.. huhuhu.. sedihnya.. fatin tanya.. nape kalau mama tak sihat.mama mesti pakai baju abah yg kuning ni? sebab mama rasa abah ada dekat mama, bila mama pakai baju ni. abang pun dulu, kalau demam je, mesti pakai baju nih..

baju biru ni pulak.. memang dah lusuh.. tapi lynn tetap simpan.. sebab.. bila lynn tengok.. lynn teringatkan kenangan kita naik motor kat kl. ni kira uniform abang masa naik motor..hmmmm

akhirnya.. siap jugak lynn kemas almari abang.. semuanya tersusun rapi.. semuanya baju2 abang.walaupun space utk bj lynn tidak mencukupi.. lynn takkan ambik space almari abang.. biarlah semuanya bersemadi disitu..sepanjang n3 ni.. dah berbaldi2 airmata nak siapkan n3 ni. sedih pilu, sayu.. Ya Allah, hanya engkau yang mengetahui apa yg ada dalam hati hambamu ini.. Ampunilah dosa suami, tempatkanlah dia di kalangan hambamu yg soleh dan temukanlah kami di syurgamu ya Allah.. ameennn

selalu gitu kan.. lynn nak cerita pasal qada dan qadar Allah.. 2 minggu lepas lynn g solat subuh kat masjid besi.. sorang2..same day dengan lynn kemas baju arwah.. kuliah subuh..ustaz cerita pasal beriman kepada qada dan qadar Allah SWT... terkadang lynn terlupa.. alpa dengan rukun iman yang keenam ini.. terbuai dik dunia yg singkat... lynn percaya qada dan qadar Allah. tapi bila tiba masanya.. lynn terlupa semua tu.. bila dengar ustaz cerita..Ya Allah.. aku terkhilaf ya Allah.. ampuni aku atas dosa yang hanya engkau yang mengetahuinya..

Beriman kepada Qada' dan Qadar beerti bahawa seseorang itu mestilah yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku di alam ini, apa yang berlaku kepada dirinya, sama ada disukai atau tidak disukai, baik atau buruk, sengaja atau tidak sengaja, sedar atau lupa, dirancang atau tidak dirancang, sihat atau sakitnya, jaya atau gagalnya semuanya adalah Qada dan Qadar Allah yang telah ditetapkan olehnya.

" Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku it dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (At-Taghabun :11)

pagi ni kuliah berkisar kepada Nabi Muhammad saw. tapi sedikit ustaz sentuh pasal qada dan qadar ini yg membuatkan lynn nak buat n3 ini. kata ustaz.. jangan kita sebut kalau selepas sesuatu terjadi. sebabnya.. ini adalah lafaz yg memberi impak kepada kepercayaan kita kepada qada dan qadar.. kita sebut, kalau lah saya tak ajak dia, dah tentu dia tak kemalangan.. kalau lah kita tak pergi, mungkin budak2 tu tak mati lemas.. kalau lah.. kalau lah... nampak tak... goyahnya keimanan kita kepada qada dan qadar dengan perkataan kalau lah itu jika kita ungkapkan selepas semuanya terjadi.. walhal kita percaya bahawa yg menjadikan, yang menjalankan adalah Allah yang Maha Berkuasa.. Iradat Allah menentukan segala2nya.. ada orang cakap dengan lynn... kalau lah arwah tak pergi course kat lumut hari tu.. tentu arwah masih ada lagi kan.. siapa kita yg nak tentukan kehidupan dan kematian.. ajal, maut, rezeki, jodoh semuanya telah ditentukan. Allah itu perancang yang Maha Hebat.. siapa kita makhluk yg diciptakan oleh Allah untuk menahan semua yg akan terjadi... semua itu, buatkan lynn sedar.. Allah sangat sayangkan abang.. Allah juga sayangkan lynn dan anak2.. so, lynn kena hadapi kehidupan dunia ini dengan kembali kepadaNYA.. buat semua yang disuruh dan tinggal semua yang dilarang.. kerana..goal.. matlamat itu adalah kesenangan di kehidupan akhirat yang abadi.. lynn nak jadi penghuni syurga.. lynn nak menatap wajah Allah.. lynn nak bertemu dengan kekasih Allah.. lynn nak abang, anak2 dan family kita bersama disyurga Allah...insyallah... semangat pulak jari jemari lynn.. azam tahun baru masihi nih...

tapi... ucapan kalau sebelum sesuatu perkara terjadi.. boleh dilafazkan... contohnya..kalau adik tak nak sakit, adik jangan panjat tinggi.. sebab kalau jatuh adik sakit.. ni boleh ka.. macam tu lah lebih kurang... dah tak boleh nak fikir... kat presint 9 hari ni ada makan durian sempena program ramah mesra dengan ahli parlimen. kat padang tu berdentum2 dengan lagu2.. kat kolam nih pulak berdentum2 dengan suara kanak2 riang. jumpa je air seronok.. tu lah budak2.. mama budak2 pun camtu jugak..tapi ni kolam budak2 je. so mama budak2 dok kat tepi je melayan perasaan. hi3. kata prof muhaya kat ikim, lynn dengar masa otw nak datang presint 9 tadi.. orang yang celik mata hati.. bila mana tengok sesuatu, semuanya dikaitkan dengan Allah.. Subhanallah.. cantiknya pokok2 tu.. Allah maha pencipta.. yang menjadikan pokok2 tu. bila tengok je... apa sahaja semuanya dikaitkan dengan Allah.. itulah orang yg celik mata hati...

so, lynn berazam untuk menjadi orang yang celik mata hati... lynn redha dengan semua yg berlaku.. kerana Allah yang mahukan semua itu terjadi..mungkin pada kita tidak baik tapi percayalah.. yang didatangkan Allah, yang dijadikan Allah semuaanya baik utk kita.. bila kita melihat ianya dengan mata hati..insyaallah...

macam2 nak taip.. but setakat ini.. n3 ditepi kolam yg indah ini.. sebab dah panas kat sini...mama yg malas nak msk hari ini.. jom anak2 mama blanje.. makan kat foodcourt presint 9 je ye.. pasni balik umah, solat. pastu kita g cari kasut kakak. pastu kita g umah angah.. jumpa kak farah n abang azeem.. congrat tu abang azeem yg akan further study form 4 at sek.abdullah munshi penang. pasni jarang2 la dapat jumpa..all d best k.

sehingga jumpa lagi di n3 akan datang. insyaallah... 

nak abiskan n3 ni tapi teringat pulak semalam... psu lynn akan tukar ke admint.. but same time tanggung keje unit tobtab sementara bos baru datang.. happy tau.... bukan happy bos g admint.. tapi happy sebab bos ajak lynn buat admint jugak.. hi3... sayang kat  cik ana..tak nyesal ke nak bawa cik lynn ni buat admint. hahaha... tersenyum2 balik keje petang smlm. tapi bila teringat pulak.. boleh ke sub luluskan.. dah ada 44, 27 dan 22.. haish.. nak pulak 32.. cam besar pulak kat admint tuh.. dalam hati... macam tak lulus je kot..buat lesen pun best jugak... tapi itu keje processing.. sama je 10 thn dulu.. kalau dapat buat admint pun ok jugak.. belajar benda baru.. apa pun lynn serahkan semuanya pada takdir Allah... qada dan qadar Allah.. hikmahnya yang tersembunyi.. insyaallah.. ameen

No comments: