JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Sunday, August 26, 2012

ramadhan & aidilftri 2012

assalamualaikum...

alhamdulillah.. syukur kerana kita masih lagi diberi peluang menikmati kehidupan dunia ini. syukur kerana diberi kesihatan yang baik. alhamdulillah.. kesakitan yang dirasai adalah sebagai kifarah dosa2 yang lalu.. kan...berdoalah moga Allah memberi kita rahmah n kasih sayangnya yang berterusan kepada kita..

alhamdulillah... ada masanya untuk ku kembali ke rumah ini. rindu nak bercerita disini. kadang2 masuk jenguk2 ada yang datang singgah sini. maaf ya kawan2.. kesibukan menghadapi ramadhan dan kesibukan menyelesaikan tugas2 akhir. lynn akan bertukar ke kementerian pelancongan. sedih dan sayu hati nak tinggalkan kementerian pelajaran setelah 5 tahun di situ. sebagaimana sedih dan sayu nak tinggalkan kementerian kewangan selepas 6 tahun disitu. namun kali ini pengembaraan yang berbeza.. kali pertama pertukaran kerana kenaikan pangkat. kali kedua pertukaran kerana hasrat hati yang mahu sesuatu yang baru.. doakan lynn dapat lulus exam dan diberi peluang untuk ke jawatan yang lebih tinggi.. tahun ni dah 2 kali fail exam 41.. hu3.. Takdir Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya kan.. syukur dengan segala pemberianNYA..

nak cite.. ramadhan kali ini... awal lagi persediaan memasuki ramadhan telah dirancang. alhamdulillah.. semua perancangan dimakbulkan ILAHI.. 25 hari ramadhan lynn dan anak2 berbuka puasa di masjid. hari terakhir di putrajaya adalah hari pertama kami berbuka di rumah... itu pun kerana lynn terpaksa balik lewat.. setlekan keje sebelum esoknya kami berlepas pulang ke kampung.. 10 mlm terakhir bersahur juga di masjid. kalau lah boleh.. biarlah ramadhan itu lebih dari 30 hari... kerana keinginan untuk kembali berada dalam suasana dan persekitaran ramadhan itu sangat2 dirindui.. indahnya ramadhan. kali pertama 2 tahun lalu lynn menikmati 10 akhir ramadhan dan berhari raya di tanah suci Mekah.. sangat berbeza kerana kemeriahan ramadhan di sana lebih terasa berbanding hari raya.. berbeza dengan suasana di sini. yang lebih meriahnya adalah pada hari raya. ok... stop jap cite tu.. ni pic2 sepanjang ramadhan.. berbuka puasa.. bertadarus.. dan majlis khatam.

suasana berbuka di Masjid Hasanah Bangi

tadarus di Surau Al-Ittifaqiyah Presint 8E Putrajaya

dah besar anak dara mama ni.. sambil menunggu untuk berbuka

@ masjid hasanah.. sekali je berbuka kat sini.. biasa kat masjid putra n masjid besi.. tapi pic kat situ tak de .hi3

program masa nuzul quran. ambik kesempatan selangor cuti.. so lynn, kak wan, kak sarah dan kak  ila ke masjid hasanah bangi sebab penceramah best... Prof hasnan kasan, ustaz shauqi upm dan.. lupa lak yang baca quran pemenang AQ tu.. maaf ye ustaz

mama ngan adik @ Surau Mizan Presint 8 Putrajaya. yang dekar foodcourt presint 8. first time gak berbuka dan berterawih kat sini. .. sebabnya... dengar kata ustaz yang imamkan terawih best... memang best pun..

ikut kuliah dhuha @ masjid besi anjuran nisa putrajaya... ustaz feberet.. Syed Ab Kadir Al-Jofree

majlis tadarus kat surau presint 8E..

fatin & her friend... tengok je kecik tu... pandai  baca quran.. anak ustaz..

ini hadiah tadarus untuk wanita tahun ini.. last minute cari hadiah.. banyak sejarah hadiah ni.. siap datang dari terengganu. pos ngan bas. harap kawan2 .. makcik2 suke ye. bajet sket je tahun ni..
itulah sket cite ramadan tahun ini. moga kita semua keluar dari ramadhan ini diampuni segala dosa dan diberi rahmat dari ILAHI. dan semoga madrasah ramadahan ini dapat menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa.. rutin yang kita buat di bulan ramadhan, moga menjadi rutin kehidupan kita selepas ini.. semoga solat dhuha dan witir yang kita amalkan dibulan ramadhan dapat kita laksanakan di bulan syawal dan seterusnya.. ameen..

AIDILFITRI 2012

aidilfitri tahun ni.. lynn sorang je yang tak dapat bersolat hari raya.. duduk kat umah.. menyediakan juadah dan sambil menjaga si dania comel itu yang ditinggalkan ibunya untuk ke masjid.... sejak 5 tahun lalu, raya sama je.. bagi diriku hari raya.. hari yang sangat sedih buatku.. sebab lynn masih teringatkan abang... walaupun dah 5 tahun abang pergi meninggalkan kami. lynn tak beria memasak or menyediakan keperluan raya sepertimana sewaktu abang ada. tahun ni.. sekali je lynn keluar ke pkns bangi cari baju raya untuk anak2.. sepanjang ramadhan tak g pun shoping raya.. sekali pun tak ke pasar ramadhan.. sebab rasa macam banyak buang masa kat situ..sebenarnya sedih erk... sebab sorang2 g beli baju anak2.. namun syukur.. kakak ipar awal2 lagi datang umah hantarkan baju raya untuk anak2 mama.. thanks angah.. maklong n paklong pun terima kasih sangat sebab...datang umah bagi duit untuk beli baju raya kakak dan adik..lepas ziarah kubur abang... dan syukur juga.. kain yang lynn beli kat bandung berbulan2 dulu.. kakak tukang jahit siapkan di pagi raya... hu3.. kalau idak..hu3...

oklah... sebenarnya tak berapa sihat.. semalam gi nak berurut. last2 sampai kota warisan g berubat...dengan t-shirt n tracksuit je.. rupanya dugaan allah... so lynn harus terima.. moga kesakitan ini dapat mengkirafarah dosa2 yang lalu..harap2 takde pape yang serius.. takut gakkk. patutlah sakit tu berulang2 je kat tempat yang sama.. nak percaya tak nak percaya sama banyak je...harap esok dah ok nak g keje.. opis baru...

ni pic dari adik2 lynn...

lynn.. farhana, adik no dua zurina & her daughter si comel dania

@ umah tok... lynn ... farhana ... fatin... hanya ber3... rindukan abang..

orang terengganu sekeluarga ... adik ipar, adik tisya n dania

suke tengok pic ni.. adik ke empat.. badrul hisyam dan ketujuh amir izwan ngan anak2 sedara

adik ke enam nadiah bersama dania

keluarga pak morad ngan mak siah.. kakak ngan paksu takde time ni.. g beraya...

kawan2 adik...

setakat tu lah cite dulu... nak cite g tengok kebun yang dah pun menghasilkan $$$... to be continue

2 comments:

zuwaidah said...

selamat hari raya lyn dan anak2. moga dirahmati ALLAH selalu hendaknya.

lyn said...

selamat hari raya maksu