JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Wednesday, May 19, 2010

doa khatam al-quran

alhamdulillah selamat sudah pembacaan dan target untuk khatam sebelum berpindah ke cyber. mula baca semasa bulan ramadhan tahun lalu. but awal tahun 2010 aku serius tanam azam untuk tamatkan pembacaan tahun ini jug aku bersungguh kali ni kerana bila kesedihan menyapa, ketenangan akan datang dengan mengalunkan ayat2 suci itu. aku cuba istiqamah dalam mencapai apa yang aku impikan. alhamdulillah, syukurku panjatkan padamu ILAHI, berikan aku ruang dan masa untuk semua ini.

selesai hingga ke mukasurat terakhir pada 18 Mei 2010. apa yg terkesan di hati doa khatam yang aku sendiri lafazkan... menyedarkan aku tentang keindahan Al-Quran itu sendiri. betapa selama ini aku lalai, betapa selama ini aku alpa dengan ilmu2 lain, padahal dihadapanku ada yang lebih baik dari segalanya. mohon keampunan dariMU ya ALLAH.

Doa Khatam Al-Quran

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas rasul kami Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.

ya Allah terimalah daripada kami, sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui, dan berilah taubat kepada kami kerana sesungguhnya engkau maha pemberi taubat lagi maha penyayang. tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran yang mulia.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-quran, dan jadikanlah al-quran itu bagi kami sebagai imam, sebagai nur hidayah dan rahmat, ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa daripada al-quran, ajari kami apa yang kami tidak tahu tentang al-quran, berikan kepada kami kemudahan untuk membaca pada waktu siang dan malam, dan jadikanlah al-quran itu bagi kami sebagai hujah wahyu tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah, hiasilah diri kami dengan keindahan al-quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-quran, pakaikan kami dengan pakaian permata al-quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-quran, selamatkan kami dari segala mala petaka dunia dan azab akhirat dengan kehormatan al-quran.

Ya Allah, jadikanlah al-quran bagi kami di dunia ini sebagai teman, di dalam kubur sebagai teman yang mesra, di hari khiamat nanti memberi syafaat, di atas siratulmustaqim nanti menjadi cahaya, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dari api neraka menjadi pendinding dan penghalang, dan jadikanlah al-quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan dengan kurniaanMu, kemurahanMu, dan kemulianMu, wahai tuhan yang maha pemurah.

Ya Allah tunjukilah kami dengan hidayah al-quran, selamatkanlah kami dari neraka dengan kemuliaan al-quran, tingkatkanlah darjat kami dengan fadhilat (kelebihan) al-quran, hapuskan segala kesalahan kami dengan sebab membaca al-quran, wahai tuhan yang mempunyai segala kelebihan dan ihsan. tuhan kami berikan kepada kami, kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka.

sesungguhnya Allah mencurahkan rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, dan keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. maha suci tuhan yang mempunyai keagungan dari apa yang mereka sifatkan. salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari al-quran sebagai pegangan hidup islam kita.. amiiiin

No comments: