JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Friday, April 24, 2009

new activity

assalamualaikum .... salam hari jumaat kepada semua sahabat.

semalam selepas solat maghrib hantar si kakak farhana ke masjid putrajaya untuk kelas mental aritmetik, as usual tempat pilihan utama surau berdekatan dengan rumah. sebabnya kat surau ada bacaan yasin dan tahlil arwah setiap khamis malam jumaat. kalau kat masjid biasanya baca yasin je.

so selesai baca yasin, tahlil kak sapiah ajak aku join marhaban. oooo dah lama aku nak join tapi segan sebab semua ahlinya mungkin sebaya mak aku, rasanya aku yg paling muda kot. lagipun aku ni tak pandai pun nak barzanji. dipujuk2 kakak2 tu aku pun lepas solat isyak terus stay ikut dorang barzanji. best jugak. hm merdu tul suara kak shitah.

dulu masa kat kampung, allahyarham tok wan aku antara orang yang bergiat aktif dengan barzanji ni, ingat lagi masa kenduri kawin aku, dari lepas isyak sampai ke tengah malam, tak henti2 tokwan n the group berzanji kat umah, memang riuh rendah lah rumah. berbeza dengan masa kenduri kawin adik. tok wan dah tak de so tak de berzanji yang ada muzik2 zaman sekarang.

so bila je dorang ajak tu dengan suke hati la aku menjointkan diri. tambah lagi satu activity.

kumpulan marhaban ni memang aktif mengadakan show. he he kalau ada majlis2 sekitar area sini memang kumpulan ni yang dipanggil. majlis yang terdekat ni bulan jun sempat ke aku nak pandai ????.

harap aku akan istiqamah bak cakap kak zarina next week kena datang. insyaallah

Monday, April 20, 2009

hujung minggu

assalamualaikum

planning awal nak pergi kenduri kahwin officemate hari sabtu. but rasa keMALASan melanda. aci ke gitu. tak baik kan majlis walimatulurus tak pergi. sebabnya ramai yang tak dapat gi sementelah aku pun malas. so weekend tu spent whole day dengan anak2 tersayang.

pepagi lagi bangun, si adik fatin dah mandi, si kakak farhana masih lagi bermalas2 nak masuk bilik air, aku pun ambik peluang rehat2. tup2 si kakak panggil adik, oooo apa dorang bincang kat luar, pastu si adik masuk, mama jom kita gi berenang. oooooooh ini rupanya bisik2 kat luar tadi. pakai posmen ye kakak. aku soh si kakak basuh kasut sekolah, kalau nak gi berenang.

siap semua, gi kolam kat presint 16, ajak gi kat presint 9 kata si kakak farhana, tak best. ku ikutkan je kehendak dorang. abis mandi kolam, aku bawa gi alamanda. gi makan lepas tu main lagi kat playground. tengok dah penat masuk lak c4 cari barang2 keperluan. at last sampai rumah kul 5 lbh. masing2 dah pengsan dalam kereta.

kul 6 ptg adik dari terengganu datang. ambik kat erl. esoknya, seharian kami kat rumah.

no more story nak hapdet ... itu je ... kadang2 rasa boring gak...

Thursday, April 16, 2009

kekecewaan di pagi khamis ini...

alhamdulillah ... aku bersyukur kepadaMu YA ALLAH dengan nikmat yang telah ENGKAU berikan kepada ku.

pagi ni hajat di hati nak buat n3 kelas tafsir semalam. menarik sangat. seperti biasa ustaz ikmal bagi lagi doa. dalam kelas semalam, nada gurau ustaz pasal doa mati bini/suami sedikit menyentuh hati. pada orang lain mungkin gurauan, aku terima juga itu sebagai gurauan tetapi hati kecil tersentuh. bukan kerana kata2 ustaz tapi kerana kejahilan aku pada masa itu aku tak buat apa yang ustaz bagitau semalam. Allah maha pengampun. ampunilah aku sebab masa tu ilmu aku tentang perkara tersebut belum pun aku perolehi. baru sekarang aku mengetahuinya. dan aku sedar betapa sedikitnya ilmu yang aku ada. hu hu. pasni kena selalu gi kelas.

ada kakak yang duduk kat belakang tegur aku, akak nampak adik selalu datang kelas, tinggal kat mana? aku pun cakaplah kat sini je, akak dok mana? oo dekat gak.. dia tanya lagi.... dah kawin ke? ops aku dah agak dah mesti kakak tu rasa aku belum kawin, he he, muka cam budak2, tak sangka mak budak. aku cakap dah kawin, akak tu tanya lagi ada anak? ada ... so dia tanya lagi sapa jaga anak kat umah? sebab dengan senang-lenangnya aku dapat gi kelas he he.. aku cakap anak gi kelas ngaji kat atas (kat masjid gak). sib baik kelas dah abis, kalau tak mesti ada lagi soalan bertubi2 .... yang semuanya akan membuatkan aku sedih... dah ler.

nak cite kekecewaan pagi ni sebenarnya. as usual pepagi lagi aku dah menjelajah ke JPA. jelajah kat website je, nak gi JPA tu sama gak jem ngan opis aku ni. tengok ruang keputusan peperiksaan, waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah dah ada keputusan exam PTD yang aku ambik hari tu. so apalagi semua perasan aku tanam, macam sejarah berulang lagi. aku pun masukkan no. i/c then klik ....

keputusannya :

Dukacita anda GAGAL ujian yang telah diadakan pada 21/2/2009.

sedeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeyyyyyyyyyy nyer.....

masuk ni dah kali kedua dah ni, hu hu memang bukan rezeki aku gak kali ni.

tingat pulak kata2 ustaz ikmal semalam apabila ditimpa musibah baca doa yang dia bagi semalam. hu hu hu lemah lah semangat hari ni nak buat keje...........................................

Monday, April 13, 2009

birthday geng opis

assalamualaikum...

tak tau nak hapdet cerita pasal apa. last week opis buat mesyuarat cawangan and as usual me n cik ida lah organizer. dari cari hadiah birthday sampai makanan, kita orang lah yang tentukan. what to do meting date bagitau hari selasa, khamis dah nak on. hu hu. cerita lanjut kat blog cik ida .

i'm just to share, ramai yang tanya menu salad buah. he he. aku buat silap mata je benornya, potong buah, masukkan dalam bekas yang comey then preeet kan sos salad buah then kacau sebati. dah !!! siap salad buah. korang try jangan malas. senang je kan. ni lah tunjuk ajar cikgu kat anak2 buah yang nak tengok "secret" resepi tu .heeeeeee

cawan besar ni beli kat romantika. multi user, niat di hati kalau masak sup/tomyam sesuai kan letak kat dalam ni. tapi that day, kami isi salad buah.
tekun tak anak2 buah belajar "secret" resepi !!!. he he
ni lah rupa salad buah ittew

ni lah hadiah yang me n cik ida beli. cabaran tau nak cari hadiah rege murah tapi kotak besar. hm dekat 3 jam gak tawaf dalam romantika.

Am I Happy !!!!

Wednesday, April 8, 2009

kak maya jiran yang baik

salam

hm, tak tau nak cite apa sebab semakin hari semakin sibuk. kenape erk aku jadi camni????. aku dah tak de masa tuk diri sendiri, aku dah semakin kurang masa tuk anak2, peruntukan masa tuk ibadah pun dah makin kurang. hu hu. walaupun ni baru balik dari masjid putra kelas tafaqquh ustaz najib tapi tak puas hati sebab 30 minit last tu ngantuk sesangat. maybe sebab badan letih. hu hu.

rasa macam nak kembali semula zaman2 dulu. sampaikan kak maya jiran aka kakak yang amat prihatin dengan aku pun perasan. sebab dah jarang2 aku ke dapur. selalu balik dari opis, sambil masak sambil kami borak2. but now, sebelah umah pun jarang jumpa. kadang2 kak maya mesej rindu la nak borak ngan lyn. kelakar kan, macam duk jauh walhal sebelah umah je. aku sebenarnya sangat bersyukur dikurniakan Allah jiran sebaik kak maya n family. dulu masa arwah ada kami rapat tapi sejak arwah tak de kak maya dah jadi sebahagian daripada keluarga aku. oooo dah menaip ni dapat lak idea n3 kali ni.

kak maya dulu keje. but now fulltime housewife. kadang kesian gak sebab selalu dia ngadu boring dok kat umah. anak sorang dah lepasan SPM, tengah tunggu nak masuk u sorang lagi tgkt.4. kadang bila sampai tahap keboringan yang teramat, satu hari tu 2 kali gi alamanda. tapi kalau kak maya cite ngan aku, akulah tukang gelak sakan.

arwah ngan kak maya sama ramah orangnya. so pagi2 lagi arwah dah sidai baju kat ampaian mesti dengar suara kak maya menegur. rajinnya fahmi. arwah memang rajin n dia tak kisah nak tolong buat kerja rumah, ringan tulang. kadang2 aku yang berat tulang, terlebih manja sebab almost keje dalam rumah arwah yang buat. masa tu aku busy ngan keje, study n anak2. kadang2
sidai baju yang 10 minit jadi satu jam. macam2 dorang borak. aku dulu tak de lah peramah sangat tapi sejak arwah tak de kena depend diri sendiri, so ringan2kan mulut bercakap.

kak maya banyak membantu aku sekeluarga, tolong angkatkan baju, aku balik keje kak maya akan bagi bakul yang mana baju siap berlipat. ooo susah nak dapat jiran cam ni tau. kalau aku buat kenduri, conform dia lah orang kuat yang ringan tulang siang sampai ler malam kat umah. sib baik abang kak maya baik n faham. sebab tu kalau aku masak, aku mesti masak lebih, kalau buat mee sebungkus, bahagi dua lah, tak kira siang malam aku ketuk je pintu dapur bagi apa yang aku masak sebab pada aku budi kak maya sekeluarga tak dapat aku nak balas, tak tau nak balas camner sebenarnya.

banyak nak citekan pasal kak maya, tapi ngantuk ler pulak, apa pun aku bersyukur dapat jiran yang sebaik kak maya n family, tak tau la camana hidup aku kalau lepas ni kak maya pindah or aku yang pindah (sedar o dok umah gomen, he he).

hari tu borak ngan kak maya nak beli buaian, letak kat area dapur tu, hm senang sket nak borang2 sambil minum petang, best kan kan....

Monday, April 6, 2009

kesibukan itu berakhir semalam...

assalamualaikum

betul ke tajuk n3 ni ?????

harapnya begitulah. setelah seminggu berhempas pulas menyiapkan task force itu, akhirnya semalam dah pun selesai. aku n the team, keje dah jadi 7 hari seminggu. sabtu n ahad keje jugak sampai lampu opis tutup. but stay up jugak dalam gelap2 tu nak siapkan keje. finally, kul 6.50 ptg smlm baru selesai, balik kul 7.00 tepat sampai umah.

moral of the task force adalah, give ur best effort to do the work (assigment) not only to settle the work within the timeframe. hu hu aku kah yang bersalah kerana tak puas hati ngan "that work". but ikhlas dari sudut hati kecilku ini, tujuannya untuk kebaikan kita semua. walaupun penat tapi rasa berbaloi sebab semua orang puas hati. ye ke????

bila dah selesai semua tu, baru terasa penatnya badan. sib baik upin n ipin kat umah tu tolong picitkan badan. janji nak bawa kanak2 riang tu gi kolam tapi tak dapat. kesian kat dorang. dah ler abah tak de, mama pulak sibuk. agaknya ni lah salah satu sebab budak2 zaman sekarang jadi macam2 hal. sapa yang patut dipersalahkan !!!!.

mama akan cuba luangkan masa tuk anak2 mama yang mama sayang. maafkan mama.