JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Saturday, May 29, 2010

today'ssss xtvt

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum...

syukur ku panjatkan ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaaNYA aku masih lagi dapat meneruskan kehidupan ini. dapat menghidup udara di dunia ini tanpa perlu bayaran. dek kerana udara itu percuma, maka kita lalai bahawa sebenarnya kita masih perlu membayar tetapi bukan nilai ringgit yang menjadi ukuran sebaliknya kepatuhan dan ketaatan kita kepada apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olehNYA.

doa yang sering ku baca di kala terjaga di waktu pagi. " semoga perjalanan hari ini lebih sempurnya dari semalam dan semoga ENGKAU ya ALLAH meredhai apa yang akan aku lakukan hari ini.

terasa hari ini penuh sarat dengan xtvt. sesudah subuh terus ke bawah uruskan kitchen sambil membiarkan bibik jepun menguruskan baju2. ada la 2 round mesin tu berputar. baju biasa ok lah tapi bila baju sekolah, tak suke nak masuk dlm mesin takut tak bersih. so 4 round aku basuh tangan baju2 sekolah kakak n baju2 keje. sidai baju then terus masak. dorang sebut2 nak makan masak lemak udang. iye2 lah aku setuju. rupanya tersilap perhitungan. ingatkan hari jumaat, bule beli udang kat pasar tani rupanya baru hari khamis. but masak gak tapi masak lemak ikan ngan goreng kicap taugeh + tauhu.

selesai je memasak, kejutkan si kakak yg tido balik lepas solat subuh. mandi n bersiap. sementara aku iron baju. jam 10.15 siap semuanya. terus je hantar si kakak ke umah sepupunya kak farah. Dari bndr tasek selatan, drive balik ke putrajaya. gi opis. sampai je opis terus bfast dengan bihun goreng cik ida yang sedap tuh. thanks ye cik ida. akhirnyaaaaaaa dapat gak akak makan bihun goreng tuh setelah seminggu buat announcement. kih3.

then terus bekerja bersungguh2 (kalau nurul baca sah dia cakap ayat tak ble blah nih)... sehingga jam 1.30 ptg. g solat n tukar pakaian seragam. hari ni group nurul syuhadah pink caler ok! sangatlah menyerlah. tenggelam geng sakinah ngan baju ala2 hijau.. pecut balik ke rumah nak ambik kak maya n kak azlina g marhaban umah kak zah sempena khatam quran anaknya yang mana majlis kenduri kahwin akan berlangsung esok hari. kul 5 mjlis selesai n hujan turun mencurah2. kami dihidangkan dengan kuih muih, laksa dan yang paling menarik seleraku ialaaaaaaaaaaaah bihun sup kak ani.. ni buka ani sup utara wokeh.. tapi kak ani chef kat area umah kami ni. memang kak ani terkenal sebab selalu masak untuk surau. sedap tak terkata bihun sup dihari hujan... jangan tak sangka,,, 2 mangkuk aku tambah... memang tak sempat nak malu pun sebab sedap sesangat. tapi mangkuk kecik je okeh. selesai makan2 dalam kul 5.30 kami redah juga hujan yang renyai2 dan berjalan pulang ke rumah masing2. tu lah, nak gi ngan keta, katanya nak jalan ramai2. sudahnya balik dlm hujan.

lepas solat, rehat jap atas sofa, terus terlelap sampai 6.15 ptg. bergegas bangun. siap n pecut lagi ke BTS. solat kat umah kak farah then pecut pulak ke masjid putra. terlewat 10 minit. kelas dah bermula. namun bersyukur, alhamdulillah ALLAH memudahkan perjalanan kami. first time tahun 2010 gi kelas. kesempatan adik fatin di kg aku gunakan sebaiknya. syukur dpt gi class hari nih. class haji. tak tau nak g haji bila tapi yg penting ilmu kan!!!.

dasat tul aku drive hari nih ada gak cecah 140.

kata ustaz di kelas haji masjid putra tadi, kita berdoa. Allah makbulkan. tetapi mungkin cepat, mungkin lambat, mungkin bukan di dunia sebaliknya di akhirat sana atau mungkin juga doa tidak dimakbulkan sebaliknya DOA itu sebagai PENEBUS dosa-dosa kita.

bila muhasabah balik: rupanya hari ini macam2 yg dapat aku lakukan. tapi aku sedar semua yang berlaku adalah dengan pertolongan dari YANG MAHA KUASA.

Saturday, May 22, 2010

macam2

salam,

macam malas nak cite panjang. so layaaaaaaaaaaaaaaaaaan je pic kat bawah nih.

xtvt tadika adik fatin @ dewan presint 11. adik fatin masuk nasyid... memang anak abah nih.

pertandingan melukis @ carrefour alamanda. dapat saguhati je. bawa sekali anak jiran

swimming @ kolam presint 11

derma darah @ aras 9 blok e12

kenduri kawin @ dewan presint 8...

kat belakang adik fatin anak kak maya ; kakak nana dan abang ashraf.. n pic dibawah itulah wajah kakak kesayanganku akak jiranku yang baik hati ; kak maya n suami

opis dilanggar kotak2 : pindah cyber @ aras 13, blok e12

ratu shredder.... dimenangi oleh............. si baju....

kakak farhana with baby mak ngah @ bandar tasik selatan

itu je update kali nih... ada pic shantekkkkkk tapi kat dalam kamera canggih...ada orang tak nak kasi. hu3

Wednesday, May 19, 2010

doa khatam al-quran

alhamdulillah selamat sudah pembacaan dan target untuk khatam sebelum berpindah ke cyber. mula baca semasa bulan ramadhan tahun lalu. but awal tahun 2010 aku serius tanam azam untuk tamatkan pembacaan tahun ini jug aku bersungguh kali ni kerana bila kesedihan menyapa, ketenangan akan datang dengan mengalunkan ayat2 suci itu. aku cuba istiqamah dalam mencapai apa yang aku impikan. alhamdulillah, syukurku panjatkan padamu ILAHI, berikan aku ruang dan masa untuk semua ini.

selesai hingga ke mukasurat terakhir pada 18 Mei 2010. apa yg terkesan di hati doa khatam yang aku sendiri lafazkan... menyedarkan aku tentang keindahan Al-Quran itu sendiri. betapa selama ini aku lalai, betapa selama ini aku alpa dengan ilmu2 lain, padahal dihadapanku ada yang lebih baik dari segalanya. mohon keampunan dariMU ya ALLAH.

Doa Khatam Al-Quran

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.selawat dan salam semoga dilimpahkan ke atas rasul kami Muhammad s.a.w dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya sekalian.

ya Allah terimalah daripada kami, sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha mengetahui, dan berilah taubat kepada kami kerana sesungguhnya engkau maha pemberi taubat lagi maha penyayang. tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran yang mulia.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-quran, dan jadikanlah al-quran itu bagi kami sebagai imam, sebagai nur hidayah dan rahmat, ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa daripada al-quran, ajari kami apa yang kami tidak tahu tentang al-quran, berikan kepada kami kemudahan untuk membaca pada waktu siang dan malam, dan jadikanlah al-quran itu bagi kami sebagai hujah wahyu tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah, hiasilah diri kami dengan keindahan al-quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-quran, serikan kami dengan ketinggian martabat al-quran, pakaikan kami dengan pakaian permata al-quran, masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-quran, selamatkan kami dari segala mala petaka dunia dan azab akhirat dengan kehormatan al-quran.

Ya Allah, jadikanlah al-quran bagi kami di dunia ini sebagai teman, di dalam kubur sebagai teman yang mesra, di hari khiamat nanti memberi syafaat, di atas siratulmustaqim nanti menjadi cahaya, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dari api neraka menjadi pendinding dan penghalang, dan jadikanlah al-quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan dengan kurniaanMu, kemurahanMu, dan kemulianMu, wahai tuhan yang maha pemurah.

Ya Allah tunjukilah kami dengan hidayah al-quran, selamatkanlah kami dari neraka dengan kemuliaan al-quran, tingkatkanlah darjat kami dengan fadhilat (kelebihan) al-quran, hapuskan segala kesalahan kami dengan sebab membaca al-quran, wahai tuhan yang mempunyai segala kelebihan dan ihsan. tuhan kami berikan kepada kami, kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka.

sesungguhnya Allah mencurahkan rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, dan keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. maha suci tuhan yang mempunyai keagungan dari apa yang mereka sifatkan. salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran dari al-quran sebagai pegangan hidup islam kita.. amiiiin

Wednesday, May 5, 2010

stress

assalamualaikum...

tiba2 mlm ni rajin pulak nak ngadap laptop. nape???? sebabnya dapat msj dari sahabat soh tgk fb...

dan tiba2 juga, terasa nak berikan kata2 hikmah ini untuk tatapan, pedoman dan buat amalan kawan2. rasanya hari ini merupakan hari yg paling stress not only for me but also for my friends. ada kisah di sebaliknya tapi stress aku paling berganda hari ni.dek kerana client2 yg membuat masalah. dah 2 hari makan minum tak menentu... syukur alhamdulillah end up of this day makanan yg sedap... nikmatnya masih terasa sehingga saat ini.

berbalik kepada kata semangat nak ku titipkan khusus untuk diriku yang berada dalam stress, cerita panjangnya dalam mingguan wanita april 2010.

renungilah kata-kata Ibnu Qayyim dengan hati yang terbuka :

"Sesungguhnya dalam hati ada satu koyakan yang tidak boleh dijahit melainkan melainkan dengan bertemu Allah. Di hatimu juga ada satu kesunyiaan yang tidak dapat diubati melainkan dengan bersendirian bersama Allah. Di hatimu pun ada kesedihan yang tidak mampu dihapuskan kecuali dengan mengenali Allah, Di hatimu ada kegelisahan yang tidak dapat pergi melainkan kamu pergi kepada Allah, Di hatimu juga ada gelodak api (marah) yang hanya dapat dipadamkan dengan redha kepada Allah."

maknanya nya ubat untuk hati hanyalah satu iaitu mendekatkan diri kepada Allah. Allah yang menguasai hati kita, so tak perlu lah kita cari jalan lain nak sejukkan hati or nak tenangkan hati.

kata Imam Al-Ghazali pula ramuan ketenangan hati boleh dicari di 3 tempat  " Carilah hatimu di 3 tempat. pertama saat membaca Al-quran, kedua ketika solat dan ketiga sewaktu mengingati mati. Apabila kamu tidak menemui hatimu di ketiga-tiga tempat itu maka ketahuilah bahawa kamu sebenarnya tidak memiliki hati"

i've been try cara pertama. hari kedua pemergian arwah, aku baca yasin tak terkira bilangannya, abis surah yasin baca lagi, abis baca lagi, sambil baca sambil menitis air mata sedih teringatkan arwah, tapi makin baca makin tenang. aku tahu semua orang sedih tengok keadaan aku masa tuh, tapi itulah jalan terbaik yang Allah lorongkan aku untuk hadapi saat itu. dan alhamdulillah, aku tenang dan redha dengan semua yang berlaku. sehingga saat ini, bila kesedihan menyapa, aku akan terus membuka dan membaca biarpun air mata laju mengalir sehinggalah aku benar2 tenang baru tamatkan bacaan. alhamdulillah tinggal beberapa pages lagi nak khatam alquran. nampaknya byk lah erk perkara sedih yang berlaku, kalau tak mesti lambat lagi lah nak boleh khatam.

so, untuk kawan2 yang turut merasai stress minggu ini, renungilah sedalam-dalamnya kata2 ibnu qayyim.. semoga kita lebih tenang dengan mendekatkan diri kepadaNYA.

Tuesday, May 4, 2010

perasaan!!!

entah kenapa hati rasa lain macam je. sejak seminggu ni perasaan bercampur aduk. eeeeeeeeeeeeeee  rimasnyaaaaaaaa. camner nak buang perasaan tuh. this is not right... tapi camana boleh ada rasa yg sebegitu???????? dugaan????????? camna nak buat nih???????

Ya Allah, semua yg berlaku atas ketentuanMu. bantulah hambamu ini menghadapi saat ini dengan fikiran yang waras bukan dengan emosi...