JOM MENABUNG UNTUK YG TERSAYANG

selamat datang

~~~Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....~~~

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Tuesday, March 31, 2009

busy lagiiii

nak hapdet blog tapi tak banyak yang nak diceritakan. isnin sampai esok aku still busy, masih lagi berbengkel. last week bengkel kisah lain this week bengkel kisah lain pulak. dulu masa kat mof pun sama gak. bertahun bengkel tapi hasilnya cukup membahagiakan. rasa sampai je opis masuk bilik mesyuarat, petang baru keluar. penat otak sebab banyak yang nak kena fikir. sapa suh aku fikir. ha ha.

Monday, March 30, 2009

"Ya Allah aku berlindung kepada Mu dari rundungan sedih dan duka. amiiin"

Sunday, March 29, 2009

kelas bakeri

assalamualaikum.

kalau minggu lepas aku gi kelas bakeri, minggu ni aku yang jadi cikgu bakeri. ha ha. cikgu yang tak berapa profesional, amatur je. he he

cik ida ngan jijah officemate soh ajarkan cara nak buat roti. aku attend kelas roti awal mac kat giatmara putrajaya. tu first time aku buat roti, second time aku buat sendiri kat umah, kakak bawa 3 biji gi sekolah, adik bawa 2 biji gi taska, balance aku bawa gi opis. taste ok but tak berapa gebu macam cikgu buat sebab tak larat nak tunggu roti naik. buat malam mata ngantuk.

so, hari sabtu kat umah aku, cik ida ngan jijah pulun abis. elok je siap bentuk2 roti, hujan turun. hu hu lambat ler roti tu nak naik. sambil tunggu roti, jijah nak belajar buat mufin, hm mufin coklat pulak. sudahnya petang tu aku, ida, jijah, kak maya jiranku and siti minum petang dengan roti n mufin hasil buatan sendiri. meriah rumah aku semalam.

hari ni pulak (sabtu), bangun je, kanak2 riang ajak gi mandi kolam. so, bawa dorang gi presint 16. dorang main kolam, aku baca paper. sudah baca paper baca lak novel, kul 12 ajak dorang balik rumah. penat sudaaaaaaah.

tadi kat kolam ,si adik fatin nampak baby, dengan baju basah tu dia datang cakap soh aku gi beli baby. aku tanya nak beli kat mana????? dia cakap kat sekolah dia. he he gelihati. minggu lepas masa hantar kakak dia soh aku beli abah. aku tanya kat mana???? dia cakap kat pasar. haaaaaaa????. macam2 hal si adik. banyak mulut. salu aku cakap kat, adik ni cakap banyak ler. dia cakap tak kena duit. macam2 hal !!!!

Wednesday, March 25, 2009

suplement hati

assalamualaikum...

semalam sampai je kat opis tak baca yasin, so baca al-mathurat. terpandang akan makna pada salah satu ayat :-

" Ya Allah aku berlindung kepadamu dari rundungan sedih dan duka".

selama ni selalu baca , kadang2 tengok makna tapi aku tak menghayati bait2 maksud tersebut.semalam baru aku tersedar akan hal ini. moga allah melindungiku dari rundungan sedih dan duka selamanya. amiiin.

satu lagi ayat yang kebiasaannya aku lebih suka baca dalam bahasa melayu instead arab sebab makna yang cukup menyentuh jiwa muslimku:-

"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namamu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatmu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahmu. Ya Allah kurniakanlah kami din cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari mara bahaya dan petaka, kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain. Berikanlah kami ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari engkau sendiri. kembangkanlah lembayung Rahmat Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja bersama-sama kami. Jangan

Monday, March 23, 2009

N3 cerita seminggu

assalamualaikum

lately ni n3 weekend je dapat update kat sini. minggu ni kanak2 riang berdua tu dah balik ke rumah setelah si kakak mengabiskan cuti sekolah di kg dan si adik yang dah 2 bulan bercuti2 kat kg. meriah semula rumah.

hari selasa last week oustation dengan officemate berbengkel di Selesa beach resort, port dickson. sampailah hari khamis. petang sampai kat opis ambik kereta singgah ke alamanda. tak joint pun, tengok je dorang main bowling. cik ida heran ye sebab akak tak main, sorry ar akak tak de mood sebab badan tak berapa sehat. suara pun masih belum merdu sepenuhnya. ha ha, masa kat PD nak usulkan idea pun susah sebab suara tak keluar.

petangnyer balik rumah, kul 7.30 soh adik tolong hntr ke erl. naik erl ke kl central, sampai kat kl central ambik teksi. waduuuuuh first time naik teksi sorang2 ke hentian duta. dah tu kecut perut sepanjang jalan, pakcik teksi bawa ikut jalan tunku, hu hu gelap n tak banyak kereta. kata pakcik tu jalan biasa tu ada kerja2 pembaikan. 30 minit rasa macam 3 jam. alhamdulillah selamat sampai kat hentian duta. naik bas kul 11.00 sampai kat kg 5.00 pagi. masa beli tiket tanya budak tu cakap 3 seat tengok2 naik 4 seat double dec pulak bus tu. dah tu teman sebelah lelaki, hu hu lenguh abis satu badan. sampai je ayah ngan mak ambik kat bus stand.

siangnya satu hari aku tido kat kg. penat dr PD belum abis, penat tido dalam bus and mlm tu balik naik bus tido lagi dalam bus. hu hu. penatnya. sampai je kat pudu, call adik ipar minta tolong ambik n hntr kat putrajaya. sampai je kat umah tido lagi kepenatan. bangun awal tingat pulak nak attend kelas bakeri. siap terus pergi. kelas start kul 9 tamat kul 4.30 ptg. orang lain balik kul 3.30 sebabkan kami ( aku, kak ina n sorang lagi kakak) silap masukkan baking powder 100gm yang sepatutnya masukkan gula 100gm. (dah kaler ngan packaging sama je tak perasan tu). he he ciskek dah jadi payau, terpaksa buat semula. dr awal lagi aku dah pasan bila beat tepung ngan gula n marjerin adunan tak secantik group lain, cakap kat cikgu, cikgu kata ok tu. sampailah bahan last dimasukkan still tak cantik, cikgu rasa, cikgu tanya betul ke sukatan, confident kita orang jawab, betul , betul, betul lah cikgu. tengok2 lain yang dimasukkan. bagai nak pecah perut satu kelas ketawakan kita orang. terpaksa buat semula. but hasilnya sedaaaaaaaaaaaaaaaaap. gambar akan dimasukkan kemudian, kak ina nanti email kat saya k.

balik rehat jap, si adik kejut ajak gi tengok belon panas kat presint 2. sib baik naik motor, jalan sesak, penuh ngan manusia. kalau ikutkan hati malas nak pegi, tapi sian kat budak berdua tu. last2 dorang main bouncing sampai petang kat situ. sempat gak tengok belon2 panas tu naik. malamnya awal lagi budak berdua tu dah lelap.

pagi ahad, seawal pagi keluar jumpa ngan petugas2 kat opis, terus gerak ke upm untuk jaga exam insak biasiswa perguruan persekutuan. balik dari upm kul 10.30 terus pecut ke masjid putra, tercungap2 jugak kat situ, rupa2nya kelas batal. hu hu. balik ke rumah tengok along (abang ipar) tengah pindahkan barang dari kereta dia ke kereta anak sedara. (dekat 2 minggu jugak ler along tinggalkan kereta dia kat umah sebab pagar umah baru dia belum siap). along cakap malam nanti mak long nak datang menjemput anaknya nak kawin. terus aku capai motor gi pasar beli barang2 buat bihun sup. penatnya satu hari buat keje umah, kemas rumah sampai ke petang. malamnya layan tetamu yang datang.

alhamdulillah pagi ni bangun dengan segar. walaupun sekrang ni xtvt penuh, badan penat tapi aku rasa gembira jalani hidup macam ni disamping anak2 dan kawan2. kalau tak de xtvt sure aku akan tingatkan arwah dan berada dalam kesedihan. Moga ALLAH mempermudahkan semua urusanku yang seterusnya. amiiin.

cerita minggu lepas

assalamualaikum..

lately ni update blog cerita weekend je, tak sempat nak update harian. full of xtvt. hm this week lagi lah setelah kanak2 riang berdua tu balik ke rumah.

cerita minggu lepas

assalamualaikum..

lately ni update blog cerita weekend je, tak sempat nak update harian. banyak xtvt

Tuesday, March 17, 2009

jawab tag dari maksu

n3 kali ni nak jawab tag dari maksu - seorang isteri perwira yang baik hati dan selalu bagi kata2 semangat untuk lyn teruskan kehidupan. kata2 semangat yang amat bermakna dan lyn nak maksu tahu lyn amat menghargai persahabatan ini walaupun kita tak pernah bersua. hanya doa yang dapat dipanjatkan moga maksu bahagia.

Soalan-soalannya ialah:

1. What were you doing five years ago?
hm 5 tahun lalu umur baru 25, sibuk uruskan rumahtangga, sibuk uruskan anak-anak, sibuk dengan kelas kat upm at the same time lyn jadi isteri, jadi ibu, jadi pekerja n jadi pelajar. kalau turn balik masa tu tak sangka semuanya dah berlalu. banyak sangat pahit dan manis kehidupan masa tu. alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan pertolongan yang ESA. ALLAH beri sesuatu dan ALLAH ambik sesuatu yang bermakna..... dah mula cite sedey lagi ni...

2. What were 5 things you have to do on your list today?
a) kemas baju nak outstation esok b) nak call soh dorang baiki tangki kat umah ... air menitik dah setengah baldi nihhhhhhhh. c) sidai baju sebelum keluar ke opis .... sidai kat dalam umah je sebab nak outing pastu petang2 hujan. d) nak call cina soh psg grill umah kat kajang .... hari2 rasa nak buat tapi tak terbuat pun, e e e) bertolak ke PD bersama geng2 nakal ... outstation lagiiiiii

3. What are 5 snacks that you enjoy?
a) macam maksu gak suka kerepek b) coklat yang ada kacang kat dalam tu... c) apa lagi ya .... suke makan buah (potong kecik2 bawa ke opis, lapar je makan) tapi tu bukan snek kan.. hm hm tak kira nak masukkan gak dalam kategori snek yang berkhasiat. he he d) apa je makanan yang dorang letak kat tempat biasa kat opis. he he
e) apa lagiiiiiiii .... susah nak jawab ni sebab lyn tak suka makan snek...

4. What are 5 jobs you've had?
a) keje kat kedai makan mak ... masa tunggu result SPM b) abis diploma keje kat TAE Engineering as account clerk ... ada la dlm 8 bulan... masa tu target nak sambung degree, tup2 kawin ... n rezeki sblm kawin dapat keje gomen... alhamdulillah c) dapat keje gomen ... first kat treasury... d) naik pangkat ... masuk kat education... e) bila lah aku nak dpt jwtn baru ni,.... dah setahun berlalu degree itu...........

5. Tag 5 person and who are they?
a) kc ... orang yang memperkenalkan aku dengan blog .. thanks b) cik ida ......... jawab jangan tak jawab tag ni c) kak ayu .... blogger, pertemuan tak diduga di alam maya yang mempertemukan kembali hubby kak ayu ngan arwah ( satu batch navy people rupanya) ... d) dohimbang ... sebab dia banyak masa .... e) zie ... classmate yang peramah.

Monday, March 16, 2009

tingatkan arwah

hujung minggu yang penuh xtvt. si kakak balik kg malam jumaat ngan mak lang (adik yang ke3). aku keseorangan kat umah. so aku lepak kat umah cik ida sampai hari isnin. pagi sabtu demi negara waaaaaaaaah pagi2 lagi kena bangun sebab kena jaga exam kat uia. balik dari uia aku gi cari tiket kat pudu, this week khamis balik kg ambik budak2 riang tu. rindunyer kat si adik fatin. ahad pulak lepas abis kelas kat masjid putra, jalan2 kat nilai sampai mlm ngan cik ida n siti. penatnyer.

hari ni kat opis aku bermalas2 je. tak de mood lah. rasa sunyi lah. nape ek. pagi2 lagi dorang minta maklumat budget. n maklumat tu ada dalam tumbdrive arwah. bila bukak je, terpandang aku pada gambar2 arwah masa kursus. pulak tu lagu2 yang syahdu ngan cuaca yang sejuk, mendung je sepanjang hari membuatkan aku nangis lagi kat opis hari ni. sayu sangat bila tatap gambar2 tu.

just to share kat sini n untuk tatapan anak2 mama. kalau tengok kat date gambar ni diambik tu lah 44 hari sebelum arwah pergi meninggalkan aku selamanya 31.12.2007 ..... al-fatihah utk allahyarham shahfame ramly semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. amiiiin.

tengok gambar ni, macam tak percaya aku telah pun kehilangannya .......

gambar ni hard copy abang tunjukkan pada lyn pada petang 31.12.2007 sambil beberapa jam sebelum sakit. (kakak cakap abah suka buat muka camtu) - gambar ni je yang buat aku rasa nak senyum ...

arwah jadi ketua masa kursus. memang arwah penuh dengan ciri2 kepimpinan dan penuh karisma. aku bangga walaupun masa kursus 6 bulan tu masa aku dan arwah amat singkat.

this is my superhero forever .........

arwah dengan roomate. aku jumpa roomate arwah masa arwah bawa aku gi jalan2 kat lumut and pangkor for the last anniversary yang kami sambut berdua and last aku jumpa roomate masa dorang datang ziarah pada 01.01.2008. arwah cakap tahun 2008 nak bawa aku gi kenduri roomate ni .. tak sempat .......

Tuesday, March 10, 2009

hari minggu yang suram

assalamualaikum.

alhamdulillah setelah melalui hari minggu yang suram but with full of xtvy, hari ni datang juga keje. pagi tadi nak bangun dengan tak sama banyak je. badan masih tak ok lagi. at last bangun jugak, baring kat rumah pun bukannya boleh cergaskan semula badan yang lemah ni.

agak suram hujung minggu sebab dari malam jumaat sampai hari ni aku masih lagi rasa lemah. demaaaaaaaam.... tak ler kuat sangat tapi rasa lemahhhhhhhhhhhhhh je badan. sepanjang hujung minggu tu ada ler 4 biji panadol aku telan. biasanya kubiarkan je demam tu beransur sendiri, tapi kali ni dek penangan semangat nak belajar bakeri kat pusat giatmara putrajaya terpaksa jugak ler telan.

sabtu sama jugak macam hari ni bangun, solat pastu baring semula tengok jam kul 8:00. nak pergi kelas memasak ke tak nak, nak ke tak nak tup2 dah kul 8:45. semangat datang bangun mandi terus gerak. elok je sampai kat giatmara kul 9:05. tapi kelas belum mula. dapat kawan baru. satu meja 2 orang, me n my partner kak zarina. buat donut. emmmmm besttt. banyak gak aku bawa balik tapi bagi kat kak maya jiran sebelah. sebabnya si kakak telah dikidnap maksunya. balik dari kelas kul 1:30 janji ngan kak maya gi makan kenduri jiran kat dewan presint 8. sudah makan, kenyang perut, balik pulak hujan renyai2. solat terus makan ubat tido sampai kul 6 petang.

sunyi pulak umah malam tu sebab adik ipar janji hntr si kakak ahad malam. hu hu, apa aku buat makan ubat lagi then tido sampai pagi. walaupun badan masih rasa lemah2 tapi sebab dah janji ngan kak zarina so gagahkan diri jugak gi kelas. bestnyer sebab hari ahad tu buat roti. first time aku buat roti. semuanya menjadi. tapi sebab handphone dah rosak and aku pakai handphone ayah so tak dapat ler ambik gambar roti2 kami yang gebus dan mengancam macam kat kedai roti. he he. balik ke rumah sekali lagi makan nasi pastu makan ubat n tido lagi. cina yang nak pasang grill umah kat kajang tak call sampai petang. aku pun apalagi tido lagi sampai petang. dalam kul 6 tu rasa badan lemah lagi , aku gi cari ubat. lepas solat maghrib makan ubat lagi then tido lagi. uuuuuuuuuuu itu yang buat aku lemah. tido, tido n tido.

kul 9 camtu si kakak balik. berseri sikit umah. seawal pagi ahad si kakak dah bangun. ada sambutan maulidul rasul kat sekolah agama darul quran al-faqihiin. aku gi hantar kakak then gi foodcourt cari kueh. makanan hari tu cara port luck tapi dek kerana aku tak sihat so tak dapatler nak buat donut yang aku belajar tu. at last aku beli je donut ngan karipap. sampai je kat darul quran tengok dorang dah mula berarak. tak dapat aku nak joint sebab dah jauh so duduk je dalam dewan sambil baca paper. meriah acara seperti setiap tahun ada ceramah, ada persembahan dan ada hadiah perarakan lagi. gambar je tak de sebab tak de kamera.

balik dari maulidul rasul ajak kakak gi kubur arwah. ari tu ada tanam bunga kat atas kubur tapi tak naik ler. nanti kena tanam n letak baja pulak. balik umah, penat tido lagiii. petangnyer lepas solat asar ajak adik ngan si kakak gi pasar malam serdang. gara2 nak makan murtabak. sampai je kat pasar malam hujan turun pulak, payung tak de sudah nyer redah jer. balik umah mandi. elok je demam dah nak ok, bertambah lagi. tu yang lemaaaaaaaaaaaah je ni.

pagi ni sarapan murtabak ngan buah2 je. nak makan apa ek bagi sedap sket.

waktu2 demam camni tingat aku kat arwah..... hu hu tak nak nangis lagi hari ni.......

Wednesday, March 4, 2009

kegusaran minda

eh betul ke tajuk ni?. ntah ler aku taip je apa yang ada kat dalam fikiran aku masa ni. kalau kat opis dorang selalu sebut KECELARUAN MINDA, KECURANGAN MINDA LER KECURANGAN AKADEMIK LER. sama je kot maknanya....

yang sebenarnya letih sangat minggu ni. firstly letih pasal keje. aku macam dah tak cukup tangan nak handle. memang sibuk atau akukah yang perasan aku ni sibuk. ha ha. secondly pasal hot story yang melanda cawangan aku. sejak last week macam2 cite panas. kalau yang baik ok gak tapi angin yang meniup bawa yang sebaliknya. apa je yang kami buat tak kena kat mata dorang. satu hal yang aku pasti, kami tak pulak mencari kesalahan dorang cumanya memberi pandangan dan pendapat demi kemajuan organisasi. (niat suci hati ni.... heeee)

kat cawangan aku, para peg memang meriah. sebabnya umur kami yang tak jauh beza, so menjadikan kami sekepala dalam semua hal. meriahnya juga sebab ada je cite kelakar yang turut mengeratkan persahabatan kami. kenapa dorang harus cemburu dengan keakraban kami??? ataukah dorang nak buat cam kami tapi tak boleh??????? ntah ler. ni ayat jahat ni.

sebelum ni temperature aku tak de lah naik macam hari ni nyer hot story. bagai dikata kakak kat opis, heroin dalam cite ni macam jatuh kat aku je. heeeeee agaknya glamour gak aku ni. cam artis tu. kalau buat orang cakap tak buat pun orang cakap. apalah salah aku ni. agaknya apalah pandangan dorang pada aku. buat apa aku nak fikir pandangan dorang ye tak? janji pandangan ALLAH pada aku, yang tu lebih bermakna kalau aku nak fikir dengan mendalam.

yang aku tak faham tu, yang aku emailkan dan cakapkan tu benda yang betul. takkan ler pasal hal macam tu sampai sekecik2 hal aku pun dorang nak ambik tahu. don't judge the book by its cover ok. mang ler aku pasan aku ni tak de lah secantik erra fazira tapi niat aku ikhlas, suci hati, murni lagi.

macam niat aku semalam, aku kena gi genting ada taklimat. udah ler kena gi sorang. dek experience dulu pasal keta pejabat, maleh aku nak minta keta pejabat, so aku minta tolong bos tanyakan keta pejabat tuk ke genting. tak berani nak drive oooooo jalan tu. alhamdulillah dapat bos baik, siap book keta pejabat tuk aku. siap call lagi driver pinda masa. so kul 8.30pg aku pun turun ke lobi tengok keta dah ada, aku pun dengan budi bahasanya cakap kat driver, tak pe ke saya dok kat belakang ni. niat suci hati aku ni baik aku dok belakang, malu ler nak dok depan sebab ni first time aku gi ngan driver baru ni. lagipun pada pemikiran aku yang cetek ni aku rasa tak manis pulak aku dok kat depan. lagipun aku kena gak jaga status aku ni kan. single mother aka BALU. (masa ni masih sedar diri lagiiiiiiii)

tapi apa yang aku dengar hari ni lain pulak. ooooo eo belagak macam bos. weeeeeeeeeei tak de keje lain ke dorang ni nak cari pasal. yang sebenarnya aku nak tahu jugak

"ADAKAH SALAH KALAU PEGAWAI PEREMPUAN NAIK KERETA PEJABAT DUDUK KAT BELAKANG" . DIMANA PEMANDU ADALAH LELAKI???????????.

setahu aku dalam mana2 pekeliling tak de lah pulak aku baca kalau gred pegawai kocik macam aku ni kalau naik kereta pejabat kena dok kat depan tak leh dok kat belakang. atau ada peruntukan kat mana2 aku yang tak pasan. abis semua peg cawangan aku tanya soklah cepumas hari ni. " SALAH KE AKU DOK KAT BELAKANG". tapi semua jawpn yang aku terima kata tak salah.

tak de lah pulak niat dalam hati aku nak berlagak jadi bos. aku pun sedar gak diri.

malas lah nak cite lagi. tadi solat asar kat opis, hati aku rasa sedih sangat kahirnya menitis juga air mata yang aku tahan2 sejak tengahari. tapi sempat jugak aku muhasabah diri. mungkin ALLAH nak duga kekuatan kesabaran aku sampai tahap mana kan?. so kalau betul apa yang aku buat tu salah pada pandangan mata orang, lepas ni aku akan lebih berhati2 dengan perlakuan dan tingkah laku.

"YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI" AMIIIIIIIIN.

kegusaran minda

eh betul ke tajuk ni?. ntah ler aku taip je apa yang ada kat dalam fikiran aku masa ni.

yang sebenarnya aku amatlah letih minggu ni. firstly letih pasal keje. aku macam dah tak cukup tangan nak handle. itu ak